Saturday, August 8, 2020

Hukum Nazar: Apakah Nazar terhasil dengan niat dan lintasan hati atau yang dilafazkan dengan lisan?

Hukum Nazar: Apakah Nazar terhasil dengan niat dan lintasan hati atau yang dilafazkan dengan lisan?


Nazar menurut istilah sepertimana yang disebutkan oleh para ulama’ iaitu:


اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء


Maksudnya: Mewajibkan atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak ditentukan dalam syara’, sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan sua

Pt gbp

Neay al-MO

we m u’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 2:501)

M

Dalil Nazar adalah berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala dalam al-Quran:ko f kk.

قْضُوا تَفَثَهُمْ M cوَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ


Maksudnya: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya .e vLeAu uiglvggulhiVvvu vLeAu. N hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.Surah al-Hajj ayat 29


يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا



Maksudnya:"Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana". Al-Insan ayat 7


Begitu juga dalil dari hadith, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,


مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ


Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu. Hadith riwayat al-Bukhari: (6696)


Pada Hadith di atas Nabi Sallahu'alaihiwasallam telah memberi petunjuk sekiranya seorang itu bernazar untuk melakukan sesuatu ketaatan kepada Allah Subhanahuwata'ala, maka hendaklah dia menunaikannya. Namun, jika dia bernazar kemaksiatan, maka tidak boleh dia menunaikannya.


Hukum menunaikan nazar yang dinazarkan adalah wajib, ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُوْلاً


Maksudnya: Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti akan dipersoalkan kelak. Surah Al-Isra’  ayat 34.


Nazar itu hendaklah ditunaikan apabila telah cukup syarat-syaratnya (1-orang yang bernazar(الناذر) dan 2-perkara yang dinazarkan(المنذور) ) serta ditunaikan juga menurut jenis,kadar dan waktu yang telah ditetapkan oleh orang yang bernazar. Ini kerana nazar tersebut menjadi hutang dan hak kepada Allah Subhanahuwata'ala sehinggalah dia menunaikannya. Sesungguhnya menunaikan hak dan janji yang telah dilakukan merupakan satu kewajipan yang akan dipersoal di akhirat kelak berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala pada ayat di atas.


Apakah Nazar terhasil jika sekadar berniat didalam hati atau perlu kepada berlafaz?


Dalam hal ini secara umumnya ada dua pendapat ulama':


1- Pandangan yang mengambil kira niat sebagai nazar dan wajib ditunaikan. Ini merupakan pandangan mazhab Maliki, seperti mana yang disebut oleh Imam al-Hattab, Imam Ibnul ‘Arabi dan Imam Ibn Rusyd al-Hafid (Rujuk Mawahib al-Jalil li Syarh Mukhtasar al-Khalil, 4/491, Ahkam al-Qur’an 2/548 dan Bidayatul Mujtahid 1/422)


2- Pandangan yang menganggap niat dan lintasan hati tidak dikira sebagai nazar. Ini merupakan pandangan mazhab Syafi’e dan Hanbali.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pandangan yang paling sahih dalam isu ini yang menjadi kesepakatan dalam kalangan ulama mazhab Syafi’e ialah tidak sah nazar melainkan dengan melafazkannya dengan lisan dan kata-kata, dan tidak sah sekadar dengan niat. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/451)


Hal yang sama juga dinyatakan Imam al-Mardawi al-Hanbali dimana jika seseorang itu berniat nazar tanpa kata-kata, nazar itu tidak sah, dan beliau mendapati tidak ada khilaf dalam kalangan ulama mazhab Hanbali pada hal ini. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifati al-Rajih min al-Khilaf, 11/90)


Imam Jalaluddin al-Suyuti sewaktu mensyarahkan qaedah ‘Al-Umur bi Maqasidiha menyatakan bahawa nazar secara niat di dalam hati tidak dikira sebagai nazar. (Rujuk Al-Asybah wa al-Nazha’ir 1/33)


Syeikh Zakaria bin Ahmad bin Zakaria Al-Ansari menyatakan:


كَقَوْلِ مَنْ يَصِحُّ نَذْرُهُ ‘’لِلَّهِ عَلَيَّ كَذَا’’ أَوْ ‘’عَلَيَّ كَذَا’’ بِدُونِ لِلَّهِ إذْ الْعِبَادَاتُ إنَّمَا يُؤْتَى بِهَا لِلَّهِ فَالْمُطْلَقُ فِيهَا كَالْمُقَيَّدِ عَلَى الْأَصَحِّ


Maksudnya:“Seperti ucapan mereka yang sah nazarnya: ‘Untuk Allah ke atas diriku perbuatan sekian’, ataupun ‘ke atas diriku perbuatan sekian’ tanpa sebutan ‘untuk Allah’. Kerana ibadat-ibadat ini hanya dilakukan untuk Allah. Maka sebutan secara mutlak (umum) padanya sama seperti muqayyad (terikat dengan nama Allah) menurut pendapat yang paling sahih.” [Rujuk: Al-Ghurar Al-Bariyyah (5/208)]


Mereka berhujjah dengan firman Allah Subhamahuwata'ala yang memerintahkan umat Islam untuk menunaikan nazar yang telah dilafazkan sepertimana firman Allah-Nya di dalam al-Quran:


ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ


Maksudnya: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. Surah al-Hajj ayat 29


Dan juga mereka berhujjah dengan berdasarkan hadith Nabi Sallahu'alaihiwasallam yang berikut:


إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ


Maksudnya: Allah telah memperkenankan permohonanku agar Dia memaafkan segala bisikan dalam hati dalam kalangan umatku, selagimana mereka tidak melakukannya atau melafazkannya.

Al-Bukhari (2528)


Kesimpulannya:


Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang kedua dan juga turut menasihati kaum Muslim agar tidak bernazar dengan sesuatu perkara yang akan memberatkan diri sendiri untuk menunaikannya di masa depan. Ini kerana Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam pernah bersabda:


لا تَنْذرُوا، فإنَّ النَّذْرَ لا يُغْنِي مِنَ القَدَرِ شيئًا، وإنَّما يُسْتَخْرَجُ به مِنَ البَخِيلِ


Maksudnya: Janganlah kamu untuk bernazar (dengan sesuka hati), kerana sesungguhnya nazar tidak akan mengubah daripada takdir yang telah ditentukan Allah Sallahu'alaihiwasallam sedikitpun. Hanyasanya ia dikeluarkan daripada orang yang bakhil. Muslim: (1640)


Juga jika sekiranya orang yang bernazar itu benar-benar tidak berkemampuan untuk menunaikan nazar yang telah dinazarkan tersebut, setelah dia berusaha bersungguh untuk melakukannya, maka dia hendaklah membayar kaffarah nazarnya itu. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut:


لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّـهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Maksudnya: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.

Surah al-Maidah ayat 89

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...