Hukum membaca al-Fatihah dalam solat dan juga wajib membaca al-Fatihah dengan tartil.
Menurut pandangan jumhur ulama/majoriti ulama Al-Fatihah merupakan rukun daripada rukun solat kerana itulah yang dilazimi dibaca didalam solat oleh Rasulullah Sallahualaihiwasallam, para sahabat, tabi’in dan salafus soleh.
Dalil yang menjadi hujah jumhur ulama adalah hadith Yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit R.A, Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Maksudnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.” Riwayat al-Bukhari (756) dan Muslim (900)
Dan juga hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَهْىَ خِدَاجٌ. يَقُولُهَا ثَلاَثًا
Maksudnya: “Barangsiapa yang melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” Perkataan ini diulang sehingga tiga kali. Riwayat Muslim (907)
Secara perbahasannya:
Hukum membaca Surah al-Fatihah di dalam solat telah berlaku khilaf ulama’ kepada dua pendapat:
Pertama: Jumhur ulama’ dari kalangan Maliki, Syafi’e dan Hanbali berpendapat al-Fatihah merupakan rukun daripada rukun solat berdasarkan dalil hadith diatas.
Kedua: Mazhab Hanafi berpendapat membaca al-Fatihah termasuk dalam wajib solat dan bukan rukun solat kerana sabitannya berdasarkan khabar wahid. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 32/9)
Solat mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri yang antaranya merangkumi rukun فِعٔلِ (perbuatan), rukun قولِ (ucapan) dan rukun قلبِ (hati). Membaca al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun قولِ yang wajib dibaca dalam solat, selain bacaan tasyahhud dan selawat ke atas Nabi Sallahualaihiwasallam. Manakala bacaan-bacaan lain adalah sunat.
Justeru itu, jika seseorang terlupa membaca al-Fatihah, kewajipan tersebut tidak tergugur daripadanya. Pandangan ini adalah kesepakatan yang telah disebut oleh jumhur ulama yang mazhab Syafie. Inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmuk. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/288)
Imam al-Nawawi Rahimahullah mencatat: “Membaca al-Fatihah bagi yang mampu untuk membacanya merupakan kefarduan dan rukun yang mana tidak diterjemahkan kepada bahasa selain dari bahasa Arab dan juga tidak boleh diganti dengan bacaan yang lain daripada al-Quran. Ianya juga wajib dibaca pada kesemua solat sama ada solat fardu mahupun solat sunat.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/283)
Ini juga dinyatakan oleh Ibnu Qudamah al-Maqdisi, ulama dari kalamgan mazhab Hanbali. (Lihat al-Mughni, 1/350)
Imam al-Nawawi Rahimahullah juga mencatat:
Jumhur umat Islam berpendapat wajib membaca al-Fatihah di belakang imam sama ada pada solat سر (perlahan) atau جهر (kuat). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/365)
Al-Fatihah adalah satu surah dari al-Quran, maka wajiblah ianya dibacanya dengan tartil. Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahuwata'ala,
وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلا
Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartil. (Al-Muzammil: 4)
Ali bin Abi Thalib menjelaskan makna tartil dalam ayat di atas,
”Mentajwidkan huruf-hurufnya dengan mengetahui tempat-tempat berhentinya”. (Syarh Mandhumah Al-Jazariyah, hlm. 13)
Imam Ibnu Katsir menjelaskan:
وَقَوْلُهُ: {وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا} أَيِ: اقْرَأْهُ عَلَى تَمَهُّلٍ، فَإِنَّهُ يَكُونُ عَوْنًا عَلَى فَهْمِ الْقُرْآنِ وَتَدَبُّرِهِ
“dan firman-Nya: ‘dan bacalah Al Qur’an dengan tartil‘, maksudnya bacalah dengan perlahan kerana itu boleh membantu untuk memahaminya dan mentadabburinya” (Tafsir
Tajwid secara bahasa adalah mashdar dari جوّد- يجود, yang artinya membaguskan. Sedangkan secara istilah, Imam Ibnul Jazari menjelaskan:
الإتيان بالقراءة مجودة بالألفاظ بريئة من الرداءة في النطق ومعناه انتهاء الغاية في التصحيح وبلوغ النهاية في التحسين
“Tajwid adalah membaca dengan membaguskan sebutannnya, yang terhindar dari keburukan sebutannya dan keburukan maknanya, serta membaca dengan maksimum tingkat kebenarannya dan kebagusannya” (An Nasyr fil Qira’at Al ‘Asyr, 1/210).
Beliau juga menjelaskan hakikat ilmu tajwid,
فالتجويد هو حلية التلاوة ، وزينة القراءة ، وهو إعطاء الحروف حقوقها وترتيبها مراتبها ، ورد الحرف إلى مخرجه وأصله ، وإلحاقه بنظيره وتصحيح لفظه وتلطيف النطق به على حال صيغته ، وكمال هيئته ; من غير إسراف ولا تعسف ولا إفراط ولا تكلف
“maka tajwid itu merupakan penghias bacaan, iaitu dengan memberikan hak-hak, urutan dan tingkatan yang benar kepada setiap huruf, dan mengembalikan setiap huruf pada tempat keluarnya dan pada asalnya, dan menyesuaikan huruf-huruf tersebut pada setiap keadaannya, dan membenarkan lafaznya dan memperindah sebutannya pada setiap konteks, menyempurnakan bentuknya. tanpa berlebihan, dan tanpa mengurangkan” (An Nasyr fil Qira’at Al ‘Asyr, 1/212).
Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam,
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضاًّ كَمَا أُنْزِلَ فَلْيَقْرَأَهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ
Siapa yang ingin membaca al-Quran dengan perlahan sebagaimana ketika dia diturunkan, hendaknya dia membacanya sebagaimana cara membacanya Ibnu Mas’ud. (HR. Ahmad 36, dan Ibnu Hibban 7066).
Hadith ini menunjukkan keistimewaan bacaan al-Quran Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu. Kerana bacaannya sama dengan ketika al-Quran di turunkan. Beliau membacanya dengan cara" غَضاًّ" ertinya segar yang belum berubah. Maksudnya suaranya menyentuh (الصوت النفس) dan memenuhi semua hak hurufnya.
Kerana itulah, Rasulullah Sallallahulaihiwasallam suka mendengar bacaan Ibnu Mas’ud, dan bahkan hingga Beliau Sallallahulaihiwasallam menangis.
Abu Ishaq mengatakan,
والتبيين لا يتم بأن يعجل في القرآة، وإنما يتم التبيين بأن يُبيِّن جميع الحروف ويوفيها حقها من الإشباع
Membaca dengan jelas tidak mungkin boleh dilakukan jika membacanya terburu-buru. Membaca dengan jelas hanya boleh dilakukan jika dia menyebut semua huruf, dan memenuhi cara pembacaan huruf dengan benar. (Lisan al-Arab, 11/265).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...
-
Sebuah pesanan kepada para Haji dan Hajjah. Di hari-hari yang terbatas jumlahnya, pada awal bulan Zulhijah yang merupakan salah satu rangkai...
-
Hukum Puasa enam di Bulan Syawal serta permasalahan yang berkaitan dengannya dan pendapat Imam Malik tentang hukum puasa enam di bulan Syaw...
-
Harta pusaka menurut perspektif Islam Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan...
No comments:
Post a Comment