Wednesday, April 30, 2025

Kematian, Ziarah kematian, solat jenazah dan mengiringi jenazah kekubur

Kematian, Ziarah kematian, solat jenazah dan mengiringi jenazah kekubur

Kematian adalah suatu kenyataan yang pasti dihadapi oleh setiap makhluk hidup, tanpa mengetahui bila akan terjadinya. Sebagai seorang muslim, selalu diajarkan untuk memaknai kematian bukan hanya sebagai akhir dari kehidupan di dunia, tetapi juga sebagai pintu gerbang menuju kehidupan yang lebih abadi di akhirat. Melalui Al-Qur’an dan hadith, Islam memberikan panduan bagaimana seharusnya memandang kematian dan apa yang dapat dipelajari darinya.Kematian adalah ketetapan Allah yang tidak dapat ditolak atau dihindari. Firman Allah Subhanahuwata'ala,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ertinya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya''.Surah Ali ‘Imran ayat 185.

Ayat ini menegaskan bahawa kematian adalah kepastian yang akan dialami oleh setiap makhluk. Tidak ada yang dapat menolak atau menghindarinya. Dengan menyedari hal ini, seorang Muslim seharusnya sentiasa bersiap diri dan menjalani kehidupan di dunia ini dengan penuh kesedaran bahawa segala sesuatu yang dimiliki hanyalah titipan sementara.

Kematian juga merupakan pengingat yang kuat bagi kita untuk selalu berbuat kebaikan. Daripada Syaddad bin Aus R.A, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah bersabda,

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Ertinya: Orang yang cerdik, siapa yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, siapa yang mengikut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita kepada Allah''.Riwayat al-Tirmizi (2459) dan Ibn Majah (4260)

Hal ini berbetulan dengan nasihat Saidina Umar al-Khattab R.A yang berkata,

حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا

Ertinya: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia''. Riwayat Tirmizi(2383),Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156

Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang bijak adalah mereka yang menyedari bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara, dan kehidupan yang abadi adalah di akhirat. Oleh kerana itu, mereka akan selalu berusaha untuk memperbanyak amal soleh, kerana hanya amal kebaikan yang akan menjadi bekal di alam kubur dan akhirat kelak.

Kematian mengingatkan kita akan hakikat kehidupan yang sebenarnya. Hidup di dunia ini hanyalah perjalanan singkat menuju kehidupan yang lebih kekal. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah memegang bahuku lantas bersabda:

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ. وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلا تَنْتَظِرِ المَسَاءَ. وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لمَوْتِكَ

Ertinya: “Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau yang musafir.”  Ibn Umar R.Anhuma berkata: ” Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu tunggu sehingga ke pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah ditunggu sehingga ke petang. Gunalah masa sihatmu sebelum masa sakitmu dan gunalah masa hidupmu sebelum waktu matimu''.Riwayat al-Bukhari (4616)

Hadith ini mengajarkan kita agar tidak terlalu terikat dengan kehidupan dunia, kerana dunia ini bukanlah tujuan akhir. Seorang Muslim seharusnya selalu menyedari bahawa kehidupan dunia ini sementara dan tujuan hidup yang sejati adalah mencapai kebahagiaan di akhirat.

Menziarahi kematian dan mengucapkan takziah di dalam Islam pada umumnya adalah sunat yang dituntut. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu ‘Umarah R.A bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda :

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah Subhanahuwata'ala akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak''.Riwayat Ibn Majah (1601)

Takziah bermaksud: ‘’Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan tersebut), serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.

Ucapan takziah yang paling terbaik adalah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

إنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَىْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

Ertinya: ‘’Sesungguhnya bagi Allah Subhanahuwata'ala apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Kesemuanya terdapat ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya’. Maka bersabarlah nescaya kamu akan mendapat ganjaran''. Al-Nasaei (1845)

Menziarahi kematian pula mempunyai ganjaran yang besar bagi mereka yang melakukannya. Begitu juga mereka yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ، وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ. قِيلَ: وَمَا الْقِيرَاطَانِ؟ قَالَ: مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ

Ertinya: “Sesiapa yang menghadiri solat jenazah sehingga ia disolatkan ke atasnya, maka baginya satu qirat. Sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga ia dikebumikan, maka baginya dua qirat. Ditanyakan kepada Baginda Sallallahu'alaihiwasallam: ‘Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat? Baginda Sallallahu'alaihiwasallam menjawab: ‘Seperti dua gunung yang besar''. Riwayat al-Bukhari (1325) dan Muslim (945)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan:

Secara zahirnya, riwayat-riwayat ini memberi petunjuk bahawa “qirat” hanya diperoleh oleh mereka yang telah hadir sejak awal penyelenggaraan jenazah hingga selesai solat. Pandangan seperti inilah yang dinyatakan secara tegas oleh al-Muhib al-Tabari serta ulama selain beliau. Menurutku, bahawa “qirat” diperoleh juga oleh mereka yang sempat solat meskipun tidak hadir sejak awal pengurusan jenazah, sebab semua pekerjaan sebelum solat hanya sebagai wasilah (perkara untuk menyampaikan) menuju pelaksanaan solat. Akan tetapi, “qirat” mereka yang hanya solat tentu tidak sebanding dengan “qirat” orang yang telah hadir sejak awal lalu ikut mensolatkannya.

Begitu juga hadith daripada riwayat Thauban R.A bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

‏ مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ فَلَهُ قِيرَاطٌ فَإِنْ شَهِدَ دَفْنَهَا فَلَهُ قِيرَاطَانِ الْقِيرَاطُ مِثْلُ أُحُدٍ

Ertinya: “Sesiapa yang mengerjakan solat jenazah maka dia akan mendapat pahala sebanyak satu qirat. Jika sekiranya dia menyaksikan pengebumian jenazah maka dia akan mendapat dua qirat, dan satu qirat itu ganjarannya sebesar bukit Uhud''.Riwayat Muslim (946)

Selain itu, besarnya pahala qirat itu dapat dilihat melalui riwayat daripada terdapat riwayat daripada Nafi‘, dia berkata, diceritakan kepada Ibn Umar R.A bahawa Abu Hurairah R.A berkata:

مَنْ تَبِعَ جَنَازَةً فَلَهُ قِيرَاطٌ فَقَالَ: أَكْثَرَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَلَيْنَا فَصَدَّقَتْ يَعْنِي عَائِشَةَ أَبَا هُرَيْرَةَ، وَقَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُهُ فَقَالَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: لَقَدْ فَرَّطْنَا فِي قَرَارِيطَ كَثِيرَةٍ فَرَّطْتُ: ضَيَّعْتُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengiringi jenazah, maka baginya satu qirat.” Maka Ibn Umar berkata: “Abu Hurairah R.A telah berlebihan (dalam menyebutkan pahala) kepada kita.” Maka beliau — iaitu Aisyah R.Anha — membenarkan Abu Hurairah R.A dengan berkata: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengatakannya.” Maka Ibn Umar berkata: “Sesungguhnya (kami telah) mensia-siakan qirat yang banyak.”[a] Kalimah (فَرَّطْتُ) bermaksud: “Mensia-siakan sesuatu daripada urusan Allah''. Riwayat al-Bukhari (1323-1324)

[a] Yakni kami telah mensia-siakan pahala yang banyak kerana kami tidak selalu mengiringi jenazah dan tidak menghadiri pengebumiannya.

Mereka yang mendirikan solat jenazah hingga proses pengebumiannya dan langsung tidak meninggalkannya (sehinggalah selesai), baginya ganjaran atau pahala setara dengan dua qirat. Satu qirat setara dengan gunung yang besar dan dalam riwayat yang lain, ia diumpamakan sebagai sebuah gunung Uhud. Namun, bagi mereka yang hanya menunaikan solat jenazah tetapi tidak mengiringi jenazah itu hingga ke kubur, separuh daripada ganjaran besar ini sudah lenyap atau tergugur daripadanya.

Di samping itu, hadith ini juga mengandungi anjuran syarak untuk menghadiri proses pengebumian jenazah kerana terdapatnya manfaat besar hal itu. Ini termasuklah memenuhi hak orang yang meninggal dunia dengan berdoa buatnya, melakukan solat jenazah ke atasnya, memenuhi atau menunaikan hak ahli keluarganya dengan menenangkan dan menghiburkan mereka atas musibah kematian yang menimpa mereka, mendapat ganjaran dan pahala untuk mereka yang mengiringi jenazah, serta mendapat pengajaran di samping mengambil iktibar dengan melihat kematian dan kubur-kubur, dan lain-lain perkara daripada hukum yang Allah telah tetapkan dalam syariat-Nya.

Di sana pula terdapat kelebihan dan fadhilat bagi solat jenazah 40 orang atau lebih, di mana Allah Subhanahuwata'ala memberikan syafaat dari mereka yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun yang mendirikan solat jenazah buat diri jenazah tersebut.

Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ

Ertinya: “Tidak ada seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut)''.

Riwayat Muslim (948); Abu Daud (3170); Ahmad (2509) dan Ibn Hibban (3082)

Kelebihan dan fadhilat wujudnya empat puluh orang lelaki Muslim yang menunaikan solat jenazah untuk si mati dan mereka memberi syafaat untuknya sebagai suatu penegasan bahawasanya keinginan yang mulia ini daripada Allah Subhanahuwata'ala, lalu Dia menerima doa mereka di dalamnya dan memberikan syafaat dari mereka buat diri jenazah tersebut.

Selain itu, hadith ini juga mengandungi fadhilat mentauhidkan Allah Subhanahuwata'ala dan mengesakan-Nya dalam ibadah, serta menjauhi syirik dan segala jalan-jalan yang membawa kepadanya, yang termasuk dalam hal itu sikap berlebih-lebihan (ghulu) terhadap makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Tambahan lagi, mengikhlaskan diri dalam mentauhidkan kepada-Nya merupakan sebab yang kuat bagi suatu doa atau permohonan itu dikabulkan.

Begitu juga, ada pula kelebihan membentuk saf untuk solat Jenazah sekurang-kurangnya tiga saf atau lebih berdasarkan nas hadith dan istinbat ulama’. Adapun kedudukan antara saf pertama dan kedua boleh dirapatkan dan tidak perlu dijarakkan untuk rukuk dan sujud kerana pada solat Jenazah tiada rukuk dan sujud.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Umamah R.A, beliau berkata:

صلَّى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ علَى جنازَةٍ ومعَهُ سبعَةُ نَفَرٍ فجَعَلَ ثَلَاثَةً صفًّا واثنينِ صفًّا واثنينِ صَفًّا

Ertinya: “Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mensolatkan satu jenazah bersama tujuh orang. Lalu Baginda menyusun tiga orang di saf (pertama), dua orang di satu saf (kedua) dan dua orang di satu saf (ketiga).

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (7785)

Manakala dalam hadith yang diriwayatkan daripada Malik bin Hubairah, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

ما مِن مسلمٍ يموتُ فَيُصَلِّي عليه ثلاثةُ صفوفٍ من المسلمينَ إلا أَوْجَبَ

Ertinya: “Tidak ada seorang Muslim yang meninggal dunia, kemudian disolatkan ke atasnya tiga saf dari orang-orang Islam, kecuali pasti akan dikabulkan (doanya).

Riwayat Abu Daud (3166), al-Tirmizi (1028), Ibn Majah (1490) dan Ahmad (16724)

Imam Nawawi berkata: Dan disunatkan untuk menyusun saf sekurang-kurangnya tiga baris dan lebih berdasarkan hadith Malik bin Hubairah. Dan lebihan daripada tiga saf, maka ia lebih afdhal. (Lihat al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, 5/215)

Begitu juga hadith-hadith ini menunjukkan bahawa disunatkan untuk mendirikan solat jenazah secara berjemaah berdasarkan ijma‘ kaum Muslimin dan begitu juga berdasarkan kepada perbuatan dan amalan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, juga para sahabat selepasnya dan hal itu berterusan menjadi amalan kaum Muslimin.

Mati adalah penamatan hidup di dunia. Apabila tiba pengakhiran hidup dengan kematian, ianya tetap akan berlaku dan tidak akan dapat ditangguhkan atau dipercepatkan walaupun sesaat pun. Hikmah kematian bukan sahaja pada diri si mati, bahkan juga pada yang masih hidup supaya menjadi peringatan kepada kematian dan menjadikannya hamba yang sentiasa beramal soleh untuk bekal kepada hari akhirat. Pengakhir riwayat hidup individu mengandungi kebaikan dan bagi yang mati ia sebagai satu pengiktibaran, menimbulkan keinsafan, mempertingkatkan amalan, muhasabah diri, membuat persediaan untuk menemui Allah dan sebagainya bagi yang masih hidup.

Wednesday, April 23, 2025

Setiap Hamba Akan Dibangkitkan Seperti Keadaan Saat Ia Meninggal

Setiap Hamba Akan Dibangkitkan Seperti Keadaan Saat Ia Meninggal

Antara tujuan utama penciptaan manusia adalah agar mereka mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata'ala. Di dalam al-Qur’an ada diceritakan bahawa dunia merupakan tempat persinggahan bagi setiap insan dan ia merupakan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke alam akhirat iaitu tempat yang kekal abadi. Berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala,

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

Ertinya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak". al-Syura ayat 20

Keadaan seorang hamba saat dibangkitkan selepas kematian adalah tergantung pada bagaimana keadaannya saat dia meninggal dunia. Jika dia meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah seperti sedang beribadah, sujud, membaca Al-Qur’an atau dalam keadaan mendapat redha daripada Allah Subhanahuwata'ala maka kelak dia dibangkitkan dalam keadaan yang bahagia. Tetapi jika dia meninggal dalam keadaan su’ul khotimah seperti sedang melakukan maksiat, mabuk, berzina, atau dalam keadaan Allah Subhanahuwata'ala murka kepadanya maka dia akan dibangkitkan dalam keadaan yang penuh dengan penderitaan.

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ

Ertinya:''Dari Jabir, ia berkata: Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: "Setiap hamba akan dibangkitkan seperti keadaan saat ia meninggal''. Riwayat Muslim (5126)

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ

Ertinya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya''. Riwayat Bukhari (6607)

Kematian atau al-Maut, perkataannya pendek terdiri dari beberapa huruf sahaja tetapi sangat memberi bekas terhadap manusia. Setiap penyakit Allah turunkan bersamanya penawar, kecuali kematian. Sesungguh mana pun kita cuba untuk melupakan kematian namun kematian tidak pernah melupakan kita, sejauh mana pun kita lari dari kematian tetapi kematian itu tetap akan mengejar kita, sejauh mana pun kita bersembunyi dari kematian namun kematian tetap menjumpai kita. 

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Ertinya:''Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". Al-Juma'ah ayat 8

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ ۗ

Ertinya:''Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh,...". Al-Nisa' ayat 78.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Ertinya:''Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan''. Al-Ankabut ayat 57.

Perkataan “setiap” dalam ayat bermaksud semua kehidupan termasuk malaikat yang meniup sangkakala, apa yang membezakan kita adalah amal yang kita lakukan. Berdasarkan hadith di atas, kita dianjurkan untuk memperbaiki amal agar amalan kita diterima oleh Allah Subhanahuwata'ala. ''Mintalah'' kepada Allah agar kita meninggal dalam keadaan husnul Khotimah, kerana meninggal dalam keadaan husnul khotimah itu hakikatnya bukan kemahuan kita tetapi kemahuan Allah Subhanahuwata'ala. Mohonlah kasih sayang dan belas kasihan dari Allah Subhanahuwata'ala, jika Allah sayang pada seseorang hamba, maka hamba tersebut akan diberi taufiq untuk beramal soleh sebelum dia meninggal dunia sehingga dia meninggal dalam keadaan husnul khotimah. Seseorang yang masanya dipenuhi membaca Al-Qur’an, kemungkinan dia meninggal adalah dalam keadaan membaca Al-Qur'an, demikian seseorang yang istiqomah di masjid maka kemungkinan nyawanya dicabut ketika dia berada di masjid.  

Lafaz doa yang dimaksudkan adalah seperti ini,

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

Ertinya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk''.

Terdapat sebuah hadith yang makna hadith tersebut sama seperti lafaz doa di atas. Tambahan pula, hadith ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban yang mana ia menunjukkan bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah berdoa agar diwafatkan dalam keadaan atau kesudahan hidup yang baik serta agar dijauhkan daripada kehinaan dunia dan juga azab api neraka.

Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

Ertinya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat''. Riwayat Ibn Hibban (949)

Jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, Allah akan membinanya untuk beramal dengan maksud Allah menjadikannya melakukan amalan soleh.Hal ini berdasarkan sebuah hadith daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Ertinya:''Dari Anas, ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membinanya untuk beramal.” Para sahabat pun bertanya: “Bagaimana cara Allah membinanya untuk beramal?” Beliau menjawab: “Allah akan memberikan taufik kepadanya untuk mengerjakan amal soleh sebelum ia meninggal''. Riwayat Ahmad (11595) 

Ini kerana seseorang itu dinilai kepada amalan akhirnya. Justeru, makin tua, makin banyaklah amalan yang baik sepatutnya dilakukan oleh seseorang hamba Allah. Begitu juga, terdapat hadith yang lain, jika Allah inginkan kebaikan kepada hamba, Allah akan faqihkannya dalam agama. Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam telah bersabda,

مَنْ يُرِدِ اَللَّهُ بِهِ خَيْرًا, يُفَقِّهْهُ فِي اَلدِّينِ

Ertinya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya''.Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Dalam hadith ini terdapat keterangan yang jelas tentang kelebihan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia. Begitu juga keutamaan ilmu agama di atas ilmu-ilmu yang lain''.Lihat Fath al-Bari, 1/165.

Sekali peristiwa jenazah seorang telah berlalu di dekat baginda, lalu baginda berucap,

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرَّ عَلَيْهِ بِجَنَازَةٍ فَقَالَ مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ فَقَالَ الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلَادُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ

Ertinya:'Dari Abu Qatadah bin Rabi'i bahawa ia menceritakan bahawasanya; Suatu ketika iringan jenazah melalui di hadapan Rasulullah ﷺ, maka beliau bersabda, "مُسْتَرِيحٌ dan َمُسْتَرَاحٌ." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah itu مُسْتَرِيحٌ dan َمُسْتَرَاحٌ?" beliau menjawab, "Seorang hamba yang mukmin يَسْتَرِيحُ (akan beristirahat) dari memakmurkan dunia, sementara seorang hamba yang fajir, justeru seluruh hamba, negeri, pepohonan dan binatang melata akan يَسْتَرِيحُ (beristirahat) dari (kezalimannya)''. Riwayat Muslim(1579)

Terdapat satu riwayat yang menyatakan bahawa kubur merupakan salah satu daripada taman syurga sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

إِنَّمَا القَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّارِ

Ertinya: ''Sesungguhnya kubur satu taman daripada taman-taman Syurga atau satu gaung daripada gaung-gaung neraka''.Riwayat al-Tirmizi (2460). Kata Imam al-Tirmizi, hadis ini gharib. 

Syeikh Sulaiman bin Nasir berkata: hadith ini menjadi dalil bahawa kubur terkadang menjadi cahaya bagi pemiliknya, dan terkadang menjadi satu kegelapan. Lihat Syarh Kitab al-Jana’iz min al-Bulugh, hlm. 11.

Syeikh Khalid al-Muslih menyatakan di dalam kitabnya Syarah al-Tahawiyah : Hadith ini membahagikan manusia di dalam kubur kepada mendapat nikmat dan yang mendapat azab. Kubur merupakan tempat dikebumikan orang mati. Taman atau al-Raudhah pula berdasarkan bahasa arab adalah tempat banyaknya air, tempat yang cantik dan luas. Maka tempat yang lapang, luas yang banyak airnya dan dihadiri ramai di dinamakan al-Raudhah di dalam istilah bahasa arab. Kubur pula merupakan salah satu tempat tinggal daripada tempat-tempat hari akhirat, dan ianya merupakan tempat yang nikmat yang benar dan ianyat merupakan taman dari taman-taman syurga. Hal ini kerana apabila matinya manusia dan dikebumikan, maka dia akan melihat tempatnya di syurga sekiranya dia daripada ahli syurga. Dia juga akan melihat tempatnya di neraka sekiranya dia daripada ahli neraka.

Justeru, Kubur adalah  tempat nikmat yang dijanjikan untuk ahli iman, kerana ianya menunjukkan tempatnya di syurga dan bukan bermakna syurga itu berada di kubur, tetapi ianya menunjukkan bahawa pada syurga itu terdapatnya kenikmatan. Kemudian ruh ini tidak semestinya berada di dalam jasad, tetapi ianya berada di syurga sekiranya ianya adalah ruh orang yang beriman. Lihat Syarh al-Tahawiyah, 18/5.

Isu azab kubur ataupun nikmat, ia termasuk dalam perkara ghaibiyyat yang tidak mungkin dikiaskan dengan hukum dunia semata-mata berdasarkan penglihatan atau pancaindera kerana alam tersebut dikenali sebagai alam barzakh yang sifatnya berbeza dengan alam dunia.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada azab kubur, serta memudahkan kita dalam menjawab soalan daripada dua Malaikat, iaitu Munkar dan Nakir dan diberikan nikmat kubur sehingga membawa kita ke syurga. Amin. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Ertinya: “Ya Allah! Kami berlindung dengan-Mu daripada seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah dajjal dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah hidup dan mati''.

Wednesday, April 16, 2025

Makruh Mencita-citakan Mati

Makruh Mencita-citakan Mati 

Kematian itu menukarkan seseorang itu daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan dan daripada satu negeri (dunia) kepada satu negeri (akhirat).Inilah musibah yang sangat besar.Lebih-lebih lagi bagi manusia yang lalai daripadanya dan sedikit daripada mereka yang memikirkan tentangnya dan tidak beramal untuk menghadapinya. Para ulama telah ijmak bahawasanya mati itu adalah pengajaran bagi orang yang mengambil pengajaran dan fikir bagi orang yang mahu berfikir.Sesungguhnya mati adalah satu kepastian. Ini dinyatakan dalam nas dan telah difahami oleh semua manusia. Firman Allah Subhanahuwata'ala,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Ertinya: “Setiap jiwa pasti merasai kematian dan kepada Kami pasti kami dikembalikan.”Surah al-Ankabut ayat 57.

Al-Qurtubi berkata: “Sesungguhnya Allah menyebut tentang kematian pasti dirasai untuk menggambarkan betapa kecilnya dan sedikitnya perkara dunia dan apa-apa yang menakutkannya.”

Walau sehebat mana kehidupan dan pangkat di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya. Begitu juga kematian tidak mungkin bertangguh apabila sampai ajalnya. Benarlah firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Ertinya: ““Bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan), maka apabila telah sampai masanya, mereka tidak dapat menangguhkannya walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya''. Surah al-A’raf ayat 34.

Kematian datang dengan tiba-tiba tanpa boleh disangka seperti kata Saidina Ali RA,

الْمَوْتُ يَأْتِي بَغْتَةً  وَ الْقَبْرُ صُنْدُوقُ الْعَمَلِ‏

Ertinya: “Mati datang secara mengejut Sedangkan kubur menjadi tabung amalan seseorang”

Kematian tak dapat dihindari, tidak mungkin ada yang dapat lari daripadanya. Namun seribu kali sayang, sedikit sahaja yang mahu mempersiapkan diri menghadapinya. Berkata Khalifah Umar Abdul Aziz rahimahullah:,

مَا رَأَيْتُ يَقِينًا أَشْبَهَ بِالشَّكِّ مِنْ يَقِينِ النَّاسِ بِالْمَوْتِ ثُمَّ لَا يَسْتَعِدُّونَ لَهُ

Ertinya: “Aku tidaklah pernah melihat suatu yang yakin kecuali keyakinan akan kematian. Kemudian mereka tidak mempersiapkan untuknya.” (Tafsir al-Qurtubi, 10/64)

Adalah makruh pula mencita-citakan mati, atau berdoa supaya mati, barangkali disebabkan suatu bencana yang menimpa diri, seperti penyakit atau kemiskinan atau seumpamanya dari hal-hal yang menekan hidup seseorang di dunia. Hanya dibenarkan membuat demikian, apabila ia merasa takut ada sesuatu fitnah yang akan menimpa agamanya. Malah mencita-citakan mati atau berdoa untuknya dalam hal seumpama itu adalah harus.

لا يَتَمَنَّيَنَّ أحَدٌ مِنْكُمُ المَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ به، فإنْ كانَ لا بُدَّ مُتَمَنِّيًا لِلْمَوْتِ فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أحْيِنِي ما كانَتِ الحَياةُ خَيْرًا لِي، وتَوَفَّنِي إذا كانَتِ الوَفاةُ خَيْرًا لِي.

Ertinya: “Janganlah seorang daripada kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Kalaulah hal tersebut memang harus, sebaiknya dia mengatakan (اللَّهُمَّ أحْيِنِي ما كانَتِ الحَياةُ خَيْرًا لِي، وتَوَفَّنِي إذا كانَتِ الوَفاةُ خَيْرًا لِي) ertinya; Ya Allah! hidupkanlah aku bila itu yang terbaik untukku, dan matikanlah aku bila itu yang terbaik untukku''. Riwayat Bukhari (5874)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ وَلاَ يَدْعُ بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ إِنَّهُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ وَإِنَّهُ لاَ يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمْرُهُ إِلاَّ خَيْرًا

Ertinya: Janganlah salah seorang di antara kamu mengharapkan kematian. Janganlah meminta kematian sebelum datang waktunya. Apabila salah seorang di antara kamu meninggal, maka terputuslah amalnya. Sesungguhnya tidak bertambah umur seorang mukmin kecuali kebaikan".Riwayat Muslim (6995)

Manakala dalam lafaz mengikut al-Bukhari, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ

Ertinya: “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia seorang yang berbuat baik, maka barangkali kebaikannya akan bertambah. Jika dia adalah seorang yang suka berbuat kejahatan pula, barangkali dia akan berubah''.Riwayat al-Bukhari (7235)

Al-Hafiz Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis di atas, menukilkan daripada Imam al-Nawawi yang berkata: “Pada hadith ini terlihat jelas bahawa dimakruhkan mengharap kematian lantaran mudarat yang menimpanya atau penderitaan kerana perbuatan musuhnya, dan yang sejenisnya dari sukarnya kehidupan dunia. (Lihat Fath al-Bari, 20/279)

Tetapi di sana ada beberapa pengecualian untuk berdoa supaya diambil nyawa. Iaitu jika seseorang bimbangkan kerugian atau fitnah pada kelangsungan agamanya, maka tidak makruh mengharapkan kematian. Inilah yang difahami daripada hadis di atas. Begitu pula beberapa salaf telah melakukannya. (Lihat Fath al-Bari, 20/279)

Ini sebagaimana doa Saidina Umar al-Khattab R.A:

اللَّهُمَّ كَبِرَتْ سِنِّي وَضَعُفَتْ قُوَّتِي وَانْتَشَرَتْ رَعِيَّتِي فَاقْبِضْنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مُضَيِّعٍ وَلاَ مُفَرِّطٍ

Ertinya: ”Ya Allah! Umurku telah tua, kekuatanku telah lemah, rakyatku semakin ramai, maka cabutlah nyawaku tanpa kesengsaraan”.Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’ (2405)

Begitu juga sepertimana yang berlaku kepada Saidatina Maryam tatkala dia tahu akan diuji dengan kelahiran anak tanpa bapa. Hal ini dirakamkan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firman-Nya:

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَـٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا

Ertinya: (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!". Surah Maryam ayat 23.

Ibnu Kathir berkata: Di dalamnya mengandungi dalil tentang dibolehkan mengharapkan kematian di saat terjadinya fitnah. Hal ini kerana Maryam mengetahui bahawa dia akan diuji dengan anak yang dilahirkannya ini berupa hilangnya dukungan manusia dan sikap mereka yang tidak akan membenarkan cerita yang disampaikannya. Setelah dahulunya dia adalah seorang ahli ibadah, kini menurut pandangan mereka, dia adalah seorang pelacur dan penzina. Maka dia pun mengucapkan: (يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَـٰذَا) “alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini,” sebelum kejadian ini. (وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا) “dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!,” iaitu aku tidak diciptakan dan tidak menjadi sesuatu apa pun. Itulah pendapat Ibnu Abbas. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 5/323)

Sesungguhnya maut (mati) itu adalah suatu perkara yang ditetapkan atas sekalian manusia dan ketetapan itu berlaku atas orang-orang yang khusus dan orang orang yang umum Allah Subhanahuwata'ala telah menyamaratakan sekalian manusia dalam hal ini, tidak kira ia seorang yang kuat atau yang lemah, yang rendah keturunannya ataupun yang tinggi, termasuklah orang-orang besar seperti kaisar, kisra dan seumpamanya. Allah Subhanahuwata'ala juga telah menjadikan mati itu sebagai hadiah yang tiada samanya dan kedudukan yang tiada taranya bagi kaum Mu'minin. Tetapi bagi kaum kafirin (kufur) pula, mati merupakan suatu kesal yang tidak sudah dan tekanan jiwa yang sangat berat. Maha Suci Tuhan, Raja yang Berkuasa, hanya dalam segala kekuasaan-Nya yang kekal abadi, Dia Suci dari sifat mati dan binasa, Dialah yanq Awal tiada yang terdahulu daripada-Nya dan Dialah yang akhir tiada yang terakhir sesudah-Nya. 

Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman,

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Ertinya:''Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan''. Surah Al-Rahman ayat 26-27

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ertinya:''Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". Surah Ali-Imran ayat 185

Hendaklah seseorang bersabar serta sentiasa memohon pertolongan dan kekuatan daripada Allah Subhanahuwata'ala. Namun sekiranya terpaksa ucapkanlah sepertimana yang diajar oleh Baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِى مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِى وَتَوَفَّنِى إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِى

Ertinya: “Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku''.Riwayat Muslim (6990)


Wednesday, April 9, 2025

Apa Yang Patut Dibuat Terhadap Orang Yang Naza' Dan Orang Yang Telah Mati

Apa Yang Patut Dibuat Terhadap Orang Yang Naza' Dan Orang Yang Telah Mati


Hakikat Kematian telah dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala pada Firman-Nya,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Ertinya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya".Surah al-Mulk ayat 2

Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata bahawa perkataan “kematian” didahulukan daripada perkataan “kehidupan” kerana kematian itu lebih dekat.

Boleh jadi juga kerana asal manusia daripada tiada kemudian diwujudkan. Begitu juga kerana matlamat sebenar manusia bukan hanya dibataskan di dunia sehaja tetapi ia akan di soal di hadapan Allah pada hari harta benda dan anak pinak tidak boleh memberi manfaat kecuali menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.

وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَىٰ كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَتَرَكْتُم مَّا خَوَّلْنَاكُمْ وَرَاءَ ظُهُورِكُمْ ۖ وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمْ شُفَعَاءَكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاءُ ۚ لَقَد تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُم مَّا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ

Ertinya: “Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat)''.Surah al-An’am ayat 94

Adalah sunnat dimiringkan orang yang naza' itu ke kanannya menghadapi qiblat. Apabila terputus saja nafasnya (meninggal dunia), hendaklah kedua belah matanya ditutupkan, kerana pemandangannya akan menoleh ke arah mana nyawa itu pergi, sesuai dengan bunyi beberapa buah hadith,

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَضَرْتُمْ مَوْتَاكُمْ فَأَغْمِضُوا الْبَصَرَ فَإِنَّ الْبَصَرَ يَتْبَعُ الرُّوحَ وَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تُؤَمِّنُ عَلَى مَا قَالَ أَهْلُ الْبَيْتِ

Ertinya:''Dari Syaddad bin Aus, ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Bilamana kalian tengah berada di sekeliling orang-orang yang telah meninggal dunia, maka pejamkanlah mata mereka, sebab mata mengikuti perginya ruh. Di samping itu, ucapkanlah hal-hal baik, sebab para Malaikat akan mengamini apa yang diucapakan oleh orang-orang dalam rumah tersebut''. Riwayat Ibnu Majah (1445)

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ افْسَحْ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Ertinya:'' Dari Ummu Salamah berkata, "Ketika Rasulullah ﷺ menemui Abu Salamah, matanya masih terbelalak, lantas beliau memejamkannya. Kemudian beliau bersabda, "Sesungguhnya apabila ruh dicabut akan diikuti oleh mata." Seketika keluarganya menjadi ramai. Lantas beliau bersabda, "Janganlah kalian berdoa atas diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini atas apa yang kalian ucapkan." Kemudian beliau berdoa:

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ افْسَحْ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

(Ya Allah, ampunilah Abu Salamah, angkatlah derajatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk, berilah penggantinya bagi orang-orang yang ditinggalkan setelahnya. Ampunilah kami dan dia, ya Tuhan sekalian alam. Ya Allah, luaskanlah kuburnya dan terangilah ia di dalamnya)''. Riwayat Ahmad(25332)

Begitu pula telah thabit daripada syara‘, bahawa seseorang yang sedang nazak hendaklah diajarkan kepadanya ucapan kalimah Tauhid, iaitu (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ). Ini jelas berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ

Ertinya: “Ajarkan orang-orang yang mati (sedang nazak) di kalangan kamu kalimah La Ilaha illa Allah (Tiada tuhan melainkan Allah)''.Riwayat Muslim (917)

Dalam riwayat lain daripada Mu‘az bin Jabal R.A, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، دَخَلَ الْجَنَّةَ

Ertinya: “Siapa yang kalam terakhirnya adalah ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, maka dia akan masuk Syurga''. Riwayat Abu Dawud (3116) dan Ahmad (22034)

Boleh juga memuji kepada si mati iaitu dengan berkata baik kepada si mati dan bukan mengungkitkan perkara yang tidak baik. Ini berdasarkan kepada hadith Ummu Salamah R.Anha bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ اللهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya roh apabila diambil nescaya penglihatan mengikutnya. Ketika itu orang ramai di kalangan ahlinya riuh rendah lantas sabda Baginda Sallallahu'alaihiwasallam: ‘Jangan kamu doa atas diri kamu kecuali yang baik. Ini kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu kata. Kemudian Baginda berdoa : ‘Ya Allah, ampunkan bagi Abi Salamah, angkatlah darjatnya di kalangan orang yang mendapat petunjuk…”.Riwayat Muslim (920

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَضَرْتُمْ مَوْتَاكُمْ فَأَغْمِضُوا الْبَصَرَ فَإِنَّ الْبَصَرَ يَتْبَعُ الرُّوحَ وَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّهُ يُؤَمَّنُ عَلَى مَا قَالَ أَهْلُ الْمَيِّتِ

Ertinya:''Dari Syaddad bin Aus berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Jika kalian mendatangi orang yang telah meninggal di antara kalian, maka tutuplah matanya. Sesungguhnya penglihatan itu mengikuti ruh dan katakanlah perkataan yang baik-baik, sebab perkataan yang diucapkan keluarga mayat itu akan diamini oleh malaikat''. Riwayat Ahmad(16513)

Begitu juga menyebut kebaikan si mati dengan perkara yang kita ketahui sahaja seperti ramainya jemaah yang mengiringi si mati. Tidak sewajarnya kita menyebut berkenaan perkara ghaib seperti ramai para malaikat mengiringi si mati kerana tidak diketahui kecuali Allah Subhanahuwata'ala dan apa yang diwahyukan kepada Rasul-Nya Sallallahu'alaihiwasallam semata-mata.

Ketika itu juga dituntut dari sekalian yang hadir untuk beristighfar (memohon keampunan) baginya, memohonkan rahmat dan mendoakannya, sebab para Malaikat akan mengaminkan segala doa-doa itu. Ini juga adalah amalan yang boleh dilakukan sebagai sumbangan dari orang yang masih hidup kepada si mati. Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Ertinya: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu''.Surah al-Hasyr ayat 10.

Ini juga berdasarkan banyak riwayat dan hadith antaranya riwayat Bukhari (1388) dan Muslim (1004) daripada Aisyah bahawa Sa’d bin Ubadah pernah bertanya: Hai Rasulullah. Sesungguhnya ibuku telah mati mengejut dan tidak sempat wasiat. Apakah baginya pahala jika aku sedekah untuknya? Jawab Baginda Sallallahu'alaihiwasallam, “Ya.”

Haji dan umrah. Berdasarkan hadith yang sahih riwayat Bukhari (1852). Antara lain kata Baginda Sallallahu'alaihiwasallam, “Ya. Hajilah untuk ibumu.”

Daripada Aishah RA bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Ertinya: “Siapa yang mati sedangkan ada baginya puasa qadha’ maka hendaklah walinya berpuasa bagi pihaknya".Riwayat Bukhari (1952) dan Muslim (1147)

Mengikut pendapat mazhab Hanafi, Hanbali dan ulama muta’akhirin di kalangan Syafie dan Malik bahawa sampai pahala daripada orang yang hidup kepada si mati.

Menangisi orang mati itu tidak apa-apa, akan tetapi bersabar adalah lebih baik dan lebih utama, ini berdasarkan beberapa buah hadith,

جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَمَّا قُتِلَ أَبِي جَعَلْتُ أَكْشِفُ الثَّوْبَ عَنْ وَجْهِهِ أَبْكِي وَيَنْهَوْنِي عَنْهُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْهَانِي فَجَعَلَتْ عَمَّتِي فَاطِمَةُ تَبْكِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَبْكِينَ أَوْ لَا تَبْكِينَ مَا زَالَتْ الْمَلَائِكَةُ تُظِلُّهُ بِأَجْنِحَتِهَا حَتَّى رَفَعْتُمُوهُ تَابَعَهُ ابْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُنْكَدِرِ سَمِعَ جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

Ertinya:''Jabir bin 'Abdullah radhiallahu'anha berkata, Ketika bapakku meninggal dunia aku menyingkap kain penutup wajahnya, maka aku menangis namun orang-orang melarangku menangis sedangkan Nabi ﷺ tidak melarangku. Hal ini membuat bibiku Fathimah ikut menangis. Maka Nabi ﷺ bersabda, "Dia menangis atau tidak menangis, malaikat senantiasa akan tetap menaunginya sampai kalian mengangkatnya." Hadith ini dperkuat pula oleh Ibnu Juraij, telah mengabarkan kepada saya Muhammad bin Al Munkadir bahwa dia mendengar Jabir radhiallahu'anha''. Riwayat Bukhari (1167)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى بَعْضِ بَنَاتِهِ وَهِيَ فِي السَّوْقِ فَأَخَذَهَا وَوَضَعَهَا فِي حِجْرِهِ حَتَّى قُبِضَتْ فَدَمَعَتْ عَيْنَاهُ فَبَكَتْ أُمُّ أَيْمَنَ فَقِيلَ لَهَا أَتَبْكِينَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ أَلَا أَبْكِي وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْكِي قَالَ إِنِّي لَمْ أَبْكِ وَهَذِهِ رَحْمَةٌ إِنَّ الْمُؤْمِنَ تَخْرُجُ نَفْسُهُ مِنْ بَيْنِ جَنْبَيْهِ وَهُوَ يَحْمَدُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ

Ertinya:''Dari Ibnu Abbas, ia berkata, "Nabi ﷺ menemui salah seorang puterinya ketika sedang sekaratul maut, beliau mengangkatnya dan meletakkannya di pangkuan beliau hingga meninggal dunia. Maka mengalirlah air mata dari kedua matanya, dan Ummu Aiman pun ikut menangis. Lalu dikatakan pada Ummu Aiman, "Apakah engkau menangis di dekat Rasulullah ﷺ?" Maka ia menjawab, "Tidak bolehkah aku menangis sementara Rasulullah ﷺ menangis?" Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya aku tidak menangis, adapun ini adalah kasih sayang. Sesungguhnya orang mukmin itu jiwanya keluar dari kedua tulang rusuknya, sedang ia dalam keadaan memuji Allah 'Azza wa Jalla''. Riwayat Ahmad (2287)

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ أَبُو بَكْرٍ بَعْدَ وَفَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعُمَرَ انْطَلِقْ بِنَا إِلَى أُمِّ أَيْمَنَ نَزُورُهَا كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُهَا قَالَ فَلَمَّا انْتَهَيْنَا إِلَيْهَا بَكَتْ فَقَالَا لَهَا مَا يُبْكِيكِ فَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ قَالَتْ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَنَّ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ وَلَكِنْ أَبْكِي أَنَّ الْوَحْيَ قَدْ انْقَطَعَ مِنْ السَّمَاءِ قَالَ فَهَيَّجَتْهُمَا عَلَى الْبُكَاءِ فَجَعَلَا يَبْكِيَانِ مَعَهَا

Ertinya:''Dari Anas ia berkata, "Setelah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam meninggal, Abu Bakar berkata kepada Umar, "Mari kita pergi mengunjungi Ummu Aiman sebagaimana Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam biasa melakukannya. " Anas berkata, "Ketika kami sampai, Ummu Aiman menangis. Maka keduanya bertanya, "Apa yang membuatmu menangis, sedangkan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi Rasulullah?" Ummu Aiman menjawab, "Sungguh, aku tahu bahwa apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, aku menangis karena wahyu telah terputus dari langit. " Anas berkata, "Kata-katanya itu mampu membangkitkan keduanya untuk menangis. Hingga akhirnya keduanya ikut menangis bersamanya".Riwayat Ibnu Majah (1625)

Adapun meratap dan melolong serta menyebut-nyebut kebaikan-kebaikan si mati, melomor kepala dengan tanah atau pasir, melepak lepakkan pipi serta mengoyak-ngoyak-kan pakaian, maka semua itu adalah haram dan amat terlarang sekali dalam agama. Diharamkan atas keluarga si mati meratap (menangis dengan suara yang kuat/meraung, mengoyak baju, menampar pipi, memukul badan, menarik rambut). Tegahan ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam,

اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Ertinya: “Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah dari perbuatan orang kafir: mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat''.Riwayat Muslim (67)

Keterangan: Dibolehkan menangis/mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan suara sebagai tanda sedih atas kematian orang yang disayangi. Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam sendiri mengalirkan air mata pada hari kematian anaknya Ibrahim sebagaimana di dalam hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Bahkan dalam hadith yang lain Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

إِنَّ المَيِّتَ لَيُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ

Ertinya: “Sesungguhnya mayat diazab dengan tangisan keluarganya terhadapnya''.

Riwayat al-Bukhari (1286), Muslim (928)

Mengikut Imam al-Nawawi, hadith ini diberi beberapa takwilan antaranya:

1-Ia ditanggung dengan maksud jika si mati mewasiatkan kepada keluarga dan yang hidup untuk meratap dan meraung atas kematiannya.

2-Ia memberi maksud kaum keluarga menangis pada tahap ratapan

3-Ia bermaksud ia diazab dengan sebab memperdengarkan tangisan keluarganya untuk menjadikan hati mereka mengasihani berlebihan. Inilah pendapat Ibn Jarir al-Tabari. Hal ini juga dipilih oleh al-Qadhi ‘Iyadh.

Namun jika sekadar tangisan biasa atau kesedihan tidaklah menjadi kesalahan.

Menerima Kematian dengan cara dan adab Islam, antaranya:

1-Istirja’ ( Mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ) apabila menerima berita kematian.

Firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156,

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (Iatu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Juga boleh memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah) kemudian istirja’. Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Hibban di mana Allah bertanya kepada Malaikat (dalam riwayat Ahmad: Malaikat Maut) yang mengambil nyawa anak kesayangan hambaNya:

مَاذَا قَالَ عَبْدِي فَيَقُوْلُوْنَ حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ

Ertinya: Apa yang disebut oleh hambaKu. Maka jawab para Malaikat: Ia memujiMu dan istirja’.

Bersabar dalam menerima berita. Ini kerana menurut dalil ayat di atas, diberi pahala yang besar kepada orang yang bersabar dan berdoa seperti yang diajar oleh Baginda Sallallahu'alaihiwasallam,

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ertinya: “Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya''.Riwayat Muslim (918)

2-Solat Jenazah Kepada Si Mati dan Berdoa Untuknya.

Umat Islam menjadi fardhu kifayah ke atas mereka melaksanakan solat jenazah kepada saudaranya yang meninggal dunia. Begitu juga dengan memandikan, mengkafankan dan mengebumikannya.

Pensyariatan solat jenazah berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، فخَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali''.Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)

Antara doa yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam:

1-Doa pertama

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ

Ertinya: “Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut''.Riwayat Muslim (963)

2-Doa kedua:

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

Ertinya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia''.Riwayat Abu Daud (3201)

3-Doa ketiga:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Ertinya: “Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib. Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam. Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya''.

Riwayat Abu Daud 3201, al-Turmudzi (1204) al-Nasai (1986), Ibn Majah (1498) dan lain-lain.

Sesungguhnya maut (mati) itu adalah suatu perkara yang ditetapkan atas sekalian manusia dan ketetapan itu berlaku atas orang-orang yang khusus dan orang orang yang umum Allah Subhanahuwata'ala telah menyamaratakan sekalian manusia dalam hal ini, tidak kira ia seorang yang kuat atau yang lemah, yang rendah keturunannya ataupun yang tinggi, termasuklah orang-orang besar seperti kaisar, kisra dan seumpamanya. Allah Subhanahuwata'ala juga telah menjadikan mati itu sebagai hadiah yang tiada samanya dan kedudukan yang tiada taranya bagi kaum Mu'minin. Tetapi bagi kaum kafirin (kufur) pula, mati merupakan suatu kesal yang tidak sudah dan tekanan jiwa yang sangat berat. Maha Suci Tuhan, Raja yang Berkuasa, hanya dalam segala kekuasaan-Nya yang kekal abadi, Dia Suci dari sifat mati dan binasa, Dialah yanq Awal tiada yang terdahulu daripada-Nya dan Dialah yang akhir tiada yang terakhir sesudah-Nya.

Allah subhanahuwata'ala telah berfirman,

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Ertinya:''Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan''. Surah Al-Rahman ayat 26-27

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ertinya:''Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". Surah Ali-Imran ayat 185

Wednesday, April 2, 2025

Salaf Al-Soleh(السلف الصالح) Sering Takut Dari Su’ul Khatimah

Salaf Al-Soleh(السلف الصالح) Sering Takut Dari Su’ul Khatimah 

Para Salaf al-soleh (السلف الصالح) sering bimbang dan takut dari su’ul khatimah. Dalam hal 

ini, ada berbagai-bagai berita yang di ceritakan mengenai mereka, cuma tidak akan dibincangkan di sini supaya bicara dalam tajuk ini tidak terlalu panjang.

Su’ul khatimah iaitu pengakhiran atau penyudahan yang buruk adalah apabila seseorang itu meninggal dalam keadaan berpaling dari Allah, berada di atas murka-Nya serta meninggalkan kewajipan dari Allah. Su’ul-khatimah ialah apabila sewaktu akan meninggal dunia seseorang didominasi oleh perasaan was-was yang disebabkan keragu-raguan atau keras kepala atau ketergantungan terhadap kehidupan dunia yang akibatnya ia harus masuk ke neraka secara kekal kalau tidak diampuni oleh Allah Subhanahuwata'ala.

Sebab-sebab su’ul khatimah secara ringkas antara lain adalah perasaan ragu dan sikap keras kepala yang disebabkan oleh perbuatan atau perkara dalam agama yang tidak pernah dituntunkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, menunda-nunda taubat, banyak berangan-angan tentang kehidupan duniawi, senang dan membiasakan maksiat, bersikap munafik dan bunuh diri.

Tidak diragukan lagi, demikian ini akhir kehidupan yang menyedihkan, selalu dikhawatirkan oleh orang-orang yang bertakwa. Semoga Allah menjauhkan kita darinya. Terkadang nampak pada sebahagian orang yang sedang sakaratul maut, tanda-tanda yang mengisyaratkan su'ul khatimah, seperti: menolak mengucapkan syahadah, justeru mengucapkan kata-kata buruk dan haram, serta menampakkan kecenderungan padanya dan lain sebagainya.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَيَدْخُلُهَا

Ertinya: "...Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga''. Riwayat Muslim (2643)

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Ertinya:''Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda, "Ada orang yang mengamalkan amalan ahli syurga pada waktu yang sangat lama, lalu ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli neraka. Ada pula orang yang mengerjakan amalan ahli neraka pada waktu yang sangat lama, tetapi kemudian ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli syurga''. Riwayat Muslim(4791)

Allah Subhanahuwata'ala yang bersifat dengan Maha Adil iaitu dengan memberi pilihan kepada hamba-Nya untuk memilih jalan yang diingininya sama ada jalan ke syurga atau ke neraka tetapi dalam masa yang sama Allah Subhanahuwata'ala mengetahui pilihan yang akan dibuat oleh manusia itu berdasarkan kepada sifat Maha Mengetahui Allah Subhanahuwata'ala. Hal ini ada dinyatakan di dalam al-Quran:

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Maksudnya: “Serta (Allah Subhanahuwata'ala) mengilhamkannya iaitu manusia (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertaqwa''. Al-Syams ayat 8

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah Subhanahuwata'ala memberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalan yang dikehendakinya. Tambahan pula, antara bukti lain bahawa Allah Subhanahuwata'ala memberi pilihan kepada manusia dalam menentukan kehidupan mereka adalah berdasarkan suruhan (tuntutan) Allah Subhanahuwata'ala kepada manusia agar mereka beriman kepada Allah Subhanahuwata'ala serta mencegah mereka daripada melakukan syirik kepada-Nya. Sekiranya manusia itu tidak mempunyai pilihan, maka larangan dan tegahan Allah Subhanahuwata'ala ini adalah sia-sia. Lihat: al-Wafi fi Syarh al-Arbain al-Nawawiyyah, 27-28.

Kebanyakan para imam dan orang-orang yang bimbangkan tentang su'ul khatimah, mengatakan bahawa su'ul-khatimah itu biasanya menimpa orang-orang yang suka mencuaikan solat, ataupun orang yang suka minum khamar (arak),ataupun orang yang suka menderhakai kedua ibu-bapa, ataupun orang yang suka menyakit dan menyusahkan orang Muslim yang lain, ataupun orang yang senang melakukan maksist maksiat besar ataupun orang yang tidak mahu bertaubat kepada Allah Subhanahuwata'ala daripada dosa-dosanya. Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman,

ثُمَّ كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاءُوا السُّوأَىٰ أَنْ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَكَانُوا بِهَا يَسْتَهْزِئُونَ

Ertinya:''Kemudian, akibat orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah (azab) yang lebih buruk, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-oloknya''. Al-Rum ayat 10.

Ulama tabi’in, Mujahid rahimahullah berkata, “Barangsiapa mati, maka akan datang di hadapan dirinya orang yang satu majlis (sejenis) dengannya. Jika ia biasa duduk di majlis orang yang selalu menghabiskan waktu dalam kesia-siaan, maka itulah yang akan menjadi teman dia tatkala sakratul maut. Sebaliknya jika di kehidupannya ia selalu duduk bersama ahli zikir (yang senantiasa mengingat Allah), maka itulah yang menjadi teman yang akan menemaninya saat sakratul maut''.  Lihat Tadzkiroh, oleh Imam Al Qurthubi, Asy Syamilah, 1/38.

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Sesungguhnya dosa, maksiat dan syahwat adalah sebab yang dapat menggelincirkan manusia saat kematiaanya, ditambah lagi dengan godaan syaitan. Jika maksiat dan godaan syaitan terkumpul, ditambah lagi dengan lemahnya iman, maka sungguh amat mudah ia berada dalam su’ul khatimah (akhir hidup yang Buruk)''. Lihat Al Bidayah wan Nihayah, oleh Ibnu Katsir, 9/184

Sayugialah bagi tiap-tiap orang Muslim mengharapkan kurnia Allah Subhanahuwata'ala, agar Dia tiada mencabut daripadanya nikmat Islam, sesudah Dia memberikan kurnia itu kepadanya tanpa perantaraan siapa-siapa pun. Hanya ditakuti, bahawa nikmat itu akan berubah, disebabkan kecuaian hamba yang tiada tahu mensyukuri nikmat yang besar itu, iaitu nilknat slam. 

Setengah para salaf bersumpah dengan nama Allah, bahawa tiada seorang pun yang merasa aman tidak akan dicabut Islam daripadanya, melainkan akan tercabut Islam itu darpadanya. Lantaran itu, hendaklah ia terus-menerus memohon dan merendahkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala dan mengurniakannya husnul khatimah.

Imam Al-Ghazali mengatakan dalam kitab Ihya-nya, ramai orang khawatir kalau meninggal dalam keadaan su'ul khatimah. Tetapi apakah mereka mengetahui apa arti suul khatimah? فاعلم أن سوء الخاتمة على رتبتين إحداهما أعظم من الأخرى 

Ertinya, “Ketahuilah, su'ul khatimah terdiri atas dua tingkatan di mana yang satu lebih berat dari yang lain''. Lihat Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumiddin, [Beirut, Darul Fikr: 2015 M], juz IV, halaman 181). 

1. Tingkatan su'ul khatimah berat yang menakutkan adalah munculnya keraguan atau bahkan pengingkaran (kekufuran) yang dominan menguasai hati seseorang saat sakaratul maut. Nyawa orang tersebut dicabut saat hatinya diselimuti keingkaran (kekufuran) atau keraguan. Kebulatan hati dalam keingkaran (kekufuran) menjadi hijab antara dia dan Allah selamanya. Hal ini membuatnya jauh selamanya dari Allah dan siksa yang kekal. 

2. Tingkatan su'ul khatimah yang kedua lebih ringan dari tingkatan su'ul khatimah pertama. Saat sakaratul maut hatinya sedang dilanda oleh kecintaan dan syahwat pada dunia sehingga dunia itu yang tergambar dalam hatinya.

Saat mengalami pencabutan nyawa, hatinya tenggelam pada dunia sehingga tidak tersisa ruang dalam hatinya bagi yang lain. Berkeadaan dengan itu nyawanya dicabut oleh malaikat. Hatinya tenggelam dalam dunia, demikian juga kepala dan wajahnya yang menghadap dunia. 

Imam Al-Ghazali menambahkan, ketika hatinya berpaling dari Allah muncullah di sana hijab. Ketika ada hijab, siksa pun turun kepadanya kerana api siksa-Nya hanya membakar orang-orang yang terhijab. Adapun kepada orang beriman yang hatinya selamat dari cinta pada dunia dan membulatkan perhatiannya kepada Allah, api berkata, “Lalulah wahai orang yang beriman kerana cahaya keimananmu telah memadamkan jilatan apiku''. 

Imam Al-Ghazali menambahkan lagi, seseorang akan menemui bahaya ketika nyawanya dicabut saat hatinya diperdaya oleh dunia kerana seseorang akan meninggal sesuai kehidupannya. Dalam keadaan su'ul khatimah, hati manusia tidak mungkin diisi dengan warna lain kerana hati itu hanya dapat diwarnai melalui ikhtiar amal lahiriyah. Sedangkan amalan lahiriyah sudah selesai oleh kematian sehingga tidak ada harapan mengembalikannya ke dunia untuk menyempurnakan kekurangan-kekurangannya. Saat su'ul khatimah seseorang hanya memiliki penyesalan yang tidak berguna. Lihat Imam Az-Zabidi, Ithafus Sadatil Muttaqin bi Syarhi Ihya Ulumiddin, [Beirut, Muassastut Tarikh Al-Arabi: 1994 M/1414 H], juz IX, halaman 234). 

Adapun pokok keimanan dan kecintaan kepada Allah yang telah tertanam kuat di hati seseorang sekian lama dan diperkuat dengan amal soleh dapat mengeluarkannya dari api neraka dalam tempoh yang singkat jika tertanam kuat. Tetapi jika keimanan dan kecintaan kepada Allah tertanam tertanam dengan kuat, ia akan tinggal lama di neraka. Andikata jika ada keimanan dan kecintaan-Nya meski sebesar zarah, maka ia pasti akan keluar dari neraka meskipun setelah melalui ribuan tahun lamanya. Dari sini kita dapat menyimpulkan bahwa husnul khatimah dan su'ul khatimah berkaitan dengan keimanan dan keselamatan hati seseorang dari duniawi, bukan pada tempat atau lokasi meninggal seseorang yang sering kali membuka su'uzhan di kalangan mereka yang masih hidup. 

Kita tidak ingin kehidupan kita berakhir dengan su'ul khatimah, maka sudah sepantasnya kita menyegerakan taubat terhadap semua dosa yang kita perbuat, baik itu dosa kesyirikan, bid’ah, dosa besar dan maksiat. Begitu pula bersegeralah kembali taat pada Allah dengan mengawali segalanya dengan ilmu. Kita tidak tahu bilakah nyawa kita akan diambil. Entah besok, entah lusa, entah minggu depan, boleh jadi lebih cepat dari yang kita kira. Yang tua dan muda sama saja, tidak ada yang tahu bahawa ia akan berumur panjang. Selagi masih diberi kesempatan, selagi masih diberi nafas, teruslah bertaubat dan kembali taat pada-Nya. Lakukan kewajipan, sempurnakan dengan amalan sunnah. Jauhi maksiat dan berbagai hal yang makruh. Jangan sia-siakan waktu, teruslah isi dengan kebaikan.

Ya Allah! Ya Tuhan Kami, Kami memohon dengan Cahaya-Mu yang mulia dan dengan Hak bagi Zat-Mu agar Engkau kurniakan kepada kami husnul khatimah ketika mati. 

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Ertinya:(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)". Ali Imran ayat 8.

وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا ۚ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Erinya:''Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan karena kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami". (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)". Al-A'raf ayat 126

Semoga Allah menguatkan keimanan dan keselamatan batin kita saat akhir nanti dan menjauhkan kita dari kematian suul khatimah. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam serta dalam kalangan orang yang soleh.

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Ibadah Haji Lambang Perpaduan

Ibadah Haji Lambang Perpaduan  Hidup ini adalah perjalanan panjang yang penuh dengan ujian dan cobaan. Setiap manusia pasti akan menghadapi ...