Sunday, December 6, 2020

Ada manusia berada di الْأَعْرَافِ (tembok pagar yang tinggi), di tengah-tengah antara Penghuni Syurga dan Neraka. sebelum masuk Jannah boleh bertegur sapa dengan penghuni Jannah dan penghuni Neraka.

Ada manusia berada di الْأَعْرَافِ (tembok pagar yang tinggi), di tengah-tengah antara Penghuni Syurga dan Neraka. sebelum masuk Jannah boleh bertegur sapa dengan penghuni Jannah dan penghuni Neraka. 


Perjalanan hidup manusia tidak dinilai dengan ukuran dunia, tetapi kejayaan bagi Mukmin ialah apabila dipesongkan dari neraka serta melalui perjalanan lancar untuk menuju syurga seperti dijelaskan dalam al-Quran dan sunah Rasulullah Sallahualaihiwasallam.


Beriman kepada yang ghaib adalah bahagian dari iman dan akidah yang sahih, sungguh menjadi tanda akhir zaman bahawa ada dari kalangan umat manusia yang mulai tidak lagi percaya akan hal tersebut.


Sehingga ramai diantara mereka tidak mempedulikan lagi bentuk maksiat dan kezaliman, tenggelam dalam kenikmatan dunia serta terus melalaikan adanya siksa kubur dan jahannam.


Apabila penghuni neraka yang telah dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa-dosanya dan mereka telah keluar semuanya dari negeri azab sengsara itu. Maka yang akan tinggal hanya orang-orang kafir saja yang akan menjadi penghuninya, maka mereka tidak akan mati dan tidak pula hidup. Sebagaimana difirmankan oleh Allah Subhanahuwata'ala,


 

ذَٰلِكُمْ بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ


Maksudnya:"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat". Al-Jasiyah Ayat 35.


Maksudnya, tidak ada jalan untuk melepaskan mereka dari neraka bahkan mereka kekal di dalamnya. Mereka itulah orang-orang yang dinyatakan oleh al-Qur’an sebagai kaum tahanan dan diputuskan kekal di sana.


Adapun Ashabul A'raf ( أصحاب الأعراف ): A’raf ( الأعراف ) adalah jama’ dari 'urf( عرف ) yang ertinya pagar yang tinggi yang diletakkan antara penduduk syurga dan penduduk neraka. Adapun secara bahasa makna 'urf iaitu tempat yang tinggi. (Fathul Qadir, Juz III hal 39).


Ashaabul A’raf adalah golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu ‎sama ‎banyak. Ini pendapat yang lebih kuat. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak dimasukan ke Neraka, namun ‎mereka lebih lambat masuk ke Syurga berbanding dengan golongan ‘Ashaabul Yamin’


Ibnu Jarir berkata bahawa yang dimaksud disini adalah dinding sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya,


فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ


Maksudnya“Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa”. Al-Hadid ayat 13.


Mujahid berkata : “Yang dimaksud a’raf adalah pembatas antara syurga dan neraka.”


Ibnu Abbas berkata : “Ia adalah sebuah pagar “.


As-Suudi berkata : “Dinamakan a’raf kerana penghuninya mengetahui keadaan manusia (yang ada di syurga dan di neraka).” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/119)


Allah Subhanahuwata'ala mengingatkan di dalam Surah Al-A’raf Ayat 46-47 ini bahawa di antara Syurga dan Neraka itu terdapat dinding pembatas yang menghalangi para penghuni Neraka itu untuk sampai ke Syurga.


وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ ۚ وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ ۚ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۚ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ


Maksudnya:"Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas; dan di atas A'raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk syurga: "سَلَامٌ عَلَيْكُمْ". Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya)". Al-A'raf ayat 46


وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ



Maksudnya:"Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu".Al-A'raf ayat 47.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Berkenaan dengan ayat ini Adh-Dhahhak berkata dari Ibnu Abbas, “Bahawa penghuni A’raf itu apabila mereka memandang ke arah penghuni Neraka, di mana mereka mengenal penghuni Neraka itu, maka mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim'”.


أَهَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمْتُمْ لَا يَنَالُهُمُ اللَّهُ بِرَحْمَةٍ ۚ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمْ وَلَا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ


Maksudnya:"(Orang-orang di atas A'raaf bertanya kepada penghuni neraka): "Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?". (Kepada orang mukmin itu dikatakan): "Masuklah ke dalam syurga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati".Al-A'raf ayat 49.


Justeru itu, Siapakah golongan yang di tengah-tengah ini?


Mereka adalah orang beriman, dan berikut ini adalah keadaan sifat mereka :


ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ



Maksudnya:"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri(ظَالِمٌ)dan di antara mereka ada yang pertengahan(مُقْتَصِدٌ) dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan(سَابِقٌ) dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar".Fatir ayat 32.


وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ ۚ مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ



Maksudnya:"Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan yang pertengahan(مُقْتَصِدَةٌ). Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka".Al-Ma'idah ayat 66


وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik(soleh/صَالِحًا) dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang". At-Taubah ayat 102.


Ayat ini sekalipun diturunkan berkenaan dengan orang-orang tertentu, tetapi pengertiannya umum mencakup seluruh orang yang berbuat dosa lagi bergelimang dalam kesalahannya, serta mencampurbaurkan amal baik dan amal buruknya, hingga diri mereka tercemari oleh dosa-dosa. Lihat Tafsir Ibnu Katsir. 

No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...