Wednesday, November 2, 2022

Fitnah Syahwat

Fitnah Syahwat

Menurut bahasa (etimologi), kata fitnah adalah bentuk tunggal(mufrad) dari kata fitan; bererti  musibah, cobaan dan ujian. Makna kata ini berasal dari perkataan: فَتَنْتُ الْفِضَّةَ وَالذَّهَبَ, ertinya aku uji perak dan emas dengan api agar dapat dibezakan antara yang buruk dan yang baik. Lihat Lisanul Arab (XIII/317).


Menurut istilah (terminologi), kata fitnah disebutkan berulang dalam al-Qur’an pada 72 ayat, dan seluruh maknanya berkisar pada ketiga makna di atas.


Fitnah syahwat adalah fitnah keduniaan, seperti harta, kedudukan, pujian, sanjungan, wanita, dan yang lainnya.


Allah Subhanahuwata'ala telah mengkhabarkan bahawa mengikuti hawa nafsu akan menyesatkan seseorang dari jalan Allah Subhanahuwata'ala , Allah Subhanahuwata'ala berfirman :


يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ


Maksudnya:"(Allâh berfirman), ‘Wahai Daud! Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa) di bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu, kerana akan menyesatkan engkau dari jalan Allâh. Sungguh, orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari  perhitungan".Shad ayat 26.


Dan hujung dari fitnah ini adalah kekufuran dan kemunafikan. 


Fitnah syahwat, Allah Subhanahuwata'ala telah menyebutkan fitnah tersebut dalam firman-Nya :


كَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْكُمْ قُوَّةً وَأَكْثَرَ أَمْوَالًا وَأَوْلَادًا فَاسْتَمْتَعُوا بِخَلَاقِهِمْ فَاسْتَمْتَعْتُمْ بِخَلَاقِكُمْ كَمَا اسْتَمْتَعَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ بِخَلَاقِهِمْ وَخُضْتُمْ كَالَّذِي خَاضُوا ۚ أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ


Maksudnya:"(Keadaan kamu kaum munafik dan musyrikin) seperti orang-orang sebelum kamu, mereka lebih kuat daripada kamu, dan lebih banyak harta dan anak-anaknya. Maka mereka telah menikmati bahagiannya, dan kamu telah menikmati bahagianmu sebagaimana orang-orang yang sebelummu menikmati bahagiannya, dan kamu mempercakapkan (hal-hal yang batil) sebagaimana mereka mempercakapkannya. Mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat. Mereka itulah orang-orang yang rugi". At-Taubah ayat 69.


Maksudnya, bersenang-senanglah dengan bahagian kalian di dunia dan syahwatnya. al-Khalaq iaitu bahagian yang telah ditentukan. Kemudian Allah Subhanahuwata'ala berfirman, وَخُضْتُمْ كَالَّذِي خَاضُوا (dan kamu mempercakapkan (hal-hal yang batil) sebagaimana mereka mempercakapkannya…” Percakapan yang batil ini adalah syubhat.


Allah Subhanahuwata'ala mengisyaratkan dalam ayat tersebut apa-apa yang boleh menimbulkan kerosakan hati dan agama, iaitu bersenang-senang dengan dunia (berupa harta dan anak-anak) dan percakapan-percakapan yang batil. Kerana kerosakan agama itu boleh terjadi dengan sebab keyakinan batil dan membicarakannya, atau dengan perbuatan yang tidak sesuai dengan ilmu yang benar. Yang pertama adalah bid’ah dolalah dan sejenisnya, dan yang kedua adalah kefasikan amalan. Kerosakan pertama merupakan kerosakan dari segi syubhat, dan yang kedua dari segi syahwat.


Kerana inilah Ulama salaf berkata, “Berhati-hatilah dari dua jenis manusia : Pengekor hawa nafsu yang terfitnah oleh hawa nafsunya dan pecinta dunia yang telah dibutakan oleh dunia".


Asal atau akar dari semua fitnah itu adalah perbuatan mendahulukan hawa nafsu daripada akal.


Fitnah syahwat dapat dibentengi dengan kesabaran. Kerana itulah Allah Subhanahuwata’ala menjadikan kepemimpinan agama bergantung kepada dua perkara ini (sabar dan yakin). Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ


Maksudnya:"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selama mereka sabar. Mereka meyakini ayat-ayat Kami". As-Sajdah ayat 24.


Ayat tersebut menunjukkan bahawa dengan sabar dan yakin, kepemimpinan dalam agama akan dapat diraih. Allah Subhanahuwata’ala menyatukan keduanya juga dalam firman-Nya,


وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


Maksudnya:"…Serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". Al-‘Ashr ayat 3.


Maka saling menasihati dalam kebenaran akan dapat melawan syubhat, dan saling menasihati dalam kesabaran akan menghentikan syahwat. Allah menyatukan keduanya dalam firman-Nya,


وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ أُولِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ


Maksydnya:"Dan ingatlah hamba-hamba Kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya‘qub yang mempunyai kekuatan-kekuatan yang besar dan ilmu-ilmu (yang tinggi)". Shad ayat 45.


الْأَيْدِي adalah kekuatan dalam beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala dan taat kepada-Nya, الْأَبْصَارِ adalah ilmu dalam agama Allah. 


Penyakit syahwat juga dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith. Allah Subhanahuwata’ala berfirman :


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ


Maksudnya:"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik". Ali-Imran ayat 14.


Kemudian Allâh Subhanahuwata’ala menjelaskan bahawa sesungguhnya yang dimaksud dalam ayat ini adalah kebaikan itu bukan dengan syahwat, akan tetapi kebaikan itu iaitu apa-apa yang disediakan Allah Subhanahuwata’ala bagi siapa sahaja dari para hamba-Nya yang bertakwa dan selamat dari tujuan syahwat ini dan bersembunyi dari syahwat dengan apa-apa yang sudah dihalalkan oleh Allâh, serta sabar atas apa yang diharamkan oleh Allâh. Allâh Subhanahuwata’ala berfirman,


قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ


Maksudnya:"Katakanlah: Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu. Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allâh), pada sisi Rabb mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya". Ali-Imran ayat 15.


Siapa saja di antara mereka yang bersabar terhadap fitnah, nescaya akan selamat dari fitnah yang lebih besar. Sebaliknya, siapa saja yang terbenam dalam fitnah, nescaya akan jatuh ke dalam fitnah yang lebih buruk lagi. Jika orang yang sedang hanyut dalam fitnah segera bertaubat dengan benar nescaya dia akan selamat. Namun, jika ia tetap tenggelam di dalamnya bererti orang itu berada di atas jalan orang yang binasa. Kerana itulah Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الِرّجَالِ مِنَ الِنّسَاءِ.


Maksudnya:“Tidak ada fitnah yang aku tinggalkan setelahku yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada (fitnah) wanita" Bukkari (5096),Muslim (2740,97)).


Penyakit syahwat juga dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :


يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ


Maksudnya:"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang di dalam hatinya ada penyakit menginginkan sesuatu…”. Al-Ahzab ayat 32.


Hati yang sakit akan terganggu oleh syahwat walau sekecil apapun dan tidak akan mampu membentangi syahwat yang mendatanginya. Sementara hati yang sihat dan kuat, meskipun sering didatangi fitnah syahwat, namun ia mampu menghalaunya dengan pertolongan Allah 'Azza wa Jalla dan dengan kekuatan iman dan kesihatannya.


Fitnah syubhat adalah sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


إِنَّ لِـكُـلِّ أُمَّـةٍ فِتْنَـةً وَفِتْنَـةُ أُمَّـتِـي الْـمَـالُ.


Setiap ummat itu ada fitnahnya, dan fitnahnya ummatku adalah harta.[5]

Riwayat Al-Tirmizi (2336), 


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam juga bersabda :


مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الِرّجَالِ مِنَ الِنّسَاءِ


Maksudnya:"Tidak ada fitnah yang aku tinggalkan setelahku yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada (fitnah) wanita". Riwayat Bukhari (5096) dan Muslim (2740, 97).


Fitnah ini akan masuk ke dalam hati manusia yang merupakan penyebab hati menjadi sakit. 


Fitnah syahwat ini banyak jenisnya.Di antara jenis-jenis fitnah syahwat,adalah:


1-Melihat kepada perkara-perkara yang haram dilihat, sering memandang perempuan yang bukan mahram, membaca majalah porno, melihat gambar-gambar yang terbuka auratnya, menonton film cabul, menonton rancangan TV yang haram dilihat, sinetron yang melalaikan, dan lain-lainnya.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


…  فَزِنَـى الْـعَيْـنَيـْنِ الـنَّظَـرُ …


… dan zinanya kedua mata adalah dengan memandang…". Riwayat Bukhari (6612).


Menjaga pandangan dan kemaluan termasuk dalam proses penyucian hati/jiwa.. Allah Subhanahuwata'ala berfirman :


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


Maksudnya:"“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Al-Nur ayat 30.


2-Ikhtilath (bercampur baur laki-laki dan perempuan), khalwat (berdua-duaan laki-laki dan perempuan), berpacaran, mabuk asmara, dan sebagainya. 


2-Bersentuhan antara laki-laki dan perempuan, atau berjabat tangan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram, dan sebagainya. Berjabat tangan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram hukumnya haram.


3-Zina, hidup seperti suami isteri tanpa nikah, nikah mut’ah, dan sebagainya. Nikah mut’ah sama dengan zina. Zina itu adalah haram dan dosa besar.


4-Homosex dan sodomi yang merupakan perbuatan kaum Luth. Hukumnya haram dan dosa besar.


5-Onani dan masturbasi. Onani dan masturbasi hukumnya adalah haram.


Al-Qur’an dapat mengubati penyakit syahwat kerana di dalamnya terdapat hikmah dan petua yang baik melalui targhib (anjuran), tarhib (peringatan), anjuran untuk bersikap zuhud terhadap dunia dan mengutamakan akhirat, contoh-contoh dan kisah-kisah yang mengandungi banyak pelajaran dan petua. Sehingga, apabila hati yang sihat mengetahui hal itu, ia akan menyukai hal-hal yang bermanfaat baginya di dunia dan akhirat, dan membenci segala yang merugikan dirinya.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا


Maksudnya:"Dan Kami turunkan dari al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Sedangkan bagi orang  yang zalim (al-Qur’an) itu hanya akan menambah kerugian". Al-Isra ayat 82.


Setiap orang hendaklah mempelajari tanda-tanda (ciri-ciri) hati yang sakit dan hati yang sihat agar dapat mengetahui kondisi hatinya secara tepat. Bila hatinya sakit, ia mestilah berusaha untuk mengubatinya dengan al-Qur’an dan as-Sunnah menurut pemahaman yang benar dari para alim ulama.







No comments:

Post a Comment

Syaitan beraksi di setiap pintu masjid

Syaitan beraksi di setiap pintu masjid  Syaitan sentiasa mengunjungi tempat-tempat ibadah, majlis zikir, dan masjid-masjid. Di sana, ia beru...