Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.
Islam mengajarkan bahawa setiap makhluk bernyawa yang hidup di dunia ini termasuk manusia semestinya mengalami kematian dan mereka semua tidak mungkin sama sekali dapat melarikan diri daripada merasai kematian yang sudah ditentukan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Firman Allah Subhanahuwata'ala,
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya:"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". surat Ali Imran ayat 185.
Salah satu pesanan yang terkandung dalam ayat di atas iaitu setiap makhluk hidup yang bernyawa akan merasakan kematian.
Maksudnya, setiap manusia memiliki saatnya yang telah ditakdirkan masing-masing dalam Lauh Mahfuz. Oleh sebab itu, takdir kematian tersebut tidak akan mengenal usia muda atau pun tua, tidak pula mengenal jenis kelamin baik perempuan mahupun laki-laki.
Ayat ini juga mengandungi pesanan agar setiap muslim sentiasa mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk segala apa yang akan mereka hadapi di akhirat kelak. Muslim yang mampu mengaplikasikan pesan inilah yang disebut sebagai mukmin cerdas dalam sebuah hadith,dari Ibnu 'Umar, ia berkata,
كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ».
Maksudnya: Aku pernah bersama Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, lalu seorang Anshor mendatangi beliau, ia memberi salam dan bertanya,
'"Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?"
Beliau bersabda, "Yang paling baik akhlaknya."
"Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?" ia kembali bertanya.
Beliau bersabda, "Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas". Riwayat Ibnu Majah.
Selain itu, keutamaan mengingati kematian akan membantu melapangkan kehidupan seseorang di tengah kesempitan hidupnya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasam bersabda.
أكثروا ذكرَ هاذمِ اللَّذاتِ : الموتِ ؛ فإنَّه لَم يذْكُرْه أحدٌ في ضيقٍ مِن العَيشِ إلَّا وسَّعَه علَيهِ ، و لا ذَكرَه في سَعةٍ إلَّا ضيَّقَها عليهِ
Maksudnya: "Perbanyakkanlah mengingat pemutus segala kenikmatan, iaitu kematian, kerana tidaklah seseorang mengingatnya dalam kesempitan hidup melainkan akan melapangkannya dan tidaklah seseorang mengingatnya dalam keleluasaan hidup melainkan akan mempersempitnya". Riwayat Baihaqi, Ibnu Hibban dan Bazzar.
Ad Daqqaq rahimahullah berkata,
“من أكثر ذكر الموت أكرم بثلاثة: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة، ومن نسى الموت عوجل بثلاثة: تسويف التوبة، وترك الرضا بالكفاف، والتكاسل في العبادة”
Maksudnya: “Barangsiapa yang banyak mengingat kematian maka dimuliakan dengan tiga hal: “Bersegera taubat, puas hati(redha)dan semangat ibadah, dan barangsiapa yang lupa kematian diberikan hukuman dengan tiga hal; menunda taubat, tidak redha dengan keadaan dan malas ibadah” (Lihat kitab At Tadzkirah fi Ahwal Al Mauta wa Umur Al Akhirah, karya Al Qurthuby).
Firman Allah Subhanahuwata'ala yang lainnya,
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya". Al-A’raf ayat 34.
وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا
Maksudnya: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila. datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.Al-Munafiqun ayat 11.
Ini bermakna mati adalah satu yang pasti dan tidak mungkin dielakkan. Malahan, dalam konteks yang lebih mendalam, pakej hidup dan mati yang disediakan oleh Allah Subhanahuwata'a kepada manusia adalah merentasi empat fasa: mati (sebelum lahir), hidup, mati dan hidup (pada hari akhirat). Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 28,
كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Maksudnya:"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati(belum lahir), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?
Maksud:
وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا sesungguhnya (tadinya kamu mati) yakni ketika masih menjadi mani dalam sulbi bapamu. Lihat tafsir Jalalyn.
Oleh kerana itu, setiap Muslim mestilah menjalani hidup dalam kerangka kefahaman yang tepat, sehingga dapat mengenal siapa sebenarnya diri mereka dan tahu daripada mana asal usul mereka dan ke mana seterusnya kesudahan hidup mereka.
Muslim sebegini adalah merupakan golongan Muslim yang seluruh kegiatan hidup serta daya usaha mereka tertumpu ke arah persiapan untuk menyempurnakan keperluan menghadapi kematian.
Justeru itu, golongan Muslim sebegini pastinya secara hati-hati menjalani kehidupan dunia ini agar mereka tidak terperangkap dalam bencana besar kerohanian yang diistilahkan sebagai ghaflah (lupa) yang dengan jelasnya sedang memerangkap cukup ramai sekali kalangan Muslim semasa. Bencana ghaflah inilah yang amat digeruni oleh kalangan orang yang dekat dengan Allah Subhanahuwata'ala,
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Maksudnya:"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". Al-A’raf Ayat 179.
Hal ini sepertimana syair yang menyebut:
حَيَاتُكَ يَا مَغْرُورُ سهو وغفلة
Maksudnya: Hidupmu di dunia, wahai orang yang tertipu, ialah lupa dan lalai
Bertitik tolak daripada suasana dan sikap hidup yang sentiasa mengingati mati yamg membawa insan Muslim menjadi kenal diri, maka mereka boleh merangka persediaan dan persiapan berasaskan ajaran Islam bagi menghadapi dengan jayanya saat kematian yang akan membawa mereka ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat.
Perlaksanaan tugasan ibadah formal dengan sempurna, pasti berupaya menghasilkan golongan Muslim yang kuat pegangan akidah dan mulia akhlak mereka yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Perlaksanasn tugasan ibadah tidak formal
dengan sepenuh keikhlasan dan kejujuran
pula pastinya boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang kepada kemakmuran negara.
Dua tugasan, iaitu ibadah formal dan ibadah tidak formal adalah:
1. Ibadah Formal - iaitu merujuk kepada Rukun Islam: sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ia amat penting kepada proses pemupukan dan peneguhan akidah dan merupakan medan latihan yang amat berkesan dalam proses pembentukan personaliti Muslim. Ibadah formal ini mempunyai struktur, sistem dan peraturan tertentu yang sudah ditetapkan syarak, yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan setepatnya oleh kalangan orang yang menunaikannya untuk ia boleh diterima dalam Islam.
2. Ibadah Tidak Formal - ibadah ini cukup luas sekali, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia Muslim itu sendiri. Perspektif Islam menjelaskan keseluruhan tindakan dan amalan manusia, pekerjaan dan tugasnya sehari-hari adalah tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti yang termasuk dalam istilah ibadat jika tindakan dan amalan, pekerjaan dan tugas itu dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur kerana patuh dan tunduk kepada undang-undang Allah dan kebesaran-Nya iaitu ibadat yang dilakukan dalam bentuk pekerjaan dan tindakan hamba Allah di ladang, di kilang, di pejabat, di hospital, di rumah dan di mana-mana saja Muslim itu berada.
Adapun penyempurnaan tugasan adalah ciri asas kepada kalangan Muslim yang hidup dengan idealisme mengingati mati kerana mereka berhasrat untuk mendapatkan sebanyak mungkin ganjaran dari Allah bagi kesempurnaan hidup di akhirat.
Idealisme hidup yang sentiasa mengingati mati adalah suatu yang amat penting dihayati oleh insan Muslim di samping ia juga merupakan satu unsur positif yang berupaya menjadikan insan Muslim golongan yang dinamik dalam mengusahakan segala sesuatu dalam kehidupan yang semuanya dalam perspektif Islam adalah kerja ibadah. Dan sikap hidup mengingati mati ini juga adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dengan model hidup zuhud.
No comments:
Post a Comment