Thursday, May 30, 2024

Menempuh jalan kebahagiaan bersama ilmu agama.

Menempuh jalan kebahagiaan bersama ilmu agama.

Salah satu perkara penting yang sering dilupakan oleh manusia adalah menempuh jalan kebahagiaan bersama ilmu agama. Kebaikan yang Allah Subhanahuwata’ala kurniakan bersama ilmu agama adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda,


مَنْ يُرِدِ اَللَّهُ بِهِ خَيْرًا, يُفَقِّهْهُ فِي اَلدِّينِ


Maksudnya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya”.

Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)


Sesungguhnya belajar agama menjadi keperluan setiap manusia. Imam Ahmad rahimahullah berkata, “Manusia memerlukan ilmu jauh lebih banyak daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman. Kerana makanan dan minuman itu diperlukan sekali atau dua kali dalam sehari. Adapun ilmu diperlukan sebanyak hembusan nafas.” Perkataan ini dinukil oleh Ibnul Qayyim dalam kitabnya Miftah Daris Sa’adah dalam pembahasan keutamaan ilmu dan ahlinya.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


 وَٱلۡعَصۡرِ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ


Maksudnya:”Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran”. Al-’Ashr ayat 1-3.


Orang yang merugi adalah orang yang tidak menggunakan umurnya dalam kebaikan dan pahala. Hidupnya hanya seperti binatang ternak. Mereka sangat tahu dalam hal-hal yang nampak zahir dari kehidupan dunia. Sementara dalam urusan akhirat, mereka selalu lalai dan mengabaikannya. Oleh sebab itu, yang mereka cari adalah kesuksesan duniawi semata dan tidak pernah memikirkan bekal apa yang hendak mereka bawa ketika berjumpa dengan Allah Subhanahuwata’ala.


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ


Maksudnya:”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. Al-A’raf ayat 179.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


فَمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ لِقَاۤءَ رَبِّهِۦ فَلۡیَعۡمَلۡ عَمَلࣰا صَـٰلِحࣰا وَلَا یُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا


Maksudnya:”Maka, barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Rabbnya, hendaklah dia melakukan amal soleh dan tidak mempersekutukan dalam beribadah kepada Rabbnya dengan sesuatu apa pun”. Al-Kahfi ayat 110.


Bagi orang-orang beriman, amal soleh dan ketakwaan merupakan perhiasan terindah dan bekal paling utama untuk menyambut kematian. Oleh sebab itu, mereka berdoa kepada Allah untuk diberikan kebaikan di dunia dengan ilmu dan ibadah, serta kebaikan di akhirat berupa syurga. Mereka berusaha keras untuk menjaga iman dan tauhid yang ada di dalam dirinya agar tidak rosak oleh syirik dan berbagai bentuk kezaliman ataupun kekafiran.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَمۡ یَلۡبِسُوۤا۟ إِیمَـٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ


Maksudnya:”Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri imannya dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang diberi keamanan. Dan mereka itulah orang-orang yang selalu diberi petunjuk”. Al-An’am ayat 82.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


إِنَّهُۥ مَن یُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِینَ مِنۡ أَنصَارࣲ


Maksudnya:”Sesungguhnya barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka benar-benar Allah haramkan atasnya syurga dan tempat tinggalnya adalah neraka. Dan tidak ada bagi orang-orang zalim itu sedikit pun penolong”. Al-Ma’idah ayat 72.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَلَقَدۡ أُوحِیَ إِلَیۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكَ لَىِٕنۡ أَشۡرَكۡتَ لَیَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ


Maksudnya:”Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelum kamu. Jika kamu berbuat syirik, pasti lenyap semua amalmu dan benar-benar kamu akan termasuk golongan orang-orang yang merugi”. Az-Zumar ayat 65.


Apabila seorang muslim telah menyedari bahawa dengan ilmu akan semakin terang jalannya menuju Allah dan syurga, nescaya dia akan berusaha menempuh jalan ilmu itu walau apa pun risiko yang harus dihadapinya. Pahala yang besar yang telah dipersiapkan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada para penuntut ilmu syar'i adalah syurga. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ


Artinya: "Barang siapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka menuntut ilmu(agama), maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga”. Riwayat Muslim (7028)


Ramai orang yang lupa bahawa kunci kebahagiaan itu bukan pada tumpukan harta atau eloknya rupa, tetapi sesungguhnya iman dan ilmu merupakan kunci kebahagiaan hakiki dan gerbang menuju kenikmatan syurga. 


Dalam sebuah hadith qudsi Allah berfirman 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ؛قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ { فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ }


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Allah berfirman: "Aku telah menyediakan buat hamba-hamba-Ku yang soleh (kenikmatan) yang belum pernah mata melihatnya, telinga mendengarnya dan terbetik dari lubuk hati manusia". Bacalah firman-Nya jika kamu mahu (As-Sajadah ayat 17) yang ertinya (Tidak seorangpun yang mengetahui apa yang telah disediakan untuk mereka (kenikmatan) yang menyedapkan mata)”. Riwayat Bukhari (3005)


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :   كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى ؟ قَالَ : مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Siapakah yang enggan?” Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam menjawab, “Barangsiapa yang mentaatiku nescaya ia akan masuk syurga, dan siapa yang bermaksiat kepadaku maka dia enggan (untuk masuk syurga)”. Riwayat Bukhari(7280), al-Imam Ahmad musnadnya (8728), dan al-Hakim dalam al- Mustadrak, Kitab al-Iman (182).


Al-Hasan rahimahullah menafsirkan makna doa yang terdapat dalam firman Allah ‘Azza Wajalla,


رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ


Maksudnya:”Wahai Rabb kami berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat”.


Beliau mengatakan, “Kebaikan di dunia adalah ilmu dan ibadah. Adapun kebaikan di akhirat adalah syurga”. Lhat Akhlaq Al-‘Ulama, hal. 40.


Daripada Umar RA, katanya,


لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ


Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim”.


Daripada al-Hasan, mereka (‘Aisyah, Ibn Mas’ud dan lain-lain) berkata,


مَوْتُ الْعَالِمِ ثُلْمَةٌ فِي الْإِسْلَامِ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ


Maksudnya: “Matinya seorang alim adalah seperti patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya sesuatu, walaupun bersilih ganti malam dan siang”.

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1590), al-Bazzar (171), al-Darimi (333) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/317)


Daripada Abu Darda’ RA, berkata,


موتُ العالمِ مصيبةٌ لا تجبرُ، وثُلمةٌ لا تُسدُّ، ونَجمٌ طُمِسَ، موتُ قبيلةٍ أيسرُ من موتِ عالمٍ


Maksudnya: “Kematian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan mati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada mati seorang alim”.

Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (1/206) 


Daripada Ali RA, berkata,


إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ


Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat”.

Riwayat al-Syaukani dalam Fawaid Majmu’ah (287), al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ (1/105) dan al-Zurkani dalam Mukhtasar al-Maqasid (75)


Umar bin Abdul ‘Aziz rahimahullah berkata, “Barangsiapa melakukan suatu amal tanpa landasan ilmu, maka apa-apa yang rosak itu justeru lebih banyak daripada apa-apa yang dia perbaiki”. lihat Jami’ Bayan Al-‘Ilmi wa Fadhlihi, hal. 131.


Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah berkata, “Sesungguhnya ilmu lebih diutamakan daripada perkara yang lain kerana dengannya (manusia) dapat bertakwa”. Lihat Manaqib Al-Imam Al-A’zham Abi ‘Abdillah Sufyan bin Sa’id Ats-Tsauri, hal. 30.


Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata,


مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا


Maksudnya: “Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat”. Riwayat al-Baihaqi (4/344) dan Abu Nu’aim (3/183


Allah Subhanahuwata’ala sendiri telah membuat satu pertanyaan melalui firman-Nya,


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ


Maksudnya: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. Al-Zumar ayat 9.


Dinukilkan daripada Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin.

Pujangga pernah berkata: “Apabila seseorang guru memiliki tiga perkara sudah barang tentu akan sempurna nikmat kepada pelajarnya: Sabar, tawaddu’, dan akhlak yang baik. Apabila seseorang pelajar memiliki tiga perkara sudah barang tentu sempurna nikmat dengannya terhadap gurunya pula: Akal yang waras, adab, dan juga baik fahaman.










Wednesday, May 22, 2024

Nikmat dekat dengan ahli ilmu.

Nikmat dekat dengan ahli ilmu.

Menuntut ilmu merupakan kenikmatan yang Allah Subhanuwata’ala berikan kepada hamba-Nya. Namun, tidak semua hamba Allah yang memperolehi kenikmatan ini. Tidak semua dapat merasakan nikmatnya dapat memahami agama Islam ini, memahami tentang hakikat iman yang sebenarnya. Sesungguhnya! Ini merupakan anugerah dan nikmat terbesar kurniaan Allah Subhanuwata’ala. Allah Subhanuwata’ala berfirman,


أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ


Maksudnya:”Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”. Az-Zumar ayat 22.


Dengan ilmu, Allah Subhanuwata’ala mengangkat darjat seseorang. 


Allah Subhanuwata’ala berfirman,


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Maksudnya:”....nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Al-Mujadilah ayat 11.


Kerana begitu besarnya nikmat memperolehi ilmu, maka dekat dengan ahli ilmu akan menyempurnakan kenikmatan tersebut. Bagaimana mungkin, tanpa perantaraan ahli ilmu, setelah izin dari Allah, kita mengetahui suatu perkara yang tidak kita ketahui sebelumnya. Perkara yang masih samar bagi kita, menjadi jelas dan terang benderang tanpa ada kesamaran sedikit pun. Ini merupakan nikmat di antara nikmat-nikmat yang sering kita lupakan.


Ada kaedah fiqh yang menyebutkan,


ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب


Maksudnya: “Suatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya maka ia juga wajib”.


1-Dekat dengan ahli ilmu dapat menghidupkan roh, dengan ilmu dan cahaya petunjuk.


Sesungguhnya, tatkala seseorang itu dekat dengan ahli ilmu maka akan membuatnya dekat kepada ilmu. Ia akan mendapati jasadnya terisi dengan roh yang penuh dengan ilmu dan cahaya. Allah Subhanahuwata’ala mensifati Al-Qur’an yang merupakan pokok dari ilmu sebagai roh dan cahaya petunjuk,


وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا


Maksudnya:”Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) roh (Al-Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa saja yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami”. Asy-Syura ayat 52


Menurut tafsir Ibnu Katsir,

Sebagaimana yang telah disyaratkan (diperintahkan) untukmu di dalam Al-Qur'an,


{وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ} أَيِ: الْقُرْآنَ {نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا}

Maksudnya”...tetapi Kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami”. Asy-Syura ayat  52.


Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya yang berikut,


قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُولَئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ


Katakanlah: “Al-Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan Al-Qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka”. Fushshilat ayat  44, hingga akhir ayat.

Lihat tafsir Ibnu Katsir.


Allah Subhanahuwata’ala menamakan Al-Qur’an dengan Roh. Kerana dengan roh, jasad dapat hidup; sedangkan dengan Al-Qur’an, hati-hati dan roh turut hidup.


Oleh kerana itu, dekat dengan ahli ilmu merupakan sumber dari roh dan cahaya petunjuk. Sebaliknya, jika seseorang itu tidak dekat dengan ahli ilmu dan juga ilmu, maka ini merupakan awal dari sebuah petaka. 


Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (wafat th. 204 H), bahkan mengatakan,


وَمَنْ فَاتَهُ التَّعْلِيْمُ وَقْتَ شَبَابِهِ  ……  ‌فَكَبِّرْ ‌عَلَيْهِ ‌أَرْبَعًا ‌لِوَفَاتِهِ


Maksudnya:”Siapa yang terluput dari ilmu di masa mudanya…..Maka, takbirkan ia sebanyak empat kali atas wafatnya”.  Lihat Diwan Asy-Syafi’i, hal. 59.


Seseorang yang jauh dari ilmu dan ahli ilmu, sebenarnya mereka adalah mayat yang berjalan. Kerana tidak ada roh berupa ilmu pada jasad-jasad mereka. Demikianlah, yang dikatakan oleh Imam Asy-Syafi’i rahimahullah.

2-Ahli ilmu tidak akan mencelakakan orang-orang di sekitarnya.


Hal ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda,


الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ، مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرَ اللهِ أَوْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا


Maksudnya: “Dunia ini dan seisinya adalah laknat kecuali mengingati Allah, yang membawa kepada taat kepada-Nya, orang alim (guru) dan pelajar.” 

Riwayat Ibn Majah (4112) dan al-Tirmizi (2322)
Syeikh Syuaib al-Arnaut menghukumkan sanad hadith ini sebagai hasan


Bahkan, makhluk-makhluk Allah Subhanahuwata’ala yang lain merasakan manfaat dengan adanya ahli ilmu. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda tentang ahli ilmu,


إِنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الأَرْضِ ‌حَتَّى ‌الحِيْتَانُ فِي المَاءِ


Maksudnya:”Sesungguhnya makhluk-makhluk Allah di langit dan di bumi benar-benar akan memohonkan ampun kepada ahli ilmu, sampai ikan-ikan yang berada di dalam air.” Riwayat Abu Daud (3641) dan At-Tirmidzi (2682)


Ahli ilmu berhak untuk mendapat istighfar dari makhluk tersebut. Dengan  istighfar ini orang berilmu mengajarkan kepada manusia ilmu. Termasuk untuk memperhatikan dan menjaga haiwan-haiwan tersebut serta mengasihani mereka, memperkenalkan kepada manusia perkara yang halal dan yang haram, dan juga mengajarkan kepada manusia bagaimana cara untuk memperoleh haiwan tersebut, menggunakan haiwan tersebut untuk ditunggang, bahkan sehingga tata cara menyembelih dengan cara terbaik pun diajarkan. 


Diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, sabda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam,


فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ


Maksudnya: Apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik, dan apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan baik”. Riwayat Muslim (1955) 


Dalam hadith yang lain, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam mensifatkan ahli ilmu,

‌هُمُ ‌الْقَوْمُ ‌لَا ‌يَشْقَى ‌بِهِمْ جَلِيسُهُمْ


Maksudnya:”Mereka adalah suatu kaum yang tidak akan mencelakakan teman duduk mereka”. Riwayat Muslim (2689)


Sudah tentu akan berlaku sebaliknya, berbanding  jika kita dekat dengan bukan dari ahli ilmu. Seringkali kekecewaan, kecemasan, dan kesedihan yang kita dapatkan dari mereka yang bukan ahli ilmu. Bahkan, sulit rasanya untuk memperolehi kepercayaan dan ketenangan pada mereka. Sehingga fitrah pada diri manusia pun dapat menilai. Begitu nikmatnya dekat dengan ahli ilmu.

3-Ahli ilmu merupakan pewaris para nabi ‘alaihimus salam.


Hal ini sebagaimana yang Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam sebutkan dalam hadithnya. Dari Abu Darda radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,:

 

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ


Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. Riwayat Abu Daud (3641). [Syeikh al-Arna’out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya]


Kerana ahli ilmu pewaris para nabi, maka dekat dengan mereka membuat kita setidak-tidaknya sedikit merasakan nikmatnya mendapatkan warisan para Nabi ‘alaihimus salam, yang tentunya warisan ini lebih berharga daripada warisan yang ada di dunia ini.


4-Dekat dengan ahli ilmu memudahkan seseorang untuk bertanya perihal agama.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّڪۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ


Maksud:”Maka, tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tiada mengetahui”. Al Anbiya ayat  7.


Ini di antara nikmat dekat dengan ahli ilmu. Kita dapat bertanya kepadanya tentang perihal agama yang tidak diketahui. Sehingga sirnalah kebodohan dalam diri seseorang. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


‌أَلَا ‌سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا، فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ


Maksudnya:”Tidakkah mereka ingin bertanya tatkala mereka tidak mengetahui, kerana sesungguhnya ubat dari kebodohan adalah bertanya”. Lihat Sunan Abu Daud (336)


Inilah di antara nikmat dekat dengan ahli ilmu. Sehingga ini apa yang seharusnya disyukuri dan jangan dilupakan adalah jasa-jasa mereka. Terdapat sebuah perkataan yang menarik yang dikatakan oleh Syu’bah,


كُنْتُ إِذَا سَمِعْتُ مِنَ الرَّجُلِ الحَدِيْثَ كُنْتُ لَهُ عَبْداً مَا حَيِيَ


Maksudnya:”Tatkala aku mendengar satu hadith dari seseorang (ahli ilmu), aku siap untuk menjadi budak selama dia hidup”. Lihat Tadzkiratus Saami’, hal. 190, Cet. Maktabah Ibnu Abbas.


5-Kehadiran ahli ilmu sebagai guru  pembimbing dalam belajar menjadi sangat penting, agar pencari ilmu tidak jatuh ke dalam keraguan dan kebimbangan. Sebagaimana kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali  :


فَاعْلَمْ أَنَّ الْأُسْتَاذَ فَاتِحٌ وَمُسَهِّلٌ، وَالتَّحْصِيْلُ مَعَهُ أَسْهَلُ وَأَرْوَحُ


Maksudnya: Ketahuilah olehmu, bahawasanya guru itu adalah pembuka (yang tertutup) dan memudahkan (yang rumit). Mendapatkan ilmu dengan adanya bimbingan guru akan lebih mudah dan lebih menyenangkan."(Minhajul 'Abidin ilaa Janhati Rabbil 'Alamiin, halaman 8).


Sebagaimana firman Allah Subhanahuwa Ta'ala:


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).Surah al-Taubah (122)


Terakhir, sudah semestinya dekat dengan ahli ilmu adalah untuk diambil ilmunya dan diambil manfaat serta faedah-faedah dari mereka. Bukan tujuan dekat dengan ahli ilmu adalah untuk meningkatkan status sosial, jabatan, bahkan berbangga dengan menunjukkan kepada manusia bahawa ia dekat dengan ahli ilmu. 


Dibimbangkan berbangga dengan hal tersebut boleh membuat kita ghurur (tertipu) dengan semua in. Sedangkan yang menyelimuti kita adalah penyakit ujub, riya‘, dan sum’ah. Bangga dengan dikatakan “fulan adalah murid ustaz fulan”, tanpa ada sedikit pun ilmu yang terpatri pada dirinya. 


Cukuplah membuat kita bangga dengan faedah dan ilmu yang dapat diperoleh dari mereka. Menghormati dan memuliakan mereka, walaupun kita sudah selesai dari menuntut ilmu dari mereka. Tidak dilupakan doa dititipkan buat mereka. 


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda,


لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُجِلَّ كَبِيرَنَا وَيَفِ لِعَالِمِنَا


Maksudnya: “Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi yang muda, tidak menghormati yang tua, dan tidak mengerti hak ulama kami”.

Riwayat Ahmad (5/323) dan al-Bazzar (2718)


Imam Nawawi berkata: “Seorang murid hendaklah melihat gurunya dengan pandangan penghormatan. Hendaklah dia meyakini keahlian gurunya berbanding yang lain. Kerana perkara itu akan menjadikan seorang murid dapat mengambil banyak manfaat darinya, dan lebih dapat memberi kesan dalam hati terhadap apa yang dia dengar dari gurunya tersebut”. Lihat al-Majmu’, 1/84.


Berdoa kepada guru. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam,


مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ


Maksudnya: “Sesiapa yang berbuat kepada kamu kebaikan maka balaslah. Jika kamu tidak mempunyai sesuatu untuk membalasnya, maka doakanlah dia, sehingga kamu merasakan bahawa kamu sudah membalasnya.” 

Riwayat Abu Daud (1672)


Hal ini juga sepertimana yang telah dilakukan oleh salaf al-Soleh. Antaranya disebut bahawa Imam Ahmad selalu berdoa untuk Imam al-Syafi’e yang menjadi gurunya.


Ulama’ Islam di zaman silam amat mementingkan adab dalam menuntut ilmu. Kata al-Imam Abdullah bin al-Mubarak (wafat 181H) Rahimahullah: 


طلبت الأدب ثلاثين سنة، وطلبت العلم عشرين سنة؛ كانوا يطلبون الأدب ثم العلم


Maksudnya:"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 30 tahun, kemudian baru mempelajari ilmu".

(Rujuk Ghoyatul Nihayah fi Tobaqat al-Qira’, 1/446)


Al-Imam Malik (wafat 179H) Rahimahullah pernah berkata: “Ibuku pernah menyuruhku pergi kepada Rabi’ah (salah seorang guru kepada al-Imam Malik) dan mempelajari darinya adab dan kemudian barulah ilmunya”. [Lihat  Abu al-Fadhl al-Qadhi ‘Iyadh. Tartib al-Madarik wa al-Taqrib al-Masalik, 1/130]


Masih banyak lagi nikmat dengan ahli ilmu, selain dari hal yang disebutkan di atas. Semoga hal di atas dapat menjadi motivasi bagi mereka yang belum mendekat kepada ahli ilmu, dan menjadi insan yang ingat untuk bersyukur bagi mereka yang dekat dengan ahli ilmu.



Thursday, May 16, 2024

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Profesion sebagai seorang guru adalah antara bidang pekerjaan yang mulia. Guru mempunyai darjat dan martabat yang tinggi, di mana kalimah keramat gelaran cikgu atau ustaz sentiasa abadi dalam kehidupan guru dan tidak pernah dipencenkan oleh masyarakat sekalipun mereka sudah lama bersara. Panggilan guru tersebut akan kekal sehingga ke liang lahad pun pasti dibawa bersama.


Sememangnya status sebagai seorang guru atau ustaz bukanlah satu perkara yang mudah. Realiti pada hari ini, menjadi seorang guru atau bermaksud individu tersebut perlu berhadapan dengan karenah serta perangai pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan pelajar-pelajar. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah, namun memerlukan kepada kesabaran dan kesungguhan dalam mendidik generasi yang terbaik.


Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. Riwayat al-Tirmizi (2609)


Mulianya guru sehingga mereka digelar dengan pelbagai gelaran seperti cikgu, ustaz, maulana, tok guru, syeikh, dan juga kadang-kadang disifatkan sebagai mursyid, murabbi, muaddib dan lain-lain. Ini jelas menunjukkan ianya disanjung kerana dengan merekalah manusia menjadi manusia bahkan diisi dengan jati diri, akhlak, modal insan di samping membawa kepada ma’rifatullah.


Guru juga dikenali sebagai mu’allim yang memberi maksud pemberi dan pengajar ilmu. Oleh kerana guru memiliki segunung ilmu, maka sudah pasti ia dapat menaungi, membimbing, mengasuh dan mendidik murid dan pelajarnya sehingga jadilah mereka dengan watak-watak mulia, soleh, berpekerti dan lain-lain sekalipun menjawat pelbagai jawatan atau menceburi pelbagai bidang tugas dan pekerjaan. Sudah pasti ilmu yang diterima oleh seseorang sejak mengenali alif, ba, ta, dari gurunya sentiasa menjadi azimat dan panduan dalam menempuh rencah kehidupan.


Justeru itu, kehadiran guru sebagai pembimbing dalam belajar menjadi sangat penting, agar pencari ilmu tidak jatuh ke dalam keraguan dan kebimbangan. Sebagaimana kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali  :


فَاعْلَمْ أَنَّ الْأُسْتَاذَ فَاتِحٌ وَمُسَهِّلٌ، وَالتَّحْصِيْلُ مَعَهُ أَسْهَلُ وَأَرْوَحُ


Maksudnya: Ketahuilah olehmu, bahawasanya guru itu adalah pembuka (yang tertutup) dan memudahkan (yang rumit). Mendapatkan ilmu dengan adanya bimbingan guru akan lebih mudah dan lebih menyenangkan."(Minhajul 'Abidin ilaa Janhati Rabbil 'Alamiin, halaman 8).


Manusia mempunyai pelbagai keistimewaan dan ragamnya, tetapi secara khusus dapatlah dibahagikan kepada tiga. Yang berilmu, yang belajar dan yang tidak berilmu dan tidak belajar. Justeru itu, Saidina Ali R.A berkata,


النَّاسُ ثَلَاثَةٌ: فَعَالِمٌ رَبَّانِيٌّ، وَمُتَعَلِّمٌ عَلَى سَبِيلِ نَجَاةٍ، وَهَمَجٌ رَعَاعٌ أَتْبَاعُ كُلِّ نَاعِقٍ، يَمِيلُونَ مَعَ كُلِّ رِيحٍ


Maksudnya: “Manusia ada tiga jenis: Seorang alim rabbani (yang takut kepada Allah Subhanahuwata’ala) dan seorang murid (pelajar) yang ingin selamat, dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong mengikut arah angin.


Beliau juga berkata,


الْعِلْمُ خَيْرٌ مِنَ الْمَالِ، الْعِلْمُ يَحْرُسُكَ، وَأَنْتَ تَحْرُسُ الْمَالَ، الْعِلْمُ يَزْكُو عَلَى الْعَمَلِ، وَالْمَالُ تُنْقِصُهُ النَّفَقَةُ... وَالْعُلَمَاءُ بَاقُونَ مَا بَقِيَ الدَّهْرُ، أَعْيَانُهُمْ مَفْقُودَةٌ، وَأَمْثَالُهُمْ فِي الْقُلُوبِ مَوْجُودَةٌ،


Maksudnya:“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan kamu menjaga harta, dan ilmu bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan…Dan ulama’ itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingati dalam hati.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 1/80, Tarikh Dimasyq, 14/18, Tazkirah al-Huffaz, 1/11 dan Tahzib al-Kamal, 24/220)


Keutamaan Mengajar Ilmu


Orang yang menunjukkan suatu kebaikan kepada seseorang seperti mengajarkan ilmu, maka dia juga akan memperoleh pahala sepertimana pahala orang yang dia ajarkan. Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari R.A, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam  bersabda,


مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ


Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya”. Riwayat Muslim (1893)


Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan. Inilah kelebihan dan anugerah besar daripada Allah Subhanahuwata’ala yang Maha Pemurah Lagi Maha Besar Kurniaan-Nya. 

Lihat Nuzhah al-Muttaqin Syarh Riyadh al-Salihin.


Manakala dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,


مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ


Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun”.

Riwayat Muslim (1017)


Mulianya guru kerana dia telah membawa bersamanya ilmu. Begitu juga dengannya dia dapat menunjukkan pelajarnya erti kehidupan dan kemanusiaan yang mana wajib mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Antara yang menunjukkan kemuliaan guru atau mu’allim ialah:

Kebaikan yang Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda,


مَنْ يُرِدِ اَللَّهُ بِهِ خَيْرًا, يُفَقِّهْهُ فِي اَلدِّينِ


Maksudnya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya”.

Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)


Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Dalam hadith ini terdapat keterangan yang jelas tentang kelebihan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia. Begitu juga keutamaan ilmu agama di atas ilmu-ilmu yang lain.” (Lihat Fath al-Bari, 1/165)


Guru sebagai khazanah harta yang tiada ternilai. Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A,


وَالنَّاسُ مَعَادِنُ، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ إِذَا فَقِهُوا


Maksudnya:” Manusia itu adalah umpama barang-barang galian seperti barang galian emas dan perak. Sebaik-baik mereka di zaman kejahilan dulu juga akan menjadi sebaik-baik manusia setelah mengikut Islam jika mereka memahami Islam itu”. 

Riwayat Bukhari (3495) dan Muslim (2526)


Guru menjadi penunjuk jalan kebaikan. 


Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah R.Ahuma, bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,


مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ


Maksudnya: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun”.

Riwayat Muslim (1017)


Guru selamat daripada celaan. 


Hal ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda,


الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ، مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرَ اللهِ أَوْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا


Maksudnya: “Dunia ini dan seisinya adalah laknat kecuali mengingati Allah, yang membawa kepada taat kepada-Nya, orang alim (guru) dan pelajar.” 

Riwayat Ibn Majah (4112) dan al-Tirmizi (2322)
Syeikh Syuaib al-Arnaut menghukumkan sanad hadith ini sebagai hasan


Peranan pelajar dan murid.


Sebagai pelajar dan murid pula, wajib kita memuliakan guru kita dan antara tanggungjawab yang sepatutnya kita tunaikan ialah:


Menghormati dan memuliakannya, walaupun sudah selesai dari bangku sekolah. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda,


لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُجِلَّ كَبِيرَنَا وَيَفِ لِعَالِمِنَا


Maksudnya: “Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi yang muda, tidak menghormati yang tua, dan tidak mengerti hak ulama kami”.

Riwayat Ahmad (5/323) dan al-Bazzar (2718)


Imam Nawawi berkata: “Seorang murid hendaklah melihat gurunya dengan pandangan penghormatan. Hendaklah dia meyakini keahlian gurunya berbanding yang lain. Kerana perkara itu akan menjadikan seorang murid dapat mengambil banyak manfaat darinya, dan lebih dapat memberi kesan dalam hati terhadap apa yang dia dengar dari gurunya tersebut”. Lihat al-Majmu’, 1/84.


Berdoa untuk kepada guru. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam,


مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ


Maksudnya: “Sesiapa yang berbuat kepada kamu kebaikan maka balaslah. Jika kamu tidak mempunyai sesuatu untuk membalasnya, maka doakanlah dia, sehingga kamu merasakan bahawa kamu sudah membalasnya.” 

Riwayat Abu Daud (1672)


Hal ini juga sepertimana yang telah dilakukan oleh salaf al-Soleh. Antaranya disebut bahawa Imam Ahmad selalu berdoa untuk Imam al-Syafi’e yang menjadi gurunya.


Ulama’ Islam di zaman silam amat mementingkan adab dalam menuntut ilmu. Kata al-Imam Abdullah bin al-Mubarak (wafat 181H) Rahimahullah: 


طلبت الأدب ثلاثين سنة، وطلبت العلم عشرين سنة؛ كانوا يطلبون الأدب ثم العلم


"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 30 tahun, kemudian baru mempelajari ilmu".

(Rujuk Ghoyatul Nihayah fi Tobaqat al-Qira’, 1/446)


Al-Imam Malik (wafat 179H) Rahimahullah pernah berkata: “Ibuku pernah menyuruhku pergi kepada Rabi’ah (salah seorang guru kepada al-Imam Malik) dan mempelajari darinya adab dan kemudian barulah ilmunya”. [Lihat  Abu al-Fadhl al-Qadhi ‘Iyadh. Tartib al-Madarik wa al-Taqrib al-Masalik, 1/130]


Sebenarnya terlalu banyak kelebihan guru dan penuntut ilmu. Justeru, memadai apa yang telah disebutkan di atas.




Salaf Al-Soleh(السلف الصالح) Sering Takut Dari Su’ul Khatimah

Salaf Al-Soleh(السلف الصالح) Sering Takut Dari Su’ul Khatimah  Para Salaf al-soleh (السلف الصالح) sering bimbang dan takut dari su’ul khatim...