Saturday, December 19, 2020

Neraka dikelilingi shahwat(keinginan) dan syurga dikelilingi oleh hal-hal yang dibenci oleh nafsu.

Jalan ke Syurga diliputi oleh perkara yang dibenci Nafsu(jiwa), jalan Ke Neraka pula diliputi perkara yang disukai Nafsu. 


Neraka dikelilingi shahwat(keinginan) dan syurga dikelilingi oleh hal-hal yang dibenci oleh nafsu.


Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,


حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ


Makdudnya:“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh nafsu/jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat". Riwayat Muslim(5049). 


حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حُجِبَتْ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ وَحُجِبَتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami Ismail mengatakan, telah menceritakan kepadaku Malik dari Abu Az Zanad dari Al A'raj dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: "Neraka dikelilingi dengan syahwat (hal-hal yang menyenangkan nafsu), sedang syurga dikelilingi hal-hal yang tidak disenangi (nafsu)."Riwayat Bukhari,6006.


حُفَّتِ: Berasal dari kata al-hafaf (الحَفَاف) yang bermaksud sesuatu yang meliputi sesuatu yang lain yang bererti syurga dan neraka itu diliputi oleh sesuatu. Seseorang tidak akan memasuki syurga dan neraka kecuali setelah melalui hijab terebut. Dalam riwayat Bukhari kata حُفَّتِ diganti dengan kata hujibat (حُجِبَت ) yang bererti tabir, hijab ataupun pembatas dan keduanya memiliki makna sama. Hal ini ditegaskan Ibnul Arabi sebagaimana yang dinukil oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Baari.


Al-Jannah/الجنة: Kampung kenikmatan.

Al-Makarih/المكاره: Perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) berupa ketaatan dan ketundukan terhadap aturan-aturan Allah Subhanahuwata’ala.

An-Nar/النار: Kampung siksaan dan azab.

Asy-Syahawat/الشهوات: Nafsu yang condong kepada kejahatan. 


Imam Nawawi rahimahullah berkata, 

“Para ulama mengatakan,Hadith ini mengandungi kalimat-kalimat yang indah dengan cakupan makna yang luas serta kefasihan bahasa yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Sehingga beliau membuat perumpamaan yang sangat baik dan tepat. Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang itu tidak akan masuk syurga sehingga mengamalkan perkara-perkara yang dibenci jiwa, begitupula sebaliknya seseorang itu tidak akan masuk neraka sehingga ia mengamalkan perkara-perkara yang disenangi oleh syahwat. Demikian itu dikeranakan, oleh adanya tabir yang menghiasi syurga dan neraka berupa perkara-perkara yang dibenci ataupun yang disukai jiwa. Barangsiapa yang berhasil membuka tabir tersebut maka ia akan sampai kedalamnya. Tabir syurga itu dibuka dengan amalan-amalan yang dibenci jiwa dan tabir neraka pula dibuka dengan amalan-amalan yang disenangi syahwat. Diantara amalan-amalan yang dibenci jiwa seperti halnya bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala serta menekuninya, bersabar disaat berat menjalankannya, menahan amarah, memaafkan orang lain, berlaku lemah lembut, bersedakah, berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah, bersabar untuk tidak memperturutkan hawa nafsu dan sebagainya. Sementara perkara yang menghiasi neraka pula, adalah perkara-perkara yang disukai syahwat yang jelas keharamannya seperti minum khamr, berzina, memandang wanita yang bukan mahramnya (tanpa hajat), mengumpat, hiburan yang haram dan sebagainya. Adapun syahwat (keinginan) yang mubah(harus) maka tidak termasuk dalam hal ini. Namun makruh hukumnya bila berlebih-lebihan kerana dibimbangi akan menjerumuskan pada perkara-perkara haram, setidak-tidaknya hatinya menjadi kering atau melalaikan hati untuk melakukan ketaatan bahkan boleh jadi hatinya menjadi condong kepada gemerlapnya dunia.”(Syarhun Nawawi ‘ala Muslim, Asy-Syamilah).


Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Baari berkata,

“Yang dimaksud dengan الْمَكَارِهِ (perkara-perkara yang dibenci jiwa) adalah perkara-perkara yang dibebankan kepada seorang hamba baik berupa perintah ataupun larangan dimana ia dituntut bersungguh-sungguh mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tersebut. Seperti bersungguh sungguh mengerjakan ibadah serta berusaha menjaganya dan menjauhi perbuatan dan perkataan yang dilarang Allah Subhanahuwata’ala. Penggunaan kata الْمَكَارِهِ disini disebabkan kerana kesulitan dan kesukaran yang ditemui oleh seorang hamba dalam menjalankan perintah dan meninggalkan larangan. Adapun yang dimaksud الشَّهَوَاتِ disini adalah perkara-perkara yang dilakukan untuk menikmati kelazatan dunia sedangkan syariat melarangnya. Baik kerana perbuatan tersebut haram dikerjakan mahupun perbuatan yang membuat pelakunya meninggalkan hal-hal yang dianjurkan. Seakan-akan Nabi Sallallahu’alaihiwasallam mengatakan seseorang tidaklah sampai ke syurga kecuali setelah melakukan amalan yang dirasa begitu sulit dan berat. Dan sebaliknya seseorang tidak akan sampai ke neraka kecuali setelah menuruti keinginan nafsunya. Syurga dan neraka dihijabi oleh dua perkara tersebut, barangsiapa membukanya maka ia sampai kedalamnya. Meskipun dalam hadith tersebut menggunakan kalimat khabar (berita) akan tetapi maksudnya adalah larangan.”(Fathul Baari 18/317, Asy-Syamilah)


Hiasai harimu dengan hadith ini:

Syaikh Abdurrazzaq hafidzahullah memberikan contoh kepada kita bagaimana cara mengaplikasikan hadith ini dalam kehidupan sehari-hari, beliau berkata,


“Kunasihatkan bagi diriku sendiri dan saudaraku sekalian. Jika engkau mendengar azan telah dikumandangkan ‘hayya alash shalah hayya ‘alal falah’ namun jiwamu merasa benci melaksanakannya, melambat-lambatkan waktu dan merasa malas. Ingatkan dirimu tentang hadith ini bahawa syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci jiwa.


Jika kewajipan membayar zakat telah tiba dan jiwamu merasa malas mengeluarkannya serta membahagikannya kepada fakir miskin maka ingatkan dirimu dengan hadith ini bahawa syurga itu diliputi perkara yang dibenci jiwa.


Jika waktu puasa telah tiba sementara jiwamu merasa enggan menunaikannya, ingatkan dirimu degan hadith ini. Sungguh syurga itu diliputi perkara yang dibenci jiwa.


Begitu juga ketika jiwamu merasa malas untuk berbakti kepada orang tua, enggan berbuat baik kepada keduanya dan merasa berat memenuhi hak-haknya, ingatkan dirimu dengan hadith ini bahawa syurga itu diliputi perkara yang dibenci jiwa”.


Beliau hafidzahullah juga berkata, “Sebaliknya ketika jiwamu condong kepada perbuatan-perbuatan keji,zina, arak, dadah dan perbuatan haram maka ingatkan dirimu bahawa neraka itu diiputi perkara-perkara yang disenangi syahwat. Ingatkan pula jika sekarang engkau lakukan perbuatan ini maka kelak engkau akan masuk neraka.


Jika jiwamu tergoda dengan perbuatan riba, maka ingatkan dirimu bahawa Allah dan rasul-Nya telah mengharamkannnya dan pelakunya kelak akan masuk neraka.


Begitu juga ketika jiwamu sedang ketagihan minum minuman keras dan minuman haram lainnya maka ingatkan dirimu bahawa neraka itu diliputi perkara-perkara yang disenangi syahwat.


Ketika jiwamu merasa rindu mendengarkan musik, lagu-lagu dan nyanyian-nyanyian yang telah Allah haramkan atau ketika kedua matamu mulai condong melihat sesuatu yang Allah haramkan berupa vcd-vcd porno, gambar-gambar porno dan pemandangan haram lainnya maka ingatkan dirimu bahawa neraka itu diliputi perkara-perkara yang disenangi syahwat


Jika engkau selalu menerapkan hadith ini dalam sendi-sendi kehidupanmu dan berusaha menghadirkannya setiap saat maka dengan izin Allah engkau akan boleh menjauhi perbuatan haram dan memudahkanmu menjalankan ketaatan kepada-Nya.”(Muhadharah Syeikh Abdurrazzaq hafidzahullah)


Ingatlah, jiwa manusia itu condong pada kejahatan.Allah Subhanahuwata'aa’ala berfirman,


إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي


Maksudnya:"“Sesungguhnya jiwa (manusia) itu menyuruh pada kejelekan kecuali jiwa yang dirahmati Tuhanku.” Yusuf ayat 53.


Imam al-Tabari menjelaskan: “Sesungguhnya nafsu yang dimaksudkan ialah nafsu hamba yang memerintahkan kepada seluruh apa yang dia inginkan oleh hawanya, meskipun bukan pada sesuatu yang diredhai oleh Allah Subhanahuwata'ala.” (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 13/209)


Al-Baghawi pula menyebut bahawa maksud menyuruh melakukan kejahatan (السوء) pada ayat ini adalah menyuruh kepada maksiat. (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 4/249)


Syeikh al-Sa’di menyebut bahawa nafsu akan terus mengajak manusia kepada kejahatan dan perbuatan keji serta perbuatan dosa yang lain. Nafsu jahat ini menjadi tunggangan syaitan untuk menyesatkan manusia. Dan dari jalan nafsu inilah, syaitan akan masuk kecuali bagi sesiapa yang dirahmati oleh Allah Subhanahuwa'ala. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, 3/408)


Syeikh al-Maraghi pula dalam mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa ayat ini merupakan penutup ikrar isteri al-‘Aziz sepertimana pendapat Abu Hayyan dalam kitab al-Bahr.  Kemudian beliau menyatakan: “Sesungguhnya nafsu kemanusiaan itu sering menyuruh melakukan kejahatan kerana padanya terdapat pelbagai dorongan kehendak zahir dan batin, lantaran telah diletakkan padanya pelbagai kekuatan dan alat untuk mencapai kenikmatan termasuk kecenderungan yang dibisikkan oleh syaitan kepadanya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 7/3380)


Perhatikanlah nasihat Ibnul Jauzi rahimahullah berikut,

“Ketahuilah, semoga Allah mamberikan taufiq kepadamu. Sesungguhnya watak dasar jiwa manusia itu cinta kepada hawa nafsunya. Telah berlalu penjelasan tentang begitu dasyatnya bahaya hawa nafsu, sehingga untuk menghadapinya engkau memerlukan kesungguhan dan pertentangan dalam diri jiwamu. Ketika engkau tidak mecegah keinginan hawa nafsumu maka pemikiran-pemikiran sesat (kejelekan-kejelekan) itu akan menyerang sehingga tercapailah keinginan hawa nafsumu". Lihat Dzammul Hawa, hal.36, Asy-Syamilah. 


Dalam sebuah doa Baginda Sallahu'alaihiwasallam, 


اَللّهُمَّ إِنِّى أَ سْئَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ وَ عَملٍ وَ أَعُوْ ذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ وَ عَمَلٍ


Maksudnya:“Ya Allah! aku memohon kepadamu syurga dan segala sesuatu yang boleh mendekatkanku dengannya baik berupa perkataan ataupun perbuatan. Dan aku berlindung kepadamu dari siksaan neraka dan segala sesuatu yang boleh mendekatkanku dengannya baik berupa perkataan ataupun perbuatan.” Musnad Imam Ahmad. 


Juga doa yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain R.A, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam pernah mengajar bapanya, dua kalimat yang dibaca di dalam doa, iaitu:


اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي


Maksudnya: “Ya Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”


Riwayat al-Tirmizi (3483), al-Tabarani dalam al-Du’a (1393),

al-Bazzar (3580) dan al-Baihaqi dalam al-Asma' wa al-Sifat (894)


Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan, yakni berikanlah taufik padaku kepada al-rusyd iaitu petunjuk kepada kebaikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan nafsuku, di mana ia adalah tempat tumbuhnya perkara-perkara yang keji. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/455)



Wednesday, December 16, 2020

Keutuhan Akhlak

Keutuhan Akhlak

Maksud akhlak dari sudut bahasa adalah tabiat dan perangai.


Manakala dari sudut istilah ulama, sepertimana yang ditakrifkan oleh Imam Al- Ghazali : 

"Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan."


Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya sebagai suatu himpunan ma'ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya menjadi neraca bagi manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan tersebut.


Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Imam Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".


Kenyataan ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ


Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]


Dalam persoalan hati pula terdapat doa khusus yang telah diajar oleh Baginda Sallahu'alaihiwasallam dalam memelihara hati ini daripada terpesong. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Jami’nya:


Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi Sallahu'alaihiwasallam banyak membaca:

 


يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ


Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda Sallahu'alaihiwasallam menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah Subhanahuwata'ala yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]


Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam memperbanyakkan berdoa dengan doa tersebut kerana hati ini kadang-kadang ia cenderung kepada ketaatan dan kadang-kadang pula ia cenderung kepada kemaksiatan. Selain itu juga, hati ini juga kadang-kadang cenderung kepada sedar dan kadang-kadang cenderung kepada alpa. Untuk itu, doa ini bertujuan agar ditetapkan hati ini di atas agama tanpa terpesong sedikitpun daripada agama yang mulia dan jalan (agama) yang lurus ini. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 291/6]


Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.


Keutuhan akhlak pula kelihatan pada hamba yang menunaikan ibadah khusus termasuk solat,  puasa dan haji dengan tidak melakukan kekejian dan kemungkaran kerana menyakini perlakuan yang keji dan mungkar bukan sahaja tidak baik tetapi memberi kemudharatan pada diri dan masyarakat. 


Kesan atau hikmah solat telah ditegaskan oleh Allah Subhanahuwata'ala, 


اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


Maksudnya:"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya sollat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". Al-Ankabut ayat 45.


Dalam ayat itu Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan setiap mukmin menunaikan solat,  samaada fardhu ataupun sunat dengan menyempurnakan rukun dan syaratnya,  khusyuk dan tunduk kepada Allah Subhanahuwata'ala serta menghadirkan takut kepada Allah Subhanahuwata'ala pada semua peringkat.  Maka solat perlu melazimi dua perkara iaitu meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan meninggalkan perbuatan-perbuatan mungkar. 


Solat adalah tiang agama dan perhubungan antara hamba dengan Tuhannya. Solat menjadi bukti keimanan dan keyakinan, pengeluasan perkara yang susah dan perkara yang mendukacitakan dan sebab pembersihan hamba daripada kesan-kesan dosa dan maksiat. 


Kesemua itu berlaku dengan syarat perlaksanaan solat itu disertai dengan khusyuk,  ketundukan dan ikhlas sebagaimana yang disebutkan di atas,  hingga solat mempunyai bukti dan roh,  mempunyai pencahayaan yang memenuhi jiwa kerana menghadirkan keagungan Allah Subhanahuwata'ala dan takut kepada-Nya. Jika tidak,  solat itu hanyalah gerakan dan perbuatan zahir semata-mata Dan lenyap kesan yang dikehendaki daripadanya. Lihat Tafsir al-Munir jil.  10, hlm 623. Oleh Wahbah al-Zuhaili. 


Fahsya(فحشاء) bermaksud sesuatu yang sangat keji samaada perkataan atau perbuatan seperti perbuatan mencuri, minum arak, mengambil dadah, berzina, memberi dan menerima rasuah, berbohong, mengumpat, mengadu domba dan seumpamanya. 


Mungkar(منكر) pula merujuk kepada perkataan atau perbuatan seseorang yang padanya tiada keredaan Allah Subhanahuwata'ala Dan lawannya adalah makruf.  Lihat Mu'jam at-Ta'rifaat, hlm 128 oleh al-Jurjani. 


Ibn Mas'ud ketika ditanya tentang orang-orang yang banyak bersolat,  beliau berkata:"Sesungguhnya solat tidak memberi munafaat melainkan kepada orang yang taat menyempurnakannya'. Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran,  jil. 16 hlm. 369. Oleh al-Qurthubi. 


Larangan semasa mengerjakan haji, 


الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ ۚ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ


Maksudnya:"(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal".Al-Baqarah 197.


Daripada ayat ini dapat difahami sesiapa yang berihram pada bulan ini,  dia wajib menjauhi semua perbuatan maksiat Dan perkara yang dilarang seperti memburu binatang darat.  Selain itu,  dia juga tidak boleh melakukan setiap perkara yang membawa kepada pertengkaran, benci-membenci dan permusuhan. Lihat Tafsir al-Munir,  jil. 1 hlm. 574. Oleh Wahbah al-Zuhaili. 


Dalam hal ini, terdapat sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam:


مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه


Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-Bukhari, no hadith 1770, 5597]


Tidak meninggalkan perkataan yang melalaikan dan lucah. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ


Maksudnya: “Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”. [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/154]


Ibnu Hajar menukilkan kata-kata Ibn Bathal bahawa ungkapan,  


فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه


Ungkapan tersebut bukan bermaksud seseorang disuruh meninggalkan puasanya,  malah maknanya memberi amaran tentang kata-kata dusta dan sifat-sifat lain yang disebut bersamanya. Lihat Fath al-Bari,  jil.  4, hlm. 151. Oleh Ibn Hajar al-Asqalani. 

Tuesday, December 15, 2020

Ahli Neraka (Perjalanan ke Neraka): Berbantah-bantah, Meminta cahaya dari Mukminin, Berlutut (جِثِيًّا), tangan terbelenggu di leher, di seret, tidak nampak apa-apa, Meminta Tangguh dari Allah untuk kembali dunia, di tanya oleh Malaikat, Saksi Diri berkata dan ada Dinding antara Syurga dan Neraka dan Neraka ada Pintu.

Ahli Neraka (Perjalanan ke Neraka): Berbantah-bantah, Meminta cahaya dari Mukminin, Berlutut (جِثِيًّا), tangan terbelenggu di leher, di seret, tidak nampak apa-apa, Meminta Tangguh dari Allah untuk kembali dunia, di tanya oleh Malaikat, Saksi Diri berkata dan ada Dinding antara Syurga dan Neraka dan Neraka ada Pintu. 


Pada hari itu diperintahkan kepada malaikat Zabaniyah untuk mengumpulkan orang-orang yang telah berbuat zalim, agar pergi ke tempat hukuman menurut kelompok perbuatan dosa mereka masing-masing, iaitu para penzina sesama penzina, pemakan riba sesama pemakan riba, demikianlah seterusnya. Demikian pula penyembah-penyembah berhala dikumpulkan bersama berhalanya agar mereka tambah merasa malu dan sedih.


احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ


Maksudnya:"(kepada malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah". As-Saffat ayat 22


مِنْ دُونِ اللَّهِ فَاهْدُوهُمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْجَحِيمِ


Maksudnya:"selain Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka".As-Saffat ayat 23


وَقِفُوهُمْ ۖ إِنَّهُمْ مَسْئُولُونَ


Maksudnya:"Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan ditanya".As-Saffat ayat 24


مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ


Maksudnya:"Kenapa kamu tidak tolong menolong?". As-Saffat ayat 25


بَلْ هُمُ الْيَوْمَ مُسْتَسْلِمُونَ


Maksudnya:"Bahkan mereka pada hari itu menyerah diri". As-Saffat ayat 26


وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ


Maksudnya:"Sebahagian dan mereka menghadap kepada sebahagian yang lain berbantah-bantahan".As-Saffat ayat 27


قَالَ لَا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيدِ


Maksudnya:"Allah berfirman: "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberikan ancaman kepadamu".Qaf ayat 28.


يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ


Maksudnya:"Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu". Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)". Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa". Al-Hadid ayat 13


يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّىٰ جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ


Maksudnya:"Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu". Al-Hadid ayat 14


خُذُوهُ فَغُلُّوهُ


Maksudnya:"(Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya".Al-Haqqah ayat 30


فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَاطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا


Maksudnya:"Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami datangkan mereka ke sekeliling Jahannam dengan berlutut". Maryam ayat 68


وَيَوْمَ يُحْشَرُ أَعْدَاءُ اللَّهِ إِلَى النَّارِ فَهُمْ يُوزَعُونَ


Maksudnya:"Dan (ingatlah) hari (ketika) musuh-musuh Allah di giring ke dalam neraka, lalu mereka dikumpulkan semuanya". Fussilat ayat 19



إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah". Ya Sin ayat 8.


وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ


Maksudnya:"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. Ya Sin ayat 9.


وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِهِ ۖ وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ عُمْيًا وَبُكْمًا وَصُمًّا ۖ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرًا


Maksudnya:"Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya. Al-Isra' ayat 97.


الَّذِينَ يُحْشَرُونَ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ سَبِيلًا


Maksudnya:"Orang-orang yang dihimpunkan ke neraka Jahannam dengan diseret atas muka-muka mereka, mereka itulah orang yang paling buruk tempatnya dan paling sesat jalannya".Al-Furqan ayat 34


بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ


Maksudnya:"Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri".Al-Qiyamah ayat 14


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Maksudnya:"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan".Ya Sin ayat 65.


يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".An-Nur ayat 24


حَتَّىٰ إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan".Fussilat ayat 20


وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Maksudnya:"Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan". Fussilat ayat 21


وَأَنْذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ


Maksudnya:"Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: "Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul". (Kepada mereka dikatakan): "Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?". Ibrahim ayat 44


وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۚ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ


Maksudnya:"Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?" Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir".Az-Zumar ayat 71


Jika di Syurga ada Pintu, di Neraka juga ada Pintu. Jika pintu Syurga itu sedia terbuka untuk bakal penghuni Syurga maka pintu Neraka dalam keadaan tertutup dahulu sehingga sampai rombongan.


وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ


Maksudnya:"Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu?". Al-Waqi'ah ayat 41


فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ


Maksudnya:"Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih".Al-Waqi'ah ayat 42



Sunday, December 6, 2020

Ada manusia berada di الْأَعْرَافِ (tembok pagar yang tinggi), di tengah-tengah antara Penghuni Syurga dan Neraka. sebelum masuk Jannah boleh bertegur sapa dengan penghuni Jannah dan penghuni Neraka.

Ada manusia berada di الْأَعْرَافِ (tembok pagar yang tinggi), di tengah-tengah antara Penghuni Syurga dan Neraka. sebelum masuk Jannah boleh bertegur sapa dengan penghuni Jannah dan penghuni Neraka. 


Perjalanan hidup manusia tidak dinilai dengan ukuran dunia, tetapi kejayaan bagi Mukmin ialah apabila dipesongkan dari neraka serta melalui perjalanan lancar untuk menuju syurga seperti dijelaskan dalam al-Quran dan sunah Rasulullah Sallahualaihiwasallam.


Beriman kepada yang ghaib adalah bahagian dari iman dan akidah yang sahih, sungguh menjadi tanda akhir zaman bahawa ada dari kalangan umat manusia yang mulai tidak lagi percaya akan hal tersebut.


Sehingga ramai diantara mereka tidak mempedulikan lagi bentuk maksiat dan kezaliman, tenggelam dalam kenikmatan dunia serta terus melalaikan adanya siksa kubur dan jahannam.


Apabila penghuni neraka yang telah dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa-dosanya dan mereka telah keluar semuanya dari negeri azab sengsara itu. Maka yang akan tinggal hanya orang-orang kafir saja yang akan menjadi penghuninya, maka mereka tidak akan mati dan tidak pula hidup. Sebagaimana difirmankan oleh Allah Subhanahuwata'ala,


 

ذَٰلِكُمْ بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ


Maksudnya:"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat". Al-Jasiyah Ayat 35.


Maksudnya, tidak ada jalan untuk melepaskan mereka dari neraka bahkan mereka kekal di dalamnya. Mereka itulah orang-orang yang dinyatakan oleh al-Qur’an sebagai kaum tahanan dan diputuskan kekal di sana.


Adapun Ashabul A'raf ( أصحاب الأعراف ): A’raf ( الأعراف ) adalah jama’ dari 'urf( عرف ) yang ertinya pagar yang tinggi yang diletakkan antara penduduk syurga dan penduduk neraka. Adapun secara bahasa makna 'urf iaitu tempat yang tinggi. (Fathul Qadir, Juz III hal 39).


Ashaabul A’raf adalah golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu ‎sama ‎banyak. Ini pendapat yang lebih kuat. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak dimasukan ke Neraka, namun ‎mereka lebih lambat masuk ke Syurga berbanding dengan golongan ‘Ashaabul Yamin’


Ibnu Jarir berkata bahawa yang dimaksud disini adalah dinding sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya,


فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ


Maksudnya“Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa”. Al-Hadid ayat 13.


Mujahid berkata : “Yang dimaksud a’raf adalah pembatas antara syurga dan neraka.”


Ibnu Abbas berkata : “Ia adalah sebuah pagar “.


As-Suudi berkata : “Dinamakan a’raf kerana penghuninya mengetahui keadaan manusia (yang ada di syurga dan di neraka).” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/119)


Allah Subhanahuwata'ala mengingatkan di dalam Surah Al-A’raf Ayat 46-47 ini bahawa di antara Syurga dan Neraka itu terdapat dinding pembatas yang menghalangi para penghuni Neraka itu untuk sampai ke Syurga.


وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ ۚ وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ ۚ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۚ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ


Maksudnya:"Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas; dan di atas A'raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk syurga: "سَلَامٌ عَلَيْكُمْ". Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya)". Al-A'raf ayat 46


وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ



Maksudnya:"Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu".Al-A'raf ayat 47.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Berkenaan dengan ayat ini Adh-Dhahhak berkata dari Ibnu Abbas, “Bahawa penghuni A’raf itu apabila mereka memandang ke arah penghuni Neraka, di mana mereka mengenal penghuni Neraka itu, maka mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim'”.


أَهَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمْتُمْ لَا يَنَالُهُمُ اللَّهُ بِرَحْمَةٍ ۚ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمْ وَلَا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ


Maksudnya:"(Orang-orang di atas A'raaf bertanya kepada penghuni neraka): "Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?". (Kepada orang mukmin itu dikatakan): "Masuklah ke dalam syurga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati".Al-A'raf ayat 49.


Justeru itu, Siapakah golongan yang di tengah-tengah ini?


Mereka adalah orang beriman, dan berikut ini adalah keadaan sifat mereka :


ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ



Maksudnya:"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri(ظَالِمٌ)dan di antara mereka ada yang pertengahan(مُقْتَصِدٌ) dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan(سَابِقٌ) dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar".Fatir ayat 32.


وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ ۚ مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ



Maksudnya:"Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan yang pertengahan(مُقْتَصِدَةٌ). Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka".Al-Ma'idah ayat 66


وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik(soleh/صَالِحًا) dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang". At-Taubah ayat 102.


Ayat ini sekalipun diturunkan berkenaan dengan orang-orang tertentu, tetapi pengertiannya umum mencakup seluruh orang yang berbuat dosa lagi bergelimang dalam kesalahannya, serta mencampurbaurkan amal baik dan amal buruknya, hingga diri mereka tercemari oleh dosa-dosa. Lihat Tafsir Ibnu Katsir. 

Saturday, December 5, 2020

Hukum menyewa atau menjual air mani haiwan jantan.

Hukum menyewa atau menjual air mani haiwan jantan. 


Sebelum membahaskan hukum jual beli air mani haiwan, elok terlebih dahulu difahami status air mani haiwan dari sudut kesucian atau kenajisannya. Ada tiga pandangan berkenaan kesucian air mani yang terhasil selain dari manusia :


1-Kesemua air mani haiwan adalah suci kecuali air mani khinzir dan anjing.

2-Kesemua air mani haiwan adalah najis. Kerana ianya dianggap sebagai lebihan dan hasil dari pemprosesan makanan.

3-Air mani yang terhasil dari haiwan yang halal dimakan dagingnya adalah suci.

Rujuk Al-Muhazzab Fi Fiqh al-Imam al-Syafie ( 1/77)


Imam al-Nawawi cenderung kepada sucinya air mani selain dari air mani anjing dan khinzir atau yang lahir dari kedua-duanya. Inilah  juga pandangan yang dikemukakan oleh Sheikh Abu Hamid, al-Bandaniji, Ibnu Sabbagh dan al-Syasi.Rujuk al-Majmuk Syarh al-Muhazzab ( 2/555)


Berbalik kepada "Hukum menyewa atau menjual air mani haiwan jantan". 


Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengatakan,


نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَسْبِ الفَحْلِ


Maksudnya:"Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam melarang jual beli mani jantan". Riwayat Bukhari (2284), Nasai (4671), Abu Daud (3429), dan yang lainnya. 


Dalam riwayat lain, dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengatakan,


نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ ضِرَابِ الْجَمَلِ


Maksudnya:"Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melarang menyewakan air mani pejantan". Muslim (1565).


Yang dimaksud dengan “melarang mani pejantan” dalam hadith di atas mencakupi dua pengertian:


1- Jual beli mani pejantan.

2-Menyewakan pejantan untuk mengawini betina.


Ibnu Hajar mengatakan,


وعلى كل تقدير فبيعه وإجارته حرام لأنه غير متقوم ولا معلوم ولا مقدور على تسليمه


Maksudnya:"“Adapun maknanya, memperjual-belikan mani jantan dan menyewakan pejantan itu haram kerana mani pejantan itu tidak boleh diukur, tidak diketahui, dan tidak boleh diserah-terimakan.” (Fathul Bari, 4/461)


Syarat barang yang dijual ialah :


1-Suci dan bersih

2-Barang yang mendatangkan manfaat

3-Mampu diserahkan

4-Dimiliki oleh penjual

Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah Qism al-Muamalat ( hlm 14-15)


Syarat-syarat ini disimpulkan oleh Ibnu Roslan di dalam Sofwah al-Zubad :


في طاهر منتفع به قدر # تسليمه ملك لذي العقد نظر


Syarat ini perlu dipenuhi bagi menjadikan jual beli tersebut sah.


Perbezaan Ulama dalam memahami status larangan dari Hadith di atas:


Pertama, status larangan di atas adalah larangan haram. 

Ertinya, pemilik haiwan jantan atau pemilik mani haiwan jantan, sama sekali tidak dibenarkan mendapatkan upah atau bayaran apapun dari pemilik haiwan betina yang dikawinkan.


Imam An-Nawawi menyebutkan,


قال الشافعي وأبو حنيفة وأبو ثور وآخرون استئجاره لذلك باطل وحرام ولا يستحق فيه عوض ولو أنزاه المستأجر لا يلزمه المسمى من أجره ولا أجرة مثل ولا شئ من الأموال قالوا لأنه غرر مجهول وغير مقدور على تسليمه


Maksudnya:"As-Syafii, Abu Hanifah, dan Abu Tsaur, serta beberapa ulama lainnya mengatakan bahawa menyewakan haiwan jantan untuk dikawinkan statusnya tidak sah dan haram. Pemiliknya tidak berhak mendapatkan ganti biaya. Meskipun penyewa itu mengawinkan haiwan jantan (milik orang lain) dengan betina miliknya, dia tidak berkewajiban membayar upah yang telah dinyatakan di awal, tidak pula upah yang semisal atau harta apapun.


Mereka beralasan, kerana semacam ini ada unsur gharar, tidak jelas, dan tidak boleh diserah-terimakan. (Syarh Shahih Muslim, an-Nawawi, 10/230)


Kedua, larangan dalam hadith di atas, tidak sampai darajat haram, tapi larangan makruh dan sebatas anjuran untuk bersikap baik kepada sesama manusia. Disamping hasil utama dari penyewaan jantan adalah terjadinya perkawinan antara jantan dengan betina, dan bukan semata anak.


Imam An-Nawawi menyebutkan,


وقال جماعة من الصحابة والتابعين ومالك وآخرون يجوز استئجاره لضراب مدة معلومة أو لضربات معلومة لأن الحاجة تدعو إليه وهي منفعة مقصودة وحملوا النهي على التنزيه والحث على مكارم الأخلاق…


Maksudnya:”Beberapa sahabat, tabiin, Imam Malik, dan beberapa ulama lainnya berpendapat, boleh menyewakan pejantan untuk dikawinkan dalam masa yang disepakati, atau untuk beberapa kali proses mengawini. Kerana ada keperluan untuk melakukan proses itu, dan mengahwinkan binatang merupakan manfaat utamanya.


Mereka memahami larangan di atas, sebagai larangan makruh dan motivasi untuk memiliki akhlak yang baik. (Syarh Sahih Muslim, an-Nawawi, 10/230)


Namun begitu, jika dalam bentuk "Hadiah", maka boleh diterima:


Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu,


أن رجلاً من كلاب سأل النبي صلى الله عليه وسلم عن عسب الفحل، فنهاه، فقال: يا رسول الله: إننا نطرق الفحل فنكرم، فرخص له في الكرامة


Maksudnya:"Ada seseorang dari suku Kilab yang bertanya kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam tentang mani binatang, beliaupun melarangnya.Lalu beliau bertanya: ’Kami sering mengawinkan jantan dengan betina, lalu kami mendapat hadiah.’ Lalu beliau memberi keringanan untuk menerima hadiah dan bukan sewa. Riwayat Tirmizi (1274).


Dalam Tuhfah al-Ahwadzi penjelasan sunan Tirmidzi dinyatakan,


وفيه دليل على أن المعير إذا أهدى إليه المستعير هدية بغير شرط حلت له


Maksudnya:"Hadith ini merupakan dalil bahawa pemilik barang jika mendapat hadiah dari orang yang meminjam, tanpa syarat di depan, hukumnya halal". (Tuhfah Ahwadzi, 4/412)


Pahala Meminjamkan Pejantan Tanpa Sewa. 


Dari Abu Amir Al-Hauzani dari Abu Kabsyah Al-Anmari. Abu Kabsyah datang ke rumah Abu Amir lalu mengatakan, “Pinjami aku kuda pejantanmu untuk mengawini kuda betina milikku, kerana sungguh aku mendengar Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


مَنْ أَطْرَقَ فَرَسًا، فَعَقَبَ لَهُ الْفَرَسُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ سَبْعِينَ فَرَسًا حُمِلَ عَلَيْهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَإِنْ لَمْ تُعْقِبْ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ فَرَسٍ حُمِلَ عليه في سبيل الله


Maksudnya:“Barangsiapa yang meminjamkan kuda pejantannya secara percuma, lalu kuda betina yang dibuahi itu berketurunan, maka pemilik kuda jantan tersebut akan mendapatkan pahala tujuh puluh kuda yang dijadikan sebagai binatang tunggangan di jalan Allah. Jika tidak berketurunan maka pemilik kuda pejantan akan mendapatkan pahala seekor kuda yang digunakan sebagai hewan tunggangan di jalan Allah".Riwayat Ibnu Hibban (4765).





Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...