Thursday, October 31, 2019

Hukum membaca apa-apa doa seperti doa اللهم اغفر لي ولوالدي sejurus selepas bacaan ولا الضالين di dalam solat

Hukum membaca apa-apa doa seperti doa اللهم اغفر لي ولوالدي sejurus selepas bacaan  ولا الضالين di dalam solat

Jika seseorang membaca apa-apa doa seperti doa اللهم اغفر لي ولوالدي sejurus selepas bacaan  ولا الضالين ianya tidaklah membatalkan solat,Ini kerana ianya dianggap sebagai zikir yang harus.Ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Huzaifah Bin Al-Yaman. Kata beliau :

إِذَا مَرَّ بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَإِذَا مَرَّ بِسُؤَالٍ سَأَلَ وَإِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ

Maksudnya : “Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam jika membaca ayat yang ada suruhan bertasbih, Baginda akan bertasbih. Jika ada ayat yang memohon agar meminta Baginda akan meminta.Dan jika lalu pada ayat taawuz (minta perlindungan), Baginda akan bertaawwuz.” Riwayat Muslim (1291)

Ibnu Naqib Al-Misri Al-Syafi’i menyebut bahawa solat tidak terbatal dengan zikir. Akan tetapi terbatal jika doa yang disebut ditujukan kepada seseorang. Seperti apabila seseorang bersin dia menyebut ‘semoga Allah merahmati kamu’ (رحمك الله).Ini kerana ianya membawa makna bercakap-cakap di dalam solat. Akan tetapi jika doa itu menggunakan sighah ghaib maka ianya tidak membatalkan solat. (Tanwir Al-Masalik Bi Syarh Wa Adillah Umdah Al-Salik Wa ‘Uddah Al-Nasik,1/233).

Namun begitu , perbuatan membaca doa sejurus selepas bacaan ولا الضالين adalah khilaful awla.Sebaiknya berdoalah di tempat-tempat di dalam solat yang disunatkan untuk berdoa. Ini kerana, selepas daripada itu disunatkan untuk menyebut amin berdasarkan riwayat-riwayat hadith. Diantara hadithnya adalah, 
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا أَمَّنَ الإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Apabila imam mengucapkan آمين maka ucapkan
آمين, kerana sesiapa yang ucapan آمين  nya bersamaan dengan ucapan آمين para malaikat maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.Riwayat Bukhari  111 dan Muslim 128

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sunat untuk menyebut amin selepas selesai membaca Al-Fatihah bersama imam. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/235).

Seperti solat,  doa juga satu bentuk ibadah yang penting yang mengungkap satu pengharapan seorang hamba kepada Allah Subhanuwataala. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ 

Maksudnya : “Sesungguhnya doa adalah salah satu ibadah. Kemudian Baginda membaca “ Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaku maka akan aku perkenankan.Surah Ghafir : 60

Justeru itu, sebagai alternative-nya maka bacalah doa-doa di dalam solat ditempat atau keadaan di dalam solat yang mana ada dalil yang mengkhususkan bahawa sunat membaca doa pada tempat atau keadaan tersebut. Ianya disunatkan untuk memanjangkan doa dengan tiada had kadar panjang. Di antaranya ialah :

 1. Di dalam sujud. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Maksudnya : “ Keadaan hamba yang paling hampir dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah doa.”Riwayat Muslim (744)

2. Selepas tasyahhud akhir. Ini disokong oleh satu riwayat daripada Abdullah Bin Mas’ud. Beliau berkata :

كُنَّا نَقُولُ فِى الصَّلاَةِ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- السَّلاَمُ عَلَى اللَّهِ السَّلاَمُ عَلَى فُلاَنٍ. فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ذَاتَ يَوْمٍ « إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلاَمُ فَإِذَا قَعَدَ أَحَدُكُمْ فِى الصَّلاَةِ فَلْيَقُلِ التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ فَإِذَا قَالَهَا أَصَابَتْ كُلَّ عَبْدٍ لِلَّهِ صَالِحٍ فِى السَّمَاءِ وَالأَرْضِ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ثُمَّ يَتَخَيَّرُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ

Maksudnya : “Kami pernah berkata di dalam solat yang diimami oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam : Salam sejahtera ke atas Allah dan salam sejahtera ke atas fulan. Lantas pada suatu hari, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya Allah bersifat dengan sifat Al-Salam. Jika kalian duduk (duduk tahiyat) di dalam solat maka sebutlah : Penghormatan dan doa yang baik hanya kerana Engkau. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi. Dan juga limpahan rahmat dan berkat-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan juga ke atas hamba Allah yang soleh. Jika dia kata yang demikian maka ianya akan menimpa ke pada semua hamba Allah di langit dan bumi. Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Kemudian dia boleh minta apa sahaja yang dia mahu.”Riwayat Muslim (402)

3. Qunut di dalam solat sunat witir. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang dinyatakan oleh cucu Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Hasan Bin Ali R.A. Beliau berkata :

عَلَّمَنِي جَدِّي رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي قُنُوتِ الْوِتْرِ : اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ , وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ ، إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، سُبْحَانَكَ رَبَّنَا تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ

Maksudnya : Datuk aku iaitu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan aku beberapa kalimat yang au sebutkan di dalam qunut witir. Kalimat (doa) tersebut ialah Wahai Allah berikan hidayah kepada aku sebagainya orang yang telah Engkau berikan hidayah, berikan aku kesihatan sebagaimana orang yang telah Engkau berikan kesihatan,bantulah aku sebagaimana orang yang telah Engkau bantu,peliharalah aku daripada keburukan yang telah Engkau tetapkan, berkatilah aku terhadap apa yang telah Engkau berikan. Sesungguhnya Engkau yang menetapkan dan tiada apa yang mengatasi Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina hamba yang patuh kepada Engkau. Maha suci Engkau Wahai Tuhan kami. Engkau Maha Suci dan Maha Tinggi.”Riwayat Ibnu Majah (1168

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...