Monday, August 23, 2021

Muslim yang terbaik adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.

Muslim yang terbaik adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya. 


Dalam melakukan pelbagai perkara, memerlukan kita mesti memperhatikan bermanfaat atau tidaknya perkara tersebut. Bukan sekadar ikut-ikutan atau suka-suka sahaja. Sebab baik untuk orang lain belum tentu baik untuk kita. Dan kadang-kadang hal yang menyukakan justeru akan merugikan kita.


Islam mengajarkan agar melakukan segala sesuatu yang diperlukannya didasari atas manfaat yang akan diperolehi apabila melakukannya. Di mana, manfaat ini berupa hal-hal baik yang sudah dijelaskan oleh Islam melalui al-Qur'an dan hadith. Bukan hal baik yang berdasar penilaian manusia saja, namun bertentangan dengan ajaran Islam. Meminum-minuman keras, dadah, ganja, rokok dan seumpamanya barangkali pilihan baik bagi sebilangan orang, kerana konon dapat meningkatkan beban pemikiran. Tapi, menurut Islam meminum minuman yang memabukkan atau memakan, meminum atau menghisap sesuatu benda yang akan menggangu fungsi akal seperti dadah, ganja dan sebagainya adalah haram hukumnya.


Namun, penting untuk mengetahui hal-hal yang bermanfaat dalam ajaran Islam tidaklah tertentu ibadah khas seperti solat atau menolong orang lain sahaja . Boleh juga dengan melakukan sesuatu dengan harapan menghasilkan sesuatu yang berbeza yang baik menurut Islam. Tidur boleh jadi sesuatu yang berbeza bukan ibadah dan tidak begitu bermanfaat dalam Islam. Tapi, bila tidur dengan harapan agar nantinya waktu solat, membaca Qur'an, belajar atau bersekolah tidak mengantuk, maka dengan sendirinya tidur menjadi ibadah.


Anjuran melakukan segala sesuatu asas manfaat yang dikandungnya termaktub dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dan selainnya. 


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, " Di antara tanda baiknya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya". Riwayat Tirmizi (2239)


Makna (يَعْنِيْهِ)  dalam hadith ini, ialah perhatiannya (عناية) tertuju padanya, kemudian yang sesuatu tersebut menjadi maksud dan tujuannya. Makna العناية, ialah perhatian yang lebih terhadap sesuatu.


Makna hadith ini, bahawasanya di antara kebaikan keIslaman seseorang ialah ia meninggalkan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat baginya. Dia hanya mencukupkan diri dengan berbagai perkataan dan perbuatan yang bermanfaat baginya sahaja.


Seseorang yang meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya, dan dia tidak inginkannya bukan dari kerana runtunan hawa nafsu dan keinginan jiwa, namun kerana pertimbangan syari’at Islam. Oleh kerana itu, beliau menjadikan sikap seperti itu sebagai bukti kebaikan keIslamannya.


Jadinya, bagi seseorang yang baik keIslamannya  dia akan menuturkan ucapan dan melakukan tindakan-tindakan yang  bermanfaat baginya dalam Islam. 


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


 …احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَتَعْجَزْ…


Maksudnya:"...Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang bermunafaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah 'Azza wa Jalla dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah.….”.Riwayat Muslim(4816).


Para Ulama menjelaskan bahawa  yang dimaksudkan dengan meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat, iaitu pada sebahagian besarnya ditujukan kepada menjaga lisan ataupun lidah dari perkataan yang sia-sia. Prinsip yang mendasar ialah dengan meninggalkan hal-hal yang diharamkan dalam Islam, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,


 عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ


Malsudnya:"Dari Abu Musa berkata, 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Siapa yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya". Riwayat Bukhari(10)


Apa yang dikehendaki dengan maksud tidak bermanfaat iaitu hal-hal yang diharamkan, hal-hal syubhat, hal-hal makruh, dan hal-hal mubah yang berlebihan yang tidak diperlukan. kerana  kesemua itu tidak bermanfaat bagi seorang Muslim. 


Imam an-Nawawi (wafat th. 676 H) berkata: “Ketahuilah bahawa seorang mukallaf (yang telah dibebani hukum syari’at/sudah baligh) seharusnya dapat menjaga lisannya untuk tidak berbicara, kecuali untuk hal-hal yang benar-benar bermanfaat. Apabila menurut pertimbangannya kemaslahatan antara diam dan berbicara adalah sama, maka menurut as-Sunnah, ia lebih baik mengambil sikap diam. Sebab, pembicaraan yang mubah (harus) terkadang boleh membawa kepada perbuatan haram atau makruh. Yang demikian banyak sekali terjadi (menjadi kebiasaan). Ingat, mencari selamat adalah sesuatu keberuntungan yang tiada taranya. [Kitab Riyadush-Shalihin, Bab Tahriimil-Ghibah wal-‘Amri bi Hifzhil-Lisan].


Sebagaimana Yang disebutkan oleh hadith berikut, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaknya ia berkata baik atau diam, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia menyakiti tetangganya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia memuliakan tamunya". Riwayat Bukhari (5994)


Jika keIslaman seseorang telah baik dan mencapai tingkatan ihsan, maka ketika beribadah kepada Allah seolah-olah ia melihat-Nya, dan jika ia tidak melihat-Nya maka Allah melihatnya. 


….مَا الْإِحْسَانُ قَالَ الْإِحْسَانُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ….


Maksudnya:"......Apakah Ihsan itu?" beliau menjawab, "Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu…..". Riwayat Bukhari(4404).


Maka barangsiapa beribadah kepada Allah dengan mengingat kedekatan pada-Nya dan penglihatan pada-Nya  dengan hatinya atau mengingat kedekatan dan penglihatan Allah kepadanya, sungguh keislamannya telah baik dan mewajibkannya meninggalkan apa saja yang tidak bermanfaat baginya dalam Islam dan ia lebih sibuk dengan hal-hal yang bermanfaat baginya.


Ihsan membuahkan sifat malu kepada Allah Subhanahuwata'ala dan meninggalkan apa saja yang membuatnya malu kepada-Nya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, 


: اِسْتَحْيُوْا مِنَ اللهِ حَقَّ الْحَيَاءِ ، مَنِ اسْتَحْيَا مِنَ اللهِ حَقَّ الْحَيَاءِ فَلْيَحْفَظِ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى، وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى ، وَلْيَذْكُرِ الْمَوْتَ وَالْبِلَى ، وَمَنْ أَرَادَ اْلآخِرَةَ تَرَكَ زِيْنَةَ الدُّنْيَا، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ ؛ فَقَدِ اسْتَحْيَا مِنَ اللهِ حَقَّ الْحَيَاءِ. 


Maksudnya:"Hendaklah kalian malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Barang siapa yang malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu, hendaklah ia menjaga kepala dan apa yang ada padanya(apa yang difahami), menjaga perut dan apa yang ada di dalamnya, dan hendaklah ia selalu mengingat kematian dan busuknya badan. Barang siapa menginginkan kehidupan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia, dan barang siapa melakukan hal itu, sungguh, ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu". Riwayat Tirmizi(2458)


Justeru itu “jika engkau berbicara, ingatlah pendengaran Allah terhadapmu. Jika engkau diam, ingatlah penglihatan-Nya kepadamu”.


Hal ini telah diisyaratkan oleh Al-Qur`ân di banyak tempat, misalnya firman Allah Subhanahuwata'ala, 


 مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ      


Maksudnya:"Tidak ada satu kata yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya Malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat). Qaf ayat 18. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala


 أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ        


Maksudnya:"Ataukah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan Kami (para Malaikat) selalu mencatat di sisi mereka". Al-Zukhruf ayat 80


Ramai manusia yang tidak membandingkan diantara ucapannya dan perbuatannya. Akibatnya ia berbicara sesuatu yang tidak penting, sia-sia, tidak ada bermanfaat dan tidak terkawal. 

Hal ini juga tidak diketahui oleh Sahabat Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu anhu , ketika mana ia bertanya kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam "apakah akan diazab disebabkan lidah" , 


  …...فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا فَقُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ فَقَالَ ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ…….


“......Lalu beliau memegang lisannya, dan bersabda, "'Tahanlah (lidah) mu ini." Aku bertanya; 'Wahai Nabi Allah, (Apakah) sungguh kita akan diazab disebabkan oleh perkataan yang kita ucapkan? ' Beliau menjawab; "(Celakalah kamu) ibumu kehilanganmu wahai Mu'adz, Tidaklah manusia itu disunggkurkan ke dalam neraka di atas muka atau hidung mereka melainkan kerana hasil ucapan lisan mereka?". Riwayat Tirmizi (2616)


Allah Subhanahuwata’ala menegaskan, tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan manusia di antara mereka. Allah Subhanahuwata’ala berfirman


لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya:"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka(perbicaraan rahsia), kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar". Al-Nisa ayat 114.


Apabila seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya, samaada berupa perkataan mahupun perbuatan, maka baiklah keIslamannya. Apabila ia baik keislamannya, maka akan dilipatgandakan kebaikannya. Banyak  hadith-hadith yang menerangkan tentang seseorang yang baik keIslamannya, maka kebaikan-kebaikannya dilipatgandakan, adapun kesalahan-kesalahannya akan dihapuskan. 


Dan yang jelasnya adalah bahawa gandaan kebaikan itu ditentukan dari baik atau tidaknya keIslaman seseorang. 


Diriwayatkan dari Sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam beliau bersabda, 


: إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلاَمَهُ ؛ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ، وَكُلُّ سَيِّئَةٍ تُكْتَبُ بِمِثْلِهَا، حَتَّى يَلْقَى اللهَ عَزَّ وَجَلَّ. 


Maksudnya:"Jika salah seorang dari kalian memperbaiki keIslamannya, maka setiap kebaikan yang dia kerjakan ditulis dengan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda, dan setiap kesalahan yang dilakukannya ditulis dengan kesalahan yang sama hingga dia bertemu dengan Allah Azza wa Jalla". Riwayat Muslim (129)


Satu kebaikan dilipatgandakan hingga sepuluh kali ganda merupakan suatu kepastian. Pelipatgandaan kebaikan itu sangat terkait dengan kebaikan keIslaman seseorang, keikhlasan niat, dan keperluan kepada amal tersebut dan keutamaannya, seperti menyumbang dana untuk jihad, memberi nafkah untuk keperluan haji, memberi nafkah kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, dan saat-saat di mana nafkah diperlukan. Rujuk jamiul-‘ulum wal-hikam oleh Imam Ibnu Rajab al-Hanbali. 1 hlm 295


Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


 إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلاَمُهُ كَتَبَ اللهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا ؛ ثُمَّ كَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ، الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلاَّ أَنْ يَتَجَاوَزَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا. 


Maksudnya:"Apabila seorang hamba masuk Islam lalu baik keIslamannya, Allah menulis baginya setiap kebaikan yang pernah dia kumpulkan dan dihapus darinya setiap kesalahan yang pernah dia kumpulkan. Setelah itu yang terjadi ialah qisash; satu kebaikan dilipatgandakan dengan sepuluh kali ganda dari nilai kebaikannya hingga tujuh ratus kali ganda, dan satu kesalahan (dihitung) satu kesalahan yang sama kecuali jika Allah memaafkannya. Riwayat Bukhari secara mu’allaq (I/88 –Fat-hul-Bari) dan dimaushulkan oleh an-Nasa`i (VIII/105-106).


Apa yang dimaksud dengan kebaikan dan kesalahan yang dikumpulkan pada hadith di atas, ialah kebaikan dan kesalahan yang terjadi sebelum Islam. Ini menunjukkan, bahawa seseorang itu diberikan pahala kerana kebaikan-kebaikannya pada saat dia masih kafir. Maka apabila dia masuk Islam kesalahannya akan dihapus  tetapi dengan syarat iaitu keislamannya baik, dan menjauhi berbagai kesalahan itu setelah dia masuk Islam. Imam Ahmad menegaskan hal ini. 


Hal ini juga ditunjukkan oleh sebuah hadith dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu , ia berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kami akan disiksa kerana apa yang kami lakukan pada masa Jahiliyyah?” Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam menjawab, 


 أَمَّا مَنْ أَحْسَنَ مِنْكُمْ فِي اْلإِسْلاَمِ فَلاَ يُؤَاخَذُ مِنْهَا، وَمَنْ أَسَاءَ ؛ أُخِذَ بِعَمَلِهِ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَفِي اْلإِسْلاَمِ. 


Maksudnya:"Adapun seseorang dari kalian yang berbuat kebaikan dalam masa Islamnya, dia tidak akan disiksa kerananya. Namun barang siapa berbuat tidak baik, dia akan disiksa kerana perbuatannya pada masa Jahiliyyah dan masa Islam". Riwayat Bukhari (6921)


Sahabat ‘Amr bin al-Ash Radhiyallahu anhu , ketika masuk Islam ia berkata kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, 


 ….قَالَ قُلْتُ أَرَدْتُ أَنْ أَشْتَرِطَ قَالَ تَشْتَرِطُ بِمَاذَا قُلْتُ أَنْ يُغْفَرَ لِي قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْإِسْلَامَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ وَأَنَّ الْهِجْرَةَ تَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلِهَا وَأَنَّ الْحَجَّ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ…...


Maksudnya:"Aku menjawab, 'Aku ingin memberikan persyaratan.' Beliau bersabda, "Kamu meminta syarat apa? ' Aku menjawab, 'Dengan syarat aku diampuni.' Beliau bersabda, "Apakah kamu tidak tahu bahawa Islam telah menghapuskan dosa yang telah terdahulu, dan bahawa hijrah juga menghapuskan dosa yang terdahulu, dan haji juga menghapuskan dosa yang terdahulu.' sebelumnya”. Riwayat Muslim(121).


Dalam sebuah hadith, 


َ حَكِيمَ بْنَ حِزَامٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيْ رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ أُمُورًا كُنْتُ أَتَحَنَّثُ بِهَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ مِنْ صَدَقَةٍ أَوْ عَتَاقَةٍ أَوْ صِلَةِ رَحِمٍ أَفِيهَا أَجْرٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْلَمْتَ عَلَى مَا أَسْلَفْتَ مِنْ خَيْرٍ


Maksudnya:"Bahawa Hakim bin Hizam telah mengabarkan kepadanya, bahawa dia berkata kepada Rasulullah ﷺ, "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang beberapa perkara, berupa sedekah, atau pembebasan hamba, atau silaturrahim, yang pernah aku lakukan zaman jahiliah dulu? Apakah aku mendapatkan pahala padanya?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Kamu masuk Islam dengan kebaikan yang kamu lakukan dahulu". Riwayat Muslim(123)


Ini menunjukkan, bahawa kebaikan-kebaikan orang kafir akan diberikan pahala apabila dia masuk Islam, dan apabila baik keislamannya akan dilipatgandakan pahalanya. Mudah-mudahan kita termasuk orang yang sibuk dengan hal-hal yang bermanfaat, dan menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak bermanfaat, dan mudah-mudahan keIslaman kita semakin menjadi baik.


Saturday, August 21, 2021

Lisan Mukmin mempunyai dua pilihan iaitu bercakap perkara yang baik atau diam.

Lisan Mukmin mempunyai dua pilihan iaitu bercakap perkara yang baik atau  diam.

Bicara dan diam tidak mungkin dapat dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Manusia adalah makhluk pilihan Allah Subhanahuwata'ala yang mulia berbanding makhluk lain seperti haiwan,batu dan tumbuh-tumbuhan dengan berbicara manusia boleh berinteraksi sesama mereka.  Oleh kerana itu, secara jelas Allah Subhanahuwata'ala berfirman di dalam al Quran :

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ


Maksudnya:"(Allah) Mengajarkannnya (kepada manusia) pandai menerangkan (berbicara)". Rahman ayat 4.


Namunpun begitu, lisan orang beriman hanya mempunyai dua pilihan iaitu bercakap perkara yang baik dan jika tidak mampu, maka perlu diam.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaknya ia berkata baik atau diam, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia menyakiti tetangganya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia memuliakan tamunya". Riwayat Bukhari (5994)


Kalimah, “...Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah sesiapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.


Apabila Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ


“...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam”, 


Ini menunjukkan bahawa perkatan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Berkata baik dalam hadith ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan Rasul-Nya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.


Islam menjelaskan bagaimana seharusnya memanfaatkan kedua-dua potensi itu, iaitu bercakap dan diam, agar manusia benar-benar mampu memanfaatkan untuk berbicara sehari-hari sehingga ia menjadi jalan kebaikan bagi penuturnya. Dan kalau tidak mampu, maka lebih baik diam. Dan bagi yang mampu untuk menutur pula, tetapi menolak untuk mengucapkan kebenaran, maka ianya telah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ


Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman”. Riwayat Muslim (78)


Juga firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. Ali-Imran ayat 104.


Telah berkata Abi Ali al-Daqqaq bahawa, 


 “السَّاكِتُ عَنِ الْحَقِّ شَيْطَانٌ أَخْرَسُ، والنَّاطِقُ بِالْبَاطِلِ شَيْطَانٌ نَاطِقٌ


Maksudnya: “Orang yang diam daripada kebenaran adalah syaitan bisu dan orang yang bercakap berkaitan perkara bathil adalah syaitan yang bercakap.”.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 20/2]


Dengan sikap berdiam diri di atas perkara mungkar akan menyebabkan turunnya azab Allah Subhanahuwata'ala berdasarkan beberapa buah hadith, antaranya sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam:

 

مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي، ثُمَّ يَقْدِرُونَ عَلَى أَنْ يُغَيِّرُوا، ثُمَّ لَا يُغَيِّرُوا، إِلَّا يُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ مِنْهُ بِعِقَابٍ


Maksudnya: “Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum, kemudian mereka (sebahagian daripada mereka) mampu untuk mengubahnya tetapi mereka tidak berbuat sedemikian, melainkan Allah Subhanahuwata'ala akan timpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab". Riwayat Abu Daud (4338).Syeikh Syu’aib al-Arnaouth menilai sanad hadith ini adalah sahih


Pada zaman sekarang, percakapan bukan hanya menggunakan mulut. Ia sudah berpindah kepada tangan termasuklah menulis di media sosial. 


Lidah mungkin tidak lagi banyak berkata-kata, tetapi tangan pula sentiasa sibuk mengambil alih peranan lidah bagi melakukan perbuatan yang mengundang dosa fitnah sesama manusia.


Kita mengetahui setiap fitnah akan membuahkan permusuhan besar.


Sehubungan itu, kita perlu berpegang kepada peringatan yang diberikan Allah Subhanahuwata'ala seperti dalam firman-Nya, 

,

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui". An-Nuur ayat 19.


Dari sisi yang lain pula, orang Islam yang baik akhlaknya pasti akan meninggalkan perkara yang tiada kaitan atau tiada urusan dengannya.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


ِ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ


Msksudnya:"Dari Jabir bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya paling bagus. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara (kata-kata tidak bermanfaat dan memperolok manusia)." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak bicara itu?" Nabi menjawab, "iaitu orang-orang yang sombong". Riwayat Tirmizi(1941)


Untuk mencapai kebaikan Islam, peranan diam boleh dijadikan benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia atau yang tiada keperluannya.


Namunpun begitu, seseorang tidak cukup hanya berdiam sedangkan anggota tubuhnya yang lain melakukan hal-hal yang dilarang oleh Allah Taala. Namun, ia harus juga harus “diam” yakni meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan diltegah Allah baginya.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, " Di antara tanda baiknya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya". Riwayat Tirmizi (2239)


Diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam Hilyat al-Auliya, 


وَمَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ كَثُرُ سَقَطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقَطُهُ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ


Maksudnya:"Dan siapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah silapnya. Siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah salah (dosanya). Siapa yang banyak berlaku salah, neraka lebih utama baginya.” (al-Iraqi menyebut bahawa hadis ini dhaif)


Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan untuk menyampaikan tujuan-tujuan komunikasi sesama manusia tidak akan digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah, nasihat-nasihat yang membetulkan perjalanan hidup manusia. 


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَكْرَهُ لَكُمْ ثَلَاثًا فَيَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَيَكْرَهُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah menyukai bagimu tiga perkara dan membenci tiga perkara; Dia menyukai kalian supaya beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, kalian berpegang teguh dengan agama-Nya dan tidak berpecah belah. Dan Allah membenci kalian dari mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta". Riwayat Muslim(3236)


Dan yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan ke semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah:


وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً


Maksudnya:“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.” Al-Isra ayat 36.


Dan firman-Nya lagi:


مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


Maksudnya“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid.” Qaff ayat 18.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah menyebutkan tentang siapakah sebaik-sebaik seorang Muslim, 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ


Maksudnya:"Dari Abdullah bin 'Amru dari Nabi ﷺ, bersabda, "Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". 

Riwayat Bukhari(9)


Sememangnya lidah manusia itu sesuatu yang luar biasa kesannya. Ia boleh membuatkan orang berasa benci, sakit hati dan  berlaku pergaduhan besar akibat seseorang yang jenis lancang pengucapannya.


Sebaliknya, apabila lidah itu dijaga dengan sebaiknya, ia pasti  mampu membangkitkan rasa tenang, kagum serta terharu orang di sekelilingnya.


Sebenarnya di sebalik sebuah ucapan itu tersimpan sebuah tanggungjawab besar yang bakal dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh kerana itu, kita mengendalikan ada dalam setiap tutur kata, ia boleh sahaja menjadi faktor yang mampu mengangkat darjat seseorang hamba di sisi Allah, ia juga boleh menyebabkan kecelakaan besar kepada pengungkapnya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ


Maksudnya"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Sungguh seorang hamba akan mengucapkan sebuah kalimat yang diridhai Allah, suatu kalimat yang ia tidak mempedulikannya, namun dengannya Allah mengangkatnya beberapa derajat. Dan sungguh, seorang hamba akan mengucapkan sebuah kalimat yang dibenci oleh Allah, suatu kalimat yang ia tidak meperdulikannya, namun dengannya Allah melemparkannya ke dalam neraka". Riwayat Bukhari (5997)


Memang diakui sukar untuk mengawal lidah daripada menyusun kata-kata.


Namun, susah atau senang itu adalah pilihan.


Begitu juga dengan dosa dan pahala, ia juga satu pilihan. Jadi, mahu yang mana?


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya mengenai apakah kelakuan seseorang yang menyebabkan masuk ke syurga dan neraka, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ


MaksudnyaAbu Hurairah dia berkata; Nabi ﷺ pernah di tanya, "Perkara apa yang banyak menyebabkan masuk syurga?" beliau menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan beliau di tanya, "Perkara apa yang banyak menyebabkan masuk neraka?" beliau menjawab, "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan." Riwayat Ibn Majah (4236)


Sememangnya lidah manusia itu sesuatu yang luar biasa kesannya. Ia boleh membuatkan orang berasa benci, sakit hati dan  berlaku pergaduhan besar akibat seseorang yang jenis lancang pengucapannya.


Sebaliknya, apabila lidah itu dijaga dengan sebaiknya, ia pasti  mampu membangkitkan rasa tenang, kagum serta terharu orang di sekelilingnya.

Wednesday, August 18, 2021

Sungguh rugi pelaku maksiat walaupun sesaat. Di dunia hilang nikmat ketaatan dan di akhirat akan dihantar ke neraka.

Sungguh rugi pelaku maksiat walaupun sesaat. Di dunia hilang nikmat ketaatan dan di akhirat akan dihantar ke neraka. 

Maksiat adalah merupakan tindakan manusia yang melanggar hukum tingkahlaku yang bertentangan dengan perintah Allah. Maksiat dapat melemahkan dan memutuskan jalan menuju Tuhan. Maksiat membuat seorang individu untuk berbuat suatu hal yang condong kepada kemungkaran. 


Maksiat terjadi kerana manusia tidak sabar ketika menjauhi larangan Allah dan tidak kuatnya iman yang bersemayam di dalam dada. Sehingga syaitan mudah mengombang-ambingkan fikiran dan nafsunya.


Firmah Allah Subhanahuwata'ala 


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ


Maksudnya:"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan". Al-Anbiya ayat 35


Perbuatan maksiat mempunyai ciri-ciri intrinsik iaitu dapat menghasilkan kepuasan diri, mengasyikkan serta nikmat sehingga dapat membuat seorang individu senang dan bahkan kecanduan untuk melakukan kembali hal tersebut contohnya Zina, sesuatu yang merosakkan akal seperti arak, dadah, ganja dan sebagainya yang dapat menimbulkan kecanduan psikologi.


Andaikata orang yang melakukan maksiat menyedari, betapa kenikmatan maksiat itu hanya sesaat, kemudian setelah itu dia merasakan akibat dari kemaksiatannya, iaitu kemurkaan Allah, dosa dan siksa-Nya, maka orang itu tidak akan sanggup melakukan maksiat.


Namun, apa yang terjadi adalah ramai orang terpesona dengan kenikmatan sesaat. Betapa tidak, orang berzina, hanya dapat merasakan nikmatnya zina saat sebelum dan setelah puncak kepuasan seksualnya. Itu pun tidak lama, tetapi setelah itu dia menderita . Bahkan, aibnya pun tak terperi. Terlebih lagi, jika zinanya itu menghasilkan anak haram, maka beban itu akan ditanggung seumur hidup.


Tetapi, ada orang yang melakukan maksiat, berzina dan berzina, mencuri dan mencuri, makan riba dan makan riba, minum arak dan minum arak, hisap dadah dan hisap dadah, namun anehnya tetap merasa tidak ada masalah. Baginya, kemaksiatannya itu tidak  nampak secara nyata dalam hidupnya. Dia pun enjoy menikmati hidup bergelimang dengan maksiat. 


Sepertimana Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَا قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا فَطَارَ


Maksudnya:"Dari Al Aswad keduanya berkata; Abdullah berkata; Sesungguhnya seorang mukmin memandang dosanya laksana akar gunung, ia takut akan menimpanya, sementara orang fajir memandang dosa-dosanya laksana seekor lalat yang hinggap pada hidungnya, ia berkata kepadanya seperti ini, lalu lalat itu terbang". Riwayat Ahmad(3448).


Apa yang akan terjadi pada orang seperti ini? Jawapannya adalah "Kemaksiatan itu diganjari dengan kemaksiatan". 


Maksudnya adalah ketika orang ini melakukan satu maksiat, lalu diikuti dengan maksiat yang berikutnya, maka kemaksiatan berikutnya itu sesungguhnya adalah siksa Allah, tetapi dia tidak merasai, bahawa sesungguhnya dia sedang disiksa oleh Allah. 


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


ٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ{ كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu beliau bersabda, "Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka di titikkan dalam hatinya sebuah titik hitam dan apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan dan apabila ia kembali maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutup hatinya, dan itulah yang diistilahkan "Ar raan" yang Allah sebutkan: كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ.(Al Muthaffifin ayat 14)". Riwayat Tirmizi (3257)


كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ 


Maksudnya:"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. Al Muthaffifin ayat 14.


Sebaliknya dari sisi yang lain pula , “Kebaikan setelah kebaikan adalah pahala bagi kebaikan itu.”


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maksudnya:" Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". Al-Nahl ayat 97.


Orang yang melakukan maksiat, terkadang tidak merasa dirinya melakukan maksiat. Padahal, jelas maksiatnya itu membuat hatinya tidak lagi merasakan nikmatnya ketaatan. Disaat dia solat dan berdoa pun tidak merasa khusyu'. Solat dan doanya pun kehilangan rohnya. Akibatnya; dia solat dan berdoa akan tetapi tidak ada pengaruhnya.


Bagi orang seperti ini, kelazatan munajatnya hilang. Kelazatan solatnya hilang. Kelazatan membaca Al-Qur’annya hilang. Kelazatan belajarnya hilang. Dia pun lama kelamaan akan malas munajat, kerana tidak merasakan lagi nikmatnya munajat kepada Allah. Dia mulai meninggalkan solat, kerana solatnya terasa hampa. Dia pun mulai meninggalkan al-Qur’an, kerana baginya al-Qur’an tidak lagi menarik hatinya. Dia pun malas datang pengajian, kerana nikmat ketaatannya lenyap. Akhirnya, dia pun jauh, dan semakin jauh dari ketaatan.


Maksiat itu telah membunuh kelazatan ketaatannya kepada Allah Subhanahuwata'ala. 


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِسْلَامِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ


Maksudnya:"Dari Anas dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang nescaya dia akan mendapatkan manisnya Islam, iaitu; orang yang lebih mencintai Allah dan rasul-Nya daripada selain mereka berdua, orang yang mencintai seseorang kerana Allah, dan orang yang tidak senang kembali kepada kekafiran sebagaimana ia membenci untuk dicampakkan ke dalam Neraka". Riwayat Al-Nasa'i(4903)


Jika kita sudah mulai dihinggapi tanda-tanda di atas, maka waspadalah. Segeralah kembali, sebelum kita jauh pergi meninggalkan jalan Allah Subhanahuwata'ala. Jauhi maksiat dan segera lakukan perbuatan yang baik, iaitu niat ikhlas kerana Allah dan benar caranya sesuai dengan syariat. 


Sekali lagi,jauhilah dari maksiat dan perbaikilah  amal . Tingkatkan ahsanul amal (أَحْسَنُ عَمَلًا)  atau perbuatan yang baik. Sebagaimana Allah terangkan dalam Al Mulk ayat 2.


ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ


Maksudnya:"Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kalian -wahai manusia- siapa di antara kalian yang paling baik amalnya. Dia Maha Perkasa, tidak ada sesuatu pun yang dapat mengalahkan-Nya, Maha Pengampun atas dosa-dosa hamba-Nya yang bertaubat kepada-Nya."


Maksiat akan menghantarkan manusia ke neraka. Sedangkan amal yang baik akan mengantarkan manusia ke syurga.


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَكُبَّتْ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ هَلْ تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya:"Dan barang siapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan". Al-Naml ayat 90


وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِهِ ۖ وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ عُمْيًا وَبُكْمًا وَصُمًّا ۖ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرًا


Maksudnya:"Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya". Al-Isra ayat 97.




Saturday, August 14, 2021

Sungguh beruntung menjadi orang Soleh

Sungguh beruntung menjadi orang Soleh.

Sebagai makhluk sosial, manusia tidak dapat hidup seorang diri. Dengan bersosial, pemikiran seseorang itu lebih terbuka dan mampu beradaptasi dengan lingkungannya. Meskipun manfaat bersosial amat penting, namun Islam aman menekankan agar seseorang  itu perlu selektif dalam bergaul dan berteman. Ini kerana teman dapat memberi pengaruh besar dalam pembentukan pemikiran seseorang itu. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا


Maksudnya:"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya". Al-Nisa ayat 69.


Orang soleh atau orang yang baik adalah merujuk kepada mukmin berkeperibadian serta taat kepada perintah Allah Subhanahuwata'ala yang selalu beramal soleh semata-mata kerana Allah Subhanahuwata'ala. Juga berkeperibadian sesama manusia dan makhluk yang lain. Orang soleh akan disegani oleh ramai manusia sama ada ketika masih hidup ataupun apabila telah meninggal.Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَأْخُذَ اللَّهُ شَرِيطَتَهُ مِنْ أَهْلِ الْأَرْضِ فَيَبْقَى فِيهَا عَجَاجَةٌ لَا يَعْرِفُونَ مَعْرُوفًا وَلَا يُنْكِرُونَ مُنْكَرًا


Maksudnya:"Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga Allah Ta'ala mengambil orang-orang yang baik dari penduduk bumi hingga di dalamnya hanya tersisa orang-orang yang hina yang sama sekali tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran". Riwayat Ahmad(6670) Dhaif. 


Hadith ini menjelaskan bahawa, Allah Subhanahuwata'ala mematikan orang-orang yang banyak melakukan kebaikan dan taat perintah agama sehingga yang ada di bumi nanti hanya mereka daripada golongan yang tolol, hina dan tidak memiliki kebaikan walaupun sedikit.


Sungguh sangat beruntung menjadi orang soleh. Betapa tidak, dalam setiap solat kaum Muslim, orang soleh didoakan agar senantiasa selamat. Orang soleh didoakan di dalam bacaan Tahiyat atau Tasyahud Awal dan akhir dengan lafaz doa, 


وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ


Allah Subhanahuwata'ala ada menyebutkan perihal orang-orang  soleh dalam surah ali-Imran ayat 114,


يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَأُولَٰئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ


Maksudnya:"Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang soleh.’‘ Ali Imran ayat 114.


Sungguh sangat beruntung menjadi orang soleh. Betapa tidak,   di dalam sebuah hadith sahih disebutkan, pada hari perhitungan nanti, mukmin yang soleh dengan izin Allah Subhanahuwata'ala, dapat memberikan syafaat pada saudara yang dicintainya.


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ مِنْ أُمَّتِي لَيَشْفَعُ لِلْفِئَامِ مِنْ النَّاسِ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَتِهِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَشْفَعُ لِلْقَبِيلَةِ مِنْ النَّاسِ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَتِهِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَشْفَعُ لِلرَّجُلِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَتِهِ


Maksudnya:"Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya seorang laki-laki dari umatku benar-benar akan memberi syafaat untuk segolongan manusia sehingga mereka masuk ke dalam syurga dengan syafaatnya tersebut, dan ada juga seorang laki-laki yang benar-benar akan memberi syafaat untuk satu kabilah dari manusia sehingga mereka masuk ke dalam syurga dengan syafaatnya tersebut. Serta seorang laki-laki yang benar-benar akan memberikan syafaat untuk satu orang atau ahli baitnya hingga mereka masuk ke dalam syurga dengan syafaatnya tersebut". Riwayat Ahmad(11177). Sahih


Kerana itu, Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam sering menganjurkan para sahabatnya agar senantiasa bergaul dengan orang-orang soleh dan tidak bergaul dengan orang-orang buruk perangainya. Kerana, sebagaimana  perilaku buruk itu boleh menular, begitu juga dengan perilaku baik.


Dalam sebuah hadith Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengumpamakan siapa yang bersahabat dengan orang yang soleh seperti ia bersahabat dengan penjual minyak wangi. Dan siapa yang bersahabat dengan orang yang berperangai buruk, seperti ia berteman dengan tukang besi.


مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً


Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]


Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam membuat perumpamaan teman atau kawan yang baik ini umpama seorang penjual wangi kerana manfaat yang kita akan perolehi daripadanya apabila kita berdamping dengannya. 


Dari perumpamaan yang disampaikan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam ini,  berteman dengan penjual minyak wangi lebih menguntungkan, meskipun tidak membeli minyak wangi, kita akan terkena harum wanginya. Dan, sebaliknya, jika berteman dengan tukang besi, kita akan terkena buruknya, sekurang-kurangnya kita akan terkena percikan panasnya api dari besi.


Tambahan pula, Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini di bawah bab  tajuk sunat berdamping (bergaul) dengan orang yang soleh. Selain itu juga, hadith ini menunjukkan kepada kita kelebihan duduk bersama orang yang soleh, orang yang baik, orang yang menjaga maruah, orang yang mulia akhlaknya, orang yang warak, ahli ilmu, orang yang beradab di samping larangan duduk bersama orang yang tidak baik, ahli bid’ah, orang yang dibenci masyarakat atau yang melakukan maksiat, malas beramal dan sebagainya yang termasuk di dalam perkara-perkara yang dicela. [Lihat: al-Minhaj, 178/16]


Dari huraian di atas, difahami bahawa lingkungan hidup sangat berpengaruh pada karakter dan perilaku seseorang. Jika seseorang itu sering berkunjung ke tempat maksiat seperti kelab malam atau pusat hiburan dan berteman dengan pecandu dadah, maka suatu saat dia akan terjerumus ke lembah kemaksiatan itu. Tidak sedikit orang yang pernah merasakan hal tersebut, awalnya coba-coba dan seterusnya menjadi bandar dadah.


Begitu juga jika kita berteman dan hidup dalam lingkungan yang baik, berkunjung ke masjid, mengikuti majlis taklim, maka akhlak kita pun kurang lebih akan seperti mereka yang senantiasa menjaga diri dari kemaksiatan dan candu akan kebaikan.


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ


Maksudnya:"Abu Al Haitsman dari Abu Sa'id ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." Riwayat Tirmizi(2318).Hasan


Jika telah nampak bagi kita kebaikan dan keburukan, manis dan pahit, sungguh sakit; jika jiwa dan hati yang memilih keburukan dan kepahitan. 


Untuk itu bermohonlah pada Allah Subhanahuwata'ala agar diberikan kekuatan untuk meninggalkan kemaksiatan dan anugerah kecintaan pada orang-orang soleh.


Sungguh sangat beruntung menjadi orang soleh. Betapa tidak, Allah Subhanahuwata'ala menjanjikan balasan syurga yang penuh kenikmatan buat hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. 


Tingkatkan usaha untuk beribadat dan beramal soleh kerana dengan cara itu saja kita bakal ditempatkan pada kedudukan yang tinggi di akhirat kelak.


Nikmat itu tidak tergambar pada fikiran mereka.Dalam surah As-Sajadah, ayat 17, Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Tidak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan". As-Sajadahayat 17.


Allah Subhanahuwata'ala sentiasa menyeru hamba-Nya supaya beramal di dunia untuk merebut kedudukan terbaik di akhirat.


Dalam surah Ali Imran, ayat 133, Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


 وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Maksudnya:"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa", Ali Imran ayat 133


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam turut mengingatkan umatnya agar tidak lalai dengan kesibukan dunia tanpa mempedulikan urusan bekalan akhirat.

Baginda Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ


Maksudnya:"Dari Abdullah bin Umar radhiallahu'anhuma dia berkata, "Rasulullah ﷺ pernah memegang bahuku dan bersabda, 'Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara." Ibnu Umar juga berkata; 'Bila kamu berada di petang hari, maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang, pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu". Riwayat Bukhari(5937)


Dalam surah Al-Hasyr, ayat 18, Allah menegaskan dengan firman-Nya


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".Al-Hasyr, ayat 18.


Justeru itu, marilah kita tingkatkan usaha untuk beribadat dan beramal soleh kerana dengan cara itu saja kita bakal ditempatkan pada kedudukan yang tinggi di akhirat kelak.

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...