Wednesday, April 20, 2022

Puasa mengekang Hawa Nafsu

Puasa mengekang Hawa Nafsu

Bagi orang beriman, puasa tidak sekadar menahan makan dan minum dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Sebab jika puasa hanya pada masalah makan dan minum sahaja, maka tidak akan berbekas pada hati dan roh yang kesanya tidak akan mengubah perilaku ke arah yang lebih baik. Maka tidak hairan  apabila Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasaalam memberi amaran bahawa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apapun (pahala/kebaikan) kecuali hanya dahaga dan lapar.


Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam bersabda:


رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ


Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. 

Riwayat Ibnu Majah(1690)


Makan dan minum, adalah bahagian dari banyaknya cabang hawa nafsu, Pengekangan terhadap makan dan minum tanpa disertai dengan pengekangan terhadap hawa nafsu dengan sebenar, hanyalah seperti sebuah ritual penundaan jam makan, Sebab boleh jadi apabila tiba waktu berbuka, gendang kebebasan untuk makan menjadi medan balas dendam, yang membuat perut kekenyangan.


Allah Subhanahuwata'ala berpesan agar Kita jangan berlebih-lebihan dan Dia tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan dalam firman-Nya yang berikut,


يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


Maksudnya:"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan". Al-Araf ayat 31


Banyak nafsu lain yang harus dikontrol selama sebulan Ramadhan, nafsu yang berkaitan dengan hati, dengki, benci, sombong. Nafsu yang berkaitan dengan syahwat, Nafsu yang berkaitan dengan roh atau jiwa. Terutama nafsu yang berkaiatan dengan hati dan emosi harus dirantai supaya tidak bebas. Kerana, jika nafsu tidak terkendali maka ia yang akan mengendalikan kita.


عن أبي برزة الأسلمي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِنَّ مِمَّا أَخْشَى عَلَيْكُمْ شَهَوَاتِ الْغَيِّ فِي بُطُونِكُمْ وَفُرُوج وَمُضِلَّاتِ الْهَوَى


Maksudnya:"Sesungguhnya diantara yang aku khawatirkan menimpa kalian adalah syahwat yang menyesatkan pada perut dan kemaluan serta hawa nafsu yang menyimpangkan dari jalan yang lurus". Ahmad (4/220)


وَالْآخَرُ أَسْوَدُ مُرْبَادًّا كَالْكُوزِ مُجَخِّيًا لَا يَعْرِفُ مَعْرُوفًا وَلَا يُنْكِرُ مُنْكَرًا إِلَّا مَا أُشْرِبَ مِنْ هَوَاهُ


Majsudnya'“..dan hati yang hitam seperti cawan yang terbalik; tidak mengenal yang ma’ruf dan tidak mengingkari yang mungkar kecuali yang sesuai dengan hawa nafsunya". Muslim. 


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam pernah mengingatkan bahawa mengikuti hawa nafsu akan membawa kehancuran, 


ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ وَ ثَلَاثٌ مُنْجِيَاتٌ فَأَمَّا ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ: شُحٌّ مُطَاعٌ وَ هَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ و ثَلَاثٌ مُنْجِيَاتٌ : خَشْيَةُ اللَّهِ فِي السِّرِّ والعلانيةِ وَالْقَصْدُ فِي الْفَقْرِ وَالْغِنَى وَالْعَدْلُ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَا 


Maksudnya:"Tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara yang menyelamatkan. Adapun tiga perkara yang membinasakan adalah: kebakhilan dan kerakusan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan  seseorang yang membanggakan diri sendiri. Sedangkan tiga perkara yang menyelamatkan adalah takut kepada Allah di waktu sendirian dan dilihat orang banyak, sederhana di waktu kekurangan dan kecukupan, dan (berkata/berbuat) adil di waktu marah dan reda. At-Thobroni dalam Al-Awshoth (5452)


Kita harus mampu mengontrol nafsu terutama di bulan Puasa ini, dimana atsmosfer keagamaan begitu kental. Posisikan nafsu tersebut sebagai binatang yang menjadi kenderaan kita. Setiap kali dia menyimpang, maka ingatkan dengan pukulan atau ambil tali kemudi untuk diluruskan jangan sampai keluar dari jalur yang benar.


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى (40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى


Maksudnya: "Adapun orang yang takutkan keadaannya semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. Al-Nazi’aat ayat 40-41.


Berusahalah untuk mengontrol hawa nafsu, jangan diperturutkan. Jangan menyerahkan kalbu kepada nafsu sehingga membawa pada sifat kebinatangan,. Tinggalkanlah nafsu kerana nafsu menjauhkan diri dati ketaatan. Manusia telah dikurnia Tuhan dengan kalbu, akal, nafsu dan keinginan, Kalbu dan akal akan selalu berlawanan dengan nafsu dan keinginan, Kita tidak boleh melawan nafsu dan keinginan, yang boleh mengendalikan kita. 


وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang". Yusuf ayat 53


وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ


Maksudnya: Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya". 

Al-Mu’minun ayat 71.


أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ


Maksudnya: Maka apakah pandangan kamu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan ia pula disesatkan oleh Allah Subhanahuwata'ala kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar)". Al-Jatsiyah ayat 23.


Puasa itu mengekang Hawa Nafsu


Penyakit perut, tidak separah penyakit hati. Kerana kebanyakan penyakit fizikal dipengaruhi oleh penyakit hati. Orang yang mudah marah maka tekanan darahnya akan naik. Orang yang darah tinggi, kalau boleh menahan amarah maka tekanan darahnya akan turun. Dalam jiwa yang sihat terdapat raga yang sihat.


Puasa itu melatih hati untuk tetap menunduk, tidak mudah marah, dengki, sombong dan merasa paling benar. Kalau hati sudah menunduk pada ketaatan maka ia akan menundukkan hawa nasfu, yang terus bergelora di dalam diri. nafsu bukan untuk diperturutkan tapi dikendalikan oleh hati.

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasaalam bersabda,


 عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ لَنَا رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم: يَا مَعْشَرَ اَلشَّبَابِ! مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ اَلْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ, فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ, وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ, وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ; فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ 


Maksudnya:"Abdullah Ibnu Mas'ud ra. berkata: ‘Rasulullah Sallallahu'alaihiwasaalam bersabda pada kami: "Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu". Muttafaq 'Alaih. 


Di sini lah peranan ibadah puasa. Dengan berpuasa, seorang hamba mampu mengendalikan hawa nafsu yang ada dalam dirinya. Sehingga semua tindakannya selalu dituntun oleh akal yang jernih, bukan dikendalikan oleh nafsu.


Nafsu manusia selalu mencari kesenangan tanpa batas, kesempitan adalah pahit baginya. Nafsu muncul membara pada keadaan bergelimangnya kemewahan dan keadaan lapang, dalam keadaan sempit nafsu hampir tidak mempunyai kekuatan apapun. 


Imam Al-Ghazali dalam Ihya 'Ulumiddin menjelaskan tujuan dari berpuasa,


 أن المقصود من الصوم التخلق بخلق من أخلاق الله عز وجل وهو الصمدية، والاقتداء بالملائكة في الكف عن الشهوات بحسب الإمكان فإنهم منزهون عن الشهوات. والإنسان رتبته فوق رتبة البهائم لقدرته بنور العقل على كسر شهوته ودون رتبة الملائكة لاستيلاء الشهوات عليه وكونه مبتلى بمجاهدتها، فكلما انهمك في الشهوات انحط إلى أسفل السافلين والتحق بغمار البهائم، وكلما قمع الشهوات ارتفع إلى أعلى عليين والتحق بأفق الملائكة. 


Maksudnyanya: Tujuan berpuasa adalah supaya boleh berakhlak sebagaimana sifat as-Shamad bagi Allah, juga agar manusia boleh mengikuti sifat-sifat malaikat, iaitu mengekang syahwat seboleh mungkin. Malaikat adalah makhluk yang terbebas dari syahwat. Level manusia sendiri berada di atas haiwan kerana dengan cahaya akal yang dimilikinya mampu menaklukkan syahwat. Akan tetapi di bawah level malaikat kerana memiliki syahwat dan diuji untuk menaklukannya. Jika ia terbuai oleh syahwatnya, levelnya akan turun setara dengan haiwan. Sebaliknya, jika mampu menghancurkan syahwatnya, makan levelnya akan naik setinggi-tingginya bersama golongan para malaikat. (Ihya ‘Ulumiddin, juz , hal. 236) 


Melalui penjelasan Imam Al-Ghazali tersebut, kita boleh memahami bahawa puasa memiliki peranan penting dalam mengendalikan nafsu (syahwat) dalam diri manusia. Nafsu dan manusia adalah fitrah kejadian, namun kita masih diberikan kemampuan untuk mengendalikannya, yang di antaranya dengan berpuasa. Dengan begitu, kita boleh lebih dekat dengan Allah sebagaimana para malaikat yang hidupnya didedikasikan hanya untuk beribadah


Allah Subhanahuwata'ala telah menciptakan malaikat, manusia dan haiwan. Ketiga-tiganya sama-sama makhluk Allah Subhanahuwata'ala, tetapi memiliki perbezaan. 


Malaikat diciptakan dan dianugerahi akal, tapi tidak diberikan nafsu. Oleh kerana itu malaikat makhluk paling taat, mereka tidak memiliki kepentingan peribadi untuk memenuhi hawa nafsunya.


Haiwan pula diciptakan dan dianugerahi nafsu, tanpa akal. Oleh kerana itu haiwan tidak diperintahkan untuk beribadah (terkena taklif) kerana tidak boleh memahami ajaran Islam.


Manusia diciptakan dan  dianugerahkan kedua-duanya, akal dan nafsu. Oleh kerana itu, manusia lebih mulia dari haiwan kerana memiliki akal, dan tidak lebih mulia daripada malaikat kerana ada nafsu dalam dirinya. Suatu saat manusia boleh bertindak jauh melencong dari nilai-nilai ajaran Islam, seolah-olah ia tidak menggunakan akal yang telah Allah anugerahkan untuknya. Sehingga derajatnya turun setaraf dengan haiwan, bahkan lebih rendah lagi. Haiwan bertindak bodoh wajar kerana ia tidak mempunyai akal, tapi jika manusia bertindak bodoh itu ‘kurang ajar’, kerana sudah diberi akal, tapi tidak mahu menggunakannya. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


 لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ  


Maksudnya: “Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi". Al-A’raf ayat 179.


No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...