Lisan Mukmin mempunyai dua pilihan iaitu bercakap perkara yang baik atau diam.
Bicara dan diam tidak mungkin dapat dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Manusia adalah makhluk pilihan Allah Subhanahuwata'ala yang mulia berbanding makhluk lain seperti haiwan,batu dan tumbuh-tumbuhan dengan berbicara manusia boleh berinteraksi sesama mereka. Oleh kerana itu, secara jelas Allah Subhanahuwata'ala berfirman di dalam al Quran :
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
Maksudnya:"(Allah) Mengajarkannnya (kepada manusia) pandai menerangkan (berbicara)". Rahman ayat 4.
Namunpun begitu, lisan orang beriman hanya mempunyai dua pilihan iaitu bercakap perkara yang baik dan jika tidak mampu, maka perlu diam.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaknya ia berkata baik atau diam, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia menyakiti tetangganya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia memuliakan tamunya". Riwayat Bukhari (5994)
Kalimah, “...Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah sesiapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Apabila Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam”,
Ini menunjukkan bahawa perkatan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Berkata baik dalam hadith ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan Rasul-Nya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.
Islam menjelaskan bagaimana seharusnya memanfaatkan kedua-dua potensi itu, iaitu bercakap dan diam, agar manusia benar-benar mampu memanfaatkan untuk berbicara sehari-hari sehingga ia menjadi jalan kebaikan bagi penuturnya. Dan kalau tidak mampu, maka lebih baik diam. Dan bagi yang mampu untuk menutur pula, tetapi menolak untuk mengucapkan kebenaran, maka ianya telah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,
Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman”. Riwayat Muslim (78)
Juga firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. Ali-Imran ayat 104.
Telah berkata Abi Ali al-Daqqaq bahawa,
“السَّاكِتُ عَنِ الْحَقِّ شَيْطَانٌ أَخْرَسُ، والنَّاطِقُ بِالْبَاطِلِ شَيْطَانٌ نَاطِقٌ
Maksudnya: “Orang yang diam daripada kebenaran adalah syaitan bisu dan orang yang bercakap berkaitan perkara bathil adalah syaitan yang bercakap.”.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 20/2]
Dengan sikap berdiam diri di atas perkara mungkar akan menyebabkan turunnya azab Allah Subhanahuwata'ala berdasarkan beberapa buah hadith, antaranya sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam:
مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي، ثُمَّ يَقْدِرُونَ عَلَى أَنْ يُغَيِّرُوا، ثُمَّ لَا يُغَيِّرُوا، إِلَّا يُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ مِنْهُ بِعِقَابٍ
Maksudnya: “Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum, kemudian mereka (sebahagian daripada mereka) mampu untuk mengubahnya tetapi mereka tidak berbuat sedemikian, melainkan Allah Subhanahuwata'ala akan timpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab". Riwayat Abu Daud (4338).Syeikh Syu’aib al-Arnaouth menilai sanad hadith ini adalah sahih
Pada zaman sekarang, percakapan bukan hanya menggunakan mulut. Ia sudah berpindah kepada tangan termasuklah menulis di media sosial.
Lidah mungkin tidak lagi banyak berkata-kata, tetapi tangan pula sentiasa sibuk mengambil alih peranan lidah bagi melakukan perbuatan yang mengundang dosa fitnah sesama manusia.
Kita mengetahui setiap fitnah akan membuahkan permusuhan besar.
Sehubungan itu, kita perlu berpegang kepada peringatan yang diberikan Allah Subhanahuwata'ala seperti dalam firman-Nya,
,
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui". An-Nuur ayat 19.
Dari sisi yang lain pula, orang Islam yang baik akhlaknya pasti akan meninggalkan perkara yang tiada kaitan atau tiada urusan dengannya.
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
ِ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ
Msksudnya:"Dari Jabir bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya paling bagus. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara (kata-kata tidak bermanfaat dan memperolok manusia)." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak bicara itu?" Nabi menjawab, "iaitu orang-orang yang sombong". Riwayat Tirmizi(1941)
Untuk mencapai kebaikan Islam, peranan diam boleh dijadikan benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia atau yang tiada keperluannya.
Namunpun begitu, seseorang tidak cukup hanya berdiam sedangkan anggota tubuhnya yang lain melakukan hal-hal yang dilarang oleh Allah Taala. Namun, ia harus juga harus “diam” yakni meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan diltegah Allah baginya.
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, " Di antara tanda baiknya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya". Riwayat Tirmizi (2239)
Diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam Hilyat al-Auliya,
وَمَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ كَثُرُ سَقَطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقَطُهُ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ
Maksudnya:"Dan siapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah silapnya. Siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah salah (dosanya). Siapa yang banyak berlaku salah, neraka lebih utama baginya.” (al-Iraqi menyebut bahawa hadis ini dhaif)
Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan untuk menyampaikan tujuan-tujuan komunikasi sesama manusia tidak akan digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah, nasihat-nasihat yang membetulkan perjalanan hidup manusia.
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَكْرَهُ لَكُمْ ثَلَاثًا فَيَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَيَكْرَهُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ
Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah menyukai bagimu tiga perkara dan membenci tiga perkara; Dia menyukai kalian supaya beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, kalian berpegang teguh dengan agama-Nya dan tidak berpecah belah. Dan Allah membenci kalian dari mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta". Riwayat Muslim(3236)
Dan yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan ke semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Maksudnya:“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.” Al-Isra ayat 36.
Dan firman-Nya lagi:
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Maksudnya“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid.” Qaff ayat 18.
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah menyebutkan tentang siapakah sebaik-sebaik seorang Muslim,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
Maksudnya:"Dari Abdullah bin 'Amru dari Nabi ﷺ, bersabda, "Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah".
Riwayat Bukhari(9)
Sememangnya lidah manusia itu sesuatu yang luar biasa kesannya. Ia boleh membuatkan orang berasa benci, sakit hati dan berlaku pergaduhan besar akibat seseorang yang jenis lancang pengucapannya.
Sebaliknya, apabila lidah itu dijaga dengan sebaiknya, ia pasti mampu membangkitkan rasa tenang, kagum serta terharu orang di sekelilingnya.
Sebenarnya di sebalik sebuah ucapan itu tersimpan sebuah tanggungjawab besar yang bakal dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh kerana itu, kita mengendalikan ada dalam setiap tutur kata, ia boleh sahaja menjadi faktor yang mampu mengangkat darjat seseorang hamba di sisi Allah, ia juga boleh menyebabkan kecelakaan besar kepada pengungkapnya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
Maksudnya"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Sungguh seorang hamba akan mengucapkan sebuah kalimat yang diridhai Allah, suatu kalimat yang ia tidak mempedulikannya, namun dengannya Allah mengangkatnya beberapa derajat. Dan sungguh, seorang hamba akan mengucapkan sebuah kalimat yang dibenci oleh Allah, suatu kalimat yang ia tidak meperdulikannya, namun dengannya Allah melemparkannya ke dalam neraka". Riwayat Bukhari (5997)
Memang diakui sukar untuk mengawal lidah daripada menyusun kata-kata.
Namun, susah atau senang itu adalah pilihan.
Begitu juga dengan dosa dan pahala, ia juga satu pilihan. Jadi, mahu yang mana?
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya mengenai apakah kelakuan seseorang yang menyebabkan masuk ke syurga dan neraka,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ
MaksudnyaAbu Hurairah dia berkata; Nabi ﷺ pernah di tanya, "Perkara apa yang banyak menyebabkan masuk syurga?" beliau menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan beliau di tanya, "Perkara apa yang banyak menyebabkan masuk neraka?" beliau menjawab, "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan." Riwayat Ibn Majah (4236)
Sememangnya lidah manusia itu sesuatu yang luar biasa kesannya. Ia boleh membuatkan orang berasa benci, sakit hati dan berlaku pergaduhan besar akibat seseorang yang jenis lancang pengucapannya.
Sebaliknya, apabila lidah itu dijaga dengan sebaiknya, ia pasti mampu membangkitkan rasa tenang, kagum serta terharu orang di sekelilingnya.
No comments:
Post a Comment