Thursday, October 31, 2019

BMF : Tanggongjawab Sesama Muslim

BMF : Tanggongjawab Sesama Muslim

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

]صحيح البخاري , كتاب المظالم , باب لا يظلم المسلم المسلم ولا يسلمه , حديث 2442 , عن عبد الله بن عمررضي الله عنه[.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah Subhanahuwata'ala akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah Subhanahuwata'ala akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah Subhanahuwata'ala akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Pengajaran Hadith :

Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam).  Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai Muslim yang lain dan membiarkan Muslim yang lain dizalimi.
Menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim membantu dan meringankan beban apabila ada di antara  Muslim yang ditimpa musibah serta kesulitan. Orang yang berbuat demikian,  Allah Subhanahuwata'ala akan memperkenankan hajatnya.
Betapa besarnya nilai persaudaraan dalam Islam sehingga ia telah menjadi tanggungjawab setiap  Muslim agar menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

Sumber Rujukan :
1-Kitab Sahih al-Bukhari
2-Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
4-Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

Firman Allah Subhanahuwata'ala, 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.al-Maidah, ayat:2

Tolong menolong dalam ajaran Islam dalam hal kebaikan dan taqwa memilki hukum yang sangat di anjurkan, dan bahkan mendekati kewajipan. Kerana tujuan dari penciptaan manusia sendiri ialah untuk dapat saling tolong menolong sehingga dalam hukum tolong menolong dalam Islam beserta anjurannya secara garis besar adalah bersangkut paut dengan tolong Menolong dalam Kebaikan bagi masyarakat muslim. 

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata di dalam Tafsir Al-Qur’anil Azhim (II/7) menafsirkan dalam [al-Ma’idah/5: 2] :

“Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin agar saling berta’awun di dalam aktiviti kebaikan yang mana hal ini merupakan al-Birr (kebajikan) dan agar meninggalkan kemungkaran yang mana hal ini merupakan at-Taqwa. Allah melarang mereka dari saling bantu membantu di dalam kebatilan dan tolong menolong di dalam perbuatan dosa dan keharaman.”

Dalam hal ini, aktiviti tolong menolong yang dilandasi oleh kebaikan dan taqwa tentu akan sangat membawa kebaikan. Tidak hanya bagi individu atau kelompok yang bersangkutan,  tetapi juga bagi umat muslim seluruhnya. Kemudian keadaan ini akan menyebar luas kepada individu atau kelompok yang lain untuk sama-sama saling berlomba-lomba melakukan kebaikan melalui jalan tolong menolong antara sesama umat muslim.

Anjuran tolong menolong dalam perkara kebajikan merupakan salah satu bentuk loyalty kita kepada agama dan sesama muslim. Sebagaimana Allah Subhanahuwata'ala berfirman :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Taubah,  ayat : 71

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...