Thursday, June 25, 2020

Hukum berbilang jumaat di satu daerah/ تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ. (Hukum mengerjakan solat Jumaat di dua masjid atau lebih di dalam satu kampung atau desa atau di penempatan Muslim.

Hukum  berbilang jumaat di satu daerah/ تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ. (Hukum mengerjakan solat Jumaat di dua masjid atau lebih di dalam satu kampung atau desa atau di penempatan Muslim. 

Firman Allah Subhanahuwata'ala ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah al-Jumu‘ah ayat 9.

Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat. Solat Jumaat adalah sebagai ritual mingguan yang rutin bagi Muslim yang mukallaf, menjadi penopang syiar yang efektif dalam membentuk sebuah tradisi jama’i, iaitu kenginan untuk berpegang kepada tali Allah dalam rangka berjuang mengangkat panji-panji Islam.

Solat Jumaat ini dibebankan secara wajib (taklif) bagi muslim  laki-laki, baligh, berakal, merdeka, bermastautin dengan tanpa ada udzur syar'i. Taklif ini menurut mazhab Syafi'i adalah fardu ain/kewajiban individu. Secara konkrit, perintah dalam  ayat “فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ” (maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah) jelas menunjukkan kewajipan. Kerana tujuan dari bersegera dalam ayat itu diperintahkan sebagai kewajipan, maja tujuannya pun. menjadi wajib. Ertinya kerana tujuan dari bersegera kepada solat Jumaat, bererti solat Jumaat juga menjadi wajib.

Selain itu, solat Jumaat juga adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/198)] Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, dia mendengar Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda :

نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِى فُرِضَ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ، الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ

Maksudnya : “Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat walaupun mereka (umat terdahulu) diberikan kitab (syariat samawi) sebelum kita. Hari Jumaat ialah hari yang telah difardhukan atas mereka (untuk mendampingkan diri kepada Allah) tetapi mereka telah mempertikaikannya. Lalu Allah memberi petunjuk kepada kita sedangkan mereka menerima hari-hari berikutnya, iaitu Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pula pada hari Ahad.” [HR al-Bukhari (876) dan Muslim (855)]

Ada empat syarat sah solat Jumaat, satu darinya adalah:

1-Solat Jumaat hendaklah didirikan di dalam kawasan binaan, sama ada di bandar atau di kariah yang mempunyai penduduk yang bermustautin tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat-syarat wajib mendirikan Jumaat.
[Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/202-203)]

Juga menurut pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi’ei, tidak diperbolehkan mendirikan dua jumaat atau lebih dalam satu kampung atau desa tanpa ada hajat. 

Imam al-Syirbini (الشربيني) menyebutkan salah satu alasan mazhab ini;

لِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْخُلَفَاءُ الرَّاشِدِينَ لَمْ يُقِيمُوا سِوَى جُمُعَةٍ وَاحِدَةٍ ، وَلِأَنَّ الِاقْتِصَارَ عَلَى وَاحِدَةٍ أَفْضَى إلَى الْمَقْصُودِ مِنْ إظْهَارِ شِعَارِ الِاجْتِمَاعِ وَاتِّفَاقِ الْكَلِمَةِ

Maksudnya:“Kerana Nabi Saliahu'alaihiwasallam dan para khulafa rasyidin tidak pernah melaksanakan solat jumaat kecuali satu jemaah saja. Dan itu juga kerana menyatukan jamaah pada satu jumaat lebih nyata mencapai maksud jumaat yang merupakan syiar dan persatuan umat” (Mughni al-Muhtaj 1/281)

Dr. Wahbah al-Zuhaili ada menyebutkan bahawa :

أن الجمعة تتطلب الاجتماع

Maksudnya : “Sesungguhnya solat Jumaat menuntut kepada perhimpunan manusia.” (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/249) 

Diantara dalil yang dipakai oleh mazhab Syafi'ei adalah bahawa ketika Nabi Sallahu'alaihiwasallam hidup di Madinah dahulu, apabila tiba hari jumaat, semua orang berbondong-bondong datang ke masjid Nabawi untuk melaksanakan solat jumaat.

Sayyidah A’isyah pernah berkata:

كَانَ النَّاسُ يَنْتَابُونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مِنْ مَنَازِلِهِمْ وَالْعَوَالِيِّ

Maksudnya:"Manusia (muslim) ketika hari jumaat berdoyong-doyong (ke masjid Nabawi untuk solat jumaat) dari rumah-rumah mereka dan ‘awali (pemukiman yang jaraknya sekitar 3 mil)”. Riwayat al-Bukhari.

Padahal ketika itu, solat berjamaah tidak hanya dilakukan di masjid Nabawi, tetapi ada juga  dilaksanakan tempat-tempat sahabat atau di dusun-dusun sahabat lain. Yang menjadi Imam adalah tokoh-tokoh dari kalangan para sahabat yang ‘Alim dan Faqih seperti Mu’adz bin Jabal yang masyhur dengan cerita kaumnya yang marah kerana beliau pada suatu ketika pernah menjadi Imam kepada kaumnya namun dengan membaca bacaan terlalu panjang. Atau juga Amr bin Salamah (Riwayat al-Bukhari) yang menjadi Imam ketika beliau masih sangat kecil kerana hanya beliau satu-satunya yang paling banyak hafalan Qur’an di antara para warga dusunnya ketika itu. 
Namunpun begitu apabila tiba hari jumaat, semua orang dan para sahabat yang ada mempunyai jamaah solat sendiri tadi tidak mengadakan solat jumaat seperti solat 5 waktu ditempat mereka masing-masing, akan tetapi mereka berkumpul dan berjalan bersama menuju ke masjid Nabawi untuk mengadakan solat Jumaat. Ini yang menjadi sandaran dalil bahawa solat jumaat itu wajib disatukan dan difokuskan dalam satu tempat, tidak terpisah-pisah.

Oleh kerana itu, mazhab Syafi'ie berpendapat bila terdapat dua jumaat dalam satu kampung atau desa, maka yang sah adalah jumaat yang pertama kali melakukan takbiratul ihram, sedangkan jumaat yang kedua tidak sah. Dan apabila takbiratul ihramnya bersamaan, maka kedua jumaat tersebut tidak sah.

Walaupun begitu, mungkin pendapat mazhab Imam al-Syafi’i ini agak sulit dilaksanakan apabila berhadapan dengan masyaqqah (keberatan) bagi mereka seandainya mereka dituntut untuk melakukan Jumaat hanya di satu tempat atau disatu masjid sahaja.

Kadang-kadang berlaku disesetangah kampung atau desa atau penempatan yang padat dengan penduduk Muslim. Sehingga disesetengah tempat, rumah berhimpitan diantara satu sama lain, sehingga sulit untuk menentukan satu kampung dengan yang lain. Masjid pula hanya boleh menampung ratusan orang saja, sedang dalam satu waktu di daerah tertentu, jumlah orang yang ada boleh mencapai ribuan, kalau dipaksakan juga solat jumaat di satu tempat, tentu akan menyulitkan. Masjid pula jika  dipaksakan untuk memenuhkan jamaah yang ramai maka sudah pastinya saf-saf solat akan melebar ke jalan-jalan raya.

Juga didapati di beberapa daerah, jarak rumah sebahagian penduduknya dengan tempat pelaksanaan Jumaat terlampau jauh, kerana luasnya daerah tersebut. Hal ini menimbulkan masyaqqah (keberatan) bagi mereka seandainya mereka dituntut untuk melakukan Jumaat di satu tempat.

Justeru itu,bolehkah bagi sebahagian penduduk tersebut mendirikan Jumaat kedua kerana mapsyaqqah(keberkatan) tersebut? 

Jikalau dalam keadaan seperti ini, apakah masih dikatakan bahawa salah satu jumaat di kampung tersebut batal dan tidak sah kerana ada jumaat lain dalam satu kampung tersebut? 

Imam al-Syirbini mempunyai jawapannya, beliau mengatakan;

إلَّا إنْ كَثُرَ أَهْلُهُ أَيْ : أَهْلُ مَحَلِّهَا ( وَعَسُرَ اجْتِمَاعُهُمْ بِمَكَانٍ ) وَاحِدٍ فَيَجُوزُ تَعَدُّدُهَا لِلْحَاجَةِ بِحَسَبِهَا ؛ لِأَنَّ الشَّافِعِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَخَلَ بَغْدَادَ وَأَهْلُهَا يُقِيمُونَ بِهَا جُمُعَتَيْنِ وَقِيلَ ثَلَاثًا فَلَمْ يُنْكِرْ عَلَيْهِمْ

Maksudnya:“kecuali kalau banyak jumlah penduduknya sehingga sulit untuk berkumpul dalam satu tempat. Maka boleh untuk dilaksanakan jumaat dalam 2 tempat atau lebih dengan hajat itu; kerana Imam al-Syafi’i ketika berada di Baghdad mendapati pendudukunya melaksanakan solat Jumaat 2 bahkan 3 kali dan beliau tidak mengingkarinya” (Mughni al-Muhtaj 1/281)   

Berdasarkan dari kenyataan Imam al-Syirbini, maka jelaslah bahawa pendapat mazhab Syafi'i tentang wajibnya satu jumaat dalam satu kampung ternyata tidak mutlak. Dengan ertinya kewajipan itu dilaksanakan jika memang memungkinkan keadaan dan tempatnya pula. Jikalau tidak memungkinkan, maka tidak mengapa untuk mengadakan solat jumaat berulang atau berbilang-bilang tempat dalam satu kampung.

Dalam hal ini, Abu Yahya Zakariya bin Syaraf Al-Nawawi yang lebih dikenal dengan Imam al-Nawawi menulis dalam kitab 
 روضة الطالبين وعمدة المفتين dalam "كتاب صلاة الجمعة" :

الشرط الثالث : أن لا يسبق الجمعة ، ولا يقارنها أخرى . قال الشافعي - رحمه الله - : ولا يجمع في مصر - وإن عظم ، وكثرت مساجده - إلا في موضع واحد . وأما بغداد ، فقد دخلها الشافعي - رحمه الله - وهم يقيمون الجمعة في موضعين . وقيل : في ثلاثة ، فلم ينكر عليهم . واختلف أصحابنا في أمرها على أوجه . أصحها : أنه إنما جازت الزيادة فيها على جمعة ، لأنها بلدة كبيرة يشق اجتماعهم في موضع واحد ، فعلى هذا تجوز الزيادة على الجمعة الواحدة في جميع البلاد ، إذا كثر الناس وعسر اجتماعهم ، وبهذا قال أبو العباس ، وأبو إسحاق ، وهو الذي اختاره أكثر أصحابنا تصريحا وتعريضا . وممن رجحه : القاضي ابن كج ، والحناطي - بالحاء المهملة المفتوحة ، وتشديد النون - والقاضي الروياني ، والغزالي 
Maksudnya: "Saat berada di Baghdad Imam Syafi'ei tidak mengingkari adanya kenyataan bahawa solat Jumaat di sana dilakukan di dua atau tiga tempat yang berbeza sekaligus. Para ulama mazhab Syafi'ei menafsiri sikap Imam Syafi'ei dalam soal Baghdad tersebut dengan beragam pendapat:

Pertama dan yang paling sah, kerana Baghdad merupakan kota besar yang sulit mengumpulkan jamaah dalam satu tempat. Dalam keadaan ini maka boleh mengadakan lebih dari satu Jumaat  di satu kota/desa. Ini adalah pendapat Abul Abbas, Abu Ishaq dan menjadi pandangan maoriti ulama Syafi'ei dan sudah ditarjih oleh Qadhi Ibnu Kajj, Hannati, Qadhi Rauyani dan Imam Ghazali. 

Selaras pula dengan kaedah fiqh,

الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ

Maksudnya:" Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan"

Dalil sandaran daripada Al-Quran, diantaranya adalah firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-Baqarah ayat 185,
                                                       
 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ 

Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Maksud kaedah:

"Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahuwata'ala, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. 
Contohnya: Orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.

Adapun pandangan lain ulama Mazhab Syafi'ei dalam menafsiri sikap Imam Syafi'ei dalam soal Jumaat lebih dari satu di Baghdad adalah sebagai berikut:

والثاني : إنما جازت الزيادة فيها ، لأن نهرها يحول بين جانبيها فيجعلها كبلدتين . قاله أبو الطيب ابن سلمة . وعلى هذا لا يقام في كل جانب إلا جمعة . فكل بلد حال بين جانبيه نهر يحوج إلى السباحة ، فهو كبغداد . واعترض عليه ، بأنه لو كان الجانبان كبلدين ، لقصر من عبر من أحدهما إلى الآخر ، والتزم ابن سلمة المسألة ، وجوز القصر . والثالث : إنما جازت الزيادة ، لأنها كانت قرى متفرقة ، ثم اتصلت الأبنية ، فأجري عليها حكمها القديم ، فعلى هذا يجوز تعدد الجمعة في كل بلد هذا شأنه . واعترض عليه أبو حامد بما اعترض على الثاني . ويجاب بما أجيب في الثاني . وأشار إلى هذا الجواب صاحب " التقريب " . والرابع : أن الزيادة لا تجوز بحال ، وإنما لم ينكر الشافعي ، لأن المسألة اجتهادية ، وليس لمجتهد أن ينكر على المجتهدين . وهذا ظاهر نص الشافعي - رحمه الله - المتقدم . واقتصر عليه الشيخ أبو حامد وطبقته ، لكن المختار عند الأكثرين ما قدمناه

Maksudnya: 
Kedua, bolehnya solat jumaat di dua masjid di Baghdad kerana sungainya berada di antara dua sisi sehingga terkesan seperti dua kota/tempat seperti dikatakan oleh Abu Tayyib Ibnu Salamah. Oleh karena itu, maka tidak ditempati dalam setiap sisi kecuali satu jumaat. Maka setiap kota yang terdapat sungai di antara dua sisinya, maka itu seperti Baghdad (ertinya boleh dua masjid dan dua jumaat). Pendapat ini ditentang: bahawa kalau dua sisi itu seperti dua kota/desa nescaya orang yang menyeberang sungai dari satu sisi ke sisi yang lain boleh mengqashar solat. Ibnu Salamah mengesahkan hal itu dan boleh mengqashar solat.

Ketiga, Bolehnya lebih dari satu jumaat dan satu masjid kerana Baghdad dahulunya adalah terdiri dari beberapa desa yang terpisah lalu tersambung oleh sejumlah bangunan lalu Imam Syafi'ei memperlakukan hukum Qaul Qadim oleh kerana itu boleh dilakukannya jumaat lebih dari satu dalam setiap kota. Pandangan ini ditentang oleh Abu Hamid (al Ghazali) sebagaimana pada hujah kedua. Dan dijawab sebagaimana jawapan kedua. Secara tersirat jawapan ini ditunjukkan oleh pengarang kitab At Taqrib. 

Keempat, lebih satu jumaat dalam satu kota tidak boleh. Bahawa Imam Syafi'ei tidak mengingkari adanya dua Jumaat karana ini masalah ijtihad. Tidak boleh seorang mujtahid mengingkari pendapat mujtahid lain.

Kesimpulannya:

Pendapat yang asah (الأصح) dalam mazhab Syafi'ei adalah dibolehkan solat berbilang jumaat di satu daerah ( تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ) kerana ada kesulitan untuk berkumpul  ( عُسْرَ الإجْتِمَاعِ ). 
Ulama' mazhab Syafi'ei menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan kesulitan untuk berkumpul itu ada tiga :

1- Jamaah terlalu ramai sehingga masjid tidak mungkin menampung kesemua jamaah solat Jumaat. ضَيِّقُ المكان (Tempat/Masjid sempit)
2- Adanya permusuhan antara dua golongan dengan syarat-syaratnya. عداوة (adanya permusuhan)
3- Jarak batas daerah dengan daerah lain berjauhan sehingga suara azan tidak terdengar. أَطْرَافِ الْبَلَدِ ( Jauhnya pinggir-pinggir negeri)

Di dalam kitab Shulh al-Jama’atain bi Jawaz Ta’addud al-Jum’atain karya Ahmad Khatib al-Minangkabawi ada menyebut,

 إِذَا عَرَفْتَ أَنَّ أَصْلَ مَذْهَبِ الشَّافِعِيِّ عَدَمُ جَوَازِ تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ وَأَنَّ جَوَازَ تَعَدُّدِهِ أَخَذَهُ اْلأَصْحَابُ مِنْ سُكُوْتِ الشَّافِعِيِّ عَلَى تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَغْدَادَ وَحَمَّلُوْا الْجَوَازَ عَلَى مَا إِذَا حَصَلَتِ الْمَشَقَّةُ فِي الاجْتِمَاعِ كَالْمَشَقَّةِ الَّتِيْ حَصَلَتْ بِبَغْدَادَ وَلَمْ يُضْبِطُوْهَا بِضَابِطٍ لَمْ يَخْتَلِفْ فَجَاءَ الْعُلَمَاءُ وَمَنْ بَعْدَهُمْ وَضَبَطَهَا كُلُّ عَالِمٍ مِنْهُمْ بِمَا ظَهَرَ لَهُ

 وَبَنَى الشَّعْرَانِيُّ أَنَّ مَنْعَ التَّعَدُّدَ لِأَجْلِ خَوْفِ الْفِتْنَةِ وَقَدْ زَالَ. فَبَقِيَ جَوَازُ التَّعَدُّدِ عَلَى اْلأَصْلِ فِيْ إِقَامَةِ الْجُمْعَةِ وَقَالَ أَنَّ هَذَا هُوَ مُرَادُ الشَّارِعِ وَاسْتَدَلَّ عَلَيْهِ بِأَنَّهُ لَوْ كَانَ التَّعَدُّدُ مَنْهِيًّا بِذَاتِهِ لَوَرَدَ فِيْهِ حَدِيْثٌ وَلَوْ وَاحِدًا وَالْحَالُ أَنَّهُ لَمْ يَرِدْ فِيْهِ شَيْءٌ فَدَلَّ ذَلِكَ عَلَى أَنَّ سُكُوْتَ النَّبِيِّ كَانَ لِأَجْلِ التَّوْسِعَةِ عَلَى أُمَّتِهِ

Maksudnya:“Jika Anda tahu, bahawa dasar mazhab Syafi’ei tidak memperbolehkan solat Jumaat lebih dari satu di satu daerah. Namun kebolehannya telah diambil oleh para Ashhab dari diamnya Imam Syafi’ei atas jumaat lebih dari satu di kota Baghdad, dan para Ashhab memahami kebolehannya pada situasi para jamaah sulit berkumpul, seperti kesulitan yang terjadi di Baghdad, mereka pun tidak memberi ketentuan kesulitan itu yang tidak (pula) diperselisihkan, lalu muncul para ulama dan generasi sesudahnya, dan setiap ulama menentukan kesulitan tersebut sesuai dengan pemahaman mereka.

As-Sya’rani menyatakan bahawa pencegahan jumaat lebih dari satu adalah kerana kekhawatiran tertentu dan hal itu sudah hilang. Kebolehan jumaat lebih dari satu itu juga berdasarkan hukum asal tentang pelaksanaan solat Jumaat. Beliau berkata: “Inilah maksud (Nabi Sallahualaihiwasallam.) pembawa syari’ah.” Beliau berhujah, bahawa bila pendirian solat Jumaat lebih dari satu itu dilarang secara zatnya, nescaya akan terdapat hadith yang menerangkannya, meskipun hanya satu. Sementara tidak ada satupun hadith yang menyatakan begitu. Maka hal itu menunjukkan bahawa diamnya Nabi Sallahu'alaihiwasallam. Itu bertujuan memberi kelonggaran kepada umatnya.”

Dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin karya Abdurrahman bin Muhammad Ba’lawi menyebutkan bahawa,

 وَالْحَاصِلُ مِنْ كَلَامِ الْأَئِمَّةِ أَنَّ أَسْبَابَ جَوَازِ تَعَدُّدِهَا ثَلَاثَةٌ ضَيِّقُ مَحَلِّ الصَّلَاةِ بِحَيْثُ لَا يَسَعُ اْلُمجْتَمِعِينَ لَهَا غَالِبًا وَالْقِتَالُ بَيْنَ الْفِئَتَيْنِ بِشَرْطِهِ وَبُعْدُ أَطْرَافِ الْبَلَدِ بِأَنْ كَانَ بِمَحَلٍّ لَا يُسْمَعُ مِنْهُ النِّدَاءِ أَوْ بِمَحَلٍّ لَوْ خَرَجَ مِنْهُ بَعْدَ الْفَجْرِ لَمْ يُدْرِكْهَا إِذْ لَا يَلْزَمُهُ السَّعْيُ إِلَيْهَا إِلَّا بَعْدَ الْفَجْرِ

Maksudnyanya; “Dan kesimpulan pendapat para imam adalah boleh mendirikan jumaat lebih dari satu tempat kerana tiga sebab. (i) Tempat solat Jumaat yang sempit, yakni tidak cukup menampung para jamaah Jumaat secara umum. (ii) Pertikaian antara dua kelompok masyarakat dengan syaratnya. (iii) Jauhnya hujung desa, iaitu bila seseorang berada di satu tempat (hujung desa) tidak boleh mendengar azan, atau di tempat yang bila ia pergi dari situ setelah waktu fajar ia tidak akan menemui solat Jumaat, sebab ia tidak wajib pergi jumaat melainkan setelah fajar.”

Faktor jauhnya jarak menuju tempat jumaat; jauhnya tempat adakalanya disebabkan seseorang berada pada sebuah tempat yang tidak dapat terdengar azan Jumaat di tempat tersebut, atau berada pada tempat yang seandainya ia berangkat dari tempat tersebut setelah terbit fajar, maka tidak dapat menemui Jumaat.

Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur menegaskan: 

والحاصل من كلام الأئمة أن أسباب جواز تعددها ثلاثة ضيق محل الصلاة بحيث لا يسع المجتمعين لها غالباً، والقتال بين الفئتين بشرطه، وبعد أطراف البلد بأن كان بمحل لا يسمع منه النداء، أو بمحل لو خرج منه بعد الفجر لم يدركها، إذ لا يلزمه السعي إليها إلا بعد الفجر اهـ 

Maksudnya:“Kesimpulan dari kenyataan para imam, sebab-sebab diperbolehkannya berbilangnya Jumaat ada tiga. Pertama, sempitnya tempat solat, dengan sekira tidak dapat menampung jamaah Jumaat menurut keumumannya. Kedua, pertikaian di antara kedua kubu sesuai dengan syaratnya. Ketiga, jauhnya sisi kampung atau desa, dengan sekira berada pada tempat yang tidak terdengar azan atau di tempat yang seandainya seseorang keluar dari tempat tersebut setelah fajar, ia tidak akan menemui Jumaat, sebab tidak wajib baginya menuju tempat Jumaat, kecuali setelah terbit fajar subuh.” (Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, Bughyah al-Mustarsyidin, Beirut-Dar al-Fikr, 1995, halaman 51) 

Berkata guru besar ulama mazhab Syafi’ei, Syaikhul Islam Zakariyya al-Anshari,

  فإن كانوا أقل من أربعين أو أهل خيام مثلا ونداء بلد الجمعة يبلغهم لزمتهم وإن لم يبلغهم فلا لخبر الجمعة على من سمع النداء رواه أبو داود بإسناد ضعيف لكن ذكر له البيهقي شاهدا بإسناد جيد

Maksudnya: “Bila mereka kurang dari 40 orang atau statusnya penduduk perkemahan, sementara azan tempat berlangsungnya Jumaat sampai pada mereka, maka wajib bagi mereka untuk jumaat (ke daerah tetangga tersebut), bila tidak terdengar azan, maka tidak wajib Jumaat. Kerana hadith Nabi, sollat Jumat wajib atas orang yang mendengar azan. Hadith riwayat Abu Daud dengan sanad yang lemah, namun Imam al-Baihaqi menyebutkan dalil pendokung bagi hadith tersebut dengan sanad yang baik (hasan).” (Zakariyya al-Anshari, Asna al-Mathalib, juz 1, halaman 263). 

Hadith yang dimaksudkan adalah, sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam :

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka tidaklah yang keuzuran menghalangnya dari mengikutinya (hadir solat berjamaah)”. Para sahabat bertanya : “Apa maksud uzur ?”. Jawab Rasulullah SAW: “Ketakutan atau sakit.”

Riwayat Abu Daud (551) dan al-Daraqutni (1/420)






1 comment:

  1. salam ust...
    adakah hal keadaan COIV ini memboleh kan kita mendirikan jumaat berbilang bilang dalam satu qariah atas alasan sukar untuk menghimpun jemaah yang banyak dalam satu kawasan.. jika ia dibolehkan kenapa jbtn jbtn mufti tidak mencadangkan demikian.

    ReplyDelete

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...