Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. خَيْرُ الناسِ أَنفَعُهُم لِلنَّاسِ
Banyak tulisan yang membahaskan tentang pentingnya menjadi peribadi yang bermunfaat. Mengapa ramai yang tertarik dengan perbahasan ini?
Sebabnya, kerana ianya adalah salah satu dari perintah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam kepada umatnya. Sabda beliau:
خَيْرُ الناسِ أَنفَعُهُم لِلنَّاسِ
Maksudnya:“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermunafaat bagi orang lain.” Riwayat ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Ausath, juz VII, hal. 58, dari Jabir bin Abdullah r.a.
Tuntutan agar menurut perintah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pula telah ditegaskan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firman-Nya,
….وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا…..
Maksudnya:"...Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah…". Al-Hasyr Ayat 7
Menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di;
Allah memerintahkan dengan kaedah menyeluruh dan pokok yang bersifat umum. Allah berfirman,
….وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا…..
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” Ini mencakupi pokok-pokok agama dan cabang-cabangnya, baik yang lahir mahupun yang batin. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah harus dilaksanakan dan diikuti. (Apa yang Rasullullah berikan kepada kamu berupa harta, atau apa yang Rasulullah syariatkan, maka ambillah ia, dan apa yang Rasul larang kamu untuk mengambil dan melakukannya, maka hentikanlah). Lihat Tafsir as-Sa'di oleh Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di,
Di dalam hidup ini, kita tidak perlu bersusah payah untuk menjadi seseorang yang disegani, apalagi untuk ditakuti. Tetapi jadilah seseorang yang berguna bagi siapa sahaja di sekeliling diri kita. Kita wujudkan jiwa kepemimpinan dalam diri kita, agar diri kita boleh menjadi seseorang yang menjadi inspirasi kepada orang lain.
Menjadi peribadi yang bermunafaat adalah salah satu karekter yang harus dimiliki oleh setiap Muslim. Seorang Muslim lebih diperintahkan untuk memberikan munafaat kepada orang lain, bukan hanya mencari munafaat dari orang lain atau memunfaatkan orang lain untuk kebaikan diri. Ini adalah bahagian dari implementasi konsep Islam yang penuh cinta, iaitu memberi.
Sebagaimana yang diisyaratkan dalam sebuah hadith berkenaan sedekah, yang mana Rasulullah bersabda "tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah".Tangan yang di atas adalah bermaksud yang memberi (mengeluarkan infaq) sedangkan tangan yang di bawah adalah yang meminta,
عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَذَكَرَ الصَّدَقَةَ وَالتَّعَفُّفَ وَالْمَسْأَلَةَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى فَالْيَدُ الْعُلْيَا هِيَ الْمُنْفِقَةُ وَالسُّفْلَى هِيَ السَّائِلَةُ
Maksudnya:"Dari Nafi' dari Ibnu'Umar radhiallahu'anhuma berkata; Aku mendengar Nabi ﷺ. Dan telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Nafi' dari 'Abdullah bin 'Umar radhiallahu'anhu bahwa Rasulullah ﷺ bersabda ketika berada di atas mimbar, diantaranya beliau menyebut tentang sedekah dan masalah tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi (mengeluarkan infaq) sedangkan tangan yang di bawah adalah yang meminta". Riwayat Bukhari(1339)
Selain itu, munafaat yang kita berikan kepada orang lain, pada hakikatnya kesemuanya akan kembali untuk kebaikan diri kita sendiri. Sebagaimana firman Allah:
إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ…..
Maksudnya:"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua,…”. Al-Isra ayat 7.
Dan sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya:"Bahawa 'Abdullah bin 'Umar radhiallahu'anhuma mengkhabarkannya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat".Riwayat Bukhari (2442)
Dan sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah ﷺ telah bersabda, 'Barangsiapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barangsiapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Qur'an, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang ketinggalan amalnya, maka nasabnya tidak juga meninggikannya". Riwayat Muslim(4867)
Banyak cara boleh dilakukan agar menjadi orang yang bermunafaat bagi masyarakat. Boleh dengan cara menolong dalam bentuk tenaga, memberikan bantuan dalam bentuk benda, memberi pinjaman, memberikan taushiyah keagamaan, meringankan beban penderitaan, membayarkan hutang, memberi makan, melawat orang sakit dan sebagainya.
Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah menyebut tentang kelebihan orang yang sentiasa mengambil berat tentang orang dengan menziarahinya ketika sakit.Perkara dapat diketahui melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda :
مَنْ عَادَ مَرِيضًا نَادَى مُنَادٍ مِنْ السَّمَاءِ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنْ الْجَنَّةِ مَنْزِلًا
Maksudnya :” Sesiapa yang pergi melawat orang yang sakit maka akan ada suara langit yang menyerunya : Engkau akan menjadi orang yang untung (baik) dan setiap langkah engkau akan elok dan tersedia untuk engkau sebuah tempat tinggal di syurga".Riwayat Ibnu Majah (1433)
Di dalam riwayat yang lain menyebut :
مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
Maksudnya :” Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, maka dia akan sentiasa berada di jalan syurga sehinggalah dia pulang (daripada menziarahi orang tersbeut)".Riwayat Muslim (4658)
Lihatlah bagaimana Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menggalakkan umatnya untuk menziarahi orang yang sakit. Inilah antara cara untuk memberi munafaat dan mengeratkan hubungan sesama manusia khususnya sesama muslim.
Ketua yang baik juga bermunfaat bagi pekerja bawahannya, sebagaimana pemimpin yang adil pun bermunfaat bagi rakyatnya. Bahkan, membuat orang lain menjadi gembira juga termasuk amalan bermunfaat yang dicintai oleh Allah Subhanahuwata'ala.
Diantaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَنْ أَدْخَلَ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ سُرُورًا لَمْ يَرْضَ لَهُ اللَّهُ ثَوَابًا دُونَ الْجَنَّةِ
Maksudnya :” Sesiapa yang menggembirakan mana-mana orang Islam maka Allah tidak akan memberinya pahala tanpa diberikan juga syurga.”[2]
Riwayat Al-Tabarani (910) di dalam Al-Mu’jam Al-Saghir
Di dalam satu riwayat ada menyebutkan bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya tentang apakah amalan yang paling baik. Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda :
ادخالك السرور على مؤمن اشبعت جوعته او كسوت عريه او قضيت له حاجة
Maksudnya :” (Amalan yang paling baik ialah) apabila engkau menggembirakan orang mukmin yang lain. Maka engkau dianggap telah menghilangkan kelaparannya, menutup auratnya dan engkau telah tunaikan hajatnya.”
Riwayat Al-Tabarani (5081) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat
Namun ironinya , ramai orang kaya yang lebih senang naik haji berulang kali daripada membantu kaum dhuafa’ yang memerlukan bantuan. Ramai juga orang kaya berlomba-lomba membangunkan masjid mewah, sedangkan di sekelilingnya masih banyak kaum fakir-miskin yang memerkukan bantuan. Padahal, Allah tidak perlu disembah dengan indahnya masjid ataupun ibadah haji yang berulang-ulang kali.
Mengapa kita jarang berfikir untuk beramal soleh dengan cara memberi munafaat pada semua orang yang berinteraksi dengan diri kita, atau beramal soleh dengan cara berbuat baik kepada sesama makhluk Allah.
Ingatlah,bahawa sesungguhnya urusan akhirat dan urusan dunia keduanya adalah saling melengkapi diantara satu sama lain, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Maksudnya:"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan". Al-Qasas Ayat 77.
Menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaili dalam Tafsir Al-Wajiz, apa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahuwata'ala menerusi Ayat 77 surah Al-Qasas;
Carilah dalam sesuatu yang diberikan Allah kepadamu itu pahala akhirat dengan menginfakkannya untuk mencari redha-Nya dan mentaati-Nya, bukan untuk berlaku angkuh dan sewenang-wenangnya. Janganlah lupa untuk berinfak dalam hal yang dihalalkan Allah kepadamu dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba-Nya dengan bersedekah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan memberimu nikmat berupa harta dan penghormatan. Jangan kamu gunakan harta benda untuk bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya Dia tidak meredhai orang-orang yang merosak dengan berbuat maksiat di dunia dan akan membalas mereka atas perbuatan mereka
No comments:
Post a Comment