Ganjaran langkahan kaki ke Masjid
Rasulullah Sallahualaihiwasallam banyak menyebutkan tentang kelebihan-kelebihan berjalan kaki untuk solat berjemaah di masjid.
Diantara hadithnya adalah sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam :
صَلاةُ أحَدِكُمْ في جَماعَةٍ، تَزِيدُ على صَلاتِهِ في سُوقِهِ وبَيْتِهِ بضْعًا وعِشْرِينَ دَرَجَةً، وذلكَ بأنَّهُ إذا تَوَضَّأَ فأحْسَنَ الوُضُوءَ، ثُمَّ أتى المَسْجِدَ لا يُرِيدُ إلّا الصَّلاةَ، لا يَنْهَزُهُ إلّا الصَّلاةُ، لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إلّا رُفِعَ بها دَرَجَةً، أوْ حُطَّتْ عنْه بها خَطِيئَةٌ، والمَلائِكَةُ تُصَلِّي على أحَدِكُمْ ما دامَ في مُصَلّاهُ الذي يُصَلِّي فِيهِ
Maksudnya: Solat seseorang daripada kalangan kamu bersama dengan jemaah melebihi solatnya di tempat kerja atau rumahnya sebanyak 20 lebih kali ganda. Ini kerana ia memperelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid hanya ingin mendirikan solat semata-mata. Tidak dia melangkah satu langkahan kecuali akan diangkat dengannya satu darjat dan dihapuskan dengannya satu dosa kesalahan. Malaikat sentiasa mendoakannya selagimana dia berada di masjid yang dia mendirikan solat tersebut.Hadith riwayat al-Bukhari (2219) dan Muslim (649)
Rasulullah Sallahualaihiwasallam menyebut dalam hadith di atas bahawa apabila seseorang itu melangkah satu langkahan ke masjid untuk mendirikan solat, maka diangkat satu darjat dan dihapuskan daripadanya satu dosa.
Dalam sebuah Hadith yang panjang Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:
وكلُّ خطوَةٍ تخطوها إلى الصلاةِ صدَقَةٌ
Maksudnya: Dan pada setiap langkah untuk menuju solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah.Hadith riwayat al-Bukhari (2891) dan Muslim (1009)
Dalam hadith di atas Rasulullah Sallahualaihiwasallam menyebut bahawa setiap langkahan kaki seseorang ke masjid merupakan sedekah.
Dalam hadith yang lain pula Rasulullah Sallahualaihiwasallam ada menyebutkan bahawa tentang kelebihan seseorang yang banyak langkahannya ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah dengan diampunkan dosanya dan ditambahkan pahalanya.Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:
ألا أدلُّكُم على ما يُكَفِّرُ اللَّهُ بِهِ الخَطايا، ويزيدُ بِهِ في الحسَناتِ؟ قالوا: بلى يا رسولَ اللَّهِ قالَ: إِسباغُ الوضوءِ عِندَ المَكارِهِ، وَكَثرةُ الخُطى إلى المساجِدِ، وانتظارُ الصَّلاةِ بعدَ الصَّلاةِ
Maksudnya: Mahukah kalian aku tunjukkan kepada perkara yang dengannya Allah Subhanahuwata'ala akan mengampunkan dosa dan menambahkan pahala? Lalu para Sahabat RAnhum menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasulullah Sallahualaihiwasallam!”. Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda, “Menyempurnakan basuhan wuduk pada kesusahan (kesejukan, sakit dsb), banyaknya langkahan menuju ke masjid (untuk solat berjemaah) dan menunggu solat yang seterusnya selepas menunaikan solat.”Hadith riwayat Ibn Majah: (776)
أَعْظَمُ النّاسِ أجْرًا في الصَّلاةِ أبْعَدُهُمْ، فأبْعَدُهُمْ مَمْشًى والذي يَنْتَظِرُ الصَّلاةَ حتّى يُصَلِّيَها مع الإمامِ أعْظَمُ أجْرًا مِنَ الذي يُصَلِّي، ثُمَّ يَنامُ
Maksudnya: Orang yang paling besar ganjarannya dalam menunaikan solat ialah sesiapa yang paling jauh perjalanannya (menuju solat berjemaah). Dan, orang yang menunggu solat untuk didirikan bersama imam adalah lebih besar ganjarannya berbanding seseorang yang mendirikan solat (bersendirian) kemudian tidur.Hadith riwayat al-Bukhari (651) dan Muslim (662)
Imam al-Nawawi menyatakan kelebihan berjalan kaki menuju ke masjid dengan menyatakan bahawa ia akan menghapuskan dosa-dosa kecil seseorang itu dan juga mengangkat darjatnya di sisi Allah Subhanahuwata'ala.
Berdasarkan hadith-hadith di atas juga, ianya menunjukkan bahawa tentang keutamaan berjalan kaki menuju ke masjid dan ia lebih afdhal berbanding menaiki kenderaan ke masjid.
Diantara hadith yang menyokong dalam hal ini,adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam telah bersabda,
إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ، وَأْتُوهَا تَمْشُونَ وَعَلَيْكُمُ السَّكِينَةُ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا، وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا
Maksudnya: Apabila solat telah bermula, maka janganlah kamu mendatanginya dalam keadaan berlari. Datangilah (solat) dalam keadaan berjalan dengan tenang. Solatlah (dengan apa) yang kamu sempat, dan (rakaat yang tertinggal itu) maka sempurnakanlah.Riwayat al-Bukhari (908)
Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa Kita diperintahkan dan juga digalakan untuk menghadiri solat dalam keadaan berjalan dan juga tenang. Dalam masa yang sama juga menunjukkan bahawa kita tidak digalakkan untuk bergopoh-gapah dalam menghadiri solat.
Imam al-Qurthubi telah menyebutkan bahawa:‘’Sesungguhnya dilarang untuk berlari-lari menuju solat adalah kerana ia akan menghilangkan kekhusyukan (di dalam solat) disebabkan kepenatan dan juga terputus nafas yang disebabkan perbuatan berlari tersebut’’. Rujuk al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (1/165).
Dalam sebuah riwayat daripada Ubai bin Ka’ab R.A beliau berkata:
كَانَ رَجُلٌ لاَ أَعْلَمُ أَحَدًا مِنَ النَّاسِ مِمَّنْ يُصَلِّي الْقِبْلَةَ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ أَبْعَدَ مَنْزِلاً مِنَ الْمَسْجِدِ مِنْ ذَلِكَ الرَّجُلِ وَكَانَ لاَ تُخْطِئُهُ صَلاَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ لَوِ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الرَّمْضَاءِ وَالظُّلْمَةِ فَقَالَ مَا أُحِبُّ أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ فَنُمِيَ الْحَدِيثُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلَهُ عَنْ قَوْلِهِ ذَلِكَ فَقَالَ أَرَدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ يُكْتَبَ لِي إِقْبَالِي إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِلَى أَهْلِي إِذَا رَجَعْتُ فَقَالَ أَعْطَاكَ اللَّهُ ذَلِكَ كُلَّهُ
Maksudnya: Ada seorang lelaki yang mana aku tidak ketahui seorang pun dari kalangan manusia yang menunaikan solat menghadap ke arah kiblat dari kalangan penduduk Madinah yang lebih jauh rumahnya dengan masjid berbanding lelaki tersebut. Meskipun begitu dia tidak pernah terlepas menunaikan solat berjamaah di masjid. Aku berkata kepadanya: ‘’Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor himar (keldai) yang dapat kamu naikinya pada musim panas dan juga pada waktu gelap’’. Lalu beliau berkata: ‘’Aku tidak suka rumahku bersebelahan dengan masjid’’. Lalu hal tersebut diketahui oleh Rasulullah Sallahualaihiwasallam maka baginda pun bertanya kepada lelaki tesebut terhadap kenyataannya itu. Maka lelaki itu menjawab: ‘’Yang aku mahukan wahai Rasulullah adalah dituliskan ganjaran pahala terhadap datangnya aku ke masjid dan pulangnya aku kepada keluargaku’’. Maka Rasulullah Sallahualaihiwasallam menjawab: ‘’Semoga Allah memberikan kepada kamu kesemua perkara tersebut’’.Riwayat Abu Daud (557)
Demikian juga berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabir R.A bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:
مَا اغْبَرَّتْ قَدَمَا عَبْدٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَمَسَّهُ النَّارُ
Maksudnya: Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah.Riwayat al-Bukhari (2811
No comments:
Post a Comment