Thursday, October 31, 2019

Hijrah: Membina Masjid dan membina ekonomi Umat Islam.

Hijrah: Membina Masjid dan membina ekonomi Umat Islam. 

Sebaik sahaja Rasulallah Sallahualaihiwasallam tiba di Madinah, antara perkara utama yang dilakukan ialah yang pertamanya membina masjid. Kemudiannya membuat pasar khas untuk orang Islam. 

"Fakta ini secara umumnya diketahui oleh umat Islam".

Salah satu yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam setelah hijrah ke Madinah yang kemudian membuat perubahan besar dalam penguasaan ekonomi adalah konsep bahwa bekerja adalah ibadah. Melalui konsep inilah kaum Muhajirin yang berhijrah mengikuti Rasulullah Sallahualaihiwasallam tanpa membawa harta pun segera menjadi aset bagi umat dan bukannya liability, ini kerana mereka dapat mengoptimalkan kemampuannya, baik dalam kegiatan produksi mahupun kegiatan perdagangan.

Digambarkan dalam sejarah bahwa setelah hijrahnya Rasulullah Sallahualaihiwasallam dan para pengikutnya, bumi-bumi yang semula gersang pun kemudian terolah menjadi kebun-kebun yang subur dan taman-taman yang indah. Kerana konsep bekerja adalah ibadah pula, maka hal-hal positif yang terkait dengan peribadatan seperti keadilan, kejujuran, kesetaraan, kehati-hatian, kebersahajaan, infaq dan sebagainya, dapat termanifestasikan dalam kehidupan umat Islam sehari-hari ketika mereka bekerja.

Dalam sebuah hadis Yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah. 

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ الْحِزَامِيُّ حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعِيدٍ حَدَّثَنِي صَفْوَانُ بْنُ سُلَيْمٍ حَدَّثَنِي مُحَمَّدٌ وَعَلِيٌّ ابْنَا الْحَسَنِ بْنِ أَبِي الْحَسَنِ الْبَرَّادِ أَنَّ الزُّبَيْرَ بْنَ الْمُنْذِرِ بْنِ أَبِي أُسَيْدٍ السَّاعِدِيَّ حَدَّثَهُمَا أَنَّ أَبَاهُ الْمُنْذِرَ حَدَّثَهُ عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ
أَنَّ أَبَا أُسَيْدٍ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَهَبَ إِلَى سُوقِ النَّبِيطِ فَنَظَرَ إِلَيْهِ فَقَالَ لَيْسَ هَذَا لَكُمْ بِسُوقٍ ثُمَّ ذَهَبَ إِلَى سُوقٍ فَنَظَرَ إِلَيْهِ فَقَالَ لَيْسَ هَذَا لَكُمْ بِسُوقٍ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى هَذَا السُّوقِ فَطَافَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ هَذَا سُوقُكُمْ فَلَا يُنْتَقَصَنَّ وَلَا يُضْرَبَنَّ عَلَيْهِ خَرَاجٌ

Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir Al Hizami berkata, telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim bin Sa'id berkata, telah menceritakan kepadaku Shafwan bin Sulaim berkata, telah menceritakan kepadaku Muhammad dan Ali berkata, -keduanya putra Al Hasan bin Abu Al Hasan Al Barrad- bahwa Zubair bin Al Mundzir bin Abu Usaid As Sa'idi menceritakan kepada keduanya, bahwa bapaknya Abul Mundzir menceritakan kepadanya dari Abu Usaid bahwa Abu Usaid menceritakan kepadanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah pergi ke pasar Nabith, kemudian beliau melihatnya dan bersabda: "Bukan seperti ini pasar kalian." Kemudian beliau pergi ke pasar lagi dan melihatnya, beliau bersabda: "Bukan seperti ini pasar kalian." Kemudian kembali lagi ke pasar itu, beliau berputar mengelilinginya dan bersabda: "Ini adala pasar kalian, janganlah kalian saling mengurangi (takaran) dan jangan mengambil pajak." HR Ibn Majah,2224. Dhaif

Pasar ini hanya berjarak beberapa rumah dari arah barat laut Masjid Nabi Sallahualaihiwasallam. 

Pasar di kawasan terbuka ini memiliki panjang sekitar 500 meter dan lebar sekitar 100 meter, jadi ianya cukup luas untuk mengakomodasi keperluan penduduk kota yang kemudian berkembang pesat pada paskahijrah. Lokasinya juga dipilih sedemikian rupa agar penduduk yang datang dari berbagai wilayah dengan mudah untuk ke pasar tersebut. Pasar Madinah inilah yang kemudian menjadi urat nadi perekonomian negara Islam yang pertama, yang berpusat di Madinah.

Lokasinya yang tidak jauh dari Masjid Nabi tetapi juga tidak terlalu dekat (selang beberapa rumah) juga memiliki nilai strategik yang tersendiri. Nilai-nilai yang terbawa dari ketaatan beribadah di masjid dapat mewarnai aktiviti perdagangan di pasar.

Bahkan cara-cara pengelolaan pasar ini pun memiliki kemiripan dengan pengelolaan Masjid. Hal ini disampaikan oleh Umar Ibn Khattab yang menjadi muhtasib (pengawas pasar) setelah Rasulullah Sallahualaihiwasallam dengan perkataaannya bahawa “Pasar itu mengikut ketentuan masjid, barangsiapa datang terlebih dahulu di satu tempat duduk, maka tempat itu untuknya sampai dia berdiri dari situ dan pulang ke rumahnya atau selesai jual belinya.”

Rasulullah Sallahualaihiwasallam
tahu bahawa tanpa pasar, muamalah Islam tidak dapat dilaksanakan.

Tujuan pasar khas ini antara lainnya ialah memecahkan monopoli perniagaan Yahudi yang menipu dan menindas penduduk Madinah sebelum itu. Ketika kaum Muhajirin mulai aktif berdagang di Madinah, mereka berdagang di pasar yang sudah ada waktu itu iaitu pasar yang dikelola oleh Yahudi. Pengelolaan pasar oleh Yahudi  digambarkan oleh al-Quran bahawa mereka menganggap halal untuk mengambil harta orang lain ini (orang-orang umi)

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

"Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: "tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui". Ali-Imran, 75.

Kewujudan pasar khas sejak kehadiran Rasulullah akhirnya dapat meneutralkan sistem perdagangan dan perniagaan di Madinah.

Umat Islam dapat bermuamalat sesama sendiri dan akhirnya mengukuhkan ekonomi umat Islam yang merupakan majoriti di Madinah kemudiannya.

Strategi yang diguna oleh Rasulullah Sallahualaihiwasallam dahulu, iaitu kenapa orang Islam perlu bina pasar sendiri? 

Iaitu agar umat Islam tidak perlu bergantung kepada orang lain.

Justeru itu untuk menjayakan usaha ini, maka konglomerat Muslim perlulah menggunakan premis mereka untuk menjual produk yang dihasilkan oleh Muslim.

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...