Thursday, October 31, 2019

Hukum bernyanyi, bergendang (muzik) di dalam masjid. (Adab-adab di dalam masjid)

Hukum bernyanyi, bergendang (muzik) di dalam masjid. (Adab-adab di dalam masjid)

Fatwa Imam as-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H):

ومن ذلك الرقص، والغناء في المساجد، وضرب الدف أو الرباب، أو غير ذلك من آلات الطرب.
فمن فعل ذلك في المسجد، فهو مبتدع، ضال، مستحق للطرد والضرب؛ لأنه استخف بما أمر الله بتعظيمه، قال الله تعالى: (في بيوت أذن الله أن ترفع " أي تعظم " ويذكر فيها اسمه)، أي يتلى فيها كتابه. وبيوت الله هي المساجد؛ وقد أمر الله بتعظيمها، وصيانتها عن الأقذار، والأوساخ، والصبيان، والمخاط، والثوم، والبصل، وإنشاد الشعر فيها، والغناء والرقص؛ فمن غنى فيها أو رقص فهو مبتدع، ضال مضل، مستحق للعقوبة.
الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع - (ج 1 / ص 30) المكتبة الشاملة.

“Dan di antaranya adalah menari, menyanyi di dalam masjid, memukul kompang (atau gendang) atau rebab (sejenis alat muzik bertali seperti biola), atau selain itu dari jenis-jenis alat-alat muzik.

Maka sesiapa yang melakukan perkara yang tersebut di dalam masjid maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah), sesat, perlu dihalau dan boleh dipukul, kerana dia meremehkan perintah Allah untuk memuliakan masjid. Allah Ta’ala berfirman:

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

“Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu menggagungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” (Surah an-Nuur, 24: 36)
Iaitu dibacakan kitab-Nya di dalamnya.
Rumah-rumah Allah adalah masjid-masjid, dan Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk memuliakannya, menjaganya dari kotoran, najis, anak-anak, hingus, bawang putih, bawang merah, nasyid-nasyid dan sya’ir di dalamnya, nyanyian dan tarian, dan sesiapa yang bernyanyi atau menari di dalamnya maka dia adalah pelaku bid’ah, sesat dan menyesatkan, dan berhak diberikan hukuman.” (Jalaluddin as-Suyuthi, al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’), m/s. 30 – Al-Maktabah Asy-Syamilah.

Allah Ta’ala berfirman:

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

“Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu menggagungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” (Surah an-Nuur, 24: 36)

(Di rumah-rumah Allah) maksudnya masjid-masjid, lafaz فِي بُيُوتٍ berta'alluq kepada lafaz يُسَبِّحُ yang akan disebutkan nanti. (Yang Allah telah memerintahkan supaya dimuliakan) yakni diagungkan (dan disebut nama-Nya di dalamnya) dengan mentauhidkan-Nya (bertasbihlah) dapat dibaca يُسَبِّحُ  ertinya dibacakan tasbih dalam solat. Dapat pula dibaca يُسَبِّحُ, ertinya membaca tasbih dalam solat (kepada Allah di dalamnya, pada waktu pagi) lafaz الْغُدُوِّ adalah Mashdar yang maknanya الْغُدُوِّة, ertinya pagi hari (dan waktu petang) waktu petang sesudah matahari tergelincir. Rujuk:Tafsir al-Jalalyn

Masjid merupakan tempat terbaik dan yang paling dicintai oleh Allah Azza wa Jalla di bumi ini. Masjid merupakan tempat terkumpulnya kebaikan-kebaikan, pusat ketaatan, serta tempat berlabuhnya hati-hati kaum mukminin. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengizinkan bangunan masjid ditinggikan bagi disebutkan nama-Nya di sana dan menjadi tempat menunaikan solat sebagai suatu cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahuwata'ala.

Allah Azza wa Jalla berfirman :

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. ” [Al-Taubah/9:18]

Allah Azza wa Jalla juga berfirman :

ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

“Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” [Al-Hajj:32].

Masjid adalah sebagai tempat yang suci, maka sudah tentu juga memiliki adab dan aturan ketika akan memasukinya. Seiring dengan perkembangan digital dan teknologi kerap sekali kita mendengar dering-dering muzik dari handphone jamaah yang berbunyi di dalam masjid. Bahkan ada yang sengaja memainkan muzik di dalam masjid. Hal ini merupakan suatu fenomena yang telah menjadi satu kebiasaan di dalam masjid pada zaman ini, lalu bagaimanakah islam memandang hal ini?

Perhatikan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, beliau berkata:

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُون بِالْقِرَاءَةِ وَهُوَ فِي قُبَّةٍ لَهُ، فَكَشَفَ السُّتُورَ، وَقَالَ: «إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعَنَّ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ» ، أَوْ قَالَ: «فِي الصَّلَاةِ»

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di masjid lalu mendengar orang-orang mengeraskan bacaan al-Qur`an dalam keadaan beliau di kemahnya. Lalu beliau menyingkap tirai dan bersabda, “Ketahuilah kalian semuanya sedang bermunajat kepada Rabbnya, maka jangan sebagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya ! Janganlah sebahagian dari kalian mengeraskan suara atas yang lainnya dalam membaca al-Qur`an – atau menyatakan:- dalam solat.” [HR Ahmad no. 11896 dan Abu dawud no. 1332]

Berdasarkan hadith di atas Rasulullah Sallahualaihiwasallam melarang sahabat Yang membaca Al-Quran dengan nada yang kuat di dalam masjid, maka sudah tentu dan amat jelas bahawa memainkan muzik atau bernyanyi didalam masjid adalah lebih ditegah. Selain dikhawatirkan bahawa  permainan muzik ini akan menganggu ibadah dan kekhusyukan orang lain saat berada di masjid.

Justeru itu, setelah mengetahui hal ini maka tentu akan membuat kita semakin lebih berhati hati. Baiknya tidak perlu membawa alat komunikasi yang dapat menimbulkan bunyi atau dengan mematikan nada dering atau silent mode, sehingga tidak akan menganggu kekhusyukan ibadah kita dan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...