Wednesday, February 26, 2025

Pergolakan Umur Tua Dan Liku-likunya

Pergolakan Umur Tua Dan Liku-likunya

Penuaan merupakan suatu proses fitrah yang akan di lalui oleh semua manusia. Pelbagai bilangan usia yang di bentangkan oleh barat dan cendekiawan Islam untuk mendefinisikan usia tua. Malah terdapat perbezaan pandangan mengenai penuaan melalui kaca mata Islam dan Barat. Hakikatnya, usia tua bukanlah suatu perkara yang negatif dan pasif tetapi merupakan usia emas yang perlu di rebut oleh setiap manusia untuk di isi dengan perkara yang bermanfaat. 

Warga tua atau emas daripada sudut Islam dan Barat mempunyai kaca mata serta matlamat yang berbeza. Al-Quran umpamanya telah memberi peringatan kepada manusia yang di beri usia lanjut untuk memperbanyakkan amal ibadat serta terus belajar. Ini berikutan umat Islam beriman dan percaya dengan adanya hari kebangkitan dan pembalasan. Justeru, umat Islam digalakkan untuk berlumba-lumba menggunakan usia yang ada untuk memperbanyakkan amal kebaikan berbeza dengan non Muslim. 

Dalam bahasa Arab, terdapat istilah yang berbeza untuk merujuk kepada fasa-fasa dalam proses pembangunan manusia, dari baligh, remaja, dewasa hingga tua. Menurut al-Thalibi (2000), seseorang yang berumur lebih dari 60 tahun membawa beberapa istilah khusus mengikut tahap perkembangan mereka. ثلب ,هدج ,مج, دب, دلق, توجه, كبر ,شاخ, شمط, شاب, الرجلالوت ,dalam mendefinisikan شيخ atau orang tua, Ibrahim al-Anis et al. (1972) dalam Al-Mu’jam Al-Wasit menegaskan bahawa شيخ atau orang tua ialah mereka yang berumur lebih dari 50 tahun dan antara peringkat كهل dan هزم . Selain itu, istilah هزم ditakrifkan sebagai orang yang terlalu tua, lemah dari segi fizikal dan mental. 

Manakala perkataan ‘كِبْرٌ’ disebut enam kali dalam al-Quran manakala ‘شَيْخٌ’ dan ‘عَجُوز’ disebut empat kali. (Fuad al-Baqi, 2002). Kronologi dalam surah al-Rum 30:54 telah di susun bermula dari kehidupan seorang bayi yang lemah dan berakhir juga dalam keadaan lemah iaitu usia tua. 

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

Ertinya:''Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa''. Al-Rum ayat 54

Menurut al-Maraghi (2001, Tafsīr Al- Marāghī.) ayat ini menjelaskan kekuasaan Allah Subhanahuwata'ala dalam mengawasi manusia sehingga berlaku perubahan pada setiap tahap peringkat perkembangan manusia. Peringkat perkembangan manusia yang dimaksudkan ialah daripada lemah iaitu bayi kepada kuat menjadi dewasa dan setelah kuat kembali menjadi lemah kembali iaitu usia tua. Begitu juga menerusi surah Ya Sin 36:68 Allah mengingatkan manusia yang di beri usia yang panjang dengan ayat sedemikian,

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Ertinya:''Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?''.Ya Sin ayat 68

Ayat ini menggambarkan seorang hamba yang di panjangkan usianya namun di tarik kekuatan fizikalnya (Ibn Kathir, 1997).

Seseorang itu akan berpindah dari umur dewasa kepada umur tua, iaitu umur dari lima puluhan mencapai kepada umur tujuh puluhan, sebagaimana yang dikategorikan oleh Ibnul Jauzi:

Ibnul Jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori, iaitu: 

(1) Masa kanak-kanak,iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun. 

(2) Masa muda, iaitu dari peringkat umur lima belas tahun, hingga umur tiga puluh lima tahun. 

(3) Masa dewasa, iaitu dari peringkat umur tiga puluh lima tahun, hingga umur limapuluh tahun.

(4) Masa tua, iaitu dari peringkat umur lima puluh tahun, hingga umur tujuh puluh tahun. 

(5) Masa tua bangka, iaitu dari peringkat umur tujuh puluh tahun, hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan. 

Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman,

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا ۚ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ مِنْ قَبْلُ ۖ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلًا مُسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Ertinya:''Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya)''. Al-Mu'min/Ghaafir ayat 67

Dalam peringkat umur tua inilah akan kelihatan tanda-tanda kelemahan bagi seseorang, sehingga kekuatannya mula merosot sedikit demi sedikit dari kemuncaknya menurun ke bawah, lalu ia menjadi lemah selepas suatu masa dahulu ia kuat. Peringkat umur ini dinamakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihwasallam masa pergelutan dengan maut, iaitu umur enampuluhan hingga kepada tujuh puluhan. 

Baginda telah bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أَجَلَهُ حَتَّى بَلَّغَهُ سِتِّينَ سَنَةً

Ertinya:''Abu Hurairah dari Nabi ﷺ Beliau bersabda, "Allah telah memberi uzur kepada seseorang dengan menangguhkan ajalnya hingga umur enam puluh tahun''.Riwayat al-Bukhari (5904)

Dalam umur inilah, Rasulullah Sallallahu'alaihwasallam telah diwafatkan oleh Allah Subhanahuwata'ala, iaitu dalam usia 63 tahun menurut Qaul yang sahih. Demikian pulalah sahabat-sahabatnya Abu Bakar, Umar dan Ali radhiallahu-anhum. Adapun sahabat Usman radhiallahu anhu, maka beliau telah lanjut usianya hingga mencapai umur delapan puluh tahun.

عَنْ جَرِيرٍ أَنَّهُ سَمِعَ مُعَاوِيَةَ يَخْطُبُ يَقُولُ مَاتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ وَأَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ وَهُوَ ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ وَعُمَرُ وَهُوَ ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ وَأَنَا ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ

Ertinya:"Dari Jarir sesungguhnya ia mendengar Mu'awiyah berkata, dan dia saat itu sedang berkhotbah, "Rasulullah ﷺ wafat pada umur enam puluh tiga tahun. Abu Bakar radhiallahu'anhu meninggal pada umur enam puluh tahun, demikian juga 'Umar. Saya sekarang berumur enam puluh tiga juga''. Riwayat Ahmad(16317)

Said Al-Nursi dalam Risalah Al-Nur menyatakan bahawa kelemahan dan kedhaifan yang terdapat pada waktu tua sebenarnya adalah jalan untuk mencari rahmat Ilahi serta inayah Rabbani. Malah beliau turut menyebut bahawa Allah merahmati orang-orang tua kerana kedhaifan dan kelemahan mereka. Ini kerana meskipun dalam lemah dan dhaif mereka masih rukuk menyembah Allah. Seperti dalam sabda Rasulullah Sallallahu'alaihwasallam,

فَإِنَّهُ لَوْلا شُيُوخٌ رُكَّعٌ، وَشَبَابٌ خُشَّعٌ، وَأَطْفَالٌ رُضَّعٌ، وَبَهَائِمُ رُتَّعٌ، لَصَبَّ عَلَيْكُمُ الْعَذَابَ صَبًّا

Ertinya:''....jika bukan kerana orang-orang tua yang banyak rukuk, adanya orang muda yang khusyuk, dan bayi yang menyusu, nescaya akan di timpakan bala kepada kamu....''. Riwayat Abu Ya'la. Dhaif

Selain itu, al-Qurthubi berkata, “شَيْخٌ” (orang yang tua) adalah orang yang telah melewati 40 tahun, kekuatan dan fungsi organ tubuh mulai menurun. Dan kemerosotan ini berlaku secara berperingkat sebagaimana dahulu perkembangan bayi juga turut berlaku secara peringkat. Allah juga menyatakan bahawa sangat rugi barang siapa yang di beri usia lanjut namun tidak digunakan dengan baik seperti dalam surah at-Tin 95 :5,

ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ

Ertinya:''Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah''.

Secara umumnya, ulama Islam banyak membahaskan mengenai usia tua serta pembahagiannya. Seperti yang di nukilkan oleh Elmi Baharudin (2013 Kecerdasan Ruhaniah Dan Amalan Agama Warga Tua Di Rumah Kebajikan. Thesis Phd, Bangi UKM ) ahli tafsir menyatakan warga emas adalah mereka yang berumur 50 tahun dan terdapat perubahan secara perlahan lahan kepada akal dan fizikal sedikit demi sedikit hingga ke peringkat umur 75 tahun ke atas Hamka (1999). Selain itu, beliau menyatakan pada peringkat umur tersebut, warga emas akan kembali seperti akal kanak-kanak dengan ingatan yang sudah kurang berfungsi dengan baik. Keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan dan lemahnya tubuh badan serta uzur .

Selain itu, Abu Hayyan (1993) menyebut, warga emas ialah mereka yang telah lemah pancaindera yang diperlihatkan dengan kelemahan pada perkataan dan fikiran mereka terutamanya terhadap daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara. Manakala al-‘Alūsī (1994) pula menyatakan, warga emas adalah mereka yang telah lemah kekuatan fizikal, telah rosak pancaindera seperti mana di waktu mereka kanak-kanak dahulu. 

Al-Tabari (2001) juga menyatakan warga emas adalah mereka yang telah berumur 75 tahun ke atas dan akan beransur-ansur menjadi bodoh seperti di zaman kanak-kanak. Begitu juga pandangan Al-Razi (2000: 62, al-Tafsir al-Kabir aw Mafatih al-Ghayb.) tentang usia tua adalah perpindahan manusia daripada sempurna kepada kekurangan, daripada kuat kepada lemah, muda kepada tua, daripada sakit kepada uzur dan daripada akal sempurna kepada pelupa. Namun begitu, terdapat juga warga tua yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ketika di usia tua. Mereka terus-menerus mengasah pemikiran mereka sehingga menyebabkan akal fikiran, emosi dan rohaniah mereka menjadi cerdas. 

Meskipun warga emas sinonim dengan keterbatasan fizikal, lemah dan sebagainya namun Allah menyeru agar Muslim untuk sentiasa kuat dan tidak berputus asa. Hal ini di teladani oleh sahabat nabi Abu Talhah yang sudah uzur namun tidak menjadikan lemah sebagai alasan untuk tidak ke medan jihad meskipun beliau di halang oleh anak-anak dengan berkata “bukankah Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 9:41,

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya:''Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui''.Al-Taubah ayat 41

Perkara ini menunjukkan bahawa penghujung usia warga emas itu tidak boleh berlalu dalam keadaan lesu dan berserah seolah-olah menunggu hari kematian menjemput tiba. Isu kematian dan makna hidup penting bagi warga emas. Justeru, warga emas yang mempunyai kesedaran akan kematian serta menerima hakikat penuaan, akan menunjukkan kurang takut dan lebih bersedia dengan amal ibadat. Malah mereka memandang penuaan sebagai kerehatan dari kesibukan dunia serta mengurus keluarga sewaktu muda dahulu. Terkadang terdapat juga warga emas lebih gemar bersendirian untuk muhasabah diri dan berehat di hujung usia mereka. 



Wednesday, February 19, 2025

Pergolakan Umur Muda Dan Dewasa Serta Liku-Likunya

 Pergolakan Umur Muda Dan Dewasa Serta Liku-Likunya

Apabila seorang anak mencapai umur baligh, nescaya dengan balighnya ia telah memasuki peringkat umur muda, dimana jelas kelihatan keadaannya cergas dan kuat. Sebaik-baiknya dihabiskan masa ini dalam mengerjakan kebajikan dan memperbanyak amalan soleh, serta meninggalkan mengerjakan kejahatan dan perkara-perkara yang mungkar, sementara ia menunggu bertambahnya kecergasan, sempurna kekuatan dan semakin bertambah dewasa lagi. Akan tetapi harus diingat dalam peringkat umur ini, sering dibimbangkan berlaku sesuatu hal yang merbahaya dan seperkara yang amat ditakuti, yang biasanya dialami oleh kebanyakan dari anak-anak yang sedang meningkat umur muda, iaitu kecenderungan kepada nafsu dan syahwat keduniaan, dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada mencintaI dunia dan tidak gemar pula untuk membuat ketaatan, kebajikan atau atau berminat untuk membuat amalan yang soleh. Dalam peringkat umur inilah, jarang terdapat seorang anak lurus kelakuannya, berminat jiwanya untuk memperbanyak amalan soleh, dan meninggalkan kelazatan syahwat dunia dan keindahannya yang tidak kekal. Sebab itu ada sebuah Hadith yang berbunyi: 

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

يَعْجَبُ رَبُّكَ مِنْ شَابٍّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ

Maksudnya:''Rabbmu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shobwah". Riwayat Imam Ahmad (4/151)

صَبْوَةٌ adalah kecondongan untuk menyimpang dari kebenaran.

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا نَغْزُوْ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ شَبَابٌ

Maksudnya:"Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata, “Kami ikut berperang bersama Rasulullah padahal saat itu kami masih muda". Riwayat Imam Ahmad ( 1/390, 432)

Adalah merupakan suatu kemuliaan bagi setiap pemuda yang menjaga masa mudanya, menghabiskannya untuk ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Terlebih lagi jika dia hidup di zaman dan lingkungan yang tersebar di dalamnya fitnah syubhat dan syahwat. Sesungguhnya merupakan kurniaan Allah Subhanahuwata’ala dan hidayah-Nya apabila ada seorang pemuda yang mampu menjaga dirinya dari badai ombak fitnah ini.

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah menghitung dalam bilangan orang yang dilindungi Allah Subhanahuwata'ala dalam naungan-Nya, pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah saja, iaitu seorang pemuda yang sedang meningkat umurnya amat gemar dalam mengerjakan ibadat kepada Allah Subhanahuwata'ala. 

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

Ertinya:"Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tujuh golongan orang yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari saat tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; Seorang imam yang adil. Seorang pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada Allah. Seorang pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Dua orang pemuda yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya. Seseorang yang berzikir kepada Allah dalam kesendirian lalu mengucur air matanya. Seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan lalu dia berkata, 'Sesungguhnya aku takut kepada Allah.' Dan seorang laki-laki yang bersedekah, lalu dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan tangan kanannya''. Riwayat Malik (1501)

Lantaran itu, maka sudah sewajarnyalah seorang pemuda itu mempersungguh-sungguhkan memelihara masa mudanya, agar tidak menjerumuskannya ke dalam kemurkaan Allah Subhanahuwata'ala, sehingga menyebabkan ia menerima siksaan-Nya yang pedih. Malah hendaklah ia menjadikan masa muda itu suatu sebab yang akan menariknya untuk mencapai keredhaan Allah Subhanahuwata'ala dan memperoleh pahala-Nya yang besar. Hendaklah ia patuh kepada pengajaran-pengajaran Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam, kerana baginda adalah seorang yang amat berbelas-kasihan dan bersifat rahmat terhadap diri kita lebih daripada apa yang pernah kita lakukan terhadap diri sendiri ataupun yang pernah dilakukan oleh kedua ibu-bapa kita terhadap kita. 

Cuba perhatikan sabda baginda yang berikut,

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallah‘alaihiwasallam pernah menasihati seseorang,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Maksudnya: "Manfaatkanlah/sebutkanlah lima perkara sebelum lima perkara; Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu.Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu.Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu.Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu.Hidupmu sebelum datang matimu".

Al-Hakim dalam Al Mustadroknya 4: 341. Al Hakim mengatakan bahwa hadith ini sahih sesuai syarat Bukhari Muslim namun keduanya tidak mengeluarkannya. Dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim.

Lima Tanggungjawab yang akan disoal di Hari akhirat,

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَزُولُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَ أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ الْحُسَيْنِ بْنِ قَيْسٍ وَحُسَيْنُ بْنُ قَيْسٍ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي بَرْزَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ

Ertinya:''Dari Ibnu Umar dari Ibnu Mas'ud dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam beliau bersabda: "Kaki Anak Adam tidaklah bergeser pada hari Kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima hal; tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia pergunakan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dia infakkan dan tentang apa yang telah dia lakukan dengan ilmunya''.

Abu Isa berkata: Hadith ini gharib, kami tidak mengetahuinya dari hadith Ibnu Mas'ud dari Nabi Sallallahu'alaihiwaSallam kecuali dari Hadith Al Husain bin Qais, sementara Husain bin Qais dilemahkan dalam masalah hadith kerana sisi hafalannya, dan dalam bab ini ada hadits dari Abu Barzah dan Abu Sa'id. HR Tirmizi 2416,ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir jilid 10 hal 8 Hadith no. 9772.

Dalam Hadith di atas Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mengkhabarkan  bahawasanya, pada Hari kiamat kelak setiap Bani Adam (manusia) akan diminta untuk  dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahuwata’ala terhadap 5 (lima) perkara tersebut, iaitu:

1-Umurnya

2-Masa mudanya

3-Hartanya (dari mana ia dapatkan)

4-Hartanya (dalam hal apa ia belanjakan)

5-Ilmu yang dimilikinya

Barangsiapa yang dapat menjawab dan dapat bertanggungjawab terhadap kelima-lima perkara tersebut kelak di hari kiamat, maka dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan dengan izin Allah, dia pun akan memperolehi setiap apa yang telah Allah janjikan kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa berupa kenikmatan-kenikmatan syurga. Namun sebaliknya jika ia tidak boleh mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah Subhanahuwata'ala, maka sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang celaka dan akan mendapatkan azab yang pedih dari-Nya.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ    

Ertinya:' Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya''. Ali-Imran ayat ayat 185.

Masa muda ialah waktu yang sepatutnya dihabiskan untuk mencapai sifat-sifat yang mulia, menambah ilmu pengetahuan dan merebut kedudukan yang tertinggi dalam urusan agama dan seumpamanya. Kerapkali para salaf soleh yang diberkati Allah Subhanahuwata'ala umurnya, sehingga mencapai umur tua pun mereka tetap mengerjakan kebajikan dan ketaatan pada jalan Allah disamping itu mereka sentiasa menggalakkan pemuda-pemuda untuk memelihara masa mudanya, dan supaya tidak menyia-nyiakannya pada perkara-perkara yang tidak menentu. Mereka sering mengingatkan "Gunakanlah peluang masa muda kamu ini untuk mengerjakan perkara perkara yang baik.sebelum kamu sekalian sampai seperti umur kami".

Pergolakan umur dewasa dan liku-likunya

Bagaimanapun seorang pemuda akan berpindah dari masa mudanya kepada masa tua. Dalam keadaan ini ada dua peringkat, iaitu pertengahan umur dan mencapai umur dewasa. 

Ibnul Jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori, iaitu: 

(1) Masa kanak-kanak,iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun. 

(2) Masa muda, iaitu dari peringkat umur lima belas tahun, hingga umur tiga puluh lima tahun. 

(3) Masa dewasa, iaitu dari peringkat umur tiga puluh lima tahun, hingga umur limapuluh tahun.

(4) Masa tua, iaitu dari peringkat umur lima puluh tahun, hingga umur tujuh puluh tahun. 

(5) Masa tua bangka, iaitu dari peringkat umur tujuh puluh tahun, hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan. 

Setengah ulama telah membahagikan umur-umur manusia kepada peringkat-peringkat yang lebih kurang sama juga dengan yang di atas tadi.

Apabila seseorang manusia mencapai umur pertengahan dan menjadi dewasa, diharapkan dengan kemurahan Allah Subhanahuwata'ala ia dikurniakan hikmat dan kebijaksanaan, sehingga kelihatan pada dirinya sifat lebih cenderung untuk mengerjakan berbagai-bagai ketaatan, menujukan hatinya kepada Allah Subhanahuwata'ala dan sering bertaubat kepada-Nya. Ini jika manusia itu terkira orang-orang yang mendapat taufiq dan pandangan dari Allah Subhanahuwata'ala sesuai dengan firman-Nya yang berbunyi,

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَىٰ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Ertinya:Dan setelah Musa cukup umur dan sempurna akalnya, Kami berikan kepadanya hikmah (kenabian) dan pengetahuan. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik''. Al-Qasah ayat 14.

Firman-Nya yang lain pula,

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Ertinya:"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". Al-Ahqaf ayat 15

Apabila Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mencapai umur empat puluh, baginda pun diturunkan wahyu oleh Allah Subhanahuwata'ala dan diutus-Nya kepada sekalian manusia untuk menyampaikan berita gembira (بَشِيْرً) dan berita ancaman (نذيرً) 

Pada kebiasaannya, setelah mencapai umur dewasa, akan kelihatanlah pada diri manusia itu samada ia menuju kepada kebajikan atau kejahatan, dengan tanda-tanda atau isvarat-isyarat yang menunjukkan bahawa salah satu dari kelakuan baik atau jahat itu akan menguasai dirinya. Ada pula yang mengatakan, bahawa apabila seseorang itu mencapai umur empatpuluh, sedang kebajikannya tiada melebihi kejahatannya, maka syaitan akan menyapu wajahnya seraya berujar: Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas dariku. Yang lain lagi mengatakan: Siapa yang sudah mencapai umur empatpuluh, sedang kebajikannya tiada melebihi kejahatannya, maka hendaklah ia menyediakan dirinya ke neraka. 

Umur empatpuluh itu ialah umur yang disebutkan Allah Subhanahuwata'ala di dalam firman-Nya,

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ

Ertinya:''Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan". Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun''. Fathir ayat 37

Ada yang mengertikan firman ini kepada orang yang sudah mencapai umur enampuluh. 

Berkata Syaikh Arif Abdul Wahhab bin Ahmad As-Sya'rani di kitabnya al-Bahrul-maurud: Ikatkanlah janji dengan dirimu, bahawa apabila kamu mencapai umur empatpuluh, hendaklah kamu lipat tikar bantal serta merta dan ingatkanlah diri kamu, bahawa kamu sekarang sedang dalam perjalanan ke akhirat, dan bahawa setiap nafas yang kamu sedut itu tiadalah lagi dipergunakan untuk kepentingan dunia samasekali. Di samping itu hendaklah kamu mengira setiap detik dari umur kamu yang sudah melebihi empatpuluh tahun itu, menyamai seratus tahun dengan yang sebelumnya. 

Setelah mencapai umur empatpuluh tahun, sepatutnya tidak ada masa lagi untuk berehat-rehat, ataupun mengejar sesuatu urusan, ataupun mengatur sesuatu kegembiraan mengenai hal ehwal dunia lantaran sempitnya waktu yang tinggal sesudah mencapai umur empatpuluh itu. Di waktu itu tidak sesuai lagi untuk berlalai-lalai, bermain-main dan bersenda gurauan, kerana masa untuk menempuh mati sudah hampir tiba. 

Imam Malik pernah berkata: Kami dapati ramai orang mencari ilmu pengetahuan hingga sampai ke umur empatpuluh. Apabila mereka mencapai saja umur empatpuluh tahun, mereka pun memalingkan perhatian mereka kepada memperbanyak amalan soleh, dan mengerjakan apa yang telah mereka pelajari. Waktu itu tidak ada masa lagi untuk menumpukan perhatian kepada dunia, walau apa sekalipun. 

Imam Syafifi rahimahullah,setelah mencapai umur empatpuluh tahun, beliau pun berjalan menungkat sebatang kayu. Apabila ditanya sebabnya, beliau berkata: Biarlah aku sentiasa ingat bahawa aku kini sedang berjalan menuju ke akhirat. 

Berkata Wahab bin Munabbih: Ada aku terbaca di beberapa buah kitab, bahawasanya suatu suara akan menyeru dari langit keempat pada setiap pagi, Wahai anak-anak usia empat puluhan! Kamu adalah tanaman yang telah dekat masa penuaiannya. Wahai anak-anak usia limapuluhan! Sudahkah kamu kira apa yang kamu sudah buat dan apa yang belum? Wahai anak-anak usia enampuluhan! Tidak ada alasan lagi untuk kamu. Alangkah baik, kalau semua makhluk tiada dicipta. Ataupun jika mereka telah dicipta, sebaiknya mereka mengetahui mengapa mereka telah diciptakan. Awas, saat Kamu telah tiba. Jaga-jagalah diri kamu!


Thursday, February 13, 2025

Masa dalam kandungan ibu

Masa dalam kandungan ibu

Di peringkat umur ini terdapat satu cara hidup yang menyamai dengan peringkat umur di alam Barzakh, dimana berlaku beberapa hal-ehwal keakhiratan yang bertalian dengan masa sesudah kebangkitan. Akan tetapi cara hidup itu masih dikira dari hal ehwal keduniaan yang dialamI oleh manusia sebelum kematiannya.

Dan cara hidup yang dimaksudkan dalam peringkat umur ini ialah masa dalam kandungan ibu. Pada masa itu akan ternyata sesuatu dari maksud-maksud hidup di dunia yang berlaku pada manusia sesudah kelahirannya dari rahim ibunya. Di peringkat umur ini juga terbukti sesuatu dan tanggapan kewujudan manusia di dalam sulbi ayah dan rahim ibu, dimana ia telah berpindah-pindah sebelum kelahirannya dI muka dunia ini di dalam rahim ibunya ketika dalam kandungan. 

Allah Subhanahuwata'ala telah menerangkan masa dalam kandungan ini dan benih yang bergolak di dalamnya dalam berbagai-bagai firman di dalam Kitab-Nya yang suci.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ. ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ

Ertinya:''Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim)''. Al-Mukminun ayat 12-13

Terdapat juga berbagai-bagai Hadith dari Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam perkara ini. Di antaranya ialah Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya,Telah bersabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sedang baginda adalah seorang yang benar (Shadiq), lagi dibenarkan (Mashduq),

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ خَلْقَ أَحَدِكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يُبْعَثُ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ فَيُكْتَبُ رِزْقُهُ وَأَجَلُهُ وَعَمَلُهُ ثُمَّ يُكْتَبُ شَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ الرُّوحُ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ أَوْ قِيدُ ذِرَاعٍ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ أَوْ قِيدُ ذِرَاعٍ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا

Ertinya:''Abdullah bin Mas'ud ia berkata, "Rasulullah ﷺ menceritakan kepada kami -seorang yang jujur dan dapat dipercaya-, beliau bersabda, "Sesungguhnya penciptaan salah seorang dari kalian terhimpun dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal darah selama waktu itu juga (selama empat puluh hari juga), kemudian menjadi segumpal daging selama waktu itu juga, kemudian diutus seorang malaikat dan diperintahkan untuk mencatat empat perkara; lalu ditulislah rezekinya, ajalnya, amalnya, sengsara atau bahagia. Setelah itu, ditiupkan ruh kepadanya. Sungguh, salah seorang dari kalian beramal dengan amalan penduduk syurga hingga batas antara dirinya dengan syurga hanya sejengkal, namun takdir telah mendahuluinya, ia pun melakukan amalan penduduk neraka hingga ia masuk ke dalam neraka. Dan salah seorang dari kalian beramal dengan amalan penduduk neraka hingga batas antara dirinya dengan neraka hanya sejengkal, namun takdir telah mendahuluinya, ia pun melakukan amalan penduduk syurga hingga ia masuk ke dalam syurga''. Riwayat Abu Daud(4085)

Hadith ini sungguh mengecutkan hati perut orang orang yang baik amalannya dan taat kepada Allah Subhanahuwata'ala, apatah lagi kepada orang orang yang menderhaka yang sentiasa mengerjakan perbuatan jahat.

Seseorang manusia itu boleh tinggal di dalam kandungan ibunya, sehingga masa yang dikehendaki Allah Subhanahuwata'ala, kemudian ia lahirlah ke dunia, dan itulah umurnya yang pertama di dunia. Allah Subhanahuwata'ala telah pun menyebut mengenai permulaan peringkat umur ini di dalam al-Quran, dimana manusia itu akan berpindah-pindah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain, dan dari suatu hal kepada hal yang lain, iaitu firman-Nya,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ

Ertinya:''Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah''. Al-Hajj ayat 5

Di dalam firman yang lain,

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا ۚ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ مِنْ قَبْلُ ۖ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلًا مُسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Ertinya:''Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya)''. Al-Mu'min ayat 67

Firman-firman Allah semaksud ini ada banyak lagi. Manusia di dalam peringkat umur ini berpindah dari keadaan kanak-kanak kepada keadaan cukup umur, iaitu dengan bermimpi. Kemudian kepada zaman dewasa, kemudian tua dan seterusnya kepada zaman tua-bangka seperti yang dikehendaki Allah Subhanahuwata'ala bermula dengan bongkok seribu dan nyanyuk, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci al-Quran. 

Sebaik-baik saja seorang manusia dilahirkan dan kandungan ibunya, ia terus menjerit, iaitu disebabkan oleh sentuhan syaitan terkutuk, yang mana tiada seorang pun yang akan terlepas daripadanya, kecuali Isa bin Maryam serta ibunya saja alaihimas-salam. 

عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ بَنِي آدَمَ مَوْلُودٌ إِلَّا يَمَسُّهُ الشَّيْطَانُ حِينَ يُولَدُ فَيَسْتَهِلُّ صَارِخًا مِنْ مَسِّ الشَّيْطَانِ غَيْرَ مَرْيَمَ وَابْنِهَا ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ ; وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 

Ertinya:''Abu Hurairah radhiallahu'anhu berkata, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak ada seorang pun dari anak keturunan Adam yang dilahirkan kecuali dia disentuh oleh Syaitan saat dilahirkan, maka dia akan berteriak (menangis dengan keras) karena sentuhan setan tersebut kecuali Maryam dan anaknya." Kemudian Abu Hurairah radhiallahu'anhu membaca firman Allah Ta'ala: ("…dan aku memohon perlindungan kepada-Mu, ya Allah untuknya (Maryam) dan untuk anak keturunannya dari Syaitan yang terkutuk"). (QS. Ali 'Imran ayat 36)''. Riwayat Bukhari (3177)

Sebab itu Allah Subhanahuwata'ala telah memelihara mereka keduanya dari yang demikian dengan doa ibu Siti Maryam sendiri, iaitu isteri kepada Imran, sebagaimana yang tersebut di dalam al Quran,

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَىٰ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَىٰ ۖ وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Ertinya:''Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk". Ali-Imran ayat 36

Di antara yang sunnat dilakukan ialah mengazankan bayi yang baru dilahirkan di telinganya yang kanan, dan mengiqamatkan pula di telinganya yang kiri, sebagai suatu sempena untuk mengingatkannya akan fitrah Allah Subhanahuwata'ala yang telah difitrahkan-Nya kepada manusia, iaitu kalimah tauhid.

Terdapat ayat al-Quran dan hadith yang dijadikan rujukan berkaitan persoalan fitrah ini. Antaranya ialah firman Allah Subhanahuwata'ala,

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ

Ertinya: (Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya''. Al-Rum ayat 30

Begitu juga hadith bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Ertinya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi''.Riwayat al-Bukhari (1385)

Terdapat hadith-hadith lain juga yang menerangkan hadith di atas. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya,

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، حَتَّى يُعْرِبَ عَنْهُ لِسَانُهُ، فَإِذَا أَعْرَبَ عَنْهُ لِسَانُهُ، إِمَّا شَاكِرًا، وَإِمَّا كَفُورًا

Ertinya: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah sehingga dia mampu untuk menjelaskannya dengan lisannya. Apabila dia menjelaskannya dengan lisannya maka sama ada dia menjadi orang yang bersyukur(muslim) atau orang yang kufur.Riwayat Ahmad (14805)

Daripada hadith ini difahami bahawa tidak dihukum ke atas anak yang lahir sama ada sebagai Islam atau kufur sehingga dia mampu berfikir untuk memilih antara kedua-duanya. Ini kerana hadith di atas menjelaskan keputusan seseorang itu untuk memilih iman atau kufur setelah tiba umur baligh bagi memilih kedudukan iman Lihat

الشرح الكبير على العقيدة الطحاوية، ج1، ص91

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa fitrah bukanlah agama Islam itu sendiri. Bahkan ia adalah satu keadaan asal kejadian manusia yang diciptakan Allah Subhanahuwata'ala sebelum seseorang itu mampu menyatakan sama ada dia beriman kepada Allah Subhanahuwata'ala ataupun dia kufur kepada-Nya. Jika dia beriman kepada Allah Subhanahuwata'ala dan membenarkan kebenaran Islam, barulah dia dikira sebagai seorang muslim. Jika tidak, maka dia adalah seorang yang kufur.

Oleh yang demikian, fitrah secara ringkasnya bermaksud asal kejadian manusia yang Allah Subhanahuwata'ala jadikan manusia di atasnya, yang dengan kesuciannya manusia mampu dan bersedia untuk menerima kebenaran Islam. Lihat Tafsir al-Baydhawi أنوار التنزيل وأسرار التأويل

Adalah menjadi suatu tugas yang penting, bahwasanya kedua ibu bapa itu hendaklah memelihara anaknya dari segala hal yang boleh mengeluarkan anak itu dari batasan fitrah. Hendaklah keduanya juga menqambil berat tentana pemeliharaannya, bersungguh sungguh dalam asuhannya, jangan dibiarkannya menyusu pada orang yang tidak diketahui tingkah lakunya, sebab penyusuan yang tidak baik itu akan meninggalkan kesan vang buruk kepada tabiat anak itu di kemudian hari. Demikian maksud dari hadith, daripada Ziyad bin Isma‘il al-Sahmi, katanya,

نَهَى رَسُولُ اَللَّهِ ﷺ أَنْ تُسْتَرْضَعَ الْحَمْقَاءُ؛ فَإِنَّ اللَّبَنَ يُشْبِهُ

Ertinya: “Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam melarang untuk meminta wanita yang hamqa (bodoh) menjadi ibu susuan; sesungguhnya susu itu dapat menyerupai perangai wanita tersebut''. Riwayat Abu Dawud (207) di dalam al-Marasil, dan al-Baihaqi (15682)

Hendaklah keduanya berusaha untuk menanam perasaan cinta terhadap syiar-syiar agama di dalam hatinya dan perasaan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahuwata'ala. Hidupkan dalam dirinya semangat cintakan yang baik, suka mengerjakan kebajikan, sayang terhadap keluarga dan sentiasa mengambil berat terhadap mereka. Hidupkan juga dalam dirinya semangat bencikan yang jahat, menjauhkan diri daripadanya, tidak suka menimbulkan rasa benci kepada keluarga, dan tidak senang dengan orang-orang yang membuat kejahatan. Seboleh-bolehnya ibu-bapa harus cuba menghapuskan perasaan cintakan dunia dan syahwatnya serta kecenderungan untuk mengecap kenikmatannya dari hati anak itu. Jika ada tanda-tanda yang demikian dalam diri anak itu, maka hendaklah keduanya tidak membantunya untuk meneruskan kehendak-nya, menolongnya dalam apa rupa sekalipun, kerana yang demikian itu akan mengekalkannya dalam sifat yang buruk itu, dan akan memalingkannya dari jalan istiqamah, yakni jalan lurus yang dipuji. 

Hendaklah kedua ibu-bapa menyuruh anaknya mengerjakan sembahyang dan berpuasa jika tahan, apabila ía mencapai usia tujuh tahun. Apabila si anak sudah mencapai usia sepuluh tahun, mestilah kedua ibu-bapa memukulnya, jika ia meninggalkan solat dan puasa. Hendaklah kedua ibu bapa melarangnya bercampur-gaul dengan anak-anak jalanan dan kawan kawan yang jahat, dan orang orang yang senantiasa bersikap lalai dan suka ambil tahu hal-ehwal orang lain, tidak kira orang itu tua atau muda. Hendaklah kedua ibu-bapa memerhatikan gerak-geri anak itu, menjaga perilakunya setelah ternyata tanda tanda kedewasaan padanya. Tiada membiarkan dia berbuat sesuatu sesuka hatinya, kecuali perkara perkara yang baik lagi terpuji, supaya ia terus membesar dan mencapai dewasa dalam kebiasaan serupa itu, sehingga segala kelakuan yang baik dan perilaku yang terpuji membekas dalam dirinya. Kelak apabila ia telah meniadi dewasa, mudahlah ia menyesuaikan dirinya dalam segala budipekerti yang mulia itu, sebab yang demikian itu telah menjadi tabiat dan kebiasaannya dari sejak kecil lagi. Sebenarnya tugas-tugas seumpama yang tersebut diatas tadi memang penting dan terpikul di atas pundak ibu-bapa dan para wali anak-anak kecil itu, iaitu ketika anaknya masih dalam peringkat umur ini. 

Adalah sangat penting sekali memelihara anak kecil dari bercampur-gaul dengan anak-anak jalanan yang tidak berminat untuk membuat baik, dan menjauhkannya dari berkenal-kenalan dengan kanak kanak yang tidak menentu asal dan heturunannva. Sebab pada umumnya kerosakan ahklak dan kelakuan anak anak adalah dari percampuran yang tidak terkawal antara mereka sesama mereka. 

Imam Ghazali, Hujatul-Islam rahimahullah telah mengkhususkan suatu keterangan yang lengkap dalam perkara mendidik anak-anak kecil, dan cara-cara membimbingnya menuju kepada akhlak dan budipekerti yang mulia. Sila baca bab Mendidik Jiwa' dari kítab Ihya' Uhumiddin. 

Peringkat masa antara kelahiran hingga masa bulugh (cukup umur adalah masa keringanan dari Allah Subhanahuwata'ala. belum ada taklif (kewajipan atas kanak-kanak untuk mengerjakan solat dan puasa, atau sebagainya dari kewajipan-kewajiban syara' (agama) yang lain, hanya ditekan kan atas para wali anak-anak itu untuk menyuruh mereka mengerjakannya. 

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala telah mengangkat taklif bagi orang yang tidur, kanak-kanak dan juga orang gila berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

رُفِع القلمُ عن ثلاثةٍ: عن النّائمِ حتّى يستيقظَ وعن الغلامِ حتّى يحتلِمَ وعن المجنونِ حتّى يُفيقَ

Ertinya: Telah diangkat pena dari tiga golongan: dari orang yang tidur sehingga dia terjaga, dari seorang kanak-kanak sehingga dia baligh dan daripada orang yang gila sehingga dia sedar''. Hadith riwayat Abu Daud (4403) dan Ibn Hibban (142)

Makna ‘telah diangkat pena’ di dalam hadith bermaksud, tidak dibebankan dengan taklif dan tidak dikenakan hukuman atau dosa terhadap apa yang dilakukan oleh mereka. Lihat Faidh al-Qadir Syarh Jami’ al-Saghir, 4:46

Oleh itu, setiap perbuatan ketiga-tiga golongan tersebut termasuk kanak-kanak yang belum baligh, sama ada sengaja ataupun tidak, maka mereka tidak dihukum dengan apa-apa hukuman. Hal ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa:

عَمْدُ الصَبِيّ خَطَأٌ

Ertinyanya: Perbuatan sengaja seorang kanak-kanak dikira sebagai dia tersilap.

Justeru, bayi atau kanak-kanak yang belum baligh, apabila melakukan hal yang menyebabkannya layak untuk menerima hukuman, mereka tidak dihukum dengan hukuman orang dewasa seperti hukuman hudud. Walaubagaimanapun, boleh diberikan hukuman ta’zir yang bersifat mendidik dan memberi pengajaran. Ini kerana mereka masih belum matang pemikirannya, perbuatan sengaja mereka dikira sebagai mereka tersilap melakukannya. Lihat Usul Fiqh Li Abd Wahab Khalaf, 137.

Itu merupakan suatu keringanan dari Allah Subhanahuwata'ala yang menunjukkan kelebihan dan belas kasihan-Nya. Segala kebaikan dan amalan soleh yang dikerjakan oleh anak-anak yang belum baligh dicatitkan pahalanya pada buku-buku catitan ibu-bapanya dari kaum Muslimin, selagi keduanya mengambil berat terhadap pendidikannya dan pemeliharaannya dengan sempurna. Mudah-mudahan dengan kelebihan dan kemurahan Allah Subhanahuwata'ala, pahala dan kebajikan amalan-amalan soleh anak-anak itu tidak berhenti sampai mereka mencapai umur baligh saja,tetapi akan terus diberikan juga sesudah mereka mencapai umur baligh. Bahkan diharapkan juga bahawa segala pahala dan kebajikan yang diperolehi oleh anak-anak itu dari amalan-amalannya yang soleh akan dikongsi pula oleh kedua ibu-bapanya bersama, sebagai mana yang disaksikan oleh beberapa buah Hadith Nabi Sallallahu'alaihiwasallam mengenai pahala orang yang menyeru kepada kebenaran dan menunjuk kepada kebaikan. Sebenarnya kedua ibu-bapa itu telah memainkan peranan untuk membimbing anaknya ke pada jalan kebenaran dan menunjukinya cara mengerjakan kebaikan, selamamana mereka telah menunaikan kewajipannya seperti yang tersebut di atas tadi dalam berbuat kebaikan untuk mendidiknya, menyuruhnya berbuat baik serta mengerahnya dalam perkara itu, dan melarangnya dari berbuat jahat dan mencegahnya dari hal yang demikian.

Terdapat hadith-hadith yang menceritakan galakan menyeru kepada kebaikan dan ganjaran yang akan diperolehi apabila seseorang itu melakukan kebaikan yang diseru itu. Antaranya adalah:

Daripada Sahl bin Sa’ad, beliau mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

Ertinya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik)''.Riwayat al-Bukhari (2942)

Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Ertinya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya''. Riwayat Muslim (1893)

Daripada Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda,

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Ertinya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan)''. Riwayat Muslim (2674)

Hadith-hadith di atas, jelas menunjukkan kepada kita akan ganjaran yang hebat akan diterima oleh seseorang yang telah menyeru manusia ke jalan hidayah dan pahala tersebut akan diperolehi selagimana orang yang diseru itu melakukan serta mengamalkannya.


Wednesday, February 5, 2025

Berilah Perigatan

 Berilah Perigatan

Allah Subhanahuwata'ala telah memerintahkan Rasul-Nya Sallallahu'alaihiwasallam untuk mengingatkan, malah Allah juga telah mensifatkannya sebagai seorang pemberi peringatan. Kemudian Allah Subhanahuwata'ala telah menjadikan peringatan itu sebahagian dari sifat-sifat kaum Mu'minin, yakni orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah Subhanahuwata'ala dan takut kepada-Nya, serta suci dan bersih lahir dan batinnya. 

Berfirman Allah Subhanahuwata'ala,

فَذَكِّرْ إِنْ نَفَعَتِ الذِّكْرَىٰ. سَيَذَّكَّرُ مَنْ يَخْشَىٰ. وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى.

Ertinya:''Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat, orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya''. Al-A'la

Khithab(mesej) ayat ini ditujukan kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam; Ayat ini memerintahkan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam untuk menyampaikan peringatan kepada manusia. Reaksi manusia pula terbahagi kepada dua, sama ada menerima ataupun menolak. Reaksi mereka jugalah yang akan menentukan nasibnya kelak.

Menurut Az-Zuhaii, perkataan التَّذْكِر bermaksud mengingatkan manusia pada sesuatu yang sebelumnya telah diketahui, kemudian dia terlupa. Perkataan ini boleh digunakan untuk mengekalkan ingatan. Masih menurut Az-Zuhaili, yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah menyampaikan peringatan dan nasihat dengan Al-Quran.

Penjelasan yang sama juga diajukan oleh Al-Baghawi dan Al-Khazin yang memaknakan frasa tersebut sebagai, “Nasihatlah dengan Al-Quran.” Imam Al-Qurtubi juga berkata, “Nasihatilah kaummu dengan Al-Quran, wahai Muhammad”. 

Asy-Syaukani juga mentafsirkan ayat ini dengan kenyataan, “Sampaikanlah nasihat dengan apa yang Kami wahyukan kepada engkau, wahai Muhammad. Bimbinglah mereka kepada kebaikan dan tunjukilah mereka pada syariat-syariat agama”. 

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya:''Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman''. Al-Zariyat ayat 55.

فَذَكِّرْ فَمَا أَنْتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ

Ertinya:"Maka tetaplah memberi peringatan, dan kamu disebabkan nikmat Tuhanmu bukanlah seorang tukang tenung dan bukan pula seorang gila''. At-Tur ayat 29.

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ. لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُصَيْطِرٍ.

Ertinya:''Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka''. Al-Ghasyiah ayat 21-22.

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ رِزْقًا ۚ وَمَا يَتَذَكَّرُ إِلَّا مَنْ يُنِيبُ

Ertinya:''Dialah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Nya dan menurunkan untukmu rezeki dari langit. Dan tiadalah mendapat pelajaran(dan tiadalah yang menerima peringatan) kecuali orang-orang yang kembali (kepada Allah)''. Al-Mu'min(Al-Ghaafir) ayat 13.

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ

Ertinya:''Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya''. Qaf ayat 37

Ada suatu riwayat yang mengatakan, bahawa apabila turun firman berikut,

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنْتَ بِمَلُومٍ

Ertinya:''Maka berpalinglah kamu dari mereka dan kamu sekali-kali tidak tercela''. Al-Zariyat ayat 54

Ternyata Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam merasa amat sedih. Baginda bimbang kalau kalau azab Allah Subhanahuwata'ala sudah hampir akan menimpa kaumnya, disebabkan terdapatnya putusasa untuk menarik mereka kepada petunjuk Allah Subhanahuwata'ala, maka segera-lah turun firman ini pula untuk menenteramkan hati baqinda, iaitu,

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Ertinya:''Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin''. Al-Taubah ayat 128

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الدِّينَ النَّصِيحَةُ إِنَّ الدِّينَ النَّصِيحَةُ إِنَّ الدِّينَ النَّصِيحَةُ قَالُوا لِمَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِلَّهِ وَكِتَابِهِ وَرَسُولِهِ وَأَئِمَّةِ الْمُؤْمِنِينَ وَعَامَّتِهِمْ أَوْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

Ertinya:''Dari Tamim Ad Dari ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya agama itu adalah nasihat, sesungguhnya agama itu adalah nasihat, sesungguhnya agama itu adalah nasihat." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagi siapa?" Beliau menjawab, "Bagi Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin kaum mukminin dan orang-orang awam (rakyat) mereka, atau beliau mengatakan, "Pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam (rakyat) mereka''. Riwayat Abu Daud(4293)

Namun budaya memberi ingat dan memberi nasihat ini semakin asing mutakahir ini. Sering kali peringatan dan nasihat dipandang serong.Peringatan disambut curiga dan nasihat didakwa sinis. Akhirnya fenomena ini bakal melahirkan sebuah masyarakat yang gersang dari peringatan dan kontang daripada nasihat.

Tanpa peringatan dan nasihat inilah akhirnya membawa masyarakat menjadi buas dan sukar diasuh. Mereka akan jadi keras jiwa dan payah dilentur.Ini adalah implikasi mudah apabila peringatan dan nasihat diprediksikan sebagai sindiran, kritikan, ancaman biarpun seikhlas mana ia diutarakan.

Sayugianya semua pihak sedia memberi dan menerima peringatan mahupun nasihat. Justeru semua pihak tidak terpelihara dari salah dan silap kecuali Nabi kita Mustafa Sallallahu'alaihiwasallam.Apatah lagi peringatan dan nasihat dikemukakan oleh pihak yang berauthoriti seperti para alim ulama, cendikiawan Islam atau siapa jua dalam kalangan insan yang soleh.

Sebetulnya tidak hilang bisa untuk kita menerima peringatan dan nasihat meskipun ia datang dari orang biasa-biasa, sebagaimana tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.Indahnya hidup bermasyarakat yang tumbuh dalam keharmonian dan sangka baik. Masing-masing ikhlas dalam menghulur peringatan dan menyambut nasihat.

Rasulullah mengajar kita asas untuk memperbetulkan masyarakat bukan bermula dengan ekonomi, jalan raya, rumah, jambatan, elektrik ataupun air terlebih dahulu, tetapi membetulkan perkara yang lebih utama daripada semua itu iaitu akidah.

Di dunia ini, kaya atau miskin bukan masalah kerana itu semua hanya ujian dari Allah yang tetap akan berlaku, yang lebih penting sejauh mana keimanan kepada Allah dalam menghadapi ujian tersebut.

Sayang sekali, bila di kehidupan ini kita dikurniakan badan yang sihat, harta yang banyak dan umur yang panjang, tapi akhirnya kita dimasukkan ke dalam neraka dan hidup di dalam api. Sebab apa? Sebab kita tidak berpegang pada akidah yang benar.

Hakikat perjuangan yang dihadapi manusia sejak dahulu, kini dan selama-lamanya bukan masalah ekonomi atau pembangunan, tetapi ianya berakar umbi daripada masalah akidah. Akidah manusia yang tidak percaya dan tidak yakin kewujudan hari akhirat. Sebenarnya, tidak ada satu pun amalan di dunia melainkan berkait dengan amalan akhirat. Dunia adalah kebun akhirat dan jambatan ke syurga. Maka jadikanlah setiap amalan dunia asbab untuk ganjaran pahala di akhirat.

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Satu tempat di syurga yang sebesar cemeti lebih baik daripada dunia dan seisinya''. Riwayat al-Bukhari (6415)

Manakala dalam hadith daripada Abdullah R.A, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

الْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ وَالنَّارُ مِثْلُ ذَلِكَ

Maksudnya: "Syurga itu lebih dekat kepada salah seorang di antara kamu daripada tali sandalnya. Dan neraka juga demikian''.Riwayat al-Bukhari (6488)

Tugas Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam yang pertama adalah menceritakan kepada orang kafir tentang hari akhirat. Baginda bermati-matian menceritakan tentang hari akhirat sehingga dimaki, dicerca, dituduh gila dan sebagainya. Perbezaan antara orang kafir dengan orang beriman adalah orang beriman tidak mungkin bermain-main dengan kehidupan dunia. Kerana Allah Subhanahuwata'ala telah memberi peringatan bahawa wujudnya manusia di dunia bukan untuk main-main atau sia-sia. Semuanya akan dihisab dan diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan masing-masing di dunia. 

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya''. Al-Hadid ayat 20.

Kata Sayyid Qutb;

Kehidupan dunia apabila diukurkan dengan ukuran dunia dan ditimbangkan dengan neraca dunia, maka ia akan dilihat dan dirasakan sebagai satu kehidupan yang amat agung dan besar. Akan tetapi, apabila diukur dengan ukuran alam buana dan ditimbangkan dengan neraca Akhirat, maka ia akan kelihatan sangat kecil dan kerdil. Gambaran kehidupan dunia di sini kelihatan seperti mainan-mainan kanak-kanak yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan kebesaran dan kesungguhan kehidupan Akhirat, di mana berakhirnya kesudahan untung nasib manusia setelah selesainya permainan hidup di dunia.

Permainan, hiburan, berbangga-bangga, berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak merupakan hakikat kehidupan dunia walaupun pada lahirnya kelihatan merupakan satu kehidupan yang penuh dengan kesungguhan dan kesibukan. Kemudian al-Quran terus membandingkan kehidupan dunia dengan satu perbandingan yang menarik mengikut cara al-Quran yang amat seni, iaitu kehidupan dunia ini adalah:

كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ

Maksudnya:''...Samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya...''. Al-Hadid ayat 20

Kata-kata “الْكُفَّارَ” bererti penanam-penanam yang melindungkan biji-bijian dan menutupnya dengan timbusan tanah. Tetapi pemilihan kata-kata di sini mengandungi maksud sindiran untuk menunjukkan bahawa orang-orang yang kafir itu amat tertarik dengan kehidupan dunia.

Beliau berkata lagi: Inilah hakikat kenikmatan dunia yang sebenar apabila seseorang berfikir secara mendalam untuk mencari hakikat yang sebenar. Tetapi tujuan al-Quran mengemukakan hakikat ini bukanlah untuk menggalakkan manusia supaya memencilkan diri mereka dari kehidupan dunia dan mengabaikan tugas pembangunan dan khalifah memerintah bumi yang telah diserahkan kepada makhluk manusia itu, malah tujuannya ialah untuk membetulkan ukuran perasaan dan penilaian jiwa manusia terhadap kehidupan itu, juga untuk mengingatkan manusia supaya jangan terpesona dengan kenikmatan dunia yang penuh dengan tipu daya itu, dan jangan terkongkong dengan tarikan yang mengikatkan manusia dengan bumi. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 15/525)



Setiap Hamba Akan Dibangkitkan Seperti Keadaan Saat Ia Meninggal

Setiap Hamba Akan Dibangkitkan Seperti Keadaan Saat Ia Meninggal Antara tujuan utama penciptaan manusia adalah agar mereka mengabdikan diri ...