Syirik besar (شرك الأكبر ) dan syirik Kecil (شرك الأصغر)
Syirik ada dua, pertama menjadikan sesuatu sebagai tandingan bagi Allah Subhanahuwata'ala dan beribadah atau menyembah kepada selain-Nya dan yang kedua menyertai amal dengan riya'.
Dalam kitabnya Al-Kabair, Syeikh Syamsudin Muhammad bin Utsman bin Qaimaz At-Turkmaniy Al-Fariqy Ad Dimasyqiy As-Syafi'iy menyatakan, syirik kepada selain Allah Subhanahuwata'ala itu seperti menyembah kepada berupa batu, pohon, matahari, bulan dan nabi, guru, binatang, dan lain-lain. "Inilah Syirik terbesar(شرك الأكبر )," katanya.
Sebagaimana firman Allah Sunhanahuwata'ala dalam surat Al-Nisa ayat 48 dan 116:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang lain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendak-Nya."
Dalam surat Luqman ayat 13 Allah Sunhanahuwata'ala berfirman,
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Maksudnya:"Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Dan masih banyak lagi ayat yang berhubungan dengan masalah ini.
Barangsiapa yang mempersekutukan Allah Subhanahuwata'ala lalu mati dalam keadaan seperti itu, maka sesungguhnya dia termasuk penghuni neraka.
Seperti halnya seseorang yang beriman kepada Allah lalu mati dalam keadaan seperti itu maka dia termasuk penghuni syurga, walaupun mungkin dia akan diazab di neraka terlebih dahulu kerana dosa yang dilakukan masa hidup dahulu.
Justeru itu, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasllam mengingatkan umatnya agar berwaspada dan menjauhi syirik besar. Di antaranya adalah hadith riwayat Abu Bakrah RA berikut:
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ
Maksudnya:"dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak maukah aku beritahukan kepada kalian sesuatu yang termasuk dari dosa besar? Kami menjawab, "Tentu wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua." -ketika itu beliau tengah bersandar, kemudian duduk lalu melanjutkan sabdanya, "Perkataan dusta dan kesaksian palsu, perkataan dusta dan kesaksian palsu." Beliau terus saja mengulanginya hingga saya mengira beliau tidak akan berhenti.".Riwayat al-Bukhari (5519)
Riwayat lain dari Abu Hurairah RA iaitu sebagai berikut,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَأَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصِنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ
dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Hendaklah kalian menghindari tujuh dosa yang membinasakan." Dikatakan kepada beliau, "Apakah tujuh dosa itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan haq, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran, dan menuduh wanita mukminah baik-baik berbuat zina.". Riwayat Muslim(129)
Kategori syirik yang kedua pula adalah menyertai amal dengan riya' atau juga disebut sebagai شرك الأصغر (syirik kecil). .
Secara bahasa, riya' adalah istilah yang berasal dari kata الرياءُ yang bermaksud memperlihatkan atau pamer atau menunjuk-nunjuk. Riya' adalah perbuatan memperlihatkan sesuatu, baik barang atau perbuatan baik dengan maksud agar dilihat orang lain dan mendapat pujian.
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din:
فحد الرياء هو إرادة العباد بطاعة الله
إحياء علوم الدين -3 / 290
Maksudnya: "Riya’ ialah melakukan ketaatan kepada Allah bertujuan untuk mendapat (sanjungan/kedudukan) daripada manusia".
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari, beliau memberikan takrif riya’:
الرياء بكسر الراء وتخفيف التحتانية والمد وهو مشتق من الرؤية والمراد به إظهار العبادة لقصد رؤية الناس لها فيحمدوا صاحبها والسمعة بضم المهملة وسكون الميم مشتقة من سمع والمراد بها نحو ما في الرياء لكنها تتعلق بحاسة السمع والرياء بحاسة البصر
فتح الباري - ابن حجر - (11 / 336)
Maksud riya’ ialah menzahirkan ibadah bertujuan supaya manusia melihatnya lalu mereka memuji orang yang melakukan ibadah tersebut. Sum`ah pula ialah sama dengan riya’ tetapi ia berkaitan dengan pendengaran, manakala riya’ ia berkaitan dengan penglihatan.
Kata Saidina Ali r.a.: "Bagi orang yang riya’ itu ada tiga tanda. Malas jika berseorangan, rajin jika bersama orang ramai, dan bertambah amalannya jika dipuji dan berkurangan amalannya jika dikeji".
Dari takrif riya’ yang telah dipaparkan di atas ternyata bahawa riya’ itu ialah seseorang itu menunjukkan kepada manusia sesuatu ibadah yang dilakukannya supaya mereka memujinya. Perbezaan di antara riya’ dan sum`ah ialah riya’ itu pada perbuatan, manakala sum`ah itu pada pendengaran. Sebagai contoh: Jika seorang itu mengerjakan sembahyang maka riya’ itu boleh berlaku dalam perbuatan-perbuatan sembahyang, seperti berdiri, rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain. Manakala sum`ah pula boleh berlaku pada bacaan-bacaan yang dibaca dalam sembahyang, seperti membaca fatihah, surah dan lain-lain bacaan.
Dapat difahami bahawa Riya' adalah suatu sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Sukakan perbuatan baiknya dilihat oleh orang lain. Orang yang mempunyai sifat riya' ini, dia suka bila orang lain nampak perbuatan baiknya itu dan orang memuji akan kebaikan yang dilakukannya itu. Padahal tujuan utama dari beramal atau beribadah mesti dilakukan demi mencari redha Allah Subhanahuwata'ala.
Sebagai contoh, seorang yang bersedekah atau memberi sumbangan yang cukup banyak kepada sesuatu pihak yang memerlukan, ditunjuknya pemberiannya itu kepada orang ramai dengan niat menunjukkan akan kebaikannya di sisi masyarakat, maka seluruh amalan sedekahnya itu tertolak, tidak diterima di sisi Allah sebagai kebaikan atau 'hasanah' (tiada ganjaran pahala). kerana dia telah riya' dalam amalannya itu.
Terdapat sejumlah nas yang menegah dari sifat riya’ dan sum`ah.
Di antaranya firman Allah Subhanahuwata'ala,
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِين
هُمْ يُرَاءُونَ (6) الماعون : 4 - 6
Malsudnya:"Maka, celakalah(nerakalah) bagi mereka yang solat, (yang sifat mereka) itu orang-orang yang lalai dari solatnya,, mereka yang riya’ (dalam solat)". Al-Ma'un 4-6
Mereka yang riya’ dalam solat, ialah menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai akan solat yang mereka kerjakannya.
firman Allah Subhanahuwata'ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya'"Wahaii orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya" kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". Al-Baqarah ayat 264
Dari nas di atas dapat difahami bahawa orang yang membelanjakan harta dengan menunjuk-nunjuk itu adalah sifat orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat, dan dari nas al-Quran di atas juga menunjukkan riya’ itu membatalkan pahala sedekah.
Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam surat Al-Kahfi ayat 110,
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Maksudnya:"Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya makan hendaklah dia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang/sesuatu pun dalam beribadah kepada Rabbnya."
Maksud dari janganlah dia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya, iaitu hendaklah tidak menyertakan riya' bersama amalnya.
Allah Subhanahuwata'aka berfirman dalam surat Al-Furqan ayat 23,
وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Maksudnya:"Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan."
Maksudnya adalah amal-amal yang dikerjakan untuk selain mengharapkan wajah Allah, Allah membatalkan pahalanya serta menjadikannya umpama debu yang berterbangan, iaitu debu yang dapat dilihat dari sebelah sisindi mana cahaya matahari masuk melaluinya.
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam juga memeringatkan umatnya dalam hadith berikut:
عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً
Maksudnya:"Dari Mahmud bin Labid bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan dari kalian adalah syirik kecil." Mereka bertanya: Apa itu syirik kecil wahai Rasulullah ﷺ? Rasulullah ﷺ menjawab, "Itu adalah Riya`, Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada mereka pada hari kiamat saat orang-orang diberi balasan atas amal-amal mereka: Temuilah orang-orang yang dulu kau perlihat-lihatkan di dunia lalu lihatlah apakah kalian menemukan balasan di sisi mereka?". Riwayat Ahmad (22523)
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
مَكْحُولًا يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو هِنْدٍ الدَّارِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَامَ مَقَامَ رِيَاءٍ وَسُمْعَةٍ رَايَا اللَّهُ تَعَالَى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَسَمَّعَ
Maksudnya:"Makhul berkata; Telah bercerita kepadaku Abu Hind Ad Daari bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa berdiri ditempat riya' dan sum'ah, Allah akan memperlihatkan dan menyiarkan aibnya pada hari kiamat". Ahmad (21290)
Ibn Hajar berkata: Hadith ini menunjukkan bahawa sunat/sebaik-baiknya melakukan amal soleh secara sembunyi. Walaubagaimanapun kadang-kala sunat/sebaik-baiknya di zahirkan amalan itu, iaitu bagi orang yang menjadi ikutan, supaya orang rami mengikutnya. Ianya dilakukan mengikut keperluan.
Sebagaimana hadith berikut,
قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو حَازِمِ بْنُ دِينَارٍ أَنَّ رِجَالًا أَتَوْا سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ وَقَدْ امْتَرَوْا فِي الْمِنْبَرِ مِمَّ عُودُهُ فَسَأَلُوهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْرِفُ مِمَّا هُوَ وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ أَوَّلَ يَوْمٍ وُضِعَ وَأَوَّلَ يَوْمٍ جَلَسَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فُلَانَةَ امْرَأَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ قَدْ سَمَّاهَا سَهْلٌ مُرِي غُلَامَكِ النَّجَّارَ أَنْ يَعْمَلَ لِي أَعْوَادًا أَجْلِسُ عَلَيْهِنَّ إِذَا كَلَّمْتُ النَّاسَ فَأَمَرَتْهُ فَعَمِلَهَا مِنْ طَرْفَاءِ الْغَابَةِ ثُمَّ جَاءَ بِهَا فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ بِهَا فَوُضِعَتْ هَا هُنَا ثُمَّ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى عَلَيْهَا وَكَبَّرَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ رَكَعَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ نَزَلَ الْقَهْقَرَى فَسَجَدَ فِي أَصْلِ الْمِنْبَرِ ثُمَّ عَادَ فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لِتَأْتَمُّوا وَلِتَعَلَّمُوا صَلَاتِي
Maksudnya:"……wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku berbuat seperti tadi agar kalian mengikuti dan agar kalian dapat mengambil pelajaran tentang tata cara solatku". Bukhari(866)
Dari nas-nas yang telah dinyatakan, maka jelaslah riya’ dan sum'ah adalah merupakan sifat buruk yang wajib dijauhi oleh setiap Muslim.
No comments:
Post a Comment