Sunday, December 17, 2023

Kucing bukan najis dan hukum membela kucing.

Kucing bukan najis dan hukum membela kucing.

Kucing merupakan haiwan yang suci dan selalu berkeliaran di sekeliling manusia.

Hadith masyhur dikalangan penuntut ilmu dan dijadikan sebagai dalil dalam ilmu Feqah dalam bahagian najis.


عَنْ كَبْشَةَ بِنْتِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ أَبَا قَتَادَةَ دَخَلَ عَلَيْهَا ثُمَّ ذَكَرَتْ كَلِمَةً مَعْنَاهَا فَسَكَبْتُ لَهُ وَضُوءًا فَجَاءَتْ هِرَّةٌ فَشَرِبَتْ مِنْهُ فَأَصْغَى لَهَا الْإِنَاءَ حَتَّى شَرِبَتْ قَالَتْ كَبْشَةُ فَرَآنِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ فَقَالَ أَتَعْجَبِينَ يَا ابْنَةَ أَخِي فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّمَا هِيَ مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

Maksudnya:"Dari Kabsyah binti Ka'ab bin Malik bahawa Abu Qatadah masuk ke dalam-menemuinya -kemudian menyebutkan suatu kalimat -yang maknanya- aku menuangkan air wudu kepada beliau, lalu datang seekor kucing yang meminum air wudlu tersebut. Beliau lalu menyodorkan bejana tadi kepada kucing tersebut hingga kucing tersebut meminumnya. Kabsyah berkata, "Dia melihatku sedang memperhatikannya, maka dia berkata, 'Apakah kamu merasa hairan wahai anak perempuan saudaraku? ' Aku berkata, 'Ya'. Dia berkata, 'Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, " Kucing itu tidak najis. Kucing itu termasuk haiwan yang ada di sekeliling kalian". Malik(38),Ahmad(21535),Tirmizi(85), An-Nasai(67), (338)

Maka, kita ketahui bahawa di sana ada kelonggaran dan hukum khas yang diberikan kepada kucing kerana ia termasuk dalam haiwan yang biasanya berkeliaran di tempat tinggal manusia atau dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Al-San‘ani menyebutkan dalam kitabnya bahawa Allah Subhanahuwata'ala telah memberi keringanan kepada hamba-Nya (hukum berkaitan kucing) dengan menjadikannya tidak najis, bagi menghilangkan kesusahan kepada manusia, dan hadith ini merupakan dalil bahawa kucing itu adalah suci, begitu juga bekas minumannya (air yang telah diminum). (Lihat Subul al-Salam, 1/33).

Selain itu, dalam mazhab al-Syafi‘i, air baki jilatan kucing itu adalah suci dan tidak makruh menggunakannya. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 1/172). Ibn Qudamah juga ada menyatakan bahawa bagi setiap haiwan hukum kulitnya, bulunya, peluhnya, air matanya atau air liurnya adalah mengikut hukum bekas minumannya (air yang telah diminum) sama ada suci atau najis. (Lihat al-Mughni, 1/39). Justeru, berdasarkan kepada kenyataan ini, bulu kucing dianggap suci dan bukan najis kerana air baki jilatannya dihukumkan sebagai suci.

Manakala al-Khatib al-Syirbini pula menyatakan bahawa bahagian yang terpisah daripada haiwan yang hidup, hukumnya adalah seperti bangkainya. Dalam erti kata lain, haiwan yang hidup itu, sekiranya bangkainya adalah suci maka bahagian yang terpisah itu juga adalah dikira sebagai suci. Sekiranya bangkainya adalah najis maka bahagian yang terpisah itu juga adalah dikira sebagai najis. Oleh itu, bahagian yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang adalah suci, manakala haiwan selainnya adalah dianggap najis. Adapun, bahagian yang terpisah daripada haiwan yang sudah mati, hukumnya mengikut sebagaimana haiwan tersebut mati (disembelih ataupun tidak) tanpa syak lagi melainkan pada bulu haiwan yang boleh dimakan. Hukumnya adalah suci secara ijma‘ para ulama. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/235).

Oleh itu, secara asasnya menurut mazhab Syafi‘i  bulu kucing yang tercabut semasa ia masih hidup dianggap sebagai najis kerana kucing termasuk dalam kategori haiwan yang tidak halal dimakan. Walaupun begitu, ia adalah dimaafkan jika sedikit. Begitu juga dimaafkan bagi mereka yang bekerja sebagai doktor haiwan, penjaga zoo dan lain-lain kerjaya yang tidak dapat mengelakkan diri daripada kucing. Hal ini dinyatakan oleh Syeikh Ibrahim al-Bajuri sebagaimana berikut:


وخرج بالمأكول غيره كالحمار والهرة فشعره نجس لكن يعفى عن قليله بل وعن كثيره فى حق من ابتلى به كالقصاصين

Maksudnya: “Dikecualikan dengan hukum haiwan yang halal dimakan (halal bulunya) iaitu selainnya seperti keldai dan kucing. Maka bulunya adalah najis namun dimaafkan jika sedikit. Bahkan (turut dimaafkan) dalam jumlah banyak (bulunya) bagi individu yang ada kesulitan dengannya seperti pemotong bulu.” (Lihat Hasyiyah al-Baijuri ‘ala Ibn Qasim al-Ghazi, 2/290).

Berdasarkan kepada perbahasan di atas, dapat difahami bahawa bulu kucing yang tercabut atau tertanggal termasuk dalam kategori najis yang dimaafkan jika sedikit. Begitu juga dimaafkan bagi mereka yang bekerja sebagai doktor haiwan, penjaga zoo dan lain-lain kerjaya yang tidak dapat mengelakkan diri daripada kucing. Lebih-lebih lagi, kucing termasuk dalam haiwan peliharaan dan sukar untuk dikawal. Oleh kerana itu, jika badan, pakaian atau tempat solat terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

Pun begitu, untuk mengelakkan daripada khilaf, sebaiknya dipastikan pakaian itu benar-benar bersih daripada bulu kucing sebelum menunaikan solat. Adapun sekiranya kucing datang menggeselkan badannya ketika kita sedang solat dan meninggalkan bulunya, ia dimaafkan mengikut pandangan sebahagian ulama’ Syafi‘iyyah kerana tidak dapat dielakkan.

Begitu juga tidak ada larangan mahupun suruhan membela kucing samada di dalam rumah atau di luar rumah melalui dalil al-Qur'an mahupun Sunnah.

Secara umumnya, hukum asal memelihara atau membela kucing adalah harus. Ini berdasarkan kaedah fekah yang masyhur :


الأَصْلُ فِي الأشْيَاءِ الإبَاحَة

Maksudnya : Hukum asal bagi setiap perkara adalah harus.

Oleh yang demikian, sesiapa yang meneliti akan maksud keharusan hukum, maka dia akan jelas bahawa syarak tidaklah menuntutnya untuk melakukan atau melarangnya dari melakukan, namun syarak memberinya pilihan sama ada untuk buat ataupun meninggalkannya.

Justeru, dalam isu membela kucing ini tidak terdapat nas daripada syarak yang menyuruh seseorang itu membelanya, begitu juga tidak terdapat larangan syarak ke atas perbuatan tersebut. Maka ia kembali kepada hukum asal iaitu keharusan.


Wednesday, December 13, 2023

Hukum menyimpan barang-barang lama.

Hukum menyimpan barang-barang lama.

Tidak salah untuk membeli pakaian baru, atau menyimpan barang-barang tertentu selagi ianya halal. Ianya juga sebahagian daripada perkara yang halal yang diizinkan syariat.

Secara asasnya, di antara kaedah yang diletakkan oleh para fuqaha dan disebutkan oleh Imam al-Suyuthi adalah,


الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).


Namun dalam berbelanja dan mengumpul harta benda dan aset, ia perlu diseimbangkan dengan kebertanggungjawaban kita di dunia, dan apa pula yang kita sediakan jawapannya di akhirat.


Secara umumnya setiap nikmat yang kita ada akan dihisab dan dipersoal termasuk segala pakaian, makanan, hatta ilmu pengetahuan pun akan ditanya ke mana amalannya.


عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Dari Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah Sallallahu'alaihiwasalam bersabda: "Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada hari kiamat sampai ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dia infakkan dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan." Dia berkata: Hadith ini hasan sahih". Riwayat Tirmizi(2341)


Juga firman Allah Subhanahuwata'ala,


ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ ٨


Maksudnya;"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya). At-Takatsur ayat 8

Ada pula dalil yang jelas berkenaan keutamaan menyedekahkan pakaian adalah berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda,


‏ مَنْ لَبِسَ ثَوْبًا جَدِيدًا فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي ‏.‏ ثُمَّ عَمَدَ إِلَى الثَّوْبِ الَّذِي أَخْلَقَ أَوْ أَلْقَى فَتَصَدَّقَ بِهِ كَانَ فِي كَنَفِ اللَّهِ وَفِي حِفْظِ اللَّهِ وَفِي سِتْرِ اللَّهِ حَيًّا وَمَيِّتًا


Maksudnya: Sesiapa yang memakai pakaian yang baharu hendaklah dia mengucapkan: ‘’Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan aku sesuatu yang aku dapat menutup auratku dengannya dan aku memperindahkan diri dengannya di dalam kehidupanku’’. Kemudian dia pergi kepada pakaian yang telah ditanggalkannya itu (pakaian lama) lalu dia menyedekahkannya, maka dia berada di bawah lindungan Allah, pemeliharaan-Nya, dan ditutup (keaibannya) semasa hidup dan selepas meninggal dunia". Riwayat Ibn Majah (3557)


Terdapat begitu banyak kelebihan-kelebihan bersedekah di jalan Allah Subhanahuwata'ala yang disebutkan di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi Sallallahualaihiwasallam Di antaranya adalah firman Allah Subhanahuwata'ala:


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ  وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ  وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya: Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih. Dan Allah melipatgandakan (pahala) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui". Al-Baqarah ayat 261.


Ini merupakan suatu dalil yang jelas menunjukkan betapa besarnya pahala sedekah yang boleh menghasilkan 700 kali ganda kebaikan kepada pelakunya. Ayat ini umum meliputi sebarang bentuk sedekah sama ada ia datang dalam bentuk harta benda, makanan dan minuman, pakaian, dan seumpamanya.


Selain dari itu, sebarang bentuk sedekah yang diberikan kerana Allah Subhanahuwata'ala tidak mendatangkan kerugian kepada pelakunya, sebaliknya mendapat ganjaran balas yang menguntungkan. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ


Maksudnya: Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki". Saba’ ayat 39.


Imam Abu Ja’far al-Thabari Rahimahullah apabila menafsirkan ayat ini beliau berkata: Dan apa sahaja yang kamu belanjakan wahai sekalian manusia pada jalan ketaatan kepada Allah, maka sesungguhnya Allah akan menggantikannya kepada kamu. Lihat Tafsir al-Thabari, Ibn Jarir (20/413).


Sudahkah kita membaca al-Quran hari ini?

Sudahkah kita membaca al-Quran hari ini?

Sentiasalah Kita bertakwa kepada Allah Subhanahuwata’ala, taatilah seluruh perintah-Nya, dan janganlah bermaksiat kepada-Nya. Kerana dengan ketakwaan inilah, Allah Subhanahuwata’ala menghapuskan kesalahan-kesalahan kita, dan dengannya pula, pahala kebaikan kita akan dilipatgandakan. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّاٰتِهٖ وَيُعْظِمْ لَهٗٓ اَجْرًا


Maksudnya:"Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya.” At-Talaq ayat  5.


Berbicara tentang Al-Qur’an, maka ia merupakan sebuah pembahasan yang indah lagi menarik, sebuah pembicaraan yang sangat agong. Kerana yang kita bahas adalah kitab milik Allah Subhanahuwata’ala Yang Mahamulia. Allah Subhanahuwata’ala berfirman tentangnya,


اَللّٰهُ نَزَّلَ اَحْسَنَ الْحَدِيْثِ كِتٰبًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَۙ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُوْدُ الَّذِيْنَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ۚ ثُمَّ تَلِيْنُ جُلُوْدُهُمْ وَقُلُوْبُهُمْ اِلٰى ذِكْرِ اللّٰهِ ۗ


Maksudnya:"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, (iaitu) Al-Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang. Kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya gemetar kerananya. Kemudian kulit dan hati mereka menjadi tenang di waktu mengingat Allah".  Az-Zumar ayat  23.


Pada kesempatan ini, kita cuba gali  dan kita cuba renungi bersama tentang bagaimanakah kedudukan Al-Qur’an di dalam kehidupan kita?. Serta, bagaimanakah sewajarnya kita berinteraksi dan berhubungan dengannya setiap hari?


Jika kita perhatikan dengan saksama keadaan kebanyakan kaum muslimin di zaman sekarang, sungguh menyedihkan sebagaimana hubungan mereka dengan Al-Qur’an sangat lemah. Al-Qur’an hanya sering kita dengar pada saat ada yang meninggal dunia ataupun dibacakan di kuburan-kuburan. Seakan-akan Al-Qur’an ini diturunkan oleh Allah Subhanahuwata’ala hanya untuk mereka yang telah meninggal dunia saja dan tidak Allah turunkan untuk mereka yang masih hidup. Padahal Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ ٱلْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَٰسِقُونَ


Maksudnya:"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk hati mereka tunduk mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)? Dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka, lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik". Al-Hadid ayat 16.


Di ayat selanjutnya, Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


ٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يُحْىِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ


Maksudnya:"Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran (Kami) supaya kamu memikirkannya". Al-Hadid ayat 17


Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan,

“Di dalamnya (ayat di atas) terdapat indikasi bahawa Yang Mahakuasa melembutkan hati setelah sebelumnya keras, membimbing mereka yang bingung setelah kesesatan mereka, dan meringankan kesusahan setelah keparahannya, sebagaimana Dia juga menghidupkan bumi yang mati, tandus lagi tak bernyawa dengan hujan yang melimpah, Dia juga membimbing hati yang keras dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan petunjuk-petunjuk lainnya, dan Dia memasukkan ke dalam hati cahaya setelah sebelumnya tertutup dan tidak ada apapun yang dapat mencapainya serta menjangkaunya". 


Sudah semestinya bagi seorang muslim memiliki "quality time", waktu khusus dirinya dengan Al-Qur’an, meluangkan sebahagian dari dua puluh empat jam waktunya untuk membaca Al-Qur’an, meskipun hanya satu halaman saja. Ketahuilah wahai saudaraku, semakin banyak lembaran Al-Qur’an yang kita baca dan kita renungi setiap harinya, maka hidup yang kita jalani akan semakin berkat dan semakin bahagia .


Beberapa orang ahli tafsir  mengatakan,


اشتغلنا بالقرآن، فغمرتنا البركات والخيرات في الدنيا


Maksudnya:"Kami tersibukkan dengan Al-Qur’an, sehingga kami dipenuhi dengan keberkatan dan kurnia di dunia ini".


Hal ini sejalan dengan firman Allah Subhanahuwata’ala,


كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ


Maksudnya:"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai pikiran mendapat pelajaran".  Shad ayat  29.


Jika engkau dapati dirimu tidak senang ketika membaca Al-Qur’an, mudah bosan, dan tidak ada pengaruh keimanan dalam hatimu, ketahuilah bahawasanya ada yang salah dengan hatimu. Fitnah syubhat dan syahwat telah menutupinya sehingga ia tidak mahu menerima Al-Qur’an. ‘Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu pernah mengatakan,


لَوْ طَهُرَتْ قُلُوبُنا ما شَـبِعْنا مِنْ كلامِ رَبِّنا،  وإني لَأكره أن يأتي عليَّ يوم لا أنظر في المصحف


Maksudnya:“Kalau hati kita bersih, nescaya kita tidak akan pernah merasa kenyang untuk membaca Kalamullah (Al-Qur’an). Dan aku sangat membenci apabila terlewat suatu hari kepadaku, sedangkan aku tidak melihat selembar pun dari mushaf (Al-Qur’an)". Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam kitab Al-Jami’ Li Syu’ab Al-Iman.


Membaca Al-Qur’an memiliki keutamaan yang sangat banyak. Di antaranya, Al-Qur’an akan memberikan syafaat bagi pembacanya di hari kiamat. Sebagaimana hal ini disabdakan oleh Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam,


اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ


Maksudnya:"Bacalah Al-Quran, sebab ia akan datang di hari kiamat kelak sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya". Muslim (804)


Para salaf menjadikan kecintaan kepada Al-Qur’an sebagai salah satu tanda kecintaan seseorang kepada Allah dan Rasul-Nya. Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu pernah mengatakan,


مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَعْلَمَ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، فَلْيَنْظُرْ، فَإِنْ كَانَ يُحِبُّ الْقُرْآَنَ، فَهُوَ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ


Maksudnya:"Barangsiapa yang ingin mengetahui bahawa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, maka perhatikanlah, jika dia mencintai Al-Qur’an, maka sesungguhnya dia mencintai Allah dan rasul-Nya". Riwayat  At-Thabrani dalam Al-Kabir, 9: 132 dengan (8676 dan Al-Baihaqi dalam kitab Syu’ab Al-Iman (2: 253)


Allah Subhanahuwata’ala menjanjikan pahala yang besar dan berlipatganda bagi sesiapa sahaja yang membaca Al-Qur’an, lalu mengamalkannya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَٰرَةً لَّن تَبُورَ * لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِۦٓ ۚ إِنَّهُۥ غَفُورٌ شَكُورٌ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri".  Fatir ayat 29-30.


Ini bermakna orang yang membaca al-Qur'an tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang banyak.


Umum mengetahui bahawa membaca al-Qur'an adalah sebaik-baik ibadat untuk taqarrub kepada Allah Subhanahuwata'ala. Al-Quran adalah kalamullah yang menjadi mukjizat. Membacanya mendapat pahala dan ganjaran.Ganjaran yang Allah Subhanahuwata'ala beri kepada pembaca kalam-Nya ini ialah setiap huruf dikurniakan satu kebaikan yang digandakan kepada 10. Sepertimana yang disebutkan oleh Baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam,


مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ


Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakana ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Riwayat Al-Tirmizi (2910)


Bahkan lebih daripada itu, al-Quran adalah kitab petunjuk yang menjadi pedoman bagi manusia sehinggalah hari kiamat. Firman Allah Subhanahuwata'ala :


ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ


Maksudnya : “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”.Surah Al-Baqarah ayat 2


Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut bahawa Al-Quran mengandungi hidayah yang mana ianya menuntun mereka yang mencari kebenaran dan petunjuk. Ianya membawa kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat. (Rujuk Tafsir Al-Maraghi, 1/39)


Ini bermakna ianya bukan sekadar wahyu akan tetapi tujuan ianya diturunkan adalah sebagai petunjuk untuk manusia menjalani kehidupan di dunia mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh Allah sehingga akhirnya nanti mendapat kebahagiaan di akhirat.


أَقُوْلُ قَوْلِيْ هٰذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ




Wednesday, December 6, 2023

Meraih buah Manis Istighfar.

Meraih buah Manis Istighfar.

Di antara amal ibadah yang paling agong, yang mesti dijaga oleh seorang hamba adalah berzikir dan mengingat Allah Subhanahuwata’ala. Kerana zikir akan menumbuhkan rasa cinta dan takut kepada Allah Subhanahuwata’ala, serta zikir juga menjadikan seorang hamba berkeinginan kuat untuk  melihat-Nya dan mendapatkan syurga-Nya.


Di antara zikir yang mesti senantiasa dijaga dan dirutinkan oleh seorang hamba adalah istighfar dan memohon ampunan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Kerana istighfar akan mendekatkan seorang hamba kepada syurga serta merupakan ciri khas para Nabi ‘alaihimus salam dan orang-orang soleh.


Istighfar juga sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Justeru itu, kita hendaklah banyak beristighfar kepada Allah Subhanahuwataala dengan memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. Ini kerana, Nabi Sallahualaihiwasallam sendiri tidak pernah meninggalkan istighfar.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:


وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً


Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. Riwayat al-Bukhari (6307)


Kalimat istighfar adalah kalimat yang diterima Nabi Adam dari Tuhan-Nya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


فَتَلَقّٰٓى اٰدَمُ مِنْ رَّبِّهٖ كَلِمٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۗ اِنَّهٗ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ


Maksudnya:"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".  Al-Baqarah ayat  37.


Di surah Al-A’raf, Allah sebutkan lafaz istighfar Nabi Adam dan isterinya,


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ


Maksudnya:"Keduanya (Adam dan Hawa) berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi". Al-A’raf ayat 22.


Dengan istighfar semisal ini, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi kita Sallallahu‘alaihiwasallam selalu berdoa. Dan begitu juga dengan kaum mukminin pengikut mereka.


Istighfar adalah tugas sepanjang kehidupan serta rutin seorang mukmin sepanjang harinya. Ia mulai pada pagi harinya dengan beristighfar dan ia tutup harinya juga dengan istighfar. Saat hendak tidur, ia beristighfar dan saat bangun dari tidur ia juga beristighfar. Saat bangun dan berdiri dari sebuah majlis, ia beristighfar dan setelah melakukan sebuah kemaksiatan pun, ia tidak lupa untuk beristigfar.


Lihatlah, bagaimana Allah Subhanahuwata’ala menyedarkan hamba-hamba-Nya akan pentingnya beristighfar. Allah Subhanahuwata’ala berfirman dalam sebuah hadith qudsi,


يا عِبَادِي، إنَّكُمْ تُخْطِئُونَ باللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا، فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ


Maksudnya:"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian selalu berbuat salah siang dan malam, sedangkan Aku senantiasa  mengampuni semua perbuatan dosa. Maka, mintalah ampunan kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni". Muslim (2577)


Di dalam Al-Qur’an, Allah Subhanahuwata’ala juga memotivasi hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan dosa untuk senantiasa optimis dan tidak putus asa di dalam mengejar ampunan-Nya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ


Maksudnya:"Katakanlah, ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Az-Zumar ayat 53.


Allah Subhanahuwata’ala menyanjung dan memuji hamba-Nya yang kembali kepada-Nya, bertaubat kepada-Nya, meninggalkan keburukan-keburukan, dan berjalan kembali kepada-Nya dengan banyak beristighfar dengan sebaik-baik sanjungan dan pujian. Allah Subhanahuwata’ala jadikan mereka di antara salah satu hamba-Nya yang bertakwa, hamba-Nya yang berhak mendapatkan syurga yang luasnya  seluas langit dan bumi ini. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ


Maksudnya:"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa". Ali Imran ayat 133.


Pada dua ayat berikutnya, Allah Subhanahuwata’ala tegaskan kembali sifat Al-Muttaqiin (orang-orang yang bertakwa). Mereka adalah orang yang paling cepat sedar, cepat bertaubat dan cepat kembali kepada Allah saat melakukan kemaksiatan dan perbuatan dosa,


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui". Ali Imran ayat 135


Terutamanya, apabila istighfar ini dilakukan di sepertiga malam terakhir, kerana Allah Subhanahuwata’ala berfirman,

وَبِالْاَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُوْنَ


Maksudnya:"Dan pada akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah)". Az-Zariyat ayat 18.


Di sepertiga malam terakhir inilah Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


مَن يَدْعُونِي فأسْتَجِيبَ له، مَن يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَن يَسْتَغْفِرُنِي فأغْفِرَ له.


Maksudnya:"Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya akan Aku beri. Siapa yang meminta ampun kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni". Riwayat Bukhari (6321)


Istigfar merupakan tanda keimanan dan keteguhan. Tanda kuatnya Islam seseorang dan keyakinannya serta merupakan tanda kedekatan seorang hamba kepada Rabbnya. Istighfar membuahkan hal-hal manis teruntuk siapapun dari kita yang merutinkannya. Sesiapapun yang Allah inginkan untuknya kebaikan, maka akan Allah jadikan lisannya senantiasa berzikir dan beristighfar. Dengan istighfar inilah, hati seorang hamba menjadi lapang dan tenang, dan dengannya pula lisan seseorang menjadi lembut.


Istighfar menjadi sebab utama sampainya ilmu kepada kita, memperbanyak kuantiti keilmuan kita, serta menguatkannya. Allah Subhanahuwata’ala kaitkan antara keberkatan ilmu dengan istighfar dalam firman-Nya,


إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا *وَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا


Maksudnya:"Sungguh, Kami telah menurunkan Kitab (Al-Qur’an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang yang berkhianat, dan mohonkanlah ampunan kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang". An-Nisa’ ayat 105-106.


Istigfar yang kita lazimkan akan menguatkan badan, meluaskan rezeki serta memperbanyak harta dan keturunan. Menjadi sebab turunnya hujan, tumbuhnya tanaman, banyaknya buah-buahan, stabilnya ekonomi sebuah masyarakat dan nyamannya kehidupan. Allah Subhanahuwata'a’ala berfirman,


وَيَاقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ


Maksudnya:"Dan (Hud berkata), ‘Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa".  Hud ayat 52.


Dalam surah Nuh, Allah Subhanahuwata'a’ala juga berfirman,


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ اِنَّهٗ كَانَ غَفَّارًاۙ  * يُّرْسِلِ السَّمَاۤءَ عَلَيْكُمْ مِّدْرَارًاۙ * وَّيُمْدِدْكُمْ بِاَمْوَالٍ وَّبَنِيْنَ وَيَجْعَلْ لَّكُمْ جَنّٰتٍ وَّيَجْعَلْ لَّكُمْ اَنْهٰرًاۗ


Maksudnya:"Maka aku berkata (kepada mereka), ‘Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu. Sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu". Nuh ayat 10-12.


Istighfar merupakan sebab utama datangnya rahmat Allah kepada kita. Allah Subhanahuwata'a’ala berfirman,


لَوْلَا تَسْتَغْفِرُوْنَ اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ


Maksudnya:"Mengapa kamu tidak memohon ampunan kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat?". An-Naml ayat 46.


Istighfar juga merupakan penghalang antara diri kita dan azab Allah Subhanahuwata'a’ala. Allah Subhanahuwata'a’ala menyebutkan hal ini dalam surah Al-Anfal ayat 33,


وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ


Maksudnya:"Tetapi Allah tidak akan menghukum mereka, selama engkau (Muhammad) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan menghukum mereka, sedang mereka (masih) memohon ampunan". Al-Anfal ayat 33.


Semoga Allah Subhanahuwata'a’ala memberikan taufik dan petunjuk kepada kita semua agar senantiasa beristighfar dan  memohon keampunan kepada-Nya. Semoga Allah Subhanahuwata'a’ala menjadikan Kita sebagai salah satu hamba-Nya yang sukses meraih keampunan-Nya.


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, tutupilah aib kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah seluruh urusan kami.


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى خَطِيئَتِى وَجَهْلِى وَإِسْرَافِى فِى أَمْرِى وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى جِدِّى وَهَزْلِى وَخَطَئِى وَعَمْدِى وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِى


Maksudnya:"Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah aku, kesalahan yang kuperbuat tatkala serius mahupun saat bergurau dan ampunilah pula kesalahanku saat aku tidak sengaja mahupun sengaja, ampunilah segala kesalahan yang kulakukan".


أَقُوْلُ قَوْلِيْ هٰذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ






Wednesday, November 29, 2023

Benarkah cinta kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam?

Benarkah cinta kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam?


Ketakwaan yang sempurna adalah dengan mentaati Allah dan rasul-Nya secara keseluruhan. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Maksudnya:"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan". An-Nur ayat 52.


Diantara amalan hati yang paling agong yang dapat kita persembahkan kepada Allah Subhanahuwata’ala adalah rasa cinta kepada Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Kecintaan yang menumbuhkan rasa semangat di dalam mengikuti setiap jejak langkah beliau, mentaati seluruh perintahnya, menyebarkan sunnahnya, serta menjauhkan diri dari apa-apa yang beliau larang.


Kita tidak akan dapat merasai kemanisan iman, kecuali dengan benar-benar mencintai Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam dengan sempurna. Di dalam Ash-Shahihain, terdapat hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Anas radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


ثَلَاثٌ مَن كُنَّ فيه وجَدَ حَلَاوَةَ الإيمَانِ: أنْ يَكونَ اللَّهُ ورَسولُهُ أحَبَّ إلَيْهِ ممَّا سِوَاهُمَا، وأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لا يُحِبُّهُ إلَّا لِلَّهِ، وأَنْ يَكْرَهَ أنْ يَعُودَ في الكُفْرِ كما يَكْرَهُ أنْ يُقْذَفَ في النَّارِ.


Maksudnya:"Tiga hal yang barangsiapa memilikinya, maka ia akan merasakan manisnya iman. 1) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya, 2) mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan 3) benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya ia jika dilempar ke dalam api neraka". Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43).


Seorang muslim tidak akan sempurna imannya, kecuali jika ia benar-benar mencintai Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


لا يُؤمِنُ أحَدُكم حتَّى أكونَ أحَبَّ إليه مِن وَلَدِه ووالدِه والنَّاسِ أجمعينَ


Maksudnya:"Tidak beriman salah seorang di antara kalian sehingga diriku lebih ia cintai daripada anaknya, orang tuanya, dan seluruh manusia". Riwayat Bukhari (15) dan Muslim (44)


Mencintai Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam merupakan salah satu pokok keimanan yang berhubung erat dengan kecintaan kita kepada Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan Allah Subhanahuwata’ala  mengancam sesiapa sahaja yang mendahulukan kecintaannya kepada hal-hal yang secara naluriah dicintai oleh manusia daripada kecintaannya kepada Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam, baik berupa kecintaan kepada sanak saudara, harta benda, ataupun tanah air, dan yang semisalnya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَٰنُكُمْ وَأَزْوَٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَٰسِقِينَ


Maksudnya:"Katakanlah, ‘Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan keputusan-Nya". At-Taubah ayat 24.


Pada suatu hari, Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,


يا رَسولَ اللَّهِ، لَأَنْتَ أحَبُّ إلَيَّ مِن كُلِّ شَيْءٍ إلَّا مِن نَفْسِي


Maksudnya:"Wahai rasulullah, dirimu lebih aku cintai dari apapun, kecuali diriku.”

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


لَا، والَّذي نَفْسِي بيَدِهِ، حتَّى أكُونَ أحَبَّ إلَيْكَ مِن نَفْسِكَ


Maksudnya:"Tidak, demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai bahkan dari dirimu sendiri.”

Maka Umar pun menjawab,


فإنَّه الآنَ، واللَّهِ، لَأَنْتَ أحَبُّ إلَيَّ مِن نَفْسِي


Maksudnya:""Demi Allah, Sesungguhnya sekarang dirimu lebih aku cintai bahkan daripada diriku sendiri.”

Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam pun mengatakan,

الآنَ يا عُمَرُ.


Maksudnya:"Sekarang ya Umar (Imanmu telah sempurna)". Riwayat Bukhari (6632)


Perhatikanlah! Bagaimana pengajaran Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam kepada Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu?! Pengajaran bahawa kecintaan kepada Allah dan rasul-Nya mestilah lebih diutamakan, bahkan melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri.

 

Kecintaan kita kepada Rasulullah akan membawa kita lebih dekat dengan beliau Sallallahu‘alaihiwasallam dan akan bersamanya di akhirat kelak.


Suatu hari telah datang seseorang menemui Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bilakah kiamat akan terjadi?”

Beliau menjawab, “Apa yang telah engkau persiapkan untuknya?”


Laki-laki itu menjawab;


مَا أَعْدَدْتُ لَهَا مِنْ كَثِيرِ صَلَاةٍ وَلَا صَوْمٍ وَلَا صَدَقَةٍ وَلَكِنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ


Maksudnya:"Aku belum mempersiapkan banyak, samaada ianya solat, puasa, ataupun sedekah. Namun, aku hanya mencintai Allah dan rasul-Nya".


Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


أنْتَ مع مَن أحْبَبْتَ


Maksudnya:“Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai". Riwayat Bukhari (6167) dan Muslim (2639)


Sungguhnya suatu keutamaan yang besar bagi siapapun yang mencintai Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam dan mahu mengikuti petunjuknya. Dengan rasa cinta ini serta rasa semangat untuk mengikuti beliau, maka kita semua berpeluang untuk bersamanya di syurga kelak.


Ada beberapa tanda yang dapat kita wujudkan agar kecintaan kita kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam adalah sebuah kecintaan yang benar. Tanda-tanda yang akan membezakan dan memperlihatkan siapakah  yang jujur dan tepat di dalam mencintai nabinya dan siapa pula yang hanya mengaku-aku saja.


Tanda pertama: 


Beriman kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam dan membenarkan seluruh khabar yang datang darinya, baik itu yang bersumber dari Al-Qur’an mahupun yang berupa hadith-hadith beliau Sallallahu‘alaihiwasallam.


Allah Ta’ala berfirman,


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ ءَامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلْكِتَٰبِ ٱلَّذِى نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَٱلْكِتَٰبِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِن قَبْلُ ۚ وَمَن يَكْفُرْ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” An-Nisa ayat 136.


Tanda kedua: 


Menjunjung tinggi dan memuliakan beliau serta memuliakan sunah-sunah dan ajaran beliau Sallallahu‘alaihiwasallam.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


اِنَّآ اَرْسَلْنٰكَ شَاهِدًا وَّمُبَشِّرًا وَّنَذِيْرًاۙ ، لِّتُؤْمِنُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِه وَتُعَزِّرُوْهُ وَتُوَقِّرُوْهُۗ وَتُسَبِّحُوْهُ بُكْرَةً وَّاَصِيْلًا


Maksudnya:"Sesungguhnya Kami mengutus engkau (Muhammad) sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar kamu semua beriman kepada Allah dan rasul-Nya, menguatkan (agama)-Nya, membesarkan-Nya, dan bertasbih kepada-Nya pagi dan petang". Al-Fath ayat  8-9.


Di ayat yang lain Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


فَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا بِه وَعَزَّرُوْهُ وَنَصَرُوْهُ وَاتَّبَعُوا النُّوْرَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ مَعَهٓ ۙاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ 


Maksudnya:"Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya, dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang beruntung". Al-A’raf ayat  157


Rasa cinta akan memunculkan pengagongan. Pengagongan yang akan membuat seseorang merasa marah apabila orang yang dicintainya tersebut dihina dan dicela.


Tanda ketiga: 


Melaksanakan seluruh perintahnya dan meninggalkan apa-apa yang dilarangnya.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَاَطِيْعُوا اللّٰهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُوْلَۚ فَاِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاِنَّمَا عَلٰى رَسُوْلِنَا الْبَلٰغُ الْمُبِيْنُ


Maksudnya:"Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajiban rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanah Allah) dengan terang". At-Tagabun ayat 12.


Di antara wasiat beliau kepada umatnya yang hidup di akhir zaman adalah berpegang teguh kepada sunnah dan berhati-hati dari perkara bid’ah, mengadakan hal-hal baru dalam peribadatan dan ibadah, samada itu membuat prosesi tertentu atau meyakini adanya keutamaan tertentu dari perbuatan bid’ah yang ia lakukan. Kerana mengadakan hal-hal baru terkait ibadah akan menghantarkan seseorang ke dalam kesesatan. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ


Maksudnya:"Barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka, wajib bagi kalian untuk berpegang pada sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mereka itu telah diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah oleh kalian perkara (agama) yang diada-adakan kerana setiap perkara (agama) yang diada-adakan adalah bid’ah. Dan setiap bid’ah adalah kesesatan". Abu Daud (4607) dan Ahmad (17185)


Tanda keempat:


Memperbanyak selawat serta salam kepada beliau Sallallahu‘alaihiwasallam,


Allah Subhanahuwata’ala memerintahkan untuk melakukan perkara tersebut dalam firman-Nya,


إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا،


Maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.” Al-Ahzab ayat  56.


Konsep mengenai cinta kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam telah mengalami perubahan dan pergeseran. Di zaman para sahabat dahulu kala, mereka memaknai kecintaan kepada Rasulullah dengan mengutamakan cintanya kepada beliau melebihi kecintaan mereka kepada hal-hal yang lainnya serta mengikuti sunnah beliau dalam segala hal.


Pecinta dan pengagong Rasulullah yang sebenar adalah mereka yang senantiasa mengagongkan sunnah-sunnahnya, menjalankan apa-apa yang menjadi syariatnya, serta mengikuti jejak beliau dalam setiap perkataan mahupun perbuatan.


أَقُوْلُ قَوْلِيْ هٰذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ





Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...