Hujan
Hujan boleh jadi Rahmat Allah atau boleh jadi Azab Allah(“المَطَرَ” dan “الغَيْثَ”)
Hujan yang turun ke muka bumi ini boleh jadi ia adalah sebagai rahmat daripada Allah Subhanahuwata'la ataupun azab daripada Allah Subhanahuwata'la. Untuk itu, kita dituntut untuk berdoa ketika turunnya hujan agar kita dijauhkan daripada segala bala bencana.
Diantara adab-adab yang disyariatkan adalah membaca doa disaat hujan turun,diantara doanya ialah:
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Ya Allah, (jadikanlah) hujan ini adalah hujan yang bermanfaat. HR Bukhari,974.
Doa ini adalah berupa anjuran untuk berdoa ketika hujan turun agar kebaikan, keberkatan dan kemunafaatan semakin bertambah.Lihat: Fath al-Bari, 518/2]
Di dalam al-Quran terdapat dua kalimah yang menunjukkan makna hujan iaitu “المَطَرَ” dan “الغَيْثَ” tetapi kalimah tersebut digunakan mengikut konteksnya. Sebagaimana fiman Allah Subhanahuwata'la:
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Maksudnya: “Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Demikian itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.” al-‘Araf:84
Menurut Imam Ibn ‘Uyainah bahawa apa yang dinamakan oleh Allah Subhanahuwata'la di dalam al-Quran dengan “مَطَرَ” (hujan) adalah menunjukkan kepada azab iaitu mana-mana lafaz atau kalimah “مَطَرَ” (hujan) di dalam al-Quran menunjukkan kepada azab. [Lihat: Fath al-Bari, 189/1]
Adapun kalimah “الغَيْثَ” pula digunakan pada konteks rahmat sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'la:
وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ
Maksudnya: “Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan (ingatlah) bahawa Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji.”
al-Syura:28
Disamping itu, saat turunnya hujan adalah waktu yang mustajab untuk Berdoa.
Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ
“Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan
atau selepas daripada azan dan doa ketika ketika turunnya hujan.” HR Al Hakim dan Al Baihaqi. Hasan.
Thursday, October 31, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hukum menunaikan umrah buat kali pertama
Hukum menunaikan umrah buat kali pertama Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim m...
-
Hukum Puasa enam di Bulan Syawal serta permasalahan yang berkaitan dengannya dan pendapat Imam Malik tentang hukum puasa enam di bulan Syaw...
-
Keajaiban doa di bulan Ramadhan RAMADHAN adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kera...
-
Anak Istimewa Anak istimewa merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas sama ada dari segi fizikal, sosial, atau emosi, seperti...
No comments:
Post a Comment