Tuesday, October 20, 2020

Penyucian Jiwa(تزكية النفوس)

Penyucian Jiwa(تزكية النفوس)


Firman Allah Subhanahiwata'ala, 


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا. قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا


Maksudnya:"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya).Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Asy-Syams ayat 7-10


Definisi Penyucian Jiwa


Perkataan ini dalam bahasa arab disebut تزكية النفوس. Perkataan تزكية memberi maksud pembersihan atau penyucian. Keduanya yang memberi maksud penambahan.


Sedangkan النفس dengan maksud jiwa manusia yang menerima bagi tubuh dalam sebarang tindakan yang terdedah kepada unsur kebaikan dan kejahatan. Nafsu juga dinisbahkan kepada perasaan dan kehendak untuk mendapatkan (idrak), gerakan (harakiyyah), tindak balas (infi’aliyyah) dan akhlak ataupun keluhuran budi (akhlaqiyyah). (Rujuk Mafhum al-Nafs al-Insaniyyah fi al-Fikr al-Tarbawi al-Hadis oleh Muhammad Mahmud Darwisy, hal. 363)


Imam al-Ghazali menyifatkan تزكية النفس sebagai satu proses penyucian jiwa daripada kekejian dan kekotoran yang berpunca daripada akhlak yang tercela. Dengan itu, ia merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kekuatan dan ketahanan diri yang mantap bagi melawan musuh-musuh batin ini dengan cara memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala.


Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks ahli tasawuf, tazkiyah merujuk kepada bersih daripada sifat keji dalam diri dan kezaliman lahiriyah (Ibnu Arabi) 


Dalam erti kata yang lain(تزكية النفوس) adalah melibatkan dua proses utama iaitu al-takhalli ( التخلي ) dan al-tahalli ( التحلي ). Al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela kerana ianya adalah najis maknawi yang menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah yang Quddus sebagaimana najis yang zahir kepada Allah (al-Qurdi, 1995:457). Manakala al-tahalli pula ialah menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Menurut al-Tusi, al-tahalli ialah mengikut golongan sodiqin sama ada dari sudut perkataan mahupun dalam amalan zahir (Abi Khuzam, 1993:58) Juga rujuk. Kitab Hikam Ibn Ata Allah al-Iskandari


 

Antara bentuk atau wasilah untuk islah jiwa atau تزكية النفوس antaranya:


1-Menunaikan segala fardhu dan kewajipan.

2-Menunaikan sunat-sunat rawatib.

3-Membanyakkan zikir dan istighfar.

4-Hadir ke majlis ilmu.

5-Muhasabah diri secara berterusan. (Rujuk Maratib al-Nafs wa Fadhlu Mujahadatiha) 


7 asas penting dalam penyucian jiwa:


1-Mentauhidkan Allah Subhanahuwata'ala atau Meng-Esakan Allah Subhanahuwata'ala.


فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ.وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ


Maksudnya:"Katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan).Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"


ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۗ وَأُحِلَّتْ لَكُمُ الْأَنْعَامُ إِلَّا مَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ ۖ فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ


Maksudnya:"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta. Al-Hajj ayat 30.


2-Solat


قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّىٰ. وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ


Maksudnya:"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat. Al-A'ala ayat 14-15


3-Sedekah


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". At-Taubah Ayat 103


4-Meninggalkan Maksiat dan Perkara Haram.


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا. قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا


Maksudnya:"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya).Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Asy-Syams ayat 7-10


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya;"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Nur ayat 21


5-Dengan melaksanakan sagala amal Soleh atau amal kebajikan samaada yang fardhu atau yang sunat. Kerana secara konsepnya kebajikan akan menghapuskan kejahatan sebagaima firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut, 


وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ


Maksudnya:"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.Hud ayat 114.



6- Bermuhasabah diri.


Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ


Maksudnya:"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan. Anbiya ayat 47


Setiap perbuatan manusia walau sekecil-kecil atau sebesar-besarnya akan diperhitung dan dihisab di akhirat nanti. Perbuatan baik akan mendapat balasan baik, manakala perbuatan jahat akan menerima akibat buruk.


7- Berdoa kepada Allah Subhanahuwata'la dalam setiap pekerjaan.


Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahuwata'la kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Allah Subhanahuwata'la juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ


Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". al-Ghafir ayat 60.


Allah Subhanahuwata'la berfirman,


وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا


Maksudnya:”Hanya milik Allah-lah nama-nama yang husna. Maka berdoalah dengan menyebut nama-nama yang husna itu".Al-A’raf ayat 180.


Orang mukmin sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala dalam semua keadaan dan tindakan.


Doa juga termasuk ibadah, sebagaimana solat atau puasa. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ


Maksudnya:”Doa adalah ibadah.” Riwayat Tirmidzi (2969). 


Fizikal manusia yang mewah tetapi spiritual yang lemah adalah satu petanda bahawa manusia berkenaan dalam kehinaan.


فَإِنْ أَرَادَ اللهُ أَنْ يُخْذَلَ عَبْدًا أَعْطَاهُ العِلْمَ وَمَنَعَهُ الخَشْيَةَ، أَوْ يُعْطِيهِ النِّعْمَةَ وَيَمْنَعُهُ الشُّكْرَ، أَوْ يُعْطِيهِ البَلاَءَ وَيَمْنَعُهُ الصَّبْرَ، أَوْ يُعْطِيهِ الحِكْمَةَ وَيَمْنَعُهُ الأَدَبَ، أَوْ يُعْطِيهَ القُوَّةَ وَيَمْنَعُهُ العَمَلَ، أَوْ يُعْطِيهِ الغِنَى وَيَمْنَعُهُ السَّخَاءَ.


Malsudnya:"Jika Allah berkehendak untuk menghina seseorang lalu diberi kepadanya ilmu tetapi dicabutnya sifat takut, diberi kepadanya nikmat tetapi dibuangnya sifat syukur, dikenakan kepadanya bala tetapi dicabutnya sifat sabar, dikurniakan kepadanya hikmah tetapi ditiadakannya budi pekerti, dianugerahkan kepadanya kekuatan jasmani tetapi dilemahkannya untuk beramal atau diberikan kekayaan namun dibuangnya sifat pemurah". (al-Laja’I, 2003:223).

No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...