Tuesday, October 20, 2020

Penyucian Jiwa(تزكية النفوس)

Penyucian Jiwa(تزكية النفوس)


Firman Allah Subhanahiwata'ala, 


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا. قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا


Maksudnya:"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya).Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Asy-Syams ayat 7-10


Definisi Penyucian Jiwa


Perkataan ini dalam bahasa arab disebut تزكية النفوس. Perkataan تزكية memberi maksud pembersihan atau penyucian. Keduanya yang memberi maksud penambahan.


Sedangkan النفس dengan maksud jiwa manusia yang menerima bagi tubuh dalam sebarang tindakan yang terdedah kepada unsur kebaikan dan kejahatan. Nafsu juga dinisbahkan kepada perasaan dan kehendak untuk mendapatkan (idrak), gerakan (harakiyyah), tindak balas (infi’aliyyah) dan akhlak ataupun keluhuran budi (akhlaqiyyah). (Rujuk Mafhum al-Nafs al-Insaniyyah fi al-Fikr al-Tarbawi al-Hadis oleh Muhammad Mahmud Darwisy, hal. 363)


Imam al-Ghazali menyifatkan تزكية النفس sebagai satu proses penyucian jiwa daripada kekejian dan kekotoran yang berpunca daripada akhlak yang tercela. Dengan itu, ia merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kekuatan dan ketahanan diri yang mantap bagi melawan musuh-musuh batin ini dengan cara memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala.


Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks ahli tasawuf, tazkiyah merujuk kepada bersih daripada sifat keji dalam diri dan kezaliman lahiriyah (Ibnu Arabi) 


Dalam erti kata yang lain(تزكية النفوس) adalah melibatkan dua proses utama iaitu al-takhalli ( التخلي ) dan al-tahalli ( التحلي ). Al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela kerana ianya adalah najis maknawi yang menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah yang Quddus sebagaimana najis yang zahir kepada Allah (al-Qurdi, 1995:457). Manakala al-tahalli pula ialah menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Menurut al-Tusi, al-tahalli ialah mengikut golongan sodiqin sama ada dari sudut perkataan mahupun dalam amalan zahir (Abi Khuzam, 1993:58) Juga rujuk. Kitab Hikam Ibn Ata Allah al-Iskandari


 

Antara bentuk atau wasilah untuk islah jiwa atau تزكية النفوس antaranya:


1-Menunaikan segala fardhu dan kewajipan.

2-Menunaikan sunat-sunat rawatib.

3-Membanyakkan zikir dan istighfar.

4-Hadir ke majlis ilmu.

5-Muhasabah diri secara berterusan. (Rujuk Maratib al-Nafs wa Fadhlu Mujahadatiha) 


7 asas penting dalam penyucian jiwa:


1-Mentauhidkan Allah Subhanahuwata'ala atau Meng-Esakan Allah Subhanahuwata'ala.


فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ.وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ


Maksudnya:"Katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan).Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"


ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۗ وَأُحِلَّتْ لَكُمُ الْأَنْعَامُ إِلَّا مَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ ۖ فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ


Maksudnya:"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta. Al-Hajj ayat 30.


2-Solat


قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّىٰ. وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ


Maksudnya:"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat. Al-A'ala ayat 14-15


3-Sedekah


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". At-Taubah Ayat 103


4-Meninggalkan Maksiat dan Perkara Haram.


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا. قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا


Maksudnya:"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya).Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Asy-Syams ayat 7-10


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya;"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Nur ayat 21


5-Dengan melaksanakan sagala amal Soleh atau amal kebajikan samaada yang fardhu atau yang sunat. Kerana secara konsepnya kebajikan akan menghapuskan kejahatan sebagaima firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut, 


وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ


Maksudnya:"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.Hud ayat 114.



6- Bermuhasabah diri.


Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ


Maksudnya:"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan. Anbiya ayat 47


Setiap perbuatan manusia walau sekecil-kecil atau sebesar-besarnya akan diperhitung dan dihisab di akhirat nanti. Perbuatan baik akan mendapat balasan baik, manakala perbuatan jahat akan menerima akibat buruk.


7- Berdoa kepada Allah Subhanahuwata'la dalam setiap pekerjaan.


Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahuwata'la kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Allah Subhanahuwata'la juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ


Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". al-Ghafir ayat 60.


Allah Subhanahuwata'la berfirman,


وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا


Maksudnya:”Hanya milik Allah-lah nama-nama yang husna. Maka berdoalah dengan menyebut nama-nama yang husna itu".Al-A’raf ayat 180.


Orang mukmin sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala dalam semua keadaan dan tindakan.


Doa juga termasuk ibadah, sebagaimana solat atau puasa. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ


Maksudnya:”Doa adalah ibadah.” Riwayat Tirmidzi (2969). 


Fizikal manusia yang mewah tetapi spiritual yang lemah adalah satu petanda bahawa manusia berkenaan dalam kehinaan.


فَإِنْ أَرَادَ اللهُ أَنْ يُخْذَلَ عَبْدًا أَعْطَاهُ العِلْمَ وَمَنَعَهُ الخَشْيَةَ، أَوْ يُعْطِيهِ النِّعْمَةَ وَيَمْنَعُهُ الشُّكْرَ، أَوْ يُعْطِيهِ البَلاَءَ وَيَمْنَعُهُ الصَّبْرَ، أَوْ يُعْطِيهِ الحِكْمَةَ وَيَمْنَعُهُ الأَدَبَ، أَوْ يُعْطِيهَ القُوَّةَ وَيَمْنَعُهُ العَمَلَ، أَوْ يُعْطِيهِ الغِنَى وَيَمْنَعُهُ السَّخَاءَ.


Malsudnya:"Jika Allah berkehendak untuk menghina seseorang lalu diberi kepadanya ilmu tetapi dicabutnya sifat takut, diberi kepadanya nikmat tetapi dibuangnya sifat syukur, dikenakan kepadanya bala tetapi dicabutnya sifat sabar, dikurniakan kepadanya hikmah tetapi ditiadakannya budi pekerti, dianugerahkan kepadanya kekuatan jasmani tetapi dilemahkannya untuk beramal atau diberikan kekayaan namun dibuangnya sifat pemurah". (al-Laja’I, 2003:223).

Monday, October 19, 2020

Mahsyar: Muka putih berseri dan muka hitam muram.

Mahsyar: Muka putih berseri dan muka hitam muram. 


Di hari Kiamat kelak kita akan menyaksikan wajah manusia dalam dua keadaan. Ada wajah mereka yang putih bersinar dan wajah yang hitam muram.


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ. وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ. ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ. وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ. تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ. ولَٰئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ


Maksudnya:"Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.Banyak muka pada hari itu berseri-seri,tertawa dan bergembira ria. Dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan.Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka". 'Abasa ayat 36-42.


كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ. وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ. وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ. إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ. وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ. تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ


Maksudnya:"Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, dan meninggalkan (kehidupan) akhirat. Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram. Mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat. Al-Qiyamah ayat 20-25


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاعِمَةٌ○ لِسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ○ فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ○ لَا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً○ فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ○ فِيهَا سُرُرٌ مَرْفُوعَةٌ○ وَأَكْوَابٌ مَوْضُوعَةٌ○ وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ○ وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ○.


Maksudnya:"Banyak muka pada hari itu berseri-seri,  merasa senang kerana usahanya.Dalam syurga yang tinggi.Tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna. Di dalamnya ada mata air yang mengalir. Di dalamnya ada tilam-tilam yang ditinggikan,dan gelas-gelas yang diletakkan, dan bantal-bantal sandaran yang tersusun, dan permadani-permadani yang terhampar". Ghasyiyah ayat 8-16.


وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا. إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا. إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا. فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا. وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا


Maksudnya:"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera". Al-Insan ayat 8-12



يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ. يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّىٰ جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ


Maksudnya:"(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar. Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu". Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)". Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.Al-Hadid ayat 12-14


بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ

وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ ۚ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْمُتَكَبِّرِينَ. وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


Maksudnya:"(Bukan demikian) sebenarya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir. Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?. Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa karena kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab (neraka dan tidak pula) mereka berduka cita. Al-Zumar ayat 59-61


یَوۡمَ تَبۡیَضُّ وُجُوهࣱ وَتَسۡوَدُّ وُجُوهࣱۚ فَأَمَّا ٱلَّذِینَ ٱسۡوَدَّتۡ وُجُوهُهُمۡ أَكَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡ فَذُوقُوا۟ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ * وَأَمَّا ٱلَّذِینَ ٱبۡیَضَّتۡ وُجُوهُهُمۡ فَفِی رَحۡمَةِ ٱللَّهِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ


Maksudnya:"Pada hari (kiamat yang padanya) yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.  Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya". Ali Imran ayat 106-107.


Allah Subhanahuwata'ala menyatakan di dalam ayat-ayat ini bahawa terdapat 2 golongan manusia di Mahsyar kelak.

 

1-Golongan yang wajahnya putih berseri. 

2-Golongan yang wajahnya hitam muram. 

 

Wajah menjadi putih berseri disebabkan gembira, puas hati dan bahagia. Manakala yang berwajah hitam muram disebabkan sedih, menyesal dan sengsara. Mereka yang berwajah berseri bakal penghuni syurga. Manakala mereka yang berwajah hitam legam bakal penghuni neraka jahannam. Dengan keadaan wajah sedemikian, menyebabkan semua manusia akan tahu siapa yang bakal diiringi bak raja untuk memasuki syurga dan siapa yang akan diseret dan dihumban ke dalam neraka.

 

لِّلَّذِینَ أَحۡسَنُوا۟ ٱلۡحُسۡنَىٰ وَزِیَادَةࣱۖ وَلَا یَرۡهَقُ وُجُوهَهُمۡ قَتَرࣱ وَلَا ذِلَّةٌۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ * وَٱلَّذِینَ كَسَبُوا۟ ٱلسَّیِّـَٔاتِ جَزَاۤءُ سَیِّئَةِۭ بِمِثۡلِهَا وَتَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةࣱۖ مَّا لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِنۡ عَاصِمࣲۖ كَأَنَّمَاۤ أُغۡشِیَتۡ وُجُوهُهُمۡ قِطَعࣰا مِّنَ ٱلَّیۡلِ مُظۡلِمًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

 

Maksudnya:"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan(tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan). Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Yunus ayat 26-27.


Golongan yang berwajah hitam hodoh ini terdiri daripada orang-orang kafir, golongan munafik dan mereka yang murtad daripada jalan keimanan.

 

Syaikh as-Sa’di rahimahullah berkata: “Hari ketika wajah putih bersih, ini merupakan wajah orang-orang yang bahagia dan selalu berbuat kebaikan, mereka adalah orang-orang yang bersatu dan berpegang teguh pada tali agama Allah (al-Quran dan as-Sunnah). Adapun yang wajahnya hitam legam adalah orang-orang yang celaka dan selalu berbuat keburukan, mereka adalah orang-orang yang selalu berpecah-belah dalam agama dan selalu berbeza. Wajahnya menghitam disebabkan oleh keterhinaannya dan keburukan amalannya. Sedangkan orang yang berwajah putih bersih, hal ini disebabkan kerana kebahagiaan, nikmat dan kesolehan yang nampak pada wajahnya".

 

Imam Ibnu Katsir berkata dalam tafsirnya bahawasanya ibnu Abbas r.huma berkata: “Hari ketika wajah manusia ada yang memutih bersih dan ada yang menghitam legam iaitu hari kiamat. Wajah yang putih bersih adalah wajah ahlu sunnah wal jama’ah dan wajah yang hitam legam adalah wajah ahlu bid’ah dan al-furqah iaitu orang-orang yang suka berpecah belah”.

 

Justeru itu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah Subhanahuwata'ala, semoga kita tergolong dalam kalangan manusia yang memiliki wajah yang berseri-seri. Jangan sesekali menderhakai Allah dan keluar dari Islam, kerana ia bakal disalai, dibakar, dan dipanggang selunyai-lunyainya di dalam neraka.


وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. أُولَٰئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا ۚ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ


Maksudnya:"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: 


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.


"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya". Al-Baqarah ayat 201-202

Sunday, October 18, 2020

Mahsyar: 4 Saksi terhadap diri manusia. Dan juga perbanyakkanlah saksi yang dapat menolong kita di Padang Mashyar nanti.

Mahsyar: 4 Saksi terhadap diri manusia.  Dan juga perbanyakkanlah saksi yang dapat menolong kita di Padang Mashyar nanti. 


Orang yang paling selamat ketika berada di Padang Mahsyar ialah mereka yang datang kepada Allah di dalam keadaan hatinya penuh dengan ketenangan. 


يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ.إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ


Maksudnya:"(Iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih". Asy-Syu'ara' Ayat 89


Namun ada juga yang datang dalam keadaan takut dengan bebanan tanggungjawab yang tidak terlaksana dan saat yang paling menakutkan apabila tiba masanya kita disoal terhadap amalan-amalan dan perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Saat itu kita tidak boleh meminta tolong kepada siapapun, tinggallah kita sendiri yang akan bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.


كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ


Malsudnya:"Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya, Al-Muddatstsir ayat 38.


Di hari Kiamat kelak manusia akan mempertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka di hadapan Allah Subhanahuwata’ala. Saat itu mereka akan ditanya tentang apa-apa saja yang telah mereka lakukan selama hidup di dunia. Di saat itu manusia akan membantah terhadap dosa-dosa yang telah mereka perbuat. 

Manusia akan sentiasa menolak dakwaan-dakwaan yang dihadapkan ketika diadili di Padang Mahsyar kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa dia melakukan perbuatan itu tanpa adanya bukti-bukti atau saksi. 


Namunpun begitu Allah Subhanahuwata’ala akan menjadikan orang yang melakukan perbuatan baik atau jahat ada saksi terhadap perbuatan mereka itu. Allah Subhanahuwata’ala mendatangkan saksi yang akan membuat manusia terdiam dan tak boleh berkata apa-apa.


Namun orang yang tenang hatinya kerana jaminan pengadilan Allah itu jauh lebih baik daripada pengadilan manusia. 


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ


Maksudnya:"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan". Al-Anbiya Ayat 47.


Ada 4 saksi yang akan tampil untuk tujuan pembuktian pada hari tersebut:


Saksi Pertama - Allah Subhanahuwata’ala


Saksi pertama yang akan bersaksi tentang perbuatan kita selama hidup di atas bumi Allah adalah Allah sendiri. Allah akan menjelaskan bahwa kita melakukan dosa itu dosa ini, pada haribulan sekian, hari sekian, pukul sekian, di tempat ini. Allah Subhanahuwata’ala senantiasa mengawasi hamba-Nya selama di dunia, meskipun kita tidak melihat-Nya akan tetapi Dia selalu melihat kita.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman, 


وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ مِنْ بَعْدِ نُوحٍ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا


Maksudnya:"Dan berapa banyaknya kaum sesudah Nuh telah Kami binasakan. Dan cukuplah Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-hamba-Nya.... Al-Israa’ ayat 17.


قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً ۖ قُلِ اللَّهُ ۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۚ


Katakanlah: "Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?" Katakanlah: "Allah". Dia menjadi saksi antara aku dan kamu". Al-An'am ayat 19.


قُلْ كَفَىٰ بِاللَّهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّهِ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ


Maksudnya:"Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi. Al-'Ankabut ayat 52


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَىٰ ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dialah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dialah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu". Al-Mujadilah ayat 7.


يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا


Maksudnya:"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redlai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan". Al-Nisa ayat 108.


أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ وَأَنَّ اللَّهَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ


Maksudnya:"Tidaklah mereka tahu bahwasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahwasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib". Al-Taubat ayat 78.


قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Maksudnya:"Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu". Ali 'Imran Ayat 29.


Saksi Kedua - Para Malaikat Allah


Setiap perbuatan kita, tidak terlepas dari pengawasan malaikat-malaikat Allah yang bertugas mencatat amal. Setiap kita apabila berbuat dosa, pasti tercatat pada buku catatan para malaikat-Nya. Tidak ada yang terlewat sedikitpun, semua dicatat sedemikian terperincinya.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَجَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ


Maksudnya:"Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat penggiring dan seorang malaikat penyaksi".  Qaaf ayat 21.


مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


Maksudnya:"Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.. Qaaf ayat 18.


وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ.كِرَامًا كَاتِبِينَ.يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ


Maksudnya:"Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan". Al-Infithaar ayat 10-12.


Saksi Ketiga - Bumi Tempat Kita Berpijak


Bumi pun akan menjadi saksi bagi kita di akhirat kelak. Bumi akan menjelaskan bahawa di tempat ini, di tempat itu, si fulan berbuat dosa, di sana fulan berbuat dosa, di sini fulan berbuat dosa. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahuwata’ala di Surah Az-Zalzalah sebagaimana yang disebutkan Kitab Tafsir Ibnu Katsir rahimahullah,


إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا. وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا. وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا


Maksudnya:"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya". (Q.S. Az-Zalzalah : 1-5)


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ أَخْبَارَهَا أَنْ تَشْهَدَ عَلَى كُلِّ عَبْدٍ أَوْ أَمَةٍ بِمَا عَمِلَ عَلَى ظَهْرِهَا أَنْ تَقُولَ عَمِلَ كَذَا وَكَذَا يَوْمَ كَذَا وَكَذَا قَالَ فَهَذِهِ أَخْبَارُهَا


Maksydnya:“Sesungguhnya yang diberitakan oleh bumi adalah bumi jadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, baik laki-laki maupun perempuan yang telah mereka perbuat di muka bumi. Bumi itu akan berkata, “Manusia telah berbuat begini dan begitu, pada hari ini dan hari itu.” Inilah yang diberitakan oleh bumi. Riwayat Tirmizi (2429). Imam Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini hasan gharib. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadith ini dha’if. Namun hadith ini ada penguatnya dalam Al Kabir karya Ath Thobrani 4596, sehingga hadith ini dapat dikatakan hasan sebagaimana kesimpulan dari Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilaliy dalam Bahjatun Nazhirin, 1: 439.


Saksi Keempat - Diri Kita Sendiri


Mungkin kalau orang lain kita tidak akan percaya, tetapi kalau diri sendiri yang memberikan kesaksian maka kita tidak  dapat mengelak sedikitpun. Pada hari Kiamat nanti, di Hari Pengadilan, Allah akan mengunci mulut kita, dan akan memerintahkan kaki, tangan, dan anggota tubuh kita lainnya untuk bersaksi atas diri kita tentang apa-apa saja yang telah kita lakukan selama di dunia. Bahkan, kulitpun akan bersaksi atas kita.


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Maksudnya:"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan". Yaasiin ayat 65.


حَتَّىٰ إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ. وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ. وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَٰكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan." Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. (Q.S. Fushshilat : 20-22)


وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ


Maksudnya:"(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. Al-Nahl Ayat 89.


Itulah saksi-saksi yang akan menjelaskan tentang perbuatan apa saja yang sudah kita lakukan selama hidup di dunia. Kita ketika itu tidak dapat mengelak, kita akan menangis, sedih, meminta kepada Allah agar kembali ke dunia. Akan tetapi Allah tidak mengabulkannya.


وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ


Maksudnya:"Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".Al-Sajdah ayat 12


Itulah pembahasan singkat kita mengenai saksi-saksi pada hari Kiamat. Semoga dengan tulisan ini kita lebih hati-hati, lebih takut kepada-Nya sehingga kita lebih meningkatkan amal ‘ibadah kita.


Seandainya saat ini kita sedang duduk di kursi pengadilan, berhadapan dengan seorang hakim yang sedang mengadili kita atas kesalahan yang telah kita lakukan sebelumnya, disertai saksi yang siap menjawab pertanyaan-pertanyaan, maka mungkin kita pun akan boleh membayangkan betapa menyesal dan malunya kita saat itu. Atau, mungkin saja ada di antara kita yang justeru merasa seperti tak bersalah sama sekali, hingga bahkan tanpa ragu untuk berbohong ataupun sampai membayar saksi untuk ikut berbohong juga, hanya demi sebuah keselamatan yang sementara. Tapi memang demikianlah kenyataan pengadilan manusia di dunia ini, di mana kita boleh berbohong untuk menghindari hukuman, dan bahkan sang hakim sendiri pun juga terkadang boleh salah dalam memberikan keputusannya meskipun kita telah berusaha untuk mengatakan kebenaran.


Namun, kelak di dalam pengadilan yang sesungguhnya pada hari yang sangat berat dan panjang, ketika Sang Maha Hakim justeru sekaligus menjadi Saksi, yang mana telah menyaksikan sendiri segala perbuatan kita selama di dunia, maka ketika itulah kita tidak mungkin dapat menghindar. Kita tentu tidak mungkin menutup-nutupi sesuatu dari Saksi yang justeru telah melihat sendiri tingkah laku kita. Saat itu tiada lagi yang akan boleh kita sembunyikan. Dan ketika itu, amal kebaikan orang-orang yang ingkar dan enggan beriman akan diperlihatkan tanpa pahala apapun, melainkan telah cukup bagi mereka pahala di dunia saja, dan sisanya adalah pertanggungjawaban atas keingkaran dan amal kejahatan mereka. Sedangkan orang-orang yang beriman, akan ada yang amal baiknya diterima dan ada yang tidak, ada yang amal buruknya diampuni dan ada yang dibalas dengan hukuman. Dan semua itu akan menyesuaikan dengan amal perbuatan dan niat masing-masing selama di dunia ini. Sang Maha Hakim akan mengadili dengan sangat tepat, tanpa meleset sedikitpun meski hanya setitik maksiat di dalam hati kita.


Berkaitan hal bumi berbicara atas perintah dari Allah,


يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا . بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا


Maksudnys:“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya".Al Zalzalah ayat 4-5. 


Ayat di atas menunjukkan untuk memperbanyak zikir bila pun dan di mana pun. Faedahnya disebutkan,


إِنَّ فِي دَوَامِ الذِّكْرِ فِي الطَّرِيْقِ وَالبَيْتِ وَالحَضَرِ وَالسَّفَرِ وَالبَقَاعِ تَكْثِيْرًا لِشُهُوْدِ العَبْدِ يَوْمَ القِيَامَةِ فَإِنَّ البُقْعَةِ وَالدَّارِ وَالجَبَلِ واَلأَرْضِ تَشْهَدُ لِلذَّاكِرِ يَوْمَ القِيَامَةِ


Maksudnya“Sungguh orang yang senantiasa berzikir ketika berada di jalan, di rumah, di saat mukim, di saat safar, atau di berbagai tempat, itu akan membuatnya mendapatkan banyak saksi di hari kiamat. Kerana tempat-tempat tadi, rumah, gunung dan tanah, akan menjadi saksi bagi seseorang di hari kiamat.” Lihat: Al Wabilush Shoyyib, hal. 197. 


Begitu pula berpindah tempat saat solat sunat, termasuk pula keutamaan mengerjakan solat sunat di rumah adalah supaya mendapat banyak saksi pada hari kiamat. Sebagaimana keutamaan ini disebutkan oleh Prof. Dr. Musthofa Al Bugho dalam Al Fiqhu Al Manhaji (hal. 159) ketika menjelaskan amalan sunat sesudah solat.


Dalil yang menunjukkan anjuran melaksanakan solat sunat di rumah. Dari Zaid bin Tsabit, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِى بُيُوتِكُمْ ، فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ صَلاَةُ الْمَرْءِ فِى بَيْتِهِ إِلاَّ الْمَكْتُوبَةَ


Maksudnya:“Solatlah kalian wahai manusia di rumah kalian. Kerana sebaik-baik solat kalian adalah solat di rumahnya kecuali solat wajib.” Riwayat Bukhari (731).


Dari Jabir, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِذَا قَضَى أَحَدُكُمُ الصَّلاَةَ فِى مَسْجِدِهِ فَلْيَجْعَلْ لِبَيْتِهِ نَصِيبًا مِنْ صَلاَتِهِ فَإِنَّ اللَّهَ جَاعِلٌ فِى بَيْتِهِ مِنْ صَلاَتِهِ خَيْرًا


Maksudnya:“Jika salah seorang di antara kalian menunaikan solat di masjid, jadikanlah solatnya (solat sunat) pula sebagiannya di rumah. Kerana Allah akan menjadikan solat tersebut kebaikan bagi rumah tersebut". Riwayat Muslim (778)


Disunatkan berpindah tempat tersebut untuk memisahkan solat sunat dan solat wajib adalah berdasarkan hadith As Saa-ib bin Yazid bahawa Mu’awiyyah radhiyallahu‘anhu pernah berkata kepadanya, “Apabila engkau telah solat Juma’at, janganlah engkau sambung dengan solat lain sebelum engkau berbicara atau pindah dari tempat solat. Demikianlah yang Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam perintahkan pada kami. Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


أَنْ لاَ تُوصَلَ صَلاَةٌ حَتَّى نَتَكَلَّمَ أَوْ نَخْرُجَ


Maksudnya:“Janganlah menyambung satu solat dengan solat yang lain, sebelum kita berbicara atau pindah dari tempat solat".Riwayat Muslim (883).








Saturday, October 17, 2020

Amalan waktu malam dari surah-surah al-Quran. Dan hukum bertawassul dengan al-Quran.

Amalan waktu malam dari surah-surah al-Quran. Dan hukum bertawassul dengan al-Quran.


1-Surah al-Mulk (menegah dan menyelamatkan daripda azab kubur) 


2-Surah al-Waqiah(surah kekayaan/musibah kefakiran) 


3-Hukum tawassul dengan al-Quran. 


Bacalah al-Quran untuk mendapat syafaat daripadanya dengan ikhlas dalam beramal serta mencari keredhaan Allah Subhanahuwata'ala di dunia dan juga di akhirat. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, Sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ


Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya".Riwayat Muslim (804)


1-Surah al-Mulk mempunyai kelebihan apabila dibaca pada setiap malam. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ


Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.

Riwayat Ibn Majah (3786)


Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi Sallahu'alaihiwasallam lalu berkata:


يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.


Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda Sallahu'alaihiwasallam, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. Riwayat al-Tirmizi (2890)


Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Maksud al-mani’ah (المانعة) adalah menegah dan menyelamatkan daripda azab kubur atau sebarang maksiat yang mewajibkan hukuman azab kubur. Sedangkan yang menyelamatkan pula boleh jadi sebagai penguat kepada ucapan mani’ah (المانعة) atau ia juga sebagai menafsirkan. Dengan sebab itu ucapan selepas itu Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam menyebut sebagai penyelamat daripada azab kubur. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/200)


2-Di antara kelebihan membaca surah al-Waqiah seperti yang diceritakan oleh Ibnu Mas’ud RA:


مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَداً


Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya

Lihat al-Jamie’ al-Soghir, al-Suyuti (12546)


Imam al-Syaukani di dalam tafsirnya menukilkan sebuah hadis yang dikeluarkan Ibnu Asakir, daripada Ibnu Abbas RA Sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:


سورة الواقعة سورة الغنى، فاقرؤوها، وَعَلِّمُوهَا أَوْلَادَكُمْ


Maksudnya: Surah al-Waqiah merupakan surah kekayaan, maka bacalah ia, dan ajarilah ia kepada anak-anak kamu.

(Lihat Fathu al-Qadir li Syaukani, 5/176)


Selain itu, Dr Wahbah Zuhaili menukilkan sebuah hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah al-Waqiah dengan menyatakan, daripada Abu Zibah berkata ketika Abdullah bin Mas’ud sedang tenat dan nazak, lalu Saidina Osman bin Affan RA menziarahinya dan bertanya berkenaan peninggalannya kepada anak perempuannya, maka Ibnu Mas’ud berkata:


أتخشى على بناتي الفقر؟ إني أمرت بناتي يقرأن كل ليلة سورة الواقعة، إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «من قرأ سورة الواقعة كل ليلة، لم تصبه فاقة أبدا»


Maksudnya: Apakah engkau risau akan putri-putriku menjadi fakir? Sesungguhnya aku telah memerintahkan putriku untuk membaca surah al-Waqiah pada setiap malam. Ini kerana aku telah mendengar Rasullullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya.”

(Lihat al-Tafsir al-Munir li Zuhaili, 27/240)


3-Tawassul Dengan al-Quran Sebagai Kalam Allah Subhanahuwata'ala. 


Tawassul dari segi segi bahasa bermaksud mendekatkan diri. Manakala dari segi istilah, ia bermaksud menjadikan sesuatu amalan sebagai perantara atau penyebab untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pendapat yang lain mengatakan bahawa tawassul itu adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan meminta doa daripada orang soleh yang masih hidup, dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT dan juga dengan amal soleh yang dikerjakan. Ketiga-tiga bentuk tawassul ini adalah yang dibenarkan oleh syara’ tanpa khilaf. [Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Wizarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah al-Kuwait, 14/149-150]



Diharuskan untuk membaca al-Quran supaya mendapat kelebihan  seperti yang dinyatakan hadith-hadith . Bahkan para Fuqaha’ bersepakat, disunatkan untuk bertawassul dengan amalan soleh serta menggunakan nama dan sifat Allah Subhanahuwata'ala dalam mendekatkan diri dan berdoa kepada-Nya.


Bertawassul menggunakan al-Quran sebagai kalam Allah Subhanahuwata'ala bertujuan perantaraan bagi mencapai sesuatu matlamat. Para Fuqaha’ bersepakat, disunatkan untuk bertawassul menggunakan nama dan sifat Allah Subhanahuwata'ala bagi setiap urusan dunia dan akhirat. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 14/151)


Firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَلِلَّـهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ


Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Al-A’raf ayat 180.


Syeikh al-Sa’di di dalam tafsirnya menyatakan penggunaan sifat dan nama Allah Subhanahuwata'ala sebagai perantaraan di dalam doa merupakan perkara yang menyeluruh bagi setiap permasalahan dan perkara yang dikehendakinya. Sebagai contoh doa menggunakan sifat Allah Subhanahuwata'ala, “murahkanlah rezeki ke atasku wahai yang Maha memberi rezeki” (Lihat Tafsir al-Sa’di, 1/309)


Selain itu, hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Hussain, aku mendengar daripada Baginda Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ فَلْيَسْأَلِ اللَّهَ بِهِ فَإِنَّهُ سَيَجِيءُ أَقْوَامٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَسْأَلُونَ بِهِ النَّاسَ


Maksudnya: Barang siapa yang membaca al-Quran, maka hendaklah ia meminta kepada Allah dengannya. Ini kerana sesungguhnya akan datang sesuatu kaum, apabila membaca al-Quran kemudian mereka akan meminta-minta kepada manusia".Riwayat al-Tirmizi (2917)


Syeikh al-Mubarakfuri mensyarahkan hadis di atas menyatakan, iaitu meminta kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan perantaraan al-Quran setiap apa urusan Dunia dan Akhirat. Atau sekiranya membaca al-Quran lalu pada ayat yang menceritakan berkenaan dengan Rahmat Allah Subhanahuwata'ala, maka pintalah kepada Allah Subhanahuwata'ala untuk mendapatkannya (Rahmatnya). (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/189)


Justeru, perbuatan seperti ini tidaklah menyalahi syara’ kerana padanya terdapat ciri-ciri tawassul yang dibenarkan (masyru’).



Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...