Friday, October 1, 2021

Amalan bersedekah dan ikhlas dalam pemberian.

Amalan bersedekah dan ikhlas dalam pemberian. 

ISLAM menganjurkan umatnya berusaha dan memperolehi harta secara halal bagi mencapai kesenangan di dunia dan akhirat. 


Orang beriman dan bersyukur di atas segala nikmat yang diperolehnya akan membelanjakan hartanya pada jalan Allah.


Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah al-Muzzammil ayat 20,


…وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"...Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Al-Muzzammil Ayat 20.


Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.

Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah Subhanahuwata'ala, sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah Subhanahuwata'ala. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.


Sedekah secara umumnya adalah merangkumi sama ada yang sunat mahupun yang fardhu. Jika yang fardhu, ia dikenali dengan zakat.


Pada umumnya, bersedekah ialah amalan sunat yang banyak disebut dalam Islam. Ia pemberian ikhlas yang sebenarnya menandakan tahap keimanan seseorang, selain bukti ketaatan kepada Allah Subhanahuwata'ala. 


Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah Subhanahuwata'ala , sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Di antaranya adalah,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". Al-Baqarah ayat 246.


لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya:"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keridhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar". Al-Nisa ayat 114.


Menerusi as-Sunnah pula menyebutkan bahawa Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah mengikut kemampuannya, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya. Selepas itu, jika ada yang berlebihan daripada yang diperlukannya, maka boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ


Maksudnya:"Dari Az Zuhriy berkata, telah mengabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu'anhu dari Nabi ﷺ berkata,: "Sadaqah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu". Riwayat Bukhari(1337)

ِ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ كُلُّ نَفْسٍ كُتِبَ عَلَيْهَا الصَّدَقَةُ كُلَّ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ فَمِنْ ذَلِكَ أَنْ يَعْدِلَ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَأَنْ يُعِينَ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلَهُ عَلَيْهَا صَدَقَةٌ وَيَرْفَعَ مَتَاعَهُ عَلَيْهَا صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَمْشِي إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ


Maksudnya:"Dari Nabi ﷺ, Bahawa beliau bersabda, "Setiap jiwa diwajibkan atasnya untuk bersedekah setiap kali terbitnya matahari, di antara itu; mendamaikan antara dua orang adalah sedekah, menolong seseorang untuk menaiki kendaraan dan mengangkat barangnya ke atas kendaraannya adalah sedekah, menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah, kalimah thayyibah adalah sedekah, dan setiap langkah yang ditujukan untuk shalat adalah sedekah". Riwayat Ahmad(8254).


Amalan bersedekah juga menjanjikan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya mereka rajin bersedekah akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ …. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُهُ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ bersabda, "Ada tujuh golongan yang Allah melindungi mereka dalam lindungan-Nya pada hari kiamat, di hari ketika tiada perlindungan selain perlindungan-Nya, yaitu; …..seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu menahu terhadap amalan tangan kanannya". Riwayat Bukhari(6308)


Selain itu, amalan bersedekah juga boleh menghapuskan dosa kecil. Sebagaimana hadith daripada Muaz bin Jabal RA bahwa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ ثُمَّ قَرَأَ

{ تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنْ الْمَضَاجِعِ }

إِلَى آخِرِ الْآيَةِ


Maksudnya:"dari Mu'adz bin Jabal bahwa Nabi ﷺ bersabda, "Aku akan memberitahukan kepadamu pintu-pintu kebaikan; puasa adalah perisai, sedekah memadamkan kesalahan seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari." Kemudian beliau membaca ayat, 'Lambung-lambung mereka jauh dari tempat tidur, ' hingga akhir ayat". Riwayat Ahmad(21116)


Bukan itu sahaja, bersedekah atau berinfak tidak akan menjadikan seseorang itu miskin, bahkan mempermudahkannya memperoleh sumber rezeki. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah al-Saba’ ayat 39,


قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ


Maksudnya:"Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya".


Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka yang berada dalam kesempitan.Sebab itu, Islam sangat memuliakan orang yang sentiasa bersedekah atau menginfakkan hartanya. 


Sehinggakan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengangkat kedudukan orang yang bersedekah lebih mulia daripada orang yang menerima. 


Perkara itu dijelaskan dalam satu hadith daripada Ibn Umar Ra.huma bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى قَالَ وَالْيَدُ الْعُلْيَا يَدُ الْمُعْطِي وَالْيَدُ السُّفْلَى يَدُ السَّائِلِ

 

Maksudnya:"Dari Nafi' dari Ibnu Umar ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah." Dan beliau bersabda, "Dan tangan yang di atas adalah tangan orang yang memberi, sedangkan tangan yang di bawah adalah tangan orang yang meminta."

Riwayat al-Bukhari(1338)


Bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Allah melarang bersedekah dengan sesuatu yang tidak baik. Justeru itu  bersedekahlah dengan  yang halal, bukan haram atau subahat. Sunat pula bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayanginya, tidak kira samaada sedikit atau banyak. Bersedekahlah dengan disertai keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. 


Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala. 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". Al-Baqarah ayat 246.


Ada orang yang suka benyebut kebaikan yang dibuatnya kerana ingin dipuji dan membanggakan diri. Perbuatan itu boleh menimbulkan sikap ungkit-mengungkit yang menyakiti perasaan, lebih-lebih lagi apabila orang yang bersedekah merasa penerima tidak berterima kasih atau menganggap kecil sedekah itu.


Ini menyebabkan pihak yang menerima terasa hati dan tindakan itu seolah-olah mereka memberi kerana hendak menunjuk-nunjuk. Andaikata benarlah, maka amat malang sekali kerana mereka tidak akan mendapat apa-apa daripada perbuatan baik itu di dunia mahupun akhirat.


Mengungkit-ungkit menyebabkan hati penerima hancur serta menjatuhkan air muka mereka, selain mengakibatkan orang miskin tidak suka menerima sumbangan.


Tindakan pihak yang menyumbang mengungkit infak menunjukkan seolah-olah harta itu milik mutlak mereka hakikatnya, harta adalah nikmat serta anugerah daripada Allah Subhanahuwata'ala kepadanya.


Pemberi rezeki yang sebenar ialah Allah Subhanahuwata'ala tetapi jika mereka berasakan harta dimiliki adalah atas usaha serta ikhtiarnya sendiri, hati mereka tidak disinari cahaya keimanan.


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنَّانٌ وَلَا عَاقٌّ وَلَا مُدْمِنُ خَمْرٍ


Maksudnya:"Dari Abu Sa'id berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak akan masuk syurga mannan (orang yang mengungkit-ungkit pemberian), pendurhaka kepada orang tua dan penagih arak". Riwayat Ahmad(10790),Hasan. 


Allah Subhanahuwata'ala tidak akan memberi petunjuk ke jalan yang baik kepada mereka kerana hanya iman yang menjadi titian seorang untuk berbuat ikhlas dan menderma hartanya. Justeru, hendaklah berhati-hati supaya infak tidak menjadi sia-sia.


Riak adalah perangai orang kafir yang perlu dijauhi khususnya apabila kita memberi sumbangan atau membantu mereka yang memerlukan. Sebaliknya, pastikan diri bersih daripada unsur yang boleh mencacatkan amalan sedekah.


Infak hendaklah dikeluarkan dengan niat hati yang suci, bersih dan tidak mengharapkan apa-apa selain keredaan Allah Subhanahuwata'ala. Iman kepada Allah Subhanahuwata'ala dan hari akhirat adalah prasyarat bagi menjayakan sesuatu pekerjaan yang bermatlamatkan hari akhirat.


Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Al-An‘am Ayat 162–163


قُلۡ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٦٢ لَا شَرِيكَ لَهُۥۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ١٦٣ 



Maksudnya:"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam (163) Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". Al-An‘am ayat 162–163.


Surah al-An‘am Ayat 162–163 memberi penjelasan kepada kita tentang keikhlasan dalam beribadah.

No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...