Wednesday, July 1, 2020

Hukum Azan dan Iqamah untuk kesemua lima solat fardhu samaada secara berjamaah atau bersendirian.

Hukum Azan dan Iqamah untuk kesemua lima solat fardhu samaada secara berjamaah atau bersendirian.

Azan telah disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Dari Abdullah bin Umar bahwasanya dia berkata;

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَا أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ ح حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَاللَّفْظُ لَهُ قَالَ حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ مَوْلَى ابْنِ عُمَرَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
كَانَ الْمُسْلِمُونَ حِينَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ يَجْتَمِعُونَ فَيَتَحَيَّنُونَ الصَّلَوَاتِ وَلَيْسَ يُنَادِي بِهَا أَحَدٌ فَتَكَلَّمُوا يَوْمًا فِي ذَلِكَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ اتَّخِذُوا نَاقُوسًا مِثْلَ نَاقُوسِ النَّصَارَى وَقَالَ بَعْضُهُمْ قَرْنًا مِثْلَ قَرْنِ الْيَهُودِ فَقَالَ عُمَرُ أَوَلَا تَبْعَثُونَ رَجُلًا يُنَادِي بِالصَّلَاةِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ

Maksudnya “Ketika orang-orang Islam datang ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari mereka berbincang mengenainya. Berkata sebahagian dari mereka : Gunakan loceng seperti loceng orang Nasrani. Sebahagian yang lain berkata : Gunakan ceropong)terompet seperti tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. Lalu Umar r.a. berkata : Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang bangun menyeru untuk sembahyang. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : “Wahai Bilal, bangun dan serulah untuk sembahyang”. Riwayat Muslim (568)

Azan adalah merupakan salah satu dari syiar agama Islam yang bertujuan untuk memberitahu bahawa telah masuknya waktu bagi solat-solat fardhu. Demikian juga iqamah dilaungkan dengan tujuan untuk memberitahu bahawa solat akan didirikan.

Azan dari segi Bahasa (اِعْلاَمٌ) iaitu pemberitahuan sesuatu samada waktu solat atau lainnya. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah At-Taubah Ayat 3 :

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ

Maksudnya: “Dan inilah perisytiharaan dari Allah dan Rasulnya kepada manusia”

Azan dari Segi Syarak

ذِكْرٌ مَخْصُوْصٌ يُعْلَمُ بِهِ وَقْتَ الصَّلاَةِ

Maksudnya:" Ucapan khusus yang diketahui dengannya waktu-waktu solat yang difardhukan".

Iqamah dari sudut bahasa berasal dari masdar (kata terbitan) أقام yang bermaksud (mendirikan). Dinamakan ia sebagai suatu zikir yang khusus kerana ia membawa kepada mendirikan solat.

Dari sudut pengamalan, ada sedikit perbezaan di antara azan dan juga iqamah. Azan disyariatkan apabila masuk sahaja waktu solat dan berfungsi sebagai memberitahu mereka yang belum hadir ke masjid bahawa telah masuknya waktu solat.  Seperti yang disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Malik bin Al-Huwairith R.A beliau berkata bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda :

فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ

Maksudnya : Maka apabila waktu solat telah masuk, hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan. Riwayat al-Bukhari (628)

Manakala iqamah pula berfungsi untuk memberitahu mereka yang telah sampai ke masjid untuk bersiap sedia mendirikan solat.Seperti yang disebut dalam sebuah hadith,

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي وَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ

Maksudnya:"Dari 'Abdullah bin Abu Qatadah dari Bapaknya berkata, "Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: "Jika iqamah telah dikumandangkan maka janganlah berdiri hingga kalian melihat aku, dan hendaklah kalian melakukannya dengan tenang". Bukhari (602)

Di sisi mazhab Imam al-Syafi’e, hukum melaungkan azan dan iqamah adalah sunat muakkad untuk kesemua lima solat fardhu. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi :

مَذْهَبُنَا الْمَشْهُورُ أَنَّهُمَا سُنَّةٌ لِكُلِّ الصَّلَوَاتِ فِي الْحَضَرِ وَالسَّفَرِ لِلْجَمَاعَةِ وَالْمُنْفَرِدِ لَا يَجِبَانِ بِحَالٍ فَإِنْ تَرَكَهُمَا صَحَّتْ صَلَاةُ الْمُنْفَرِدِ وَالْجَمَاعَةِ

Maksudnya : ‘’(Di sisi) mazhab kami (pendapat) yang masyhurnya adalah keduanya (azan dan iqamah) itu sunat bagi kesemua solat semasa hadir (tidak bermusafir) dan juga semasa musafir, bagi (solat) berjemaah dan juga solat secara bersendirian. Keduanya itu tidak wajib maka sekiranya seseorang meninggalkan keduanya maka sah solat secara bersendirian dan juga secara berjemaah’’. Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/82).

Ini adalah berdasarkan sebuah riwayat  dari Al-Aswad dan juga Alqamah keduanya berkata:

أَتَيْنَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ فِي دَارِهِ فَقَالَ أَصَلَّى هَؤُلاَءِ خَلْفَكُمْ فَقُلْنَا لاَ ‏.‏ قَالَ فَقُومُوا فَصَلُّوا ‏.‏ فَلَمْ يَأْمُرْنَا بِأَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ 

Maksudnya: Kami berdua pergi bertemu Abdullah bin Mas’ud di rumahnya lalu beliau berkata; Apakah mereka itu solat di belakang kamu ? Lalu kami menjawab: Tidak. Beliau berkata: Bangunlah kamu dan tunaikanlah solat. Dan beliau tidak menyuruh kami untuk melaungkan azan serta iqamah. Riwayat Muslim (534)

Hadith yang selengkapnya berbunyi,

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ الْهَمْدَانِيُّ أَبُو كُرَيْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ وَعَلْقَمَةَ قَالَا أَتَيْنَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ فِي دَارِهِ فَقَالَ أَصَلَّى هَؤُلَاءِ خَلْفَكُمْ فَقُلْنَا لَا قَالَ فَقُومُوا فَصَلُّوا فَلَمْ يَأْمُرْنَا بِأَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ
قَالَ وَذَهَبْنَا لِنَقُومَ خَلْفَهُ فَأَخَذَ بِأَيْدِينَا فَجَعَلَ أَحَدَنَا عَنْ يَمِينِهِ وَالْآخَرَ عَنْ شِمَالِهِ قَالَ فَلَمَّا رَكَعَ وَضَعْنَا أَيْدِيَنَا عَلَى رُكَبِنَا قَالَ فَضَرَبَ أَيْدِيَنَا وَطَبَّقَ بَيْنَ كَفَّيْهِ ثُمَّ أَدْخَلَهُمَا بَيْنَ فَخِذَيْهِ قَالَ فَلَمَّا صَلَّى قَالَ إِنَّهُ سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُؤَخِّرُونَ الصَّلَاةَ عَنْ مِيقَاتِهَا وَيَخْنُقُونَهَا إِلَى شَرَقِ الْمَوْتَى فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمْ قَدْ فَعَلُوا ذَلِكَ فَصَلُّوا الصَّلَاةَ لِمِيقَاتِهَا وَاجْعَلُوا صَلَاتَكُمْ مَعَهُمْ سُبْحَةً وَإِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَصَلُّوا جَمِيعًا وَإِذَا كُنْتُمْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَلْيَؤُمَّكُمْ أَحَدُكُمْ وَإِذَا رَكَعَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْرِشْ ذِرَاعَيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَلْيَجْنَأْ وَلْيُطَبِّقْ بَيْنَ كَفَّيْهِ فَلَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى اخْتِلَافِ أَصَابِعِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرَاهُمْ
و حَدَّثَنَا مِنْجَابُ بْنُ الْحَارِثِ التَّمِيمِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ مُسْهِرٍ قَالَ ح و حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ قَالَ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ حَدَّثَنَا مُفَضَّلٌ كُلُّهُمْ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ وَالْأَسْوَدِ أَنَّهُمَا دَخَلَا عَلَى عَبْدِ اللَّهِ بِمَعْنَى حَدِيثِ أَبِي مُعَاوِيَةَ وَفِي حَدِيثِ ابْنِ مُسْهِرٍ وَجَرِيرٍ فَلَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى اخْتِلَافِ أَصَابِعِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ رَاكِعٌ

Riwayat Muslim (534)

Juga hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abdudrrazzaq dari Abu Utsman, dia berkata;

رَأَيْتُ أَنَسًا وَقَدْ دَخَلَ مَسْجِدًا قَدْ صَلَّى فِيهِ فَأَذَّنَ، وَأَقَامَ

Maksudnya:“Aku pernah melihat Anas bin Malik masuk masjid, dan ketika itu solat sudah selesai, lalu beliau azan dan iqamah.”

Pandangan jumhur yang meliputi pandangan mazhab Imam Al-Syafi’e bahawa hukum azan dan iqamah bagi solat fardhu adalah sunat muakkad. Justeru, seseorang yang menunaikan solat di mana-mana sahaja samaada di Masjid, di surau, di musolla, di rumah sama ada secara berjemaah atau sendirian adalah disunatkan juga untuk melaungkan azan dan juga iqamah. Manakala solat yang didirikan tanpa azan dan iqamah maka hukumnya adalah makruh kerana meninggalkan perkara yang sunat namun solatnya sah. Manakala untuk solat-solat sunat, tidak disyariatkan azan dan iqamah padanya.

Ketika melakukan azan dan iqamah untuk solat fardhu sendirian, tidak perlu mengeraskan suara hingga didengar orang lain. Akan tetapi cukup dengan suara perlahan sekiranya didengar oleh diri kita sendiri. Hal ini sebagaimana telah disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj berikut;

ويكفي في أذانه إسماع نفسه بخلاف أذان الإعلام للجماعة فيشترط فيه الجهر بحيث يسمعونه

Maksudnya:“Cukup azannya munfarid (orang yang solat fardhu sendirian) terdengar oleh telinganya sendiri. Hal ini berbeza dari azan pengumuman masuk waktu dengan tujuan solat berjamaah yang tentu saja disyaratkan dengan suara keras agar terdengar oleh mereka”.

Meskipun solat seseorang yang meninggalkan iqamah itu sah, hukumnya tetap makruh. Adalah lebih afdhal dan dituntut untuk seseorang itu tetap melakukan azan dan iqamah sebelum solat untuk keluar dari khilaf ke atas pandangan ahli ilmu yang menyatakan hukumnya wajib. Dalam kitab Minhaj al-Thalibin, Imam Nawawi berkata sebagai berikut;

فَصْلٌ الْأَذَانُ وَالْإِقَامَةُ سُنَّةٌ، وَقِيلَ فَرْضُ كِفَايَةٍ، وَإِنَّمَا يُشْرَعَانِ لِمَكْتُوبَةٍ، وَيُقَالُ فِي الْعِيدِ وَنَحْوِهِ: الصَّلَاةَ جَامِعَةً. وَالْجَدِيدُ: نَدْبُهُ لِلْمُنْفَرِدِ

Maksudnya:“(Pasal) hukum azan dan iqamah adalah sunah. Tetapi ada ulama yang mengatakan, fardhu kifayah. Azan dan iqamah hanya dilakukan untuk solat wajib. Sementara untuk solat ‘Id dan sejenisnya cukup dengan الصَّلَاةَ جَامِعَةً.’ Menurut qaul jadid, azan dianjurkan bagi orang yang solat sendirian.”

No comments:

Post a Comment

Kematian, Ziarah kematian, solat jenazah dan mengiringi jenazah kekubur

Kematian, Ziarah kematian, solat jenazah dan mengiringi jenazah kekubur Kematian adalah suatu kenyataan yang pasti dihadapi oleh setiap makh...