Hukum melipat lengan baju dalam solat
Secara umumnya hadith-hadith yang melarang menahan (menggulung atau melipat) pakaian daripada sujud ini adalah sahih, cuma ianya perlu difahami sebagaimana difahami oleh para ulama yang muktabar.
Dari perbahasan para ulama ini, maka dapat difahami bahawa hukum menggulung atau melipat pakaian ketika solat adalah makruh tanzih (makruh yang tidak begitu berat) dan jika seseorang solat dalam keadaan sebegitu solatnya adalah sah dan tidak perlu diqadha’ solat-solat yang lepas (solat yang dilakukan dalam keadaan melipat lengan baju atau seluar). Diantara hadithnya adalah hadith yang berikut.
Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi Sallahualauhiwasallam bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الجَبْهَةِ، وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَاليَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَأَطْرَافِ القَدَمَيْنِ وَلاَ نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَالشَّعَرَ
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh tulang (anggota) iaitu dahi, serta Baginda Sallahualauhiwasallam mengisyaratkan dengan tangan pada hidungnya, kedua tapak tangan, kedua lutut dan hujung jari kedua kaki. Dan janganlah menahan pakaian dan rambut.” [Riwayat al-Bukhari (812)]
Diantara pandangan Ulama berkenaan hadith ini,
Imam al-Nawawi (676 H) mencatit:
اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى النَّهْيِ عَنِ الصَّلَاةِ وَثَوْبُهُ مُشَمَّرٌ أَوْ كُمُّهُ أَوْ نَحْوُهُ أَوْ رَأْسُهُ مَعْقُوصٌ أَوْ مَرْدُودٌ شَعْرُهُ تَحْتَ عِمَامَتِهِ أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ فَكُلُّ هَذَا مَنْهِيٌّ عَنْهُ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ وَهُوَ كَرَاهَةُ تَنْزِيهٍ فَلَوْ صَلَّى كَذَلِكَ فَقَدْ أَسَاءَ وَصَحَّتْ صَلَاتُهُ
Maknanya: “Ulama bersepakat berkaitan larangan ketika solat dalam keadaan lengan pakaiannya bergulung atau berlipat atau yang sepertinya. Juga rambut kepalanya terikat atau diruapkan rambutnya yang dibawah serbannya atau sepertinya. Kesemua perkara ini adalah dilarang dengan kesepakatan para ulama dan ia adalah adalah termasuk di dalam makruh tanzih (tidaklah begitu berat). Sekiranya seseorang itu solat dalam keadaan yang sedemikian, maka dia telah mencacatkan solatnya (fadhilat solat) tetapi solatnya sah.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 209/4]
Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) mencatit:
الْجُمْهُورُ فَإِنَّهُمْ كَرِهُوا ذَلِكَ لِلْمُصَلِّي سَوَاءٌ فَعَلَهُ فِي الصَّلَاةِ أَوْ قَبْلَ أَنْ يَدْخُلَ فِيهَا وَاتَّفَقُوا عَلَى أَنَّهُ لَا يُفْسِدُ الصَّلَاةَ
Maknanya: “Jumhur mengatakan makruh (melipat lengan) bagi seseorang yang ingin solat sama ada perbuatannya itu di dalam solat atau sebelum masuk ke dalam solat. Mereka juga bersepakat bahawa perbuatan tersebut tidak merosakkan (membatalkan) solat .” [Lihat: Fath al-Bari, 296/2]
Prof Dr. Muhammad al-Zuhaili,telah mencatit di dalam kitab beliau, iaitu kitab al-Mu’tamad bahawa hukum menggulung hujung pakaian atau lengan pakaian samaada dengan sengaja dilakukan untuk solat atau sebelumnya (iaitu sebelum daripada solat) dengan tujuan yang lain serta seseorang itu solat dalam keadaan begitu tanpa darurat hukumnya adalah makruh mengikut kesepakatan para ulama dan ia termasuk di dalam makruh yang tanzih. Barangsiapa yang solat dengan keadaan begitu, maka dia telah melakukan perkara yang makruh dan solatnya adalah sah. Rujuk kitab:
كتاب المعتمد في الفقه الشافع
Adalah antara kitab fiqh aliran mazhab al-Syafi’i yang terkini. Kitab ini adalah karya Prof Dr. Muhammad al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili.
Kitab al-Mu'tamad edisi 'Arab boleh didownload di pautan المعتمد في الفقه الشافعي
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...
-
Sebuah pesanan kepada para Haji dan Hajjah. Di hari-hari yang terbatas jumlahnya, pada awal bulan Zulhijah yang merupakan salah satu rangkai...
-
Hukum Puasa enam di Bulan Syawal serta permasalahan yang berkaitan dengannya dan pendapat Imam Malik tentang hukum puasa enam di bulan Syaw...
-
Harta pusaka menurut perspektif Islam Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan...
No comments:
Post a Comment