Amal Soleh
Kedudukan amal soleh dalam Islam adalah sangat penting. Amal soleh adalah buah keimanan kepada Allah Subhanahuwata‘ala, hari kiamat dan Rasul-Nya. Amal soleh adalah menifestasi dari kandungan syahadah dalam bentuk amal perbuatan.Amal soleh adalah setiap usaha keras yang dikorbankan untuk berkhidmat terhadap agama.
Kata amal pada perkataan 'amal soleh' berasal dari bahasa Arab yang bererti pekerjaan. Kata tersebut satu makna dengan kata al-fi’l (الفعل).
Perbezaan dari dua kata tersebut adalah kata amal biasanya digunakan untuk menggambarkan aktiviti yang dilakukan dengan sengaja dan dengan maksud atau tujuan tertentu. Sementara al-fi’l adalah kata yang digunakan untuk menjelaskan satu pekerjaan samaada yang disengaja dan tidak disengaja.
Di dalam al-Qur’an, kata amal digunakan dalam dua konteks, iaitu dalam konteks positif dan negatif.
Dalam konteks positif, ada ungkapan عَمِلُ الصَالِحة, sementara dalam konteks negatif kata amal digabungkan dengan kalimat عَمِلُ السَيِّئَة. Konteks yang pertama paling banyak disebutkan dalam al-Qur’an.
Penyebutan secara gandingan iman dan amal soleh (آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ). Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya:"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, Kami tidak memikulkan kewajipan kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya". Al-A’raf Ayat 42
Penyebutan perbuatan jahat (عَمِلُوا السُّوءَ). Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya:"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". An-Nahl Ayat 119
Penyebutan amal soleh (عَمِلَ صَالِحًا) dan amal jahat (عَمِلَ سَيِّئَةً). Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا ۖ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ
أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya:"Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab". Surat Al-Mu’min (Al-Ghaafir) Ayat 40
Penyebutan kebaikan (الْحَسَنَةِ) dan kejahatan (السَّيِّئَةِ). Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya:"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka kejahatan diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan". Al-Qasas Ayat 84
Amal soleh (عَمَلُ الصالح) adalah lawan dari amal su’ (عَمَلُ السوء) atau ‘amal sayyiat (عَمَلُ السَّيِّئَاتِ). Istilah su’ (سوء) atau سَيِّء bermakna tunggal atau mufrad. Sementara istilah سَّيِّئَاتِ bermakna plural atau jamak, Kedua-dua istilah tersebut berasal akar kata yang sama.
Dalam Surah al-Jatsiyah ayat 21 dinyatakan tentang pertentangan antara mereka yang beriman serta beramal soleh dengan mereka yang melakukan kejahatan (sayyi’at). Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
Maksudnya:"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu". Al-Jasiyah Ayat 21
Kata soleh (صَالِحًا) dipertentangkan dengan sayyi’ah (سَيِّئًا) dalam bentuk mufrad atau tunggal. Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya:" Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang". At-Taubah Ayat 102
Istilah amal dalam konteks negatif atau disebut dengan istilah amal ghair soleh. Amal عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ bermaksud perbuatan yang tidak baik. Istilah tersebut disebutkan hanya satu kali iaitu pada surat Hud ayat 46. Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖ إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Maksudnya:"Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan". Hud Ayat 46
Amal soleh juga dihubungkan dengan keimanan dan diterangkan ganjaran serta pahalanya. Diterangkan amal soleh bermanfaat bagi manusia pada hari akhirat dan Allah Subhanahuwata‘ala tidak melupakan pahala serta ganjaran amal soleh seseorang. Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ
Malsudnya:"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik". Al-Ra'd ayat 29
Amal soleh itu sebagai penghapus sesuatu dosa. Dosa akan membawa manusia kepada kerugian. Sebagaimana fiman Allah Suhanahuwata'ala,
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ۙ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya:"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, (bahawa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. Al-Ma'idah Ayat 9
وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ ٣
Maksudnya:" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali, orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran". Al-‘Asr: 1-3.
Perkara pertama yang mesti ada dalam amal soleh adalah mengenal, mengimani dan meyakini pokok-pokok ajaran Islam yang telah ditentukan. Seterusnya, barulah seseorang Muslim itu boleh melaksanan amal soleh atau beramal soleh.
Muslim yang ingin perbuatan yang dilakukannya menjadi perbuatan yang baik atau amal soleh, maka ia mestilah memiliki dua hal yakni nazariy dan amaliy. Nazariy dan amali adalah termasuk ke dalam pokok-pokok ajaran Islam atau disebut sebagai Usuluddin.
Dalam ajaran agama Islam, apa yang menjadi kayu ukur atau mi’yar amal soleh adalah agama, akal, atau adat istiadat yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip fundamental agama.
Justeru itu,menganut Islam dan beriman kepada Allah serta kepada semua rukun iman adalah sebagai syarat penerimaan amal.
Amalan yang diredhai Allah Subhanahuwata‘ala, seperti yang diterangkan di atas, disyaratkan orang yang beramal itu adalah orang yang beriman kepada Allah Subhanahuwata‘ala. Kerana itulah Allah Subhanahuwata‘ala selalu menghubungkan amal soleh dengan iman.
Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ
Makaudnya:"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi". Ali-Imran ayat 85.
Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa jika seseorang itu beramal dengan amalan yang sesuai dengan ajaran Islam, dari segi bentuknya dan juga zahirnya telah sempurna menurut ajaran Islam, serta niat dalam melakukannya adalah untuk mencari keredhaan Allah Subhanahuwata‘ala, akan tetapi jika pelakunya tidak menganut Islam dan tidak mempercayai Muhammad sebagai Rasul dan Nabi, maka amalan yang dilakukannya itu tidak akan diterima dan tidak akan mendapat pahala.
Amal soleh juga adalah amal yang bermunafaat dan berguna bagi diri pelakunya, keluarga, masyarakat dan seluruh umat manusia, dan tidak membahayakan seseorang kecuali dalam rangka menolak bahaya yang lebih besar.
Hal inilah yang menjadi salah satu syarat dari amal soleh. Amal soleh mesti menunjukkan secara nyata dalam menghasilkan munafaat dan menolak mudharat. Syarat lainnya adalah apabila pekerjaan tersebut dimotivasi oleh keikhlasan kerana Allah Subhanahuwata'ala., maka motivasi tersebut dalam terminologi hadith Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam dinamakan sebagai niat.
Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai amal soleh adalah apabila pada dirinya telah memenuhi nilai-nilai tertentu yang berfungsi sesuai dengan tujuan kehadirannya, atau tujuan penciptaannya.
Sebagai contoh;
Sebuah kursi berfungsi dengan baik apabila kursi tersebut boleh diduduki dengan selesa, maka kursi tersebut adalah baik, misalnya apabila memiliki kaki yang lengkap.
Apabila salah satu dari bahagian kaki kursi rosak, maka kursi tersebut termasuk dalam kategori kursi yang tidak berfungsi dengan baik sebagai tempat duduk.
Maka, sesuatu boleh dipandang sebagai amal soleh apabila berfungsi dengan baik dan mendatangkan nilai munafaat.
Sementara itu, segala perbuatan yang menimbulkan mudharat maka tidak boleh dinamakan sebagai "amal soleh" tetapi "amal salah". Oleh sebab itu ada sebahagian ulama menyatakan bahawa sebuah pekerjaan boleh dikatakan baik jika mampu membawa kesan munafaat dan menolak mudharat.
Sehingga di sini dapat disimpulkan bahawa kayu ukur suatu amal baik atau tidak adalah terletak pada nilai dan manfaat serta mudharat yang dikandung dalam setiap tindakan atau perbuatan yang dilakukan.
Amal soleh secara umum mencakupi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah biasanya disebut dengan Hablum Minallah (حَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ) atau juga disebut Ubudiyah dan hubungan dengan sesama manusia sering disebut Hablum Minannas (حَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ).
Kedua-dua istilah ini tercantum dalam Al-Qur'an pada surat Ali Imran: 112
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَآؤُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأَنبِيَاء بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ
Maksud:"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Para Nabi tanpa alasan yang benar. yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas."
Amalan soleh beraneka jenis. Ia mencakupi segala perintah Allah Subhanahuwata‘ala sama ada yang wajib ataupun yang sunat, sama ada dalam bidang ibadah ataupun dalam bidang mu’amalah. Maka, apabila seseorang muslim beramal kerana Allah Subhanahuwata‘ala dan mengikuti petunjuk Islam, maka beliau dianggap beramal soleh.
Amalan soleh yang paling penting ialah ibadah;
Ibadah, secara umumnya, untuk menanam dan memperkuatkan iman ke dalam setiap jiwa muslim.Antara ibadah yang terpenting ialah solat, puasa, zakat dan haji. Ibadah-ibadah ini termasuk dalam rukun Islam, yang sama sekali tidak boleh diabaikan dan tidak boleh diremehkan.
Ibadah dalam Islam adalah merupakan tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Ibadah menjadi bukti pengakuan sebagai hamba terhadap Allah Subhanahuwata‘ala. Ibadah adalah hak Allah Subhanahuwata’ala ke atas hamba-Nya.
Hablum minannas iaitu hubungan dengan sesama manusia dalam bentuk mu'amalah.
Dari segi bahasa, muamalah berasal dari kata عمل ،يعمل،معملة yang berarti perlakuan atau tindakan terhadap orang lain
Muamalah adalah hubungan manusia dalam interaksi sosial, termasuk masalah harta, waris, dan jual-beli.
Muamalah mempunyai banyak cabang, diantaranya politik, ekonomi, dan sosial. Secara umum muamalah mencakupi dua aspek, yakni aspek adabiyah dan madaniyah(benda).
Aspek adabiyah yakni kegiatan muamalah yang berhubungan dengan akhlak, seperti kejujuran, sopan-santun, dan sebagainya.
Aspek madaniyah adalah aspek yang berhubungan dengan kebendaan, seperti halal haram, syubhat, kemudaratan dan lain-lainnya.
Amalan yang memberi munafaat kepada sesama manusia turut juga akan memberi faedah kepada pembangunan dan kemajuan diri dan makhluk sejagat.
Amal soleh bukan sekadar melaksanakan kebaikan sahaja, tetapi termasuk juga dalam hal-hal mencegah kejahatan dan kemudaratan.
Islam amat menitik beratkan perkara al-Amr bi al-Ma’ruf (menyeru kepada kebaikan) dan al-Nahi an al-Munkar (mencegah daripada perkara mungkar). Ini berdasarkan banyak firman Allah Subhanahuwata'ala. Diantaranya,
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". Ali-Imran ayat 104
Menurut ayat di atas, jelas menunjukkan kepada kita akan kewajipan seorang mukmin atau muslim itu untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada perkara yang mungkar. Tambahan pula, terdapat hadith sahih yang menyeru agar kita semua mencegah perkara-perkara yang mungkar:
Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah
Amalan mencegah kemudaratan dan kemaksiatan. Ini termasuklah mencegah dari berlaku kerosakan, penyelewengan, dan lain-lain.
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
Maksudnya:"Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan. Hud ayat 117.
Amal soleh juga mesti dilakukan secara ikhlas dan betul. Niat dalam melakukannya adalah untuk mendapatkan keredaan Allah Subhanahuwata‘ala. Ini bertujuan untuk pentarbiahan agama (Islam) kepada manusia.
Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا
Maksudnya:"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabnya". Al-Kahfi ayat 110.
No comments:
Post a Comment