Tuesday, August 16, 2022

Bolehkah membaca tanpa berguru?

Bolehkah membaca tanpa berguru? 

Untuk menjadi orang yang berilmu, seseorang itu mestilah memiliki niat kuat untuk belajar serta berikhtiar dengan bersungguh-sungguh dan sabar menjalani setiap proses pembelajaran. Tetapi yang juga penting adalah berdoa memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala agar memberikan kemudahan dan kefahaman dari suatu ilmu sehingga seseorang hamba itu bertambah ilmunya.


فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَىٰ إِلَيْكَ وَحْيُهُ ۖ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا



Maksudnya:"Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan". Surah Taha ayat 114.


Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata,


( وَقَوْله عَزَّ وَجَلَّ : رَبّ زِدْنِي عِلْمًا ) وَاضِح الدَّلَالَة فِي فَضْل الْعِلْم ؛ لِأَنَّ اللَّه تَعَالَى لَمْ يَأْمُر نَبِيّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِطَلَبِ الِازْدِيَاد مِنْ شَيْء إِلَّا مِنْ الْعِلْم ، وَالْمُرَاد بِالْعِلْمِ الْعِلْم الشَّرْعِيّ الَّذِي يُفِيد مَعْرِفَة مَا يَجِب عَلَى الْمُكَلَّف مِنْ أَمْر عِبَادَاته وَمُعَامَلَاته ، وَالْعِلْم بِاَللَّهِ وَصِفَاته ، وَمَا يَجِب لَهُ مِنْ الْقِيَام بِأَمْرِهِ ، وَتَنْزِيهه عَنْ النَّقَائِض


Maksudnya:"Firman Allah Ta’ala (yang ertinya),’Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu’ mengandung dalil yang tegas tentang keutamaan ilmu. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tidaklah memerintahkan Nabi-Nya Sallallahu'alaihiwasallam untuk meminta tambahan sesuatu kecuali (tambahan) ilmu. Adapun yang dimaksud dengan (kata) ilmu di sini adalah ilmu syar’i. Iaitu ilmu yang akan menjadikan seorang mukallaf mengetahui kewajipannya berupa masalah-masalah ibadah dan muamalah, juga ilmu tentang Allah dan sifat-sifatNya, hak apa saja yang harus dia tunaikan dalam beribadah kepada-Nya, dan mensucikan-Nya dari berbagai kekurangan”. (Fathul Baari, 1/92)


Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ


Maksudnya: “Adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya”. Riwayat al-Thabarani (2663) di dalam Mu’jam al-Awsath.


Hadith riwayat Abu Darda’ di atas terdapat syahid atau syawahid  dari hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufiyan. Beliau telah mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ


Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan memahaminya”. Riwayat al-Thabarani (929) di dalam Mu’jam al-Kabir


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ كَثِيرِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ أَبِي الدَّرْدَاءِ فِي مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ أَتَيْتُكَ مِنْ الْمَدِينَةِ مَدِينَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَدِيثٍ بَلَغَنِي أَنَّكَ تُحَدِّثُ بِهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَمَا جَاءَ بِكَ تِجَارَةٌ قَالَ لَا قَالَ وَلَا جَاءَ بِكَ غَيْرُهُ قَالَ لَا قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ


Maksudnya:"Dari Katsir bin Qais ia berkata; "Ketika aku sedang duduk di samping [Abu Darda] di masjid Damaskus, tiba-tiba datang seseorang seraya berkata; "Hai Abu Darda, aku mendatangi anda dari kota Madinah, kota Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam kerana satu hadith yang telah sampai kepadaku, bahwa engkau telah menceritakannya dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam! " Lalu Abu Darda bertanya; "Apakah engkau datang karena berniaga?" Katsir bin Qais menjawab; "Bukan, " Abu Darda` bertanya lagi, "Apakah karena ada urusan yang lainnya?" Katsir bin Qais menjawab; "Bukan, " Katsir bin Qais berkata; "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa meniti jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya karena ridla kepada penuntut ilmu. Dan seorang penuntut ilmu akan dimintakan ampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di air. Sungguh, keutamaan seorang alim dibanding seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar". Ibnu Majah (219)


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa berjalan di suatu jalan untuk mencari ilmu, niscaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga". Tirmizi (2570)


Kewajipan menuntut ilmu adalah satu proses yang berlanjutan, sepanjang hidup seorang muslim di manapun dia berada. Di sinilah ketinggian Islam dalam memuliakan pencarian ilmu dan menanamkan budaya ilmu yang tinggi bagi para penuntutnya.


Walaupun begitu mencari ilmu itu ada adabnya. Meskipun mencari ilmu adalah perbuatan yang mulia, tetapi ia juga perkara yang sulit (طلب العلم من على الأمَر واَشْعابِها), demikian kata Imam al-Zarnuji dalam kitabnya   (تعليم المتعلم في طريق التعلم). 

Ini kerana seseorang yang mencari ilmu melalui sumber yang tidak mempunyai authority di dalam bidangnya misalnya, boleh mengelirukan fikirannya, kerana ilmu yang diperolehnya tidak benar. 


Justeru itu, kehadiran guru sebagai pembimbing dalam belajar menjadi sangat penting, agar pencari ilmu tidak jatuh ke dalam keraguan dan kebimbangan. Sebagaimana kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali  :


فَاعْلَمْ أَنَّ الْأُسْتَاذَ فَاتِحٌ وَمُسَهِّلٌ، وَالتَّحْصِيْلُ مَعَهُ أَسْهَلُ وَأَرْوَحُ


Maksudnya: Ketahuilah olehmu, bahawasanya guru itu adalah pembuka (yang tertutup) dan memudahkan (yang rumit). Mendapatkan ilmu dengan adanya bimbingan guru akan lebih mudah dan lebih menyenangkan."(Minhajul 'Abidin ilaa Janhati Rabbil 'Alamiin, halaman 8).


Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).Surah al-Taubah (122)


Al-Alusi berkata: “Hakikatnya, penggunaan 'untuk mengajar' (لِيُعْلِمُوْا) lebih sesuai berbanding 'memberi peringatan' (لِيُنذِرُوا) dan 'supaya mereka faqih' (يَتَفَقَّهُوْا) berbanding 'berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah' (يَحْذَرُونَ). Akan tetapi, dipilih perkataan-perkataan tersebut berbanding istilah yang satu lagi sebagai isyarat bahawa matlamat guru hendaklah untuk memberi petunjuk dan peringatan. Sedangkan matlamat penuntut ilmu pula adalah untuk meraih rasa takut kerana Allah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bukan bersenangan dan merasa takabbur dengan ilmu. (Lihat Ruh al-Ma’ani, 11/48)


Dengan memahami petunjuk dari nas Ilahi di atas, jelas menunjukkan perintah untuk menuntut ilmu melalui pembelajaran dan berguru. Inilah yang asalnya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadith daripada Abi Darda’ R.A, sabda Rasulullah Sallahuallaihiwasallam


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ


Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).”

Hadith Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (395)


Berkata Al-Hafiz Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi berkata: “Tidak diambil sesuatu ilmu agama melainkan daripada mulut-mulut para ulama’.” (Lihat al-Faqih wa al-Mutafaqqih, 2/192)


Inilah diantara beberapa petunjuk yang menunjukkan dituntut agar memilih guru dalam mengambil ilmu agama, dan tidak boleh sembarangan. Dan inilah yang disuruh oleh para ulama yang terdahulu. Diantaranya Muhammad bin Sirin rahimahullah, beliau mengatakan:


إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم


Maksudnya:“Ilmu ini adalah bahagian dari agama kamu, maka perhatikanlah baik-baik dari siapa kamu mengambil ilmu agama kamu” (Diriwayatkan oleh Ibnu Rajab dalam Al Ilal, 1/355).


Imam Muslim juga menuqilkan dalam muqaddimah kitab Sahih Muslim daripada Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata:


إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِيْنٌ فَانظُرُوْا عَمَّنْ تَأْخُذُوْنَ دِيْنَكُمْ


Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu.” (Lihat Muqaddimah Sahih Muslim, 1/11)


Abdullah Ibn al-Mubarak pula berkata:


الْإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ لَوْ لَا الْإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ


Maksudnya: "Isnad itu adalah sebahagian daripada agama, sekiranya tidak ada isnad maka berkatalah seseorang itu apa yang hendak dikatakannya (bergantung kepada hawa nafsunya)" (Lihat Muqaddimah Sahih Muslim, 1/12)


Dalam kitab Al-Fawaaidul Makkiyyah, halaman 25 dan kitab Taudhihul Adillah, juz III, halaman 147, terdapat syair :


مَنْ يَأْخُذِ الْعِلْمَ عَنْ شَيْخٍ مُشَافَهَةً # يَكُنْ عَنِ الزَّيْغِ وَالتَّحْرِيْفِ فِى حَرَمٍ


Maksudnya:"Barang siapa yang mengambil ilmu dari seorang guru secara langsung berhadap-hadapan # niscaya akan terjagalah dia dari kesesatan dan kekeliruan


Mempelajari ilmu agama hendaklah dilakukan melalui guru. Meskipun di saat ini banyak sekali teknologi yang semakin memudahkan seseorang untuk belajar agama, tetapi hendaknya tetap memiliki guru untuk mendapatkan pengajaran agama yang tepat.


Ada ungkapan dan nasihat bagus agar kita tidak menjadikan sebuah kitab sebagai satu-satunya guru sekaligus sebagai peringatan bagi orang yang belajar tanpa guru.


“من كان شيخه كتابه فخطؤه أكثر من صوابه”


Maksudnya:“Barangsiapa  gurunya adalah sebuah kitab maka kesalahannya akan lebih banyak dari pada benarnya”.


Sesungguhnya seseorang yang telah tersesat di dalam mempelajari ilmu agama, maka tidak akan mendapatkan apa-apa munafaat apapun.


Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda,


مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ


Maksudnya:“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”. Riwayat Bukhari (2697) dan Muslim (1718)


Belajar tanpa guru dibimbangi akan terjerumus ke dalam ajaran yang salah. Mempelajari agama Islam tanpa guru boleh menyebabkan kebingungan bagi diri sendiri kerana tidak adanya keteguhan dalam belajar, juga ditakuti seseorang pelajar itu akan membuat kesimpulan sesuatu kemusykilan agama pada natijah yang salah. Terkadang mempelajari ilmu agama tanpa berguru boleh menyebabkan seseorang itu menjadi fanatik pada satu-satu pandangan yang dia gemari atau sukai sahaja tanpa membandingkan dengan pandangan-pandangan yang lain. 


Syaikh Abu Yazid al Bustamiy (wafat 261 H, seorang sufi, bermazhab Hanafi mengatakan:


من لم يكن له شيخ فشيخه الشيطان


“Barangsiapa tidak memiliki guru maka gurunya adalah syaitan.” (Tafsir Ruhul Bayan, 5/264).


Perhatian: Ini bukan hadith Nabi Sallahuallaihiwasallam sebagaimana Salah sangka bagi sesetengah orang. 


Salah satu dari semangat para ulama dalam menuntut ilmu tercermin dalam usaha mereka untuk belajar dengan banyak guru. Para ulama berusaha mendapatkan ilmu dan faidah dari berbagai guru, kerana setiap guru terkadang memiliki keahlian masing-masing. Hal ini juga akan membuat mereka tidak terlalu fanatik dengan guru atau mazab atau pendapat tertentu.


Ibrahim An Nakha’i rahimahullah mengatakan:


كَانُوا إِذَا أَتَوْا الرَّجُلَ لِيَأْخُذُوا عَنْهُ، نَظَرُوا إِلَى هديه، وَإِلَى سَمْتِهِ، وَ صلاته, ثم أخذوا عنه


Maksudnya:“Para salaf dahulu jika mendatangi seseorang untuk diambil ilmunya, mereka memperhatikan dulu bagaimana akidahnya, bagaimana akhlaknya, bagaimana solatnya, baru setelah itu mereka mengambil ilmu darinya” (Diriwayatkan oleh Ad Darimi dalam Sunan-nya, no.434).


Bukan hanya dalam belajar agama saja,malahan belajar dalam bidang apa sekalipun akan lebih efektif kalau berguru. Daripada hanya sekadar membaca apa yang tertulis.


Dengan adanya guru, terutama apabila guru itu sangat menguasai ilmunya, kita akan lebih leluasa menggali ilmu itu. Misalnya dengan soaljawab, dialog bahkan kita boleh meminta guru itu mengulangi penjelasannya dengan cara yang berbeza. 


Dan apabila guru itu adalah guru yang baik,maka sudah tentu beliau mempunya kayu ukur tentang keberhasilan dalam mendidik muridnya. Guru juga akan tahu apakah penjelasan itu difahami dengan mudah oleh muridnya ataupun tidak. Andaikata ternyata tidak, maka guru itu akan menggunakan variasi metode lain yang sekiranya dapat menyampaikan muridnya memahami maksudnya.


Terutama dalam ilmu mempelajari bahasa Arab dan juga membunyikan ayat-ayat Al-Quran. Kedua-dua ilmu ini hampir tidak mungkin dikuasai oleh seseorang melainkan dengan cara berguru. Sebab belajar bahasa Arab dan juga melancarkan membaca Al-Quran adalah bukan semata-mata informasi, melainkan dengan skill. 


Ilmu yang bersifat skill sudah tentu sangat berbeza karakternya dengan ilmu yang bersifat informasi. Untuk berinteraksi dengan ilmu bersifat skill adalah memerlukan kegigihan dan lebih fokus serta bimbingan berbanding berinteraksi dengan ilmu yang bersifat informatif.


Andaikata jika kita telusuri ilmu-ilmu ke-Islaman yang berada pada landasan ilmunya, adalah ilmu bahasa Arab dan membaca Al-Quran. Seseorang itu tidak akan dapat menguasai ilmu-ilmu ke-Islaman yang lain,sedangkan dia belum menguasai bahasa Arab, apatahlagi kemampuan untuk membaca Al-Quran. Dan kedua-duanya bukan bersifat informatif melainkan bersifat skill.


Bagi mereka yang sudah mempelajari dan memahami ilmu alat seperti Nahu, Sorof, Balaghah, Adab, Bahasa Arab di samping pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu fiqh, ilmu usul fiqh, ilmu qawaid fiqhiyah, ilmu aqidah atau tauhid,ilmu tadawwuf,  ilmu hadis, ilmu tafsir makanya mereka boleh membaca dan mentelaah dalam mendapatkan ilmu. Begitu juga mendapatkan ilmu melalui internet sebagai nilai tambah atau maklumat tambahan serta pengetahuan adalah dibolehkan tetapi bukan hanya semata-mata bergantung kepada internet. Hal ini kerana adakalanya maklumat yang diletakkan dalam internet kadang-kadang bercampur antara kebenaran dan kebatilan begitu juga sebahagiannya tidak mengikut disiplin ilmu. Kaedah yang masyhur menyebut:


إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ    وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ


Maksudnya: “Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti.”[Dawabit al-Ma'rifah wa Usul al-Istidlal wa al-Munazarah (hlm. 368 dan 381).]


Maka belajar tentang agama Islam memang memerlukan guru, tetapi bukan bererti membaca sendiri tidak boleh. Justeru itu, apabila dasar-dasar keilmuwan sudah kita miliki, selebihnya tinggal lagi mengembangkannya. Dan kunci pengembangan ilmu adalah banyak membaca. Dengan membaca, wawasan kita pun juga akan semakin luas. Kedalaman ilmu juga semakin bertambah.


Maka kedua-duanya adalah padanan metode belajar Islam yang sangat mendasar, iaitu berguru dan juga membaca.






Wednesday, August 10, 2022

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Islam mengajarkan bahawa setiap makhluk bernyawa yang hidup di dunia ini termasuk manusia semestinya mengalami kematian dan mereka semua tidak mungkin sama sekali dapat melarikan diri daripada merasai kematian yang sudah ditentukan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Maksudnya:"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". surat Ali Imran ayat 185. 


Salah satu pesanan yang terkandung dalam ayat di atas iaitu setiap makhluk hidup yang bernyawa akan merasakan kematian.


Maksudnya, setiap manusia memiliki saatnya yang telah ditakdirkan masing-masing dalam Lauh Mahfuz. Oleh sebab itu, takdir kematian tersebut tidak akan mengenal usia muda atau pun tua, tidak pula mengenal jenis kelamin baik perempuan mahupun laki-laki.


Ayat ini juga mengandungi pesanan agar  setiap muslim sentiasa mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk segala apa yang akan mereka hadapi di akhirat kelak. Muslim yang mampu mengaplikasikan pesan inilah yang disebut sebagai mukmin cerdas dalam sebuah hadith,dari Ibnu 'Umar, ia berkata,


كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ».


Maksudnya: Aku pernah bersama Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, lalu seorang Anshor mendatangi beliau, ia memberi salam dan bertanya,


'"Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?"


Beliau bersabda, "Yang paling baik akhlaknya."


"Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?" ia kembali bertanya.


Beliau bersabda, "Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas". Riwayat Ibnu Majah.


Selain itu, keutamaan mengingati kematian akan membantu melapangkan kehidupan seseorang di tengah kesempitan hidupnya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasam bersabda.


أكثروا ذكرَ هاذمِ اللَّذاتِ : الموتِ ؛ فإنَّه لَم يذْكُرْه أحدٌ في ضيقٍ مِن العَيشِ إلَّا وسَّعَه علَيهِ ، و لا ذَكرَه في سَعةٍ إلَّا ضيَّقَها عليهِ


Maksudnya: "Perbanyakkanlah mengingat pemutus segala kenikmatan, iaitu kematian, kerana tidaklah seseorang mengingatnya dalam kesempitan hidup melainkan akan melapangkannya dan tidaklah seseorang mengingatnya dalam keleluasaan hidup melainkan akan mempersempitnya". Riwayat Baihaqi, Ibnu Hibban dan Bazzar.


Ad Daqqaq rahimahullah berkata,


“من أكثر ذكر الموت أكرم بثلاثة: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة، ومن نسى الموت عوجل بثلاثة: تسويف التوبة، وترك الرضا بالكفاف، والتكاسل في العبادة”   


Maksudnya: “Barangsiapa yang banyak mengingat kematian maka dimuliakan dengan tiga hal: “Bersegera taubat, puas hati(redha)dan semangat ibadah, dan barangsiapa yang lupa kematian diberikan hukuman dengan tiga hal; menunda taubat, tidak redha dengan keadaan dan malas ibadah” (Lihat kitab At Tadzkirah fi Ahwal Al Mauta wa Umur Al Akhirah, karya Al Qurthuby).


Firman Allah Subhanahuwata'ala yang lainnya,


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ


Maksudnya: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya". Al-A’raf ayat 34.


وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا

 

Maksudnya: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila. datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.Al-Munafiqun ayat 11.


Ini bermakna mati adalah satu yang pasti dan tidak mungkin dielakkan.  Malahan, dalam konteks yang lebih mendalam, pakej hidup dan mati yang disediakan oleh Allah Subhanahuwata'a kepada manusia adalah merentasi empat fasa: mati (sebelum lahir), hidup, mati dan hidup (pada hari akhirat). Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 28,


كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Maksudnya:"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati(belum lahir), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?


Maksud:

وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا sesungguhnya (tadinya kamu mati) yakni ketika masih menjadi mani dalam sulbi bapamu. Lihat tafsir Jalalyn.


Oleh kerana itu, setiap Muslim mestilah menjalani hidup dalam kerangka kefahaman yang tepat, sehingga dapat mengenal siapa sebenarnya diri mereka dan tahu daripada mana asal usul mereka dan ke mana seterusnya kesudahan hidup mereka.


Muslim sebegini adalah merupakan golongan Muslim yang seluruh kegiatan hidup serta daya usaha mereka tertumpu ke arah persiapan untuk menyempurnakan keperluan menghadapi kematian.  

Justeru itu, golongan Muslim sebegini pastinya secara hati-hati menjalani kehidupan dunia ini agar mereka tidak  terperangkap dalam bencana besar kerohanian yang diistilahkan sebagai ghaflah (lupa) yang dengan jelasnya sedang memerangkap cukup ramai sekali kalangan Muslim semasa.  Bencana ghaflah inilah yang amat digeruni oleh kalangan orang yang dekat dengan Allah Subhanahuwata'ala,


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ


Maksudnya:"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". Al-A’raf Ayat 179.


Hal ini sepertimana syair yang menyebut:

حَيَاتُكَ يَا مَغْرُورُ سهو وغفلة

MaksudnyaHidupmu di dunia, wahai orang yang tertipu, ialah lupa dan lalai


Bertitik tolak daripada suasana dan sikap hidup yang sentiasa mengingati mati yamg membawa insan Muslim menjadi kenal diri, maka mereka boleh merangka persediaan dan persiapan berasaskan ajaran Islam bagi menghadapi dengan jayanya saat kematian yang akan membawa mereka ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat.


Perlaksanaan tugasan ibadah formal dengan sempurna, pasti berupaya menghasilkan golongan Muslim yang kuat pegangan akidah dan mulia akhlak mereka yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat.


Perlaksanasn tugasan ibadah tidak formal 

dengan sepenuh keikhlasan dan kejujuran

pula pastinya boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang kepada kemakmuran negara.  


Dua tugasan, iaitu ibadah formal dan ibadah tidak formal adalah:


1. Ibadah Formal - iaitu merujuk kepada Rukun Islam: sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ia amat penting kepada proses pemupukan dan peneguhan akidah dan merupakan medan latihan yang amat berkesan dalam proses pembentukan personaliti Muslim. Ibadah formal ini mempunyai struktur, sistem dan peraturan tertentu yang sudah ditetapkan syarak, yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan setepatnya oleh kalangan orang yang menunaikannya untuk ia boleh diterima dalam Islam. 


2. Ibadah Tidak Formal - ibadah ini cukup luas sekali, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia Muslim itu sendiri.  Perspektif Islam menjelaskan keseluruhan tindakan dan amalan manusia, pekerjaan dan tugasnya sehari-hari adalah tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti yang termasuk dalam istilah ibadat jika tindakan dan amalan, pekerjaan dan tugas itu dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur kerana patuh dan tunduk kepada undang-undang Allah dan kebesaran-Nya iaitu ibadat yang dilakukan dalam bentuk pekerjaan dan tindakan hamba Allah di ladang, di kilang, di pejabat, di hospital, di rumah dan di mana-mana saja Muslim itu berada.


Adapun penyempurnaan tugasan adalah ciri asas kepada kalangan Muslim yang hidup dengan idealisme mengingati mati kerana mereka berhasrat untuk mendapatkan sebanyak mungkin ganjaran dari Allah bagi kesempurnaan hidup di akhirat.


Idealisme hidup yang sentiasa mengingati mati adalah suatu yang amat penting dihayati oleh insan Muslim di samping ia juga merupakan satu unsur positif yang berupaya menjadikan insan Muslim golongan yang dinamik dalam mengusahakan segala sesuatu dalam kehidupan yang semuanya dalam perspektif Islam adalah kerja ibadah. Dan sikap hidup mengingati mati ini juga adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dengan model hidup zuhud.

Monday, August 8, 2022

Generasi muda dan perubahan zaman

Generasi muda dan perubahan zaman

Peradaban masa depan boleh tergambar dari karakter dan perilaku generasi muda saat ini. Semua insan menginginkan sebuah peradaban mulia yang senantiasa menjadikan agama sebagai panduan, serta kemanusiaan dan الاخلاق الكريمة senantiasa mewarnai aktiviti manusia. Agama Islam amat menitikberatkan keindahan akhlak. Disebabkan itu, antara sebab Nabi Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak.

 

Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam,


إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق


Maksudnya:"Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Riwayat al-Hakim dan dinilai sahih oleh Imam al-Zahabi.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ


Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak". Riwayat Ahmad (8952).[Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]


Generasi muda sebagai penerus tongkat membina peradaban perlu dijaga dari kesan-kesan negatif perubahan zaman yang sangat dinamis saat ini.

Golongan muda adalah mereka yang masih teguh fizikalnya, segar fikirannya, sihat tubuh badannya, kental jiwa dan semangatnya. Pemuda adalah tonggak peradaban kerana kekuatan fizikal mereka boleh menjadi benteng pertahanan teguh sesebuah peradaban.Allah Subhanahuwata'ala menyebut kisah kekentalan imam sekumpulan pemuda dalam surah al-Kahfi.


نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى


Maksudnya:"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk". Al-Kahfi ayat 13


Sebagaimana runtuhnya zaman jahiliah, hasil sokongan padu pemuda yang menyahut seruan dakwah, seperti dapat dilihat pada awal kebangkitan Islam di Makkah.


Pemuda ialah kelompok terbesar menerima dakwah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam hingga amat disayangi Baginda. Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun, iaitu puncak kematangan umur bagi pemuda.


Semasa di Makkah, Baginda dikelilingi orang muda yang tidak berbelah bagi memberi sokongan. Rakan terdekat ialah Saidina Abu Bakar RA berusia 38 tahun, manakala Saidina Umar RA ketika memeluk Islam berumur 27 tahun.


Talhah Ubaidillah RA berusia 16; Mus’ab Umair (awal 20-an); Al-Arqam Abi Arqam (16) dan sebahagian besar sahabat lain. Mereka berhadapan dengan pemimpin Makkah seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Suffian Harb, Umayyah Khalaf dan Syaibah Rabiah, yang juga dalam kalangan golongan tua yang angkuh dan sombong.


Keadaan sama berlaku di Madinah. Golongan pemuda membela Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dan Islam. Mereka membawa panji Islam di medan peperangan, seperti Perang Badar al-Kubra pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, iaitu Ali Abu Talib RA dan Ubaidah al-Harith RA.


Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam tewas di tangan anak muda, Abdullah ibnu Mas’ud RA.


Begitu juga dalam Perang Uhud, seorang anak muda Anas Ibnu Nadhar RA sanggup menjadikan diri sebagai perisai, menyelamatkan Baginda hingga syahid dengan 80 tikaman di seluruh badan.


Ketika Nabi Sallallahu'alaihiwasallam terkepung, muncul Abu Dujanah RA menyelamatkan Baginda, hingga akhirnya syahid di kaki insan mulia itu.


Hadith-hadith berkaitan dengan orang muda;


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


يَعْجَبُ رَبُّكَ مِنْ شَابٍّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ


Maksudnya:Rabbmu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shobwah". Riwayat Imam Ahmad (4/151)


صَبْوَةٌ adalah kecondongan untuk menyimpang dari kebenaran.


عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا نَغْزُوْ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ شَبَابٌ


Maksudnya:"Dari Ibnu Mas’ûd Radhiyallahu anhu berkata, “Kami ikut berperang bersama Rasulullâh padahal saat itu kami masih muda". Riwayat Imam Ahmad ( 1/390, 432)


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ شَبَابٌ مِنَ الْأَنْصَارِ سَبْعِينَ رَجُلًا يُقَالُ لَهُمْ  الْقُرَّاءُ يَكُونُونَ فِي الْمَسْجِدِ فَإِذَا أَمْسَوْا انْتَحَوْا نَاحِيَةً مِنَ الْمَدِينَةِ، فَيَتَدَارَسُونَ وَيُصَلُّونَ يَحْسِبُ أَهْلُوهُمْ أَنَّهُمْ فِي الْمَسْجِدِ، وَيَحْسِبُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ أَنَّهُمْ في أَهْلِيهِمْ، حَتَّى إِذَا كَانُوا فِي وَجْهِ الصُّبْحِ اسْتَعْذَبُوا مِنَ الْمَاءِ، وَاحْتَطَبُوا مِنَ الْحَطَبِ، فَجَاءُوا بِهِ فَأَسْنَدُوهُ إِلَى حُجْرَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَبَعَثَهُمُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمِيعًا، فَأُصِيبُوا يَوْمَ بِئْرِ مَعُونَةَ، فَدَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَتَلَتِهِمْ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا فِي صَلَاةِ الْغَدَاةِ


Maksudnya:"Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu nanhu , beliau mengatakan bahwa ada 70 pemuda dari kalangan Anshar yang digelari al-Qurra’ (para pembaca al-Qur’an). Mereka biasa tinggal di masjid Nabawi. Tatkala petang menjelang mereka keluar kepinggiran kota Madinah, lalu mereka belajar bersama dan mendirikan shalat. Keluarga mereka menyangka mereka sedang berada di masjid, sementara orang-orang di masjid menyangka mereka pulang menemui keluarga mereka. Ketika mendekati waktu  Shubuh mereka mencari air lalu mencari kayu bakar yang mereka bawa dan sandarkan di dinding kamar Rasûlullâh Sallallahu‘alaihiwasallam". Riwayat Imam Ahmad (3/235)


Dengan hasil penjualan kayu-kayu tersebut, mereka membelikan makanan buat para penghuni suffah. Penghuni shuffah adalah orang-orang fakir yang hijrah ke Madinah sedangkan mereka tidak memiliki keluarga ataupun kerabat di Madinah, hingga mereka tinggal di suffah di dekat masjid Nabawi.


Perubahan zaman diiringi dengan perkembangan teknologi serta informasi yang begitu cepat saat ini mestilah diimbangi dengan bekal keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahuwata'ala. Inilah yang akan menjadikan kita mampu mengharunginya dengan baik melalui perbezaan hal-hal positif yang muncul, sekaligus mampu menepis kesan-kesan negatif yang muncul akibat perubahan yang terjadi di berbagai sektor kehidupan.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


  وَتَزَوَّدُوْا فَاِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوٰىۖ وَاتَّقُوْنِ يٰٓاُولِى الْاَلْبَابِ   


Maksudnyanya:“Berbekallah kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa. Bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat.” Al-Baqarah ayat 197.


Perubahan zaman adalah suatu keadaan yang tidak dapat dielakkan. Perkembangan ilmu dan teknologi menjadikan semakin cepatnya perubahan peradaban. Jika dahulu untuk memberi khabar pada orang lain perlu mengirim surat dan menunggu balasan selama berhari-hari, bahkan berbulan-bulan, namun saat ini hanya dalam hitungan detik sahaja hal itu boleh dilakukan. Jika dahulu informasi hanya dimiliki oleh segelintir orang, saat ini semua orang boleh mengakses informasi bila-bila pun dan di mana pun. Dunia seolah-olah sudah ada dalam genggaman. Apa pun yang kita inginkan boleh dipermudahkan oleh setiap peringkat manusia, hasil dari perkembangan ilmu pengetahuan dan inovasi teknologi seperti melalui internet.


Namun perlu kita ingat bahawa perubahan ini bukan hanya membawa kesan positif bagi peradaban. Ancaman keruntuhan moral dan hilangnya sifat kemanusiaan juga terancam oleh derasnya perubahan ini, jika tidak disikapi dan ditangani dengan baik. Teknologi diibaratkan pisau yang boleh memberi manfaat besar jika dipegang dan digunakan oleh seorang koki atau tukang masak. Namun akan mendatangkan bencana besar bila dipegang dan dikuasai oleh penjahat. Oleh sebab itu perubahan zaman akibat cepat dan pesatnya perkembangan teknologi harus diimbangi dengan kesedaran bahawa teknologi adalah wasilah (alat) bukan ghayah (tujuan).


Oleh kerana itu, generasi tua dan generasi muda harus dibentengi dari kesan negatif perkembangan teknologi untuk menghindari sebuah aturan peradaban yang menghantarkan pada jurang kehancuran. Dalam mendepani perubahan zaman dan perkembangan teknologi agar hidup menjadi mudah, ada kaedah yang mengatakan.


   المحُاَفَظَةُ عَلَى القَدِيْمِ الصَّالِحِ وَالأَخْذُ بِالجَدِيْدِ الأَصْلَحِ


Maksudnya: “Memelihara (menjaga) hal lama yang baik, dan mengambil hal baru yang lebih baik”


Sangat penting untuk kita sedari dan lakukan di era ini, iaitu membekali para generasi muda yang akan menjadi tongkat dan pemimpin peradaban dengan nilai-nilai spiritual, karakter, dan akhlak yang baik di tengah gempuran berbagai macam perkara negatif akibat cepatnya perubahan zaman. 


Jika mereka tidak dibekali dengan karakter mulia dari peringkat awal, maka boleh jadi mereka akan terseret dan terhanyut dalam arus negatif perubahan zaman.


Di zaman ini kita boleh melihat sendiri bagaimana nilai-nilai etika, adab, kepedulian sosial sudah mulai pudar akibat sebahagian generasi sekarang lebih menikmati kehidupan di dunia maya. Mereka lebih senang untuk tidak bersosial dengan orang lain di dunia nyata dan memilih menghabiskan waktunya untuk bersosial di dunia maya. Secara tidak langsung mereka menjauhkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh sehingga tidak peduli dengan orang-orang di sekelilingnya. Padahal Rasulullah telah mengingatkan dalam hadithnya agar kita menjaga akhlak yang baik kepada orang lain,


  اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ 


Maksudnya: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana pun berada. Iringilah perbuatan buruk yang telah dilakukan dengan perbuatan baik yang dapat menghapusnya. Dan berakhlaklah kepada orang-orang dengan akhlak yang baik”.Riwayat at-Tirmidzi.


Selain berubahnya akhlak dan sikap generasi muda, pengaruh budaya luar mengalir dengan deras melalui media sosial yang  membawa kesan yang semakin melunturkan nilai-nilai luhur warisan nenek moyang. Hal ini boleh terlihat dari sikap, model, dan gaya pakaian generasi muda saat ini yang senang terbawa arus kemodenan tanpa dilandasi nilai-nilai agama. Jika ini dibiarkan, bagaimana nasib masa depan mereka dan peradaban dunia?


Allah Subhanahuwata'ala telah mengingatkan kita semua supaya tidak  mewariskan generasi yang lemah dalam meneruskan dan merawat peradaban. Agama Islam mendorong para generasi penerus untuk menjadi generasi yang kuat dan mampu menunjukkan optimisme masa depan cerah serta tidak membimbangkan orang tua. Hal ini disebutkan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 9: 


  وَلْيَخْشَ الَّذِيْنَ لَوْ تَرَكُوْا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعٰفًا خَافُوْا عَلَيْهِمْۖ فَلْيَتَّقُوا اللّٰهَ وَلْيَقُوْلُوْا قَوْلًا سَدِيْدًا   


Artinya : “Hendaklah merasa takut orang-orang yang seandainya (mati) meninggalkan setelah mereka, keturunan yang lemah (yang) mereka khawatir terhadapnya. Maka, bertakwalah kepada Allah dan berbicaralah dengan tutur kata yang benar (dalam hal menjaga hak-hak keturunannya)”.


Semua ini menjadi bahan renungan dan menjadikan kita untuk lebih peduli pada  generasi penerus dengan berusaha semaksimal mungkin melindungi dan menjadikan mereka peribadi yang mengenal diri dan Tuhan. Perintah untuk melindungi diri dan keluarga telah ditegaskan Allah Subhanahuwata'ala dalam Al-Qur’an Surah At-Tahrim ayat 6,


  يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٰۤىِٕكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُوْنَ اللّٰهَ مَآ اَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ   


Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. Al-Tahrim ayat 6


Menjaga diri dan keluarga  boleh dilakukan dengan mendekatkan diri pada Allah Subhanahuwata'ala dengan memperkuatkan ketaatan dalam menjalankan ibadah, memberi pendidikan dan teladan yang terbaik untuk diri dan keluarga, memberi nafkah dari rezeki yang halal, dan senantiasa berdoa agar keluarga dan keturunan-keturunan kita senantiasa menjadi generasi yang soleh dan solehah.   


Akhirnya, marilah kita bina para generasi muda kita dengan akhlak yang baik dan bekalilah mereka dengan kewaspadaan terhadap kesan negatif perubahan zaman. Bukan harta atau material duniawi sahaja yang menjadi warisan terbaik bagi mereka untuk menghadapi peradaban di masa yang akan datang. Bahkan ilmu agama dan nilai-nilai kemanusiaan yang lebih utama untuk kita wariskan sehingga masa depan peradaban akan terus berada pada garis yang diredhai oleh Allah Subhanahuwata'ala.




Wednesday, August 3, 2022

Berdoa dalam sujud dan berdoa di dalam hati.

Berdoa dalam sujud dan berdoa di dalam hati.


Solat lima waktu hukumnya wajib bagi setiap Muslim yang mukallaf, solat lima waktu juga adalah amalan pertama kali yang akan dihisab.


Nabi Sallalahu'alaihiwasallam telah bersabda,


إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ


Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.”

Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425)


Allah Subhanahuwata'ala telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (٤٤) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (٤٦) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ


Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu". Surah al-Mudassir ayat 42-48.


Solat adalah waktu terbaik dimana seorang hamba menenangkan diri dan mendekat kepada penciptanya. Solat diakukan kerana kewajipan sebagai seorang Muslim sekaligus sebagai jalan untuk ketenangan jiwa dan untuk memanjatkan doa kepada Allah.

Berdoa dalam sujud ketika solat adalah merupakan perbuatan yang dianjurkan untuk dilaksanakan oleh Muslim disaat melakukan solat. 


Hukum berdoa disunatkan dalam semua sujud adalah hadith Yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


أقربُ مَا يَكونُ العبْدُ مِن ربِّهِ وَهَو ساجدٌ، فَأَكثِرُوا الدُّعاءَ


Maksudnya: "Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada berdoa sujud)".Riwayat Muslim dan al-Nasaie.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam juga bersabda.


أَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظَّمُوا فِيْهِ الرَّبَّ وَأَمَّا السُّجُوْدُ فَاجْتَهِدُوا فِى الدُّعَاءِفَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَلَكُمْ


Maksudnya:“Adapun rukuk maka agungkanlah Rabb-mu, sedangkan ketika sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, nescaya segera dikabulkan untuk kalian". Riwayat Muslim.


Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan di dalam solat. Yang terpilih ialah hendaklah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan di dalam solat. Adapun menggunakan bahasa selain bahasa Arab seperti bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati.


Perbahasan tentang perbuatan berdoa di dalam hati:


1-Doa yang awal adalah muncul dari lubuk hati.


Berdoa dalam hati ketika sujud diperbolehkan kerana pada dasarnya doa adalah berasal atau berawal muncul dari hati.

Ketika seseorang mengiginkan atau mengharapkan sesuatu yang pada awalnya adalah berupa lintasan yang berada dalam hati dan fikiran kemudian pada saat itu pula disampaikan kepada Allah apa harapannya dari dalam hatinya. 


Adapun ucapan lisan adalah sebagai pengikut kepada hati. Siapa yang menjadikan konsentrasinya saat berdoa pada  lisan saja, maka akan melemah munajat hatinya. Oleh kerana itu seorang yang berada dalam keadaan genting, berdoa dengan hatinya. Sebuah doa yang membuka pintu kesulitan yang ia alami, yang sebelumnya tidak pernah terdetik dalam fikirannya.


2-Menurut pandangan ulama' bedoa di dalam hati;

Para ulama menyatakan, “Dalam membaca Al-quran seorang itu wajib menggerakkan lidah dan kedua bibirnya. Tanpa melakukan itu maka tidak dianggap sebagai bacaan, namun tetap terhitung sebagai tadabbur atau tafakkur. Oleh kerana itu seseorang yang sedang junub tidak dilarang membaca Al-quran dalam hatinya atau orang yang sedang buang hajat tidak dilarang untuk berzikir dalam hati.  

Doa di dalam hati dibolehkan walaupun tanpa pengucapan di lisan, apabila diqiyaskan dengan zikir dalam hati yang mana ianya adalah amalan berpahala.


3-Lintasan hati tidak tercatat sebagai dosa 


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 


Maksudnya: “Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". Al-Ahzab ayat 5.


Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam pernah bersabda:


إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengampunkan bagi umatku apa yang diwaswaskan dengannya di dalam hatinya selagimana dia tidak melakukan atau mengatakan (apa yang diwaswaskan)".

Riwayat al-Bukhari (2528)


Dalil di atas menunjukkan bahawa tidak menjadi kesalahan terhadap apa yang terlintas di dalam hati. Justeru itu tidak menjadi kesalahan untuk berdoa dalam hati ketika sujud kerana apa yang berupa pembicaraan hati tidaklah dianggap sebagai perbuatan dosa,ianya hanya berkaitan dengan cara mengungkapkan sesuatu kepada Allah tetapi manfaat doa dalam islam baik dalam hati ataupun lisan sama sama memberikan ketenangan.


4- Doa kepada Allah adalah berdasarkan prasangka hamba-Nya.


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً  


Maksudnya:"Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku tergantung persangkaan hamba kepada-Ku. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingat-Ku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diri-Ku. Kalau dia mengingat-Ku di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari". Riwayat Bukhari(7405) dan Muslim (2675).


Doa yang diucapan secara batin atau di dalam hati jika ia berkeyakinan Allah maha baik dan akan memberikan yang terbaik terhadap doanya maka itulah yang akan ia dapatkan, ia akan mendapat kebaikan dari Allah berupa dikabulkan doanya atau ditunda dalam waktu yang paling tepat atau bahkan diganti oleh Allah dalam urusan yang jauh lebih baik dari doa yang ia panjatkan kerana keyakinan mulianya itu.

Doa dengan cara apapun,samada dalam hati atau lisan dan dilakukan dalam sujud akan tetapi ia merasa tidak yakin akan kekuasaan Allah dan tidak percaya atau ragu bahawa Allah yang maha baik akan mengabulkan doanya maka itu pula yang akan diterima olehnya.


Intipatinya adalah semua doa itu baik, samada diucapkan secara lisan ataupun berupa pengharapan di dalam hati, namun yang terpentingnya ialah doa tersebut diyakini akan dikabulkan oleh Allah Subhanahuwata'ala.


Allah Subhanahuwata'ala  menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ


uhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. Al-Ghafir ayat 60


Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah Subhanahuwata'ala menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang islam. [Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur, 183/24]

 

Daripada Abi Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا


Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah Subhanahuwata'ala akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kejelekan”. Riwayat Ahmad (11133)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah baik].


Sebagaimana diketahui bahawa berdoa boleh dilakukan dengan cara bagaimanapun asalkan tidak berlebihan, tidak mengganggu orang lain atau orang di sekitarnya, serta tidak disertai dengan berandai-andai seperti memohon sesuatu terlalu mendalam dan menganggap kehidupan tidak bererti jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak tercapai sebab yang berhak untuk mengabulkan atau menunda doa hanyalah pada kekuasaan Allah semata sehingga Allah mengetahui yang terbaik.


Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...