Hukum mencium jenazah
Ketika ada kematian, kita terkadang melihat sebahagian dari keluarga simati ada yang mencium jenazah tersebut. Umumnya, bahagian tubuh yang dicium adalah bahagian kening jenazah. Namun ada pula yang mencium bahagian telapak tangannya. Sebenarnya, bagaimana hukum mencium jenazah yang baru meninggal?
Mencium jenazah yang baru meninggal hukumnya adalah boleh. Tidak ada larangan untuk mencium jenazah yang baru meninggal, baik pada bahagian keningnya mahupun bahagian tangannya. Oleh karena itu, bagi keluarga jenazah, saudaranya, atau sahabat-sahabatnya dibolehkan bagi mereka untuk mencium, terutama bahagian kening dan wajahnya.
Di antara hadith yang dijadikan dasar bolehnya mencium jenazah yang baru meninggal adalah hadith riwayat Imam Abu Daud dari Jabir bin Abdillah, dia berkata;
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ عُثْمَانَ بْنَ مَظْعُونٍ وَهُوَ مَيِّتٌ حَتَّى رَأَيْتُ الدُّمُوعَ تَسِيلُ
Maksudnya:"Dari Aisyah ia berkata; aku melihat Rasulullah ﷺ mencium Utsman bin Mazh'un sementara ia telah meninggal hingga aku melihat air mata beliau mengalir". Riwayat Abu Daud(2750),Ibn Majah(1446),Ahmad(23036)
Juga berdasarkan hadith riwayat Imam Ahmad dari Ibn Abbas r.ahu, dia menceritakan;
كَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ يُحَدِّثُ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَشَفَ عَنْ وَجْهِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مَيِّتٌ بُرْدَ حِبَرَةٍ كَانَ مُسَجًّى عَلَيْهِ فَنَظَرَ إِلَى وَجْهِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ أَكَبَّ عَلَيْهِ فَقَبَّلَهُ
Maksudnya:"Ibnu Abbas pernah menceritakan bahwa Abu Bakar membuka kain berbahan kapas atau wol yang menutupi wajah Nabi ﷺ ketika beliau wafat, lalu ia menatapi wajah Nabi ﷺ kemudian memeluk dan menciumnya. Riwayat Ahmad(3291)
Abu Bakar as-Shiddiq r.a. yang mencium kening Rasulullah ketika beliau wafat,
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ قَبَّلَ بَيْنَ عَيْنَيْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مَيِّتٌ
Maksudnya:"Dari 'Aisyah bahwa Abu Bakar mencium bahagian antara kedua mata Nabi ﷺ, padahal -saat itu- beliau telah meninggal." Riwayat al-Nasei(1816)
Berdasarkan hadith-hadith di atas adalah menunjukkan bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dan sahabat Abu Bakar pernah mencium jenazah, maka para ulama berpendapat bahawa mencium jenazah, terutama bagi keluarganya dan sahabat-sahabatnya, hukumnya diperbolehkan.
Keharusan ini juga dinyatakan oleh ulama-ulama Mazhab Syafie.
Hal ini sebagaimana disebutkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmu berikut;
ﻳﺠﻮﺯ ﻷﻫﻞ اﻟﻤﻴﺖ ﻭﺃﺻﺪﻗﺎﺋﻪ ﺗﻘﺒﻴﻞ ﻭﺟﻬﻪ ﺛﺒﺘﺖ ﻓﻴﻪ اﻷﺣﺎﺩﻳﺚ
Maksudnya:"Boleh bagi keluarga mayit dan sahabatnya untuk mencium wajah mayit berdasarkan beberapa hadith-hadith sahih.
Juga dijelaskan oleh Sheikh Sulaiman al-Jamal:
Kesimpulannya sekiranya si mati itu seorang yang soleh maka sunat menciumnya secara mutlak, jika sebaliknya (si mati bukan orang soleh) maka hukumnya harus tanpa makruh seperti ahli keluarganya atau selain mereka. Hal ini sekiranya perbuatan mencium jenazah itu tidak menyebabkan timbulnya perasaan sedih dan marah (benci) sepertimana kebiasaan halnya bagi kaum perempuan. Jika sebaliknya (wujud unsur-unsur tersebut) maka hukumnya haram (mencium jenazah) seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Ie’ab. Dan hendaklah perbuatan itu dilakukan oleh yang sama jantina agar tidak menjatuhkan maruah si mati atau hendaklah dilakukan oleh sesama mahram sahaja. (Rujuk: Sulaiman al-Jamal, Hasyiyah al-Jamal, 3/684
Justeru, berdasarkan perbahasan di atas, perbuatan mencium jenazah hanya dibolehkan bagi mereka yang sama jantina atau mahram bagi si mati sahaja. Manakala bagi ajnabi adalah tidak dibolehkan mencium atau menyentuh jenazah tersebut. Hal ini disebabkan keharusan menyentuh atau mencium seseorang adalah sama ketika dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Telah dijelaskan oleh Shaikh Wahbah al-Zuhaily:
Dan diharuskan mencium si mati untuk mengambil berkat, sebagai tanda kasih sayang dan penghormatan (kepada jenazah). (Rujuk Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 2/600.
Walau bagaimanapun, meskipun hukum mencium jenazah adalah harus, namun kita hendaklah menjaga adab-adab yang telah digariskan oleh para ulama supaya tidak terjerumus ke dalam perbuatan yang haram atau makruh.
Di antara adab-adab yang disebutkan oleh para ulama ketika mencium jenazah adalah seperti berikut:
1-Perbuatan tersebut hanya boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang menjadi mahram kepada si mati sahaja.
2-Jika dia bukan terdiri daripada ahli keluarga si mati atau mahramnya, maka hendaklah antara orang yang hidup dengan si mati tersebut daripada jantina yang sama. Oleh itu, tidak boleh perbuatan ini dilakukan antara perempuan dengan lelaki ajnabi dan sebaliknya.
3-Perbuatan tersebut tidak menjatuhkan maruah si mati atau merendahkannya.
4-Boleh mengawal perasaan ketika mencium jenazah. Sekiranya seseorang tidak dapat mengawal perasaan dukacita dan kesedihan yang keterlaluan ketika itu, maka dia tidak boleh mencium jenazah tersebut.
No comments:
Post a Comment