Berniat buat jahat tetapi tidak melakukannya apakah dikira akan mendapat dosa atau dapat pahala?
Dalam hal ini dua perkara yang perlu diperhatikan:
1-Niat sahaja (lintasan hati).
2-Niat beserta azam.
Sebagaimana difahami dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ke atas apa yang terlintas di dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau bercakap tentangnya.” (Riwayat al-Bukhari, no. 5269)
Perbahasan tentang tajuk di atas:
Rujuk hadith diriwayat oleh Ibn Abbas RAnhuma, daripada Nabi Sallahualaihiwasallam, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Tuhannya telah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.”Riwayat al-Bukhari, no. 6491
Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata,
rujuk kalimah :"فَمَنْ هَمَّ".
" الهم"Kalimah
itu mentarjihkan niat bagi perbuatan.
Misalnya: ‘Aku telah berniat dengan tekad untuk ini… dan ianya adalah lebih atas daripada sekadar sesuatu lintasan dengan hati.” (Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/323)
Justeru itu Hadith di atas tidaklah boleh disalahfahami dengan menganggap sekiranya dengan berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya maka akan mendapat pahala. Ini kerana, terdapat hadith lain di mana Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:
إِذَا تَوَاجَهَ الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا، فَالْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ قَالَ فَقُلْتُ: أَوْ قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ هَذَا الْقَاتِلُ، فَمَا بَالُ الْمَقْتُولِ؟ قَالَ: إِنَّهُ قَدْ أَرَادَ قَتْلَ صَاحِبِهِ
Maksudnya: “Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka. Aku (Abu Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh (memang patut dimasukkan ke dalam neraka), bagaimana pula dengan orang yang dibunuh? Nabi s.a.w. menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu membunuh temannya”. (Riwayat al-Bukhari, no. 14)
Maka dapat difahami dari hadith di atas bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga dikira mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman, kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, tinggal hanya lagi terhalang untuk melakukannya.
Sebagai kesimpulannya adalah seperti berikut:
1)Sekiranya tujuan niat untuk melakukan kebaikan atau kejahatan itu hanya terlintas atau sekadar terdetik dalam hati, kemudian tidak diterjemahkan dengan perbuatan maka ianya tidak dikira berpahala atau berdosa.
2)Apabila niat tersebut sampai kepada tahap keazaman dan niat yang tekad;
-Sekiranya dia niat untuk melakukan suatu kebaikan namun terhalang atas sebab-sebab tertentu, maka dikira baginya pahala.
-Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan, kemudian tidak melakukannya atau meninggalkannya kerana Allah Subhanahuwata'ala, maka ditulis baginya pahala. Inilah yang dimaksudkan dengan hadith pertama di atas.(Riwayat al-Bukhari, no. 6491)
3)-Sekiranya niat untuk melakukan kejahatan sampai kepada keazaman dan niat yang tekad, tetapi terhalang kerana beberapa faktor, maka dia dikira berdosa. Inilah yang dimaksudkan dengan hadith kedua seperti di atas.(Riwayat al-Bukhari, no. 14)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...
-
Sebuah pesanan kepada para Haji dan Hajjah. Di hari-hari yang terbatas jumlahnya, pada awal bulan Zulhijah yang merupakan salah satu rangkai...
-
Hukum Puasa enam di Bulan Syawal serta permasalahan yang berkaitan dengannya dan pendapat Imam Malik tentang hukum puasa enam di bulan Syaw...
-
Harta pusaka menurut perspektif Islam Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan...
No comments:
Post a Comment