Ruang Lingkup Sedekah
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya:"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar".An-Nisa’ ayat 114.
Sedekah adalah satu amal soleh yang tidak asing dalam masyarakat Islam. Pemberian sedekah menjadi satu budaya kebiasaan di dalam masyarakat manusia. Orang yang memberi sedekah dikenali sebagai dermawan dan pemurah sedangkan orang yang tidak suka memberi sedekah dikenali orang yang bakhil lagi kedekut dan keras hati.
Islam tidak menetapkan tanggungjawab memberi sedekah ini dengan undang-undang yang berbentuk wajib dan juga kewajipan-kewajipan berbentuk mesti, sebaliknya Islam mahu mendidik jiwa umatnya untuk berkorban memberi harta yang dia punyai dan sayangi untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan. Akhlak ini sangat mulia dan disanjung tinggi kerana orang yang menerima pemberian sedekah ini merasai diri mereka dihargai dan dibela oleh masyarakat. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam hal ini,
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya:"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui". Al-Baqarah Ayat 261
Bagi mereka yang beriman kepada Allah, firman Allah Subhanahuwata'ala di atas terang dan nyata tanpa ada sebarang kesamaran yang menggambarkan setiap amalan soleh atau infak di jalan Allah yang dilakukan oleh setiap Muslim akan Allah gandakan ganjaran-Nya.
Dan sabda Nabi Sallallahu'alaijiwasallam,
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ وَتَدْفَعُ عَنْ مِيتَةِ السُّوءِ
Maksudnya:"Dari Anas bin Malik dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu menghindarkan dari murka Allah dan menghindarkan seseorang dari meninggal dalam kedaan yang buruk (su'ul khatimah)." Riwayat Tirmizi(600)
Sebenarnya sedekah itu tidaklah hanya berupa pembelanjaan harta sahaja, bahkan kebaikan apa sahaja, sebenarnya juga merupakan sedekah. Kerana ada Hadith yang diriwayatkan secara sahih dari Rasulullah Sallallahu'alaijiwasallam yang mengisyaratkan kepada perkara tersebut,
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَةٌ
Maksudnya:"Nabi ﷺ bersabda, "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya, "Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ' Beliau bersabda:: 'Berusaha dengan tangannya, sehingga ia bisa memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ' Beliau bersabda, 'Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ' Beliau bersabda, 'Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau bersabda; menyuruh melakukan yang ma'ruf' dia berkata; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Beliau bersabda, 'Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya". Riwayat Bukhari(5563)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ ابْنِ آدَمَ صَدَقَةٌ تَسْلِيمُهُ عَلَى مَنْ لَقِيَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُهُ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيُهُ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُهُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ وَبُضْعَةُ أَهْلِهِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ رَكْعَتَانِ مِنْ الضُّحَى قَالَ أَبُو دَاوُد وَحَدِيثُ عَبَّادٍ أَتَمُّ وَلَمْ يَذْكُرْ مُسَدَّدٌ الْأَمْرَ وَالنَّهْيَ زَادَ فِي حَدِيثِهِ وَقَالَ كَذَا وَكَذَا وَزَادَ ابْنُ مَنِيعٍ فِي حَدِيثِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحَدُنَا يَقْضِي شَهْوَتَهُ وَتَكُونُ لَهُ صَدَقَةٌ قَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ وَضَعَهَا فِي غَيْرِ حِلِّهَا أَلَمْ يَكُنْ يَأْثَمُ
Maksudnya:"Dari Abu Dzar dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Setiap pagi dari setiap ruas yang di miliki oleh ibnu Adam terdapat sedekahnya, memberi salam kepada orang yang di jumpainya adalah sedekah, menyuruhkan kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran adalah sedekah, menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah dan mengauli (bersenggama) dengan isterinya adalah sedekah, dan itu semua boleh di gantikan dengan dua rakaat solat Duha." Abu Daud berkata, "Hadithnya 'Abbad lebih lengkap, namun Musaddad tidak menyebutkan kalimat "Memerintahkan (yang ma'ruf) dan mencegah (dari kemungkaran) ", dalam hadithnya ada sedikit tambahan, beliau bersabda seperti ini dan ini, Ibnu Mani' menambahkan dalam hadithnya; para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah jika salah seorang dari kami memenuhi tuntutan syahwatnya (mengauli isterinya) mendapatkan sedekah?" beliau menjawab, "Bagaimana pendapatmu jika dia meletakkan syahwatnya bukan pada yang dihalalkannya, apakah dia mendapatkan dosa?". Riwayat Abu Daud(1093).
وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ الشَّمْسُ قَالَ تَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَتُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ تَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ مَتَاعَهُ عَلَيْهَا صَدَقَةٌ وَقَالَ الْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَقَالَ كُلُّ خُطْوَةٍ يَمْشِيهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَتُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ
Maksudnya:"Dari Abu Hurairah; Dan Rasulullah ﷺ bersabda, "Setiap persendian manusia wajib untuk disedekahi setiap harinya, " beliau bersabda, "Mendamaikan antara dua orang adalah sedekah, membantu dan menaikkan barang seseorang ke atas kendaraannya adalah sedekah, " beliau bersabda lagi, "Ucapan yang baik adalah sedekah, " dan beliau juga Bersabda, "Setiap langkah menuju masjid adalah sedekah, dan menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dari jalan adalah sedekah". Riwayat Ahmad(7836)
"Setiap persendian manusia wajib untuk disedekahi setiap harinya…"
Maksud hadith ini ialah bahawa penyusunan tulang-tulang dan kesempurnaannya termasuk nikmat-nikmat Allah Azza wa Jalla yang paling besar pada hamba-Nya. Oleh kerana itu setiap tulang harus bersedekah; dan pemiliknya bersedekah mewakili setiap tulang yang ada pada dirinya, agar menjadi syukur atas nikmat tersebut. Lihat Jami’ul ‘Ulum wal Hikam 2/75
Allah Subhanahuwata'ala memberi peringatan dalam firman-Nya,
وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ
Maksudnya:"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)".
Al-Ra'du ayat 22
Ruang lingkup sedekah sangat luas, ia bukan hanya tertentu kepada suatu perkara atau perbuatan sahaja akan tetapi apa sahaja perbuatan baik adalah dikira sedekah. Nabi Sallallahu'alaijiwasallam banyak menggambarkan hal ini di dalam hadith-hadith Baginda, di antaranya,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya:"Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfa'at baginya dan anak saleh yang selalu mendoakannya". Riwayat Muslim(3084)
Ilmu bermunafaat yang diajarkan menjadi sedekah untuknya, kerana pahalanya akan berkekalan walaupun dia sudah meninggal dunia. Begitu juga dengan doa anak yang soleh yang mendoakan untuk ibu bapanya juga dikira sedekah jariah yang berkekalan sehingga hari kiamat.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, setiap hal yang baik yang dilakukan, yang memberi manfaat kepada orang lain dikira sedekah, yang berterusan pahalanya, yang diberikan kepada mereka. Sedekah bukan sahaja berkisar dari wang dan harta sahaja tetapi juga perkara-perkara lain yang disebutkan di atas.
No comments:
Post a Comment