Istirehatkan dirimu dari tadbir (Pengaturan)
أَرِحْ نــَفْسَـكَ مِنَ الـتَّدْبِــيْرِ، فَمَا قَامَ بِـهِ غَيْرُ كَ عَـنْكَ لاَ تَـقُمْ بِـهِ لِنَفْسِكَ
"Istirehatkan dirimu dari tadbir (melakukan pengaturan-pengaturan) Maka apa-apa yang selainmu (Yakni: Allah) telah melakukannya untukmu, janganlah engkau (turut) mengurusinya untuk dirimu." Al-Hikam Pasal 4
Tidak ramai yang ada di antara kalangan manusia yang bersungguh-sungguh untuk menyedari bahawa Allah Subhanahuwata'ala adalah satu-satunya Zat yang Maha Mengurus makhluk-makhluknya.
Firman Allah Subhanahuwata'al,
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ -٦- الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ -٧- فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاء رَكَّبَكَ -٨-
“Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhan-mu Yang Maha Pengasih. Yang telah Menciptakanmu lalu Menyempurnakan kejadianmu dan Menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang dikehendaki, Dia Menyusun tubuhmu.” (Al-Infithor ,6-8)
Firman Allah Subhanahuwata'al,
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيراً -٢-
“Dia Menciptakan segala sesuatu, lalu Menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat.”
(Surah Al-Furqon, 2)
Tanpa kita sedari,bahawa Allah-lah yang telah mengatur banyak perkara untuk diri kita. Jantung yang berdenyut teratur. Darah yang dipam dari jantung dan dialirkan ke seluruh tubuh. Kerdip mata yang kadang kita sendiri tidak menyedarinya. Jaringan saraf yang terus bekerja tanpa henti, paru-paru yang mengumpul udara, oksigen yang kita hirup dengan leluasanya, rezeki yang kita makan, dan banyak hal lain yang sesungguhnya telah Allah atur untuk setiap manusia. Bolehkah kita mengaturnya walau barang sesaat?
Renungkanlah keadaan janin, makanan datang kepadanya, berupa darah dari satu jalan, iaitu pusat.
Lalu apabila sampai tempoh masanya di dalam kandungan ibunya, di saat ketika dia keluar dari perut ibunya dan terputus jalan rezeki itu, Allah membuka untuknya "Dua jalan rezeki" yang lain [iaitu dua puting susu ibunya], dan Allah mengalirkan untuknya di dua jalan itu; rezeki yang lebih baik dan lebih lazat dari rezeki yang pertama, itulah rezeki susu murni yang lazat.
Lalu ketika masa menyusuinya telah habis, dan terputus dua jalan rezeki itu dengan susuan ibunya, Allah membuka "Empat jalan rezeki" lain yang lebih sempurna dari yang sebelumnya; iaitu dua makanan dan dua minuman. Dua makanan iaitu dari haiwan dan tumbuhan. Dan dua minuman dari air dan susu serta segala manfaat dan kelazatan yang ditambahkan kepadanya.
Lalu ketika dia meninggal, terputuslah empat jalan rezeki ini, Namun Allah Ta’ala membuka baginya "Lapan Jalan Rezeki" jika dia hamba yang beruntung- Lapan Jalan Rezeki, itulah pintu-pintu syurga yang berjumlah Lapan, dia boleh masuk syurga dari mana-mana saja yang dia kehendaki.
Dan begitulah Allah Ta’ala, Dia tidak menghalangi hamba-Nya untuk mendapatkan sesuatu, kecuali Dia berikan sesuatu yang lebih afdal dan lebih bermanfaat baginya. Dan itu tidak diberikan kepada selain kepada orang mukmin, kerananya Dia menghalanginya dari bahagian yang rendah dan murah, dan Dia tidak rela hal tersebut untuknya, untuk memberinya bahagian yang mulia dan berharga.” (Al Fawaid, hal. 94)
Maka kita tidak perlu terlalu bimbang, takut, dan turut serta melakukan pengaturan untuk diri kita sendiri, maka bertawakallah kepada Allah.
Justeru kerana Allah telah menciptakan segala-galanya untuk manusia.
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاء بِنَاء وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ -٢٢-
“(Dia-lah) yang Menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia-lah yang Menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia Hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu.”(Surah Al-Baqarah 22)
اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ وَسَخَّرَ لَكُمُ الأَنْهَارَ -٣٢- وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ -٣٣-
“Allah-lah yang telah Menciptakan langit dan bumi dan Menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu Dia Mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah Menundukkan kapal bagimu agar berlayar di lautan dengan Kehendak-Nya, dan Dia telah Menundukkan sungai-sungai bagimu. Dan Dia telah Menundukkan matahari dan bulan bagimu yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan malam dan siang bagimu.”
(Surah Ibrahim 32-33)
Dalam kehidupan di zaman moden penuh fitnah dewasa ini, kita ketemui ramai sekali manusia yang hidup dipenuhi kegelisahan berpanjangan. Dan salah satu kegelisahan tersebut bersumber dari kekhuwatirannya akan jatuh miskin. Inilah fenomena nyata yang membuktikan betapa fahaman materialisme telah mendominasi majoriti penduduk planet bumi. Kebanyakan orang di saat ini jauh lebih takut akan kehilangan harta daripada kehilangan iman dan keyakinannya kepada Allah Sang Pencipta jagat raya ini. Ramai orang telah menjadikan kesuksesan dalam kehidupan dunia sebagai tujuan utamanya berbanding akhirat yang kekal abadi.
Padahal rezeki kita sudah diatur dan sudah ditentukan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Tidak Salah kita berikhtiar, namun begitu ketahuilah bahawa ketentuan rezeki kita sudah ada yang mengatur. Justeru itu, tidak perlulah dikhuwatiri tentangnya .
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash,Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda,
كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk sebelum 50.000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.” (Hadith Riwayat Muslim,2653)
Dalam hadith lain pula disebutkan,
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ اكْتُبْ. فَقَالَ مَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبِ الْقَدَرَ مَا كَانَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ
“Sesungguhnya awal yang Allah ciptakan (setelah ‘arsy, air dan angin) adalah qalam (pena), kemudian Allah berfirman, “Tulislah”. Pena berkata, “Apa yang harus aku tulis”. Allah berfirman, “Tulislah takdir berbagai kejadian dan yang terjadi selamanya.” (Hadith Riwayat Tirmizi no. 2155.Sahih)
Selain rezeki yang telah diatur, juga sudah dirancang Dan dibahagi dengan adil. Sebagaimana firman Allah Ta’ala,
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” (QS. Asy Syuraa: 27)
Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan, “Allah memberi rezeki pada mereka sesuai dengan pilihan-Nya dan Allah selalu melihat manakah yang maslahah untuk mereka. Allah tentu yang lebih mengetahui manakah yang terbaik untuk mereka. Allah-lah yang memberikan kekayaan bagi mereka yang Dia nilai pantas menerimanya. Dan Allah-lah yang memberikan kefakiran bagi mereka yang Dia nilai pantas menerimanya.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 6:
Justeru itu, Fokuskanlah fikiran kita untuk memikirkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita. Janganlah menyibukkan dan menghabiskan waktu memikikirkan keadaan rezeki yang sudah dijamin oleh Allah. Kerana rezeki dan ajal adalah dua hal yang sudah dijamin, selama masih ada sisa ajal kita, rezeki pasti akan datang. Jika Allah dengan hikmah-Nya, berkehendak untuk menutup salah satu jalan rezeki kita, Dia pasti dengan rahmat-Nya akan membukakan jalan lain yang lebih bermanfaat bagi kita..
No comments:
Post a Comment