Tuesday, March 3, 2020

Hukum berkaitan Sujud Tilawah di dalam Solat

Hukum berkaitan Sujud Tilawah di dalam Solat

Ada beberapa perkara atau hukum yang perlu diperhatikan berkenaan sujud tilawah di dalam solat,iaitu:

1- Hukum membaca satu atau beberapa ayat daripada ayat السَّجْدَةَ dengan tujuan untuk melakukan sujud (tilawah) sama ada di dalam solat fardhu atau sunat.

2-Hukum Sujud Tilawah didalam mana-mana solat selain solat Subuh pada Hari Jumaat kerana membaca ayat السَّجْدَةَ

3-Hukum Sujud Tilawah dengan sengaja di dalam Solat Subuh pada Hari Jumaat kerana membaca الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ, 

3-Hukum makmun Sujud Tilawah bersama Imam  di dalam Solat Subuh pada Hari Jumaat kerana membaca الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ, 

Maksud sujud tilawah adalah melakukan sujud apabila membaca ayat-ayat berkaitan sujud tilawah. Jumhur ulama’ menyatakan sunat dan bukannya wajib. Inilah juga pendapat Umar ibn al-Khattab, Ibn Abbas, Imran bin Husain, Imam Malik, Imam al-Auza’ie, Imam Syafi’e, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur, Daud dan lain-lain.

Sebagaimana Hadith yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.A bahawa beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأ عَلَيْنَا السُورَةَ فِيهَا السَجْدَةُ فَيَسْجُدَ وَنَسْجُد
“Pada satu ketika, Rasulullah Sallahualaihiwasallam membacakan kepada kami satu surah yang mempunyai ayat Sajdah, maka Baginda Sallahualaihiwasallam pun sujud lalu kami pun ikut sujud juga.” (Rujuk: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 2:556)

Juga disunatkan membaca surah الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ di dalam solat Subuh pada hari Jumaat sekalipun dengan tujuan untuk melakukan sujud (tilawah) kerana hal tersebut terdapat dalam sunnah Rasulullah Sallahualaihiwasallam, sebagaimana sabdanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الجُمُعَةِ فِي صَلاَةِ الفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ، وَهَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِين من الدهر

“Adapun Nabi Sallahualaihiwasallam membaca pada hari Jumaat di dalam solat Fajar dengan surah al-Sajdah الم تَنْزِيلُ dan surah al-Insan هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا.” [Riwayat al-Bukhari (891)dan Muslim (879)]

Dari hadith di atas ada beberapa hukum yang telah diperbincangkan dan diambil hujah (istidlal dan istimbath) oleh para Ulama' Syafi’ieyyah dan dicatit di dalam kitab-kitab mazhab Syafie:

1- Hukum membaca satu atau beberapa ayat daripada ayat السَّجْدَةَ dengan "'tujuan" untuk melakukan sujud (tilawah) sama ada di dalam solat fardhu atau sunat.

Ulama’ Syafi’ieyyah menyatakan larangan membaca ayat atau surah Sajdah di dalam solat sama ada fardhu atau sunat dengan tujuan untuk melakukan sujud. Hal ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan penambahan satu rukun fi’li di dalam solat iaitu sujud. Sekiranya dia melakukannya dengan sengaja, maka batal solatnya. Adapun bagi mereka yang terlupa atau jahil mengenai hukum tersebut, maka hal tersebut dimaafkan.

Larangan tersebut telah dinyatakan dalam beberapa kitab mazhab Syafie, antaranya seperti berikut:

ويسجد مصل لقراءته ، أي لا بقصد السجود في غير صبح الجمعة

“Dan hendaklah orang yang melakukan solat itu bersujud (tilawah) ketika membacanya (ayat Sajdah), yang demikian itu bukanlah bertujuan untuk melakukan sujud (tilawah) itu pada hari selain Jumaat.” (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarh al-Minhaj, 1/472-473)

Hal ini turut dinyatakan oleh Imam Al-Ramli ketika mensyarahkan kitab Minhaj:

ولو قرأ في الصلاة آية سجدة أو سورتها بقصد السجود في غير ألم تنزيل في صبح يوم الجمعة بطلت صلاته على المعتمد إن كان عالما بالتحريم
“Dan apabila seseorang membaca ayat Sajdah atau surahnya di dalam solat (selain surah as-Sajdah) pada waktu Subuh di hari Jumaat dengan tujuan untuk melakukan sujud maka solatnya terbatal mengikut pandangan yang muktamad sekiranya dia mengetahui larangan tersebut.” (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarh Al-Minhaj, 1/472-473)

2-Hukum Sujud Tilawah didalam mana-mana solat selain solat Subuh pada Hari Jumaat kerana membaca ayat السَّجْدَةَ

Solat seseorang terbatal apabila dia membaca ayat Sajdah dengan sengaja lalu dia melakukan sujud tilawah, namun sekiranya dia membaca ayat Sajdah dengan sengaja tanpa melakukan sujud (tilawah), maka solatnya tetap sah. Hal ini dinyatakan oleh Imam Al-Ramli ketika mensyarahkan kitab Minhaj:

ولو قرأ في الصلاة آية سجدة أو سورتها بقصد السجود في غير ألم تنزيل في صبح يوم الجمعة بطلت صلاته على المعتمد إن كان عالما بالتحريم

“Dan apabila seseorang membaca ayat Sajdah atau surahnya di dalam solat (selain surah as-Sajdah) pada waktu Subuh di hari Jumaat dengan tujuan untuk melakukan sujud maka solatnya terbatal mengikut pandangan yang muktamad sekiranya dia mengetahui larangan tersebut.” (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarh Al-Minhaj, 1/472-473))

Pandangan ini turut dinukilkan oleh Imam Al-Ghamrawi:

ولا تستحب قراءة آية سجدة في الصلاة بقصد السجود ، فإن قرأ بقصد ذلك وسجد بطلت الصلاة إلا في صبح يوم الجمعة فتسن فيه قراءة ألم تنزيل

“Dan tidak disunatkan untuk membaca ayat Sajdah di dalam solat dengan tujuan untuk sujud (tilawah), sekiranya dia membaca ayat (Sajdah) dengan tujuan tersebut lalu dia sujud (tilawah) maka batal solatnya, kecuali ketika solat Subuh pada hari Jumaat, lalu hal itu sunat baginya untuk membaca surah as-Sajdah.” (Rujuk: Siraj al-Wahhaj ‘ala Syarh Al-Minhaj, hlm 63)

Oleh yang demikian, dapatlah difahami bahawa solat seseorang terbatal sekiranya dia membaca mana-mana ayat Sajdah di dalam solat secara sengaja, semata-mata dengan tujuan untuk melakukan sujud (tilawah) dan bukan pada keadaan yang lain.

3-Hukum Sujud Tilawah dengan sengaja di dalam Solat Subuh pada Hari Jumaat kerana membaca الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ, 

Disunatkan membaca surah al-Sajdah ألم تنزيل di dalam solat Subuh pada hari Jumaat sekalipun dengan tujuan untuk melakukan sujud (tilawah) kerana hal tersebut terdapat dalam sunnah Rasulullah Sallahualaihiwasallam, sebagaimana sabdanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الجُمُعَةِ فِي صَلاَةِ الفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ، وَهَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِين من الدهر
“Adapun Nabi SAW membaca pada hari Jumaat di dalam solat Fajar dengan surah al-Sajdah الم تَنْزِيلُ dan surah al-Insan هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا.” [Riwayat al-Bukhari (891)dan Muslim (879)]

Hal ini turut dinyatakan oleh Imam Al-Ramli ketika mensyarahkan kitab Minhaj:

ولو قرأ في الصلاة آية سجدة أو سورتها بقصد السجود في غير ألم تنزيل في صبح يوم الجمعة بطلت صلاته على المعتمد إن كان عالما بالتحريم

“Dan apabila seseorang membaca ayat Sajdah atau surahnya di dalam solat (selain surah as-Sajdah) pada waktu Subuh di hari Jumaat dengan tujuan untuk melakukan sujud maka solatnya terbatal mengikut pandangan yang muktamad sekiranya dia mengetahui larangan tersebut.” (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarh Al-Minhaj, 1/472-473)

4-Hukum makmun Sujud Tilawah bersama Imam  di dalam Solat Subuh pada Hari Jumaat kerana membaca الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ, 

1-Sekiranya imam membaca ayat الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ , makmun hendaklah sujud bersama Imam sama ada makmun mendengar bacaan imam atau tidak mendengarnya
2-Sekiranya imam tidak sujud sajadah, makmun yang mendengar ayat الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ tersebut melakukan sujud sajadah dengan sengaja serta mengetahui perbuatan itu haram, solat makmun terbatal. Ini adalah kerana ia menyalahi perbuatan imam. Makmum hendaklah mengulangi solatnya.
3-Sekiranya makmum tertinggal daripada mengikuti imam sujud sajadah, solat makmun terbatal dan hendaklah ia mengulangi solatnya. Melainkan makmum berniat mufaraqah/berpisah daripada imam kerana keuzuran, solat makmun tidak batal, tetapi sunat makmum mengulangi solat selepas salam.
4-Jika makmum tidak sedar imam sujud sajadah dan ketika itu imam telah bangkit daripada sujud, makmum hendaklah menunggu imam dalam keadaan berdiri. Solat makmun tidak batal. Jika makmum sujud sajadah selepas imam bangkit dari sujud tersebut dengan sengaja serta mengetahui perbuatan itu haram, solat makmun batal.

(Rujuk kitab Ibn Hajar: Tuhfatul al-Muhtaj, juzuk 2, ms 212-213. Kitab al-Bahrul-wafi, m.s 115 dan al-Syarbini al-Muhtaj, jilid 1 m.s 216)

Doa yang diajar untuk dibaca dalam sujud tilawah adalah:

اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Maksudnya: Ya Allah! Kepada-Mu aku sujud, dengan-Mu aku beriman, dan kerana-Mu aku berserah. Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.
Riwayat Muslim (1848)

No comments:

Post a Comment

Optimis Menjalani Kehidupan Sebagai Muslim

Optimis Menjalani Kehidupan Sebagai Muslim Optimis adalah sikap selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu perkembangan, kemungkinan atau ...