Sunday, June 21, 2020

Bolehkah solat Jumaat tidak ditempat yang biasa disebut sebagai Masjid?

Bolehkah solat Jumaat tidak ditempat yang biasa disebut sebagai Masjid?

Masjid dan surau sinonim sebagai tempat ibadat bagi orang Islam terutamanya sebagai tempat mengerjakan sembahyang fardu dan sunat secara berjemaah. Masjid ditafsirkan dalam seksyen 2, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 sebagai suatu bangunan:
a. yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam; dan
b. yang penggunaannya sebagai yang sedemikian dibenarkan oleh Majlis di 
bawah seksyen 98,dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seskyen itu.
Sehubungan itu, menurut undang-undang, tempat ibadat bagi orang Islam seperti masjid dan surau ini adalah menjadi urusan hal ehwal agama Islam di peringkat negeri. Bidang kuasa negeri-negeri adalah berdasarkan peruntukan dalam Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan:

Sebenarnya masjid dan surau bukan sahaja menjadi tempat ibadat bagi orang Islam terutamanya sebagai tempat mengerjakan sembahyang fardu secara berjemaah, malahan ia adalah lambang perpaduan dan kesatuan umat Islam seluruhnya. 

Definisi Masjid

Masjid (مَسْجِد) pada bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara’nya boleh ditakrifkan kepada dua: Tempat permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:

وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا

Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”
Riwayat al-Bukhari (438)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf masjid itu ialah tempat yang disediakan bagi mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya. (Lihat Mu‘jam Lughat Al-Fuqaha, hlm. 428 dan Ahkam al-Sajid, hlm. 26-27).

Al-Zajjaj berkata: “Setiap tempat diibadatkan padanya dinamakan dengan masjid seperti hadis di atas.” (Lihat Taj al-‘Arus, 8/174)

Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah, di antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan.

Jika setakat yang ditanda sebagai sempadan itu hanyalah tiang saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai, atau oleh pewakaf – jika ia masjid wakaf – maka yang berada di luar sempadannya tiada dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hakam masjid seperti iktikaf.

Sehubungan dengan ini, kalau ada orang yang berkata: “Aku jadikan tempat ini sebagai masjid”, maka jadilah tempat itu sebagai masjid, iaitu setakat mana luas atau besarnya tempat yang dimaksudkannya sebagai masjid itu, manakala kawasan yang di luarnya tidak turut menjadi masjid. Dalam hal ini Imam al-Zarkasyi ada menyebutkan: “Sekiranya seseorang berkata: “Aku jadikan sebidang tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al‑Wajiz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (Lihat Ahkam al-Sajid, hlm. 396)

Solat Jumaat

Syariat Islam mewajibkan bagi umat Islam dalam kalangan lelaki, baligh, berakal, orang yang bermukim di sesuatu tempat dan tidak mempunyai keuzuran, untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah. Ini berdasarkan dalil daripada al-Quran, hadith dan Ijma’. Allah Subhanahuwata'ala berfirman di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Surah al-Jumu’ah ayat 9.

Imam al-Sarkhasi dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa arahan untuk bersegera tersebut tidak memberi makna lain kecuali makna wajib, serta arahan untuk meninggalkan jual-beli yang pada asal hukumnya adalah harus kerana solat Jumaat menunjukkan kewajipan solat tersebut. (Rujuk al-Mabsuth lil Sarkhasi, 2:21)

Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat. Selain itu, solat Jumaat juga adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/198)] Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :

نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِى فُرِضَ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ، الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ

Maksudnya : “Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat walaupun mereka (umat terdahulu) diberikan kitab (syariat samawi) sebelum kita. Hari Jumaat ialah hari yang telah difardhukan atas mereka (untuk mendampingkan diri kepada Allah) tetapi mereka telah mempertikaikannya. Lalu Allah memberi petunjuk kepada kita sedangkan mereka menerima hari-hari berikutnya, iaitu Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pula pada hari Ahad.” [HR al-Bukhari (876) dan Muslim (855)]

Begitu juga, sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ

Maksudnya: Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.
Riwayat Abu Daud, (1:644)

Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat. Selain itu, solat Jumaat juga adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/198)] Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :

نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِى فُرِضَ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ، الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ

Maksudnya : “Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat walaupun mereka (umat terdahulu) diberikan kitab (syariat samawi) sebelum kita. Hari Jumaat ialah hari yang telah difardhukan atas mereka (untuk mendampingkan diri kepada Allah) tetapi mereka telah mempertikaikannya. Lalu Allah memberi petunjuk kepada kita sedangkan mereka menerima hari-hari berikutnya, iaitu Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pula pada hari Ahad.” [HR al-Bukhari (876) dan Muslim (855)]

Disamping itu, telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama’ berkenaan kewajipan solat Jumaat ke atas orang lelaki, muslim, baligh, yang bermukim di sesuatu tempat dan tiada keuzuran baginya yang membolehkan dia meninggalkan solat Jumaat secara berjemaah. (Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27:193). Berdasarkan dalil dan hujah di atas, jelaslah kepada kita tentang kewajipan solat Jumaat yang dilaksanakan secara berjemaah.

Bolehkah solat Jumaat tidak ditempat yang biasa disebut Masjid?

Solat Jumaat memang biasanya dilakukan di masjid, al-Jami’ atau masjid jami’. Semua tempat yang biasa dijadikan tempat berjamaah solat lima waktu disebut dengan masjid. Adapun disebut masjid jami’ atau hanya al-jami’ tanpa tambahan masjid, jika masjid itu digunakan untuk solat jumaat. Maka setiap al-Jami’ pasti masjid, dan tidak sebaliknya.

Solat Jumaat di masjid, al-Jami’ atau Masjid Jami' adalah diantara salah satu syiar Islam dan juga  adanya syariat solat jumaat. Dimana seorang muslim laki-laki yang merdeka, sihat, dan tidak  bermusafir berkumpul di satu tempat, untuk mendengarkan khutbah dan melaksanakan solat jumaat berjamaah.

Syeikh Khalil bin Ishaq al-Maliki (w. 776 H) menyebutkan:

وإنما يوصف بأنه جامع لاجتماع الناس كلهم فيه لصلاة الجمعة

(Suatu tempat) disebut al-Jami’ karena digunakan untuk berkumpul melaksanakan solat jumaat. (Khalil bin Ishaq al-Maliki w. 776 H, at-Taudhih fi Syarh Mukhtashar ibn al-Hajib, h. 2/ 55)

Pembahasan disini adalah lebih khusus pada keadaan tidak adanya masjid yang mengadakan solat jumaat, atau ada tetapi berada di daerah yang sangat jauh.

Namun jika sudah ada masjid yang dekat dan tidak ada halangan syar’i untuk melaksanakan solat jumaat di masjid, maka tidak boleh ada dua solat jumaat di tempat yang berdekatan. Maka hendaklah solat jumaat dilaksanakan di masjid tersebut dengan sekuasa mungkin sebagai suatu dari tuntutan untuk menyatukan ummat.

Masjid yang dibangun atas dasar ingin membuat perpecahan umat islam, kerana riya’ atau sum’ah oleh para ulama dilarang solat disitu, kerana masjid seperti itu digolongkan masjid dhirar.

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ ۚ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ ۖ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ 

Maksudnya:"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah,”kami tidak menghendaki selain kebaikan.”Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). at-Taubah/9 ayat 107.

Hal ini sebagaimana telah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi (w. 671 H) ketika menafisiri ayat masjid dhirar:

قال علماؤنا: وكل مسجد بني على ضرار أو رياء وسمعة فهو في حكم مسجد الضرار لا تجوز الصلاة فيه

Maksudnya:"Ulama kita mengatakan: Setiap masjid yang dibangun dalam rangka membahayakan kaum muslimin, kerana riya’ atau sum’ah maka hukumnya sebagaimana masjid dhirar, tidak dibolehkan shalat disana (Syamsuddin al-Qurthubi w. 671 H, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, 8/ 254).

Tapi mungkin kadang-kadang kerana ada suatu alasan tertentu, tidak ada masjid di satu-satu daerah. Misalnya di sebuah komplek perumahan baru, disitu belum dibangunkan masjid yang resmi untuk solat jumaat. Atau suatu pejabat atau komplek appartmen baru, dimana belum disediakan tempat khusus untuk solat jumaat. Atau ada suatu kampus dengan ribuan mahasiswa, tapi kerana di tengah kota yang padat tak ada tempat khusus untuk solat jumaat, yang adanya hanya gedung auditorium.

Bolehkah solat jumaat diadakan di tempat yang tidak biasa disebut dengan masjid? Atau apakah wajib solat jumaat itu hanya dilaksanakan di dalam bangunan masjid sahaja?

Jumhur ulama' seperti para ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah mengatakan bahawa Solat Jumaat tidak disyaratkan di dalam bangunan yang biasa disebut sebagai  masjid. Ertinya solat jumaat boleh  dilaksanakan di tempat pertemuan masyarakat, gedung auditorium, dan sebagainya. Manakala  Ulama' Malikiyyah melarang solat jum’at kecuali di al-Jami' atau Masjid Jami’. 

Salah satu dari sebab adanya perbezaan pendapat ulama' disini adalah kerana tidak adanya nas yang secara jelas menyebutkan dimana solat jumaat wajib diadakan.

Pendapat Jumhur Ulama:

1- Hanafiyyah

Namun para ulama' mazhab Hanafi  meletakkan keizinan pemerintah sebagai syarat sah solat Jumaat. Menurut ulama' al-Hanafiyyah, solat jumaat hanya diadakan jika mendapat izin dari penguasa. Hanya hal ini yang membezakan dengan majoriti ulama. 

Maka dalam mazhab Hanafiyyah, jika penguasa mengadakan solat jumaat di Istananya dan mengizinkan orang untuk solat disana bukan di masjid, hukumnya boleh tetapi makruh.

Disebutkan dalam kitab Bahru ar-Raiq karya Ibnu Nujaim al-Hanafi (w. 970 H):

في المحيط: فإن فتح باب قصره وأذن للناس بالدخول: جاز ، ويكره ; لأنه لم يقض حق المسجد الجامع

Maksudnya:"Ketika pemimpin/ penguasa membuka pintu istananya dan mengizinkan masyarakat untuk masuk (untuk solat jumaat disitu), maka hukumnya boleh tetapi makruh. Kerana si pemimpin itu tidak menunaikan hak masjid Jami’. (Ibnu Nujaim al-Mishri al-Hanafi w. 970 H, Bahru ar-Roiq, h. 2/ 163).

2- Syafi'eiyyah

Tidak disyaratkan untuk dilakukan solat Jumaat di dalam binaan masjid, bahkan boleh untuk dilakukakan di halaman masjid atau di tempat lapang yang terbuka berdasarkan kepada pandangan jumhur ulama’. Justeru itu, hukum melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah di halaman masjid atau di tanah yang lapang adalah sah dan diberikan ganjaran oleh Allah Subhanahuwata'ala sepertimana ia dilaksanakan di dalam binaan masjid juga.

Walaubagaimanapun, kewajipan melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah tidak disyaratkan solat Jumaat tersebut dilakukan di dalam bangunan masjid mengikut kepada pandangan jumhur ulama’. Ini seperti para ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah, mereka tidak mensyaratkan untuk solat Jumaat diadakan di dalam masjid. (Rujuk Fatawa Syar’iyah Wa Buhuth Islamiah, 1:274)

Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi RA dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dengan berkata:

وَ لَا يُشْتَرَطُ إِقَامَتُهَا فِي مَسْجِدٍ وَ لَكِنْ تَجُوزُ فِي سَاحَةٍ مَكْشُوفَةٍ..وَ سَوَاءٌ صَلُّوهَا فِي رُكْنٍ أَمْ سَاحَةٍ -وَ لَوْ انْهَدَمَتْ أَبْنِيَةُ القَرْيَةِ أَوْ البَلْدَةِ- فَأَقَامَ أَهْلُهَا عَلَى عِمَارَتِهَا لَزِمَتْهُمْ الجُمُعَةُ فِيهَا سَوَاءٌ كَانُوا فِي سَقَائِفِ وَ مَظَالٍ أَمْ لَا. لِأَنَّهُ مَحَلُّ الاسْتِيطَانِ.

Maksudnya: Tidak disyaratkan untuk mendirikannya (solat Jumaat) di dalam masjid, bahkan harus untuk mendirikannya di tempat lapang yang terbuka.. samada mereka mendirikan solat tersebut di penjuru atau di lapangan - jika sekiranya bangunan di tempat tersebut telah hancur, kemudian penduduknya mengimarahkannya semula, maka wajib bagi mereka menunaikan solat Jumaat dilakukan di bawah bumbung ataupun tidak. Ini kerana tempat tersebut menjadi tempat bermastautin.(Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4:501)

Selain itu, Imam al-Syaukani berkata dalam kitabnya, Nail al-Awtar Syarh Muntaqa al-Akhbar:

قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَ الشَافِعِي وَ سَائِر العُلَمَاءِ: إِنَّ المَسْجِدَ لَيْسَ شَرْطًا لِإِقَامَةِ الجُمُعَةِ إِذْ لَمْ يُفَصِّلْ دَلِيلُ وُجُوبِهَا

Maksudnya: Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafie dan kebanyakan para ulama’ berpendapat bahawa masjid bukanlah salah satu daripada syarat untuk mendirikan solat Jumaat, ini kerana dalil tidak memperincikan tentang kewajipannya untuk dilaksanakan di masjid. (Rujuk Nail al-Awtar lil Syaukani, 3:279)

Dalam kitab Tharhu at-Tatsrib karya al-Hafidz Abu al-Fadhl Zainuddin al-Iraqi (w. 806 H) disebutkan:

مذهبنا أن إقامة الجمعة لا تختص بالمسجد بل تقام في خطة الأبنية فلو فعلوها في غير مسجد لم يصل الداخل إلى ذلك الموضع في حالة الخطبة إذ ليست له تحية فلا يترك استماع الخطبة لغير سبب وهذا الحديث محمول على الغالب من إقامة الجمعة في المساجد والله أعلم

Maksudnya:"Mazhab kami (as-Syafi’eiyyah) berpendapat bahawa pelaksanaan solat jumaat tidak hanya khusus di masjid. Tetapi boleh dilaksanakan di suatu bangunan. Hanya saja ketika solat jumaat dilakasanakan tidak di masjid, ketika ada orang masuk dan khatib telah naik keatas mimbar, maka dia tak disunnahkan solat tahiyyat al-masjid. Kerana hadith boleh solat tahiyyat masjid walaupun khatib sedang berkhutbah itu untuk solat jumaat di masjid. (Abu al-Fadhl Zainuddin al-Iraqi w. 806 H, Tharhu at-Tatsrib, h. 3/ 190).

Imam Nawawi as-Syafi’I (w. 676 H) menyebutkan:

الثاني: أن تقام في خطة أبنية أوطان المجمعين

Maksudnya:"Kedua: (Solat jumaat) dilaksanakan di suatu bangunan orang-orang yang mempunyai kewajipan solat jumaat. (Yahya bin Syaraf an-Nawawi w. 676 H, Minhaj at-Thalibin, h. 47)

Imam Nawawi as-Syafi’I (w. 676 H) menjelaskan lebih lanjut:

قال أصحابنا ولا يشترط إقامتها في مسجد ولكن تجوز في ساحة مكشوفة بشرط أن تكون داخلة في القرية أو البلدة معدودة من خطتها

Maksudnya:"Ulama-ulama syafi’eiyyah berkata: (solat jumaat) tidak disyaratkan dilaksanakan di masjid, tetapi boleh di pelantaran, asalkan masih di tengah-tengah kampung atau wilayah tertentu. (Yahya bin Syaraf an-Nawawi w. 676 H, al-Majmu’, h. 47).

Imam al-Khatib as-Syirbini (w. 977 H) menjelaskan perkataan Imam Nawawi (w. 676 H):

(الثاني) من الشروط (أن تقام في خطة أبنية أوطان المجمعين) بتشديد الميم: أي المصلين الجمعة، وإن لم تكن في مسجد لأنها لم تقم في عصر النبي - صلى الله عليه وسلم - والخلفاء الراشدين إلا في مواضع الإقامة كما هو معلوم

Maksudnya:"Syarat kedua dari syaratnya solat jumaat adalah diadakan di suatu bangunan orang yang mempunyai kewajipan solat jumaat. Meskipun bangunan itu tidak masjid. (al-Khatib as-Syirbini w. 977 H, Mughni al-Muhtaj, h. 1/ 543).

3- Hanbaliyyah

Disebutkan dalam kitab al-Inshaf karya Alauddin al-Mardawi al-Hanbali (w. 885 H):

(ويجوز إقامتها في الأبنية المتفرقة، إذا شملها اسم واحد وفيما قارب البنيان من الصحراء) . وهو المذهب مطلقا. وعليه أكثر الأصحاب. وقطع به كثير منهم. وقيل: لا يجوز إقامتها إلا في الجامع

Maksudnya:"(solat jumaat) boleh dilaksanakan di suatu bangunan yang terpisah-pisah. Asalkan namanya satu tempat. Ini adalah yang dipilih oleh kebanyakan ulama mazhab Hanbali. Meski ada yang mengatakan bahawa tidak solat jumaat melainkan di al-Jami’. (Alauddin al-Mardawi al-Hanbali w. 885 H, al-Inshaf, h. 2/ 378)

Bahkan Ibnu Quddamah al-Hanbali (w. 620 H) membolehkan solat jumaat tidak disebuah bangunan. Ibnu Quddamah al-Maqdisi al-Hanbali (w. 620 H) berkata:

فصل: ولا يشترط لصحة الجمعة إقامتها في البنيان، ويجوز إقامتها فيما قاربه من الصحراء

Maksudnya:"solat jumaat tidak disyaratkan  dilaksanakan di suatu bangunan, bahkan boleh dilakukan di suatu yang seperti bangunan di padang pasir. (Ibnu Quddamah al-Maqdisi al-Hanbali w. 620 H, al-Mughni, h. 2/ 246)

Alasan yang dikemukakan oleh Ibnu Quddamah(w. 620 H) adalah suatu ketika seorang sahabat Nabi; Mush’ab bin Umair mengadakan solat jumaat dengan para sahabat anshar di suatu tempat yang tak dihuni oleh manusia, atau disebut dengan Naqi’ al-Khadhimat .

Alasan lain adalah solat jumaat itu seperti solat ‘Id, dan solat ‘Id boleh dilaksanakan di selain masjid. Secara teks dalil juga tak ada aturan harus disuatu tempat tertentu. (Ibnu Quddamah al-Maqdisi al-Hanbali w. 620 H, al-Mughni, h. 2/ 246).

Mazhab Malikiyyah

Imam Malik mensyaratkan wujudnya masjid untuk dilaksanakan solat Jumaat. Justeru itu, tidak sah bagi penduduk kampung yang telah merobohkan masjid di tempat mereka dan membiarkannya tidak berbumbung untuk mereka mendirikan solat Jumaat di tempat tersebut. (Rujuk Fatawa Syar’iyah Wa Buhuth Islamiah, 1:274 / Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid, 2:336). Walaubagaimanapun, kami lebih cenderung untuk mengambil pandangan jumhur yang menyatakan bahawa tidak disyaratkan untuk melaksanakan solat Jumaat di dalam bangunan masjid yang berbumbung.

Disebutkan dalam kitab Mukhtahsar al-Khalil karya Syeikh Khalil bin Ishaq al-Maliki (w. 776 H):

....وبجامع مبني متحد

Maksudnya:"…(solat jumaat harus) di al-Jami’ yang berbentuk bangunan dan menyatu..(Khalil bin Ishaq al-Maliki, Mukhtashar al-Khalil, h. 1/ 44)

Hal ini diperjelas dalam kitab al-Fawakih ad-Dawani karya Syeikh Ahmad bin Ghanim al-Azhari al-Maliki (w. 1126 H):

ووقوع الصلاة والخطبة في الجامع المبني على وجه العادة وأن يكون متحدا وأن يكون متصلا بالبلد أو في حكم المتصل حين بنائه

Maksudnya:"Solat jumaat dan khutbahnya diadakan di al-Jami’ yang berupa bangunan sebagaimana biasanya, bangunan itu menyatu dan menyambung dengan suatu daerah tempat tinggal.. (Ahmad bin Ghanim al-Azhari al-Maliki w. 1126 H, al-Fawakih ad-Dawani, h. 1/ 260)

Hal yang sama juga disebutkan dalam kitab ad-Dzakhirah karya Imam Syihabuddin al-Qarafi al-Maliky (w. 684 H):

الشرط الرابع المسجد... وقال الباجي لا تقام إلا في الجامع

Maksudnya:"Syarat keempat adalah (jumaat)  diadakan di masjid… al-Baji Abu al-Walid (w. 474 H) berkata: Solat jumaat tidak boleh diadakan kecuali di al-Jami’. (Syihabuddin al-Qarafi w. 474 H, ad-Dzakhirah, h. 2/ 335)

Bahkan disebutkan dalam kitab at-Taudhih karya Syeikh Khalil bin Ishaq al-Maliki (w. 776 H):

ولا يصح أن يقول أحد في المسجد أنه ليس من شرائط الصحة، إذ لا اختلاف في أنه لا يصح أن تقام الجمعة في غير مسجد

Maksudnya:"Tidak ada ikhtilaf atau perbezaan para ulama (Maksudnya:dalam mazhab Maliki) bahawasanya solat jumaat itu tidak sah solat jumaat dilaksanakan di selain masjid. (Khalil bin Ishaq al-Maliki w. 776 H, at-Taudhih fi Syarh Mukhtashar ibn al-Hajib, h. 2/ 54).

No comments:

Post a Comment

Amalan-amalan bermanfaat yang dilakukan oleh Orang Hidup untuk Si Mati

Amalan-amalan bermanfaat yang dilakukan oleh Orang Hidup untuk Si Mati Semua manusia setelah meninggal dunia, mereka akan berada di Alam Bar...