Friday, April 28, 2023

Kekalkan semangat Ramadhan dalam bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya.

Kekalkan semangat Ramadhan dalam bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya.

Semangat Ramadhan tidak seharusnya berakhir dengan ketibaan Syawal. Bulan Syawal perlu menjadi permulaan baharu untuk kita mempraktikkan apa yang dilazimi sepanjang bulan Ramadhan yang baru lepas, di mana kita menyucikan minda daripada pemikiran yang negatif dan mengurangkan keinginan duniawi yang melampau. Dengan kata lain, semangat Ramadhan hendaklah sentiasa kita kekalkan sebagai panduan untuk menjalani kehidupan pasca bulan puasa. 


Allah menganugerahkan Ramadhan sebagai medan tarbiyyah untuk mencari sebuah kemerdekaan. Memerdekakan diri daripada belenggu penjajahan syaitan dan hawa nafsu merupakan makna sebenar di sebalik Ramadhan. 


Hawa nafsu dan syaitan selalu menyuruh jajahannya untuk melakukan perbuatan jahat dan keji. Tidak ada kebaikan sedikit pun ketika jiwa dan diri kita dijajah oleh hawa nafsu dan syaitan. Orang-orang yang terjajah akan gelap mata melihat cahaya terang kebenaran, amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan salah. Ia akan selalu diarahkan pada segala hal yang akan mengsengsarakan dan membahayakan dirinya di dunia dan akhirat. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Yasin ayat 60-62,


أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ


Maksudnya:"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu", Ya sin ayat 60.


Oleh kerana itu, muslim perlu terus istiqamah untuk bebas daripada pengaruh syaitan dan hawa nafsu agar terus hidup sesuci fitrah manusia. 


Selari dengan firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-Syams ayat 9  


قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا


Maksudnya:"sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu".


Allah Subhanahuwata'ala pula telah menjanjikan syurga bagi hamba-Nya yang menolak keinginan nafsunya, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Nazi’at ayat 40-41,


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ


Maksudnya:"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya". Al-Nazi’at ayat 40.


فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ


Maksudnya:"Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)". Al-Nazi’at ayat 40.


Memandangkan pasca Ramadhan dimulakan dengan Syawal, maka pengisian sambutan Syawal perlu dipenuhi dengan ibadah dan amalan yang diredai Allah Subhanahuwata'ala. Ini juga bertepatan dengan kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali: “Sesungguhnya Hari Raya bukanlah bagi orang memperindahkan pakaian dan kenderaan semata-mata, namun hakikatnya Hari Raya ialah bagi sesiapa yang diampunkan dosa-dosanya. Hari Raya juga bukanlah untuk orang memakai pakaian yang baharu namun sesungguhnya Hari Raya itu adalah untuk sesiapa yang keimanannya bertambah-tambah".


Ketibaan Syawal menandakan tamat ibadat puasa oleh umat Islam selama sebulan pada bulan Ramadan. Ibadat puasa disyariatkan bagi melatih diri kita menjadi insan bertakwa yang sentiasa mentaati segala perintah Allah Subhanahuwata'ala. Selepas sebulan berada dalam madrasah Ramadhan, kita menyambut Aidilfitri sebagai tanda kejayaan usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala. Pada masa yang sama, kita mengharapkan agar Allah Subhanahuwata'ala memasukkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang kembali kepada fitrah, yang suci (al-‘aidin) dan dalam golongan hamba-Nya yang berjaya (al-faizin). 


Fitrah ialah kejadian asal manusia yang diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala, 

Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,


فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ


Maksudnya: (Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. Al-Rum ayat 30


Begitu juga sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi". Al-Bukhari (1385)


Fitrah secara ringkasnya bermaksud asal kejadian manusia yang Allah Subhanahuwata'ala jadikan manusia di atasnya, yang dengan kesuciannya manusia mampu dan bersedia untuk menerima kebenaran Islam. Lihat Tafsir al-Baidhawi (أنوار التنزيل وأسرار التأويل، ج 4، ص 206)


Selain itu, kemeriahan sambutan lebaran juga perlu diisi dengan cara Islam yang diredai Allah Subhanahuwata'ala dan bukannya terikut-ikut dengan perbuatan yang merosakkan nilai, agama dan sensitiviti. 


Jadi, unsur ketakwaan perlu dipelihara dan kita perlu berusaha menghindari daripada mencemarkan sambutan Syawal dengan unsur-unsur ketidakpatuhan kepada Allah Subhanahuwata'ala atau perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.


Kebahagiaan hidup yang sebenar pula adalah apabila hadirnya ketenangan saat kita melakukan amal ibadat dan ketika berurusan dengan manusia.


Islam itu indah apabila dijaga hubungan dengan Allah (حَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ) dan hubungan sesama manusia (حَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ) dengan sempurna. Justeru itu, ambil kesempatan dengan keberkatan Syawal ini untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia. Fitrah kehidupan manusia yang diciptakan Allah Subbhanahuwat'ala adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana itulah hikmah kejadian kita sebagai khalifah di muka bumi.


Amal soleh secara umum mencakupi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah biasanya disebut dengan Hablum Minallah (حَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ) atau juga disebut Ubudiyah dan hubungan dengan sesama manusia sering disebut Hablum Minannas (حَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ).


Kedua-dua istilah ini tercantum dalam Al-Qur'an pada surat Ali Imran: 112


ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَآؤُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأَنبِيَاء بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ


Maksud:"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Para Nabi tanpa alasan yang benar. yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas."


Seiring dengan mendalamnya maksud Aidilfitri iaitu kembali kepada fitrah, wajarlah ia menjadi kayu ukur untuk memulakan langkah baharu dan mengekalkan momentum yang terjana ketika Ramadhan. Itulah nilai keberkatan di sebalik Aidilfitri yang diraikan agar amal ibadah dan kebajikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan tidak sia-sia.


Ramadhan menuntut kita berusaha menjaga pahala puasa agar tidak berkurangan. 


Sepertimana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam bersabda:


رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ


Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690][Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik]


Demikian juga dengan bulan-bulan seterusnya sepanjang hidup, kita patut berusaha untuk mengelakkan dan mengekang diri daripada segala bentuk kehilangan pahala yang menyumbang kepada dosa. Inilah semangat yang kita harapkan daripada Ramadhan. Bermulanya Syawal menjadi titik tolak agar dosa-dosa itu tidak diperolehi tanpa sedar atau sebaliknya.


Oleh itu, Ramadhan yang telah dilalui wajar dijadikan pengajaran dan Syawal yang sedang diraikan dijadikan sebagai langkah permulaan untuk mengekalkan momentum pelaksanaan amalan yang baik.


Syawal bukan bermakna kita perlu melupakan semangat yang dibawa oleh Ramadhan yang merupakan kesinambungan semangat yang terhasil daripada “didikan” Ramadhan, yang mana jadual harian di dalam bulan Ramadhan telah disusun khusus oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin. Syawal seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Justeru, unsur kesyukuran atas nikmat kurniaan Ilahi perlu sentiasa tertanam kukuh dalam minda walaupun dalam menunaikan segala aktiviti harian kita.


Dalam hal ini, rasa keinsafan semata-mata adalah tidak memadai. Ia seharusnya disertai dengan reaksi kita menzahirkan rasa kehambaan pada setiap detik. Rasa keinsafan ini akan menjadi lebih mendalam sekiranya pengamatan  dihalakan kepada tujuan manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah Justeru semangat Ramadhan yang menganjurkan kita membanyakkan amalan amal ibadah seharusnya diteruskan pada Syawal dan pada bulan-bulan yang seterusnya.


Pada bulan Ramadhan, rintihan dan pengaduan banyak dihubungkan terus dengan Allah. Allah menjadi sebaik-baik tempat utama untuk kita mengadu dan bergantung di saat bermunajat dan qiyamullail pada malam-malam Ramadhan. Ia merupakan latihan untuk kita bergantung hanyalah kepada Allah apabila pelbagai ujian dan mehnah berlaku dalam hidup. Itulah fitrah manusia yang memerlukan Allah sebagai tempat pergantungan.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal". Al-Anfal Ayat 2


Seharusnya sambutan Syawal perlu disertakan dengan rasa syukur, gembira dan tenang setelah melalui latihan pendidikan sepanjang Ramadhan yang menjadi medan tarbiyah untuk mencari sebuah kesempurnaan.

.

Semoga Aidilfitri ini dapat mencipta dan mengekalkan momentum muhasabah serta menggarap ibrah daripada Ramadhan yang telah dilalui.


Muhasabah atau menghitung diri adalah sebahagian daripada jalan dalam mencapai ma’rifatullah. Muhasabah diri memerlukan persediaan hati yang penuh sedar, pemikiran yang celik dan terbuka, serta sensitif kepada bisikan-bisikan nafsu dan syaitan. Muhasabah adalah perintah dari Allah Subhanahuwata'ala,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". Al-Hasyr ayat 18


Seseorang yang bertaqwa adalah mereka yang membawa sebaik-baik bekal, dan dalam perjalanan mencari bekal tersebut tidak jarang seseorang merasa lelah dan bosan yang mengakibatkannya tidak sedar diri sehingga tergelincir dan terjatuh dalam lemah semangat untuk melakukan amal saleh. Muhasabah akan membantu seseorang untuk menghadapi berbagai rintangan yang bakal ia ketemukan dalam pencariannya untuk mendapatkan bekal tersebut. Maimun bin Mahran rahimahullah berkata:


لَا يَكُوْنُ الْعَبْدُ تَقِيًّا حَتَّى يَكُوْنَ لِنَفْسِهِ أَشَدُّ مُحَاسَبَةً مِنَ الشَّرِيْكِ الشَّحِيْحِ لِشَرِيْكِهِ


Maksudnya:“Tidaklah seorang hamba menjadi bertaqwa sampai dia melakukan muhasabah atas dirinya lebih keras daripada seorang teman kerja yang kedekut yang membuat perhitungan dengan temannya”.


Jika kita mampu memelihara serta memperbanyakkan ruang meraih pahala di bulan suci itu, begitulah juga di luar tempohnya. Apa salahnya jika diteruskan sahaja amalan membaca al-Quran, bersedekah, mengerjakan solat sunat atau solat secara berjemaah di masjid atau surau dan duduk dalam majlis ilmu atau tazkirah yang diamalkan ketika Ramadhan.


Jangan jadikan amal kebajikan tertentu yang dilakukan hanya bermusim, seharusnya ia menjadi titik tolak untuk ditambah nilai agar pahalanya berterusan berganda.


Islam menuntut kita untuk sentiasa beristiqamah dalam melakukan amal kebaikan. Setiap amal kebaikan yang dilaksanakan seperti bertadarus, berzikir, berdoa, beriktikaf, bersedekah dan lainnya, hendaklah berterusan dan diamalkan untuk menjadi pembakar semangat sebagai usaha meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Subhanahuwata'ala.


Istiqamah yang dimaksudkan ialah berdiri teguh di atas jalan yang lurus, berpegang kukuh kepada akidah Islam dan menekuni melaksanakan syariat tanpa berubah dan tidak berpaling walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti diperintahkan Allah dan Rasul dalam Surah Fusilat Ayat 6,


قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ ۗ وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ


Maksudnya:"Katakanlah: "Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya.


Dari ’Aisyah –radhiyallahu ’anha-, beliau mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,


أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ


Maksudnya:"Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit".


Istiqamah adalah daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.


Iltizam juga perlu ditanam untuk memenuhi syarat kehidupan sebagai mukmin sejati yang menjadi khalifah di muka bumi. Tidak lain hanyalah bertujuan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan mengakhiri kehidupan dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik).


   





Thursday, April 27, 2023

Nikmat kesihatan dalam kehidupan menuju keredhaan Allah.

Nikmat kesihatan dalam kehidupan menuju keredhaan Allah.


Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh. Allah Subhanahuwata'ala yang bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-hamba-Nya di atas muka bumi ini.


Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallah‘alaihiwasallam pernah menasihati seseorang,


اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ


Maksudnya: "Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara; Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu.Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu.Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu.Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu.Hidupmu sebelum datang matimu".

Al-Hakim dalam Al Mustadroknya 4: 341. Al Hakim mengatakan bahwa hadith ini sahih sesuai syarat Bukhari Muslim namun keduanya tidak mengeluarkannya. Dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim.


Di antara kelima-lima kurniaan nikmat yang tiada ternilai itu ialah nikmat kesihatan. Dengan kesihatan manusia dapat menjalani kehidupan ini dengan aman sejahtera, dapat melakukan kerja harian dengan lancar dan baik. Selain itu, dengan kesihatan kita dapat melakukan ibadah kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan sempurna. Menyedari betapa tingginya nilai kesihatan ini maka menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam yang beriman untuk menjaganya kerana kesihatan manusia pada dasarnya amat berkait rapat dengan keharmonian alam dan kehidupan manusia.


Oleh yang demikian, setiap manusia sepatutnya tidak lupa mensyukuri nikmat yang tidak ternilai ini sebelum mereka diuji dengan ujian atau penderitaan disebabkan oleh penyakit atau musibah, sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, bahawa kebanyakan manusia lalai dari nikmat sihat tersebut. Dari Ibnu ‘Abbas, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam  bersabda,


نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ


Maksudnya"Ada dua kenikmatan yang banyak manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang". Bukhari (6412).


Daripada hadith ini, jelas manusia selalu alpa dan lalai untuk beribadat ketika diberikan nikmat kesihatan dan menyalahgunakan nikmat kesihatan ini. Mereka leka dengan perkara lain yang kadang kala menjauhkan dirinya daripada Allah Subhanahuwata'ala. Sebaliknya apabila sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya. Alangkah ruginya apabila seseorang itu leka dan tidak menghargai nikmat kesihatan yang diberikan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Ternyata perancangan akhirat itu seiring dengan jalan atur hidup di dunia. Bagi manusia yang memburu dunia dengan melupakan akhirat, mereka digelar manusia yang panjang angan-angannya.


Definisi panjang angan-angan adalah mengharapkan kebaikan tanpa usaha dengan tanggapan waktu dan kesempatan masih ada atau masih panjang buat diri.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ قَالَ وَمَعْنَى قَوْلِهِ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ يَقُولُ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ أَنْ يُحَاسَبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيُرْوَى عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيَّنُوا لِلْعَرْضِ الْأَكْبَرِ وَإِنَّمَا يَخِفُّ الْحِسَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِي الدُّنْيَا وَيُرْوَى عَنْ مَيْمُونِ بْنِ مِهْرَانَ قَالَ لَا يَكُونُ الْعَبْدُ تَقِيًّا حَتَّى يُحَاسِبَ نَفْسَهُ كَمَا يُحَاسِبُ شَرِيكَهُ مِنْ أَيْنَ مَطْعَمُهُ وَمَلْبَسُهُ


Maksudnya:"Dari Syaddad bin Aus dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Orang yang cerdik adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang bodoh adalah orang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan angan kepada Allah." Dia berkata, Hadith ini hasan, dia berkata, Maksud sabda Nabi "Orang yang mempersiapkan diri" dia berkata, iaitu orang yang selalu menghisab dirinya pada waktu di dunia sebelum di hisab pada hari kiamat. Dan telah diriwayatkan dari Umar bin Al Khattab dia berkata, hisablah (hitunglah) diri kalian sebelum kalian dihitung dan persiapkanlah untuk hari semua dihadapkan (kepada Rabb Yang Mahaagung), hisab (perhitungan) akan ringan pada hari kiamat bagi orang yang selalu menghisab dirinya ketika di dunia." Dan telah diriwayatkan dari Maimun bin Mihran dia berkata, Seorang hamba tidak akan bertakwa hingga dia menghisab dirinya sebagaimana dia menghisab temannya dari mana dia mendapatkan makan dan pakaiannya." Riwayat Tirmizi (2383)


Maka, jadilah manusia bijaksana dengan memendekkan angan-angan, bersungguh dan bersegera memohon pengampunan Allah Subhanahuwata'ala. Jangan jadi manusia dangkal menelah kepentingan hakiki antara akhirat, duniawi, meremehkan serta menangguh pengampunan-Nya.


Hakikatnya, kita ini warga akhirat, justeru, bezakan antara angan-angan dan harapan. Sedar atau tidak, manusia yang punya harapan tidak miliki masa untuk putus asa. Harapan memberi mereka ketabahan demi mengecap kejayaan.


Oleh itu, mereka punya kekuatan untuk terus berusaha tanpa henti. Namun, jika harapan yang tercetus tidak disusuli dengan usaha gigih maka ia hanya sekadar bermimpi bukannya berimpian.


Memang tidak dinafikan lagi kesakitan itu adalah salah satu cara untuk memuhasabah diri, menebus dosa dan merupakan peringatan atas kelalaian dan keterlanjuran hamba-Nya untuk kembali ke jalan yang benar. Justeru itu, biarlah kita sebagai seorang mukmin tetap istiqamah dalam mengerjakan ibadah sekali gus mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala sama ada dalam keadaan sihat atau sakit.


Nikmat kesihatan adalah bonus tambahan bagi seseorang untuk melakukan amalan-amalan soleh yang belum tentu mampu dilaksanakan oleh mereka yang diberi nikmat kesihatannya. Malah ibadah yang dilakukan oleh mereka yang sihat lebih sempurna pelaksanaannya berbanding ibadah yang dilakukan oleh orang yang sakit. Dalam hal ini, hadith riwayat Muslim, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ


Maksudnya:"Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; “Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Subhanahuwata'ala daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah). Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan; ‘Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu’. Tetapi katakanlah; ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.Dan jauhilah olehmu dari ucapan ‘Seandainya’ (kalau), kerana sesungguhnya ungkapan ‘Seandainya’ (kalau) membuka peluang masuknya syaitan". Muslim (4816)


Kesihatan hadir daripada kesungguhan amal ibadat yang dilakukan seperti sembahyang dan puasa di samping penjagaan diet yang seimbang seperti memperbanyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat di samping melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.


Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi dari segi rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak diisi ilmu yang berfaedah sama seperti jiwa yang kekosongan. Ilmu yang berfaedah sangat penting supaya kita lebih berpengetahuan misalnya ilmu agama. Dengan mengetahui syariat Islam yang diturunkan, kita sebagai umat Islam dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengamalkan setiap perkara yang disyariatkan dengan baik dan sempurna di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah Subhanahuwata'ala agar sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan dan rohani kerana ianya adalah amalan yang disukai Allah.


Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Jadi, syukurilah dan gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.


Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 7, 


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Maksudnya:"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". 




Tuesday, April 25, 2023

Ramadhan dan taubat

Ramadhan dan taubat

Segala puji bagi Allah Subhanahuwata’ala, Yang Mengampuni dosa, menerima taubat, sangat berat siksa-Nya, pemilik kekuasaan. Tiada Ilah selain Dia Subhanahuwata’ala, kepada-Nya lah tempat kembali. 


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَتُوبُوا إِلَى اللهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Maksudnya:"Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. An-Nuur ayat 31.


Taubat bukan hanya untuk orang yang berdosa yang melakukan kesalahan sahaja, bahkan ia berlaku umum kepada setiap orang beriman yang ingin mendapatkan keberuntungan di dunia dan akhirat.


Maka sesungguhnya di antara kebesaran nimat Allah Subhanahuwata’ala terhadap hamba-Nya bahawa ia menjadikan pintu taubat terbuka bagi orang-orang yang bertaubat, menjadikannya sebagai fajar yang mulai bersamanya rihlah (perjalanan) kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan hati yang patah, air mata yang berlinang, keningnya tunduk dan lehernya merendah.


Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu anhu, dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, beliau bersabda,


إنَّ الله تعالى يَبْسُطُ يدَه بالليلِ ليتوبَ مسيءُ النَّهارِ، ويَبْسُطُ يدَه بالنَّهارِ ليتوبَ مسيءُ الليلِ، حتى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا


Maksudnya:“Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala membuka tangan-Nya di malam hari agar bertaubat orang yang bersalah di siang hari, dan membuka tangan-Nya di siang hari agar bertaubat orang yang bersalah/berdosa di malam hari, hingga terbit matahari dari sebelah baratnya". Muslim (2113,2759).


Dan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata: Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda;


مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ


Maksudnya:"Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya nescaya Allah Subhanahuwata’ala menerima taubatnya.” Muslim(2703, 2706).


Dan dari Ibnu Umar Radhiyallahu anhu, dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, beliau bersabda,

إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ


Maksudnya:"Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menerima taubat hamba selama roh belum sampai tenggorokan". Ahmad (3/1532, 1330), at-Tirmidzi (3537)


Ketahuilah bahawa sesungguhnya bulan Ramadhan adalah kesempatan besar untuk bertaubat kepada Allah Subhanahuwata’ala, kembali kepada-Nya, dan memperbaharui perjanjian bersama Pencipta Subhanahuwata'ala. Dan janganlah seseorang itu termasuk dalam golongan orang yang tertipu, sehingga dengan demikian apabila berlalu bulan Ramadhan dan dia tidak mendapat keampunan.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam:


أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ


Maksudnya: Ketika Nabi Sallahualaihiwasallam menaiki mimbar, Baginda Sallahualaihiwasallam bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda Sallahualaihiwasallam ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907]


Inilah bulan Ramadhan, bulan penuh berkat dan kebaikan. Allah Subhanahuwata’ala memberikannya keutamaan yang banyak, perkara-perkara yang terpuji. Ia adalah bulan al-Qur`an, bulan kebaikan, bulan taubat dan penebus dosa dan kesalahan. Padanya diturunkan rahmat, diangkat darjat, dibukakan pintu-pintu syurga padanya, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan.


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِحَتْ أبْوَاب الجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أبْوَابُ النَّارِ، وَصفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ


Maksudnya:"Apabila telah tiba bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu". Muslim(1793)


Juga Hadith,


إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ


Maksudnya:"Dibukalah pintu-pintu rahmat, ditutup pintu-pintu neraka jahanam, dan syaitan-syaitan dibelenggu".  Al-Bukhari (1898) dan Muslim (1079).


Bersungguh-sungguhlah dalam bertaubat, segeralah kembali. Maka tidak ada waktu istirehat bagi hamba kecuali di bawah pohon Thuba, dan tidak ada ketetapan bagi orang yang mencintai kecuali di hari tambahan (akhirat). Maka segeralah taubat dan berlari kepada Allah Subhanahuwata’ala sebelum dosa-dosa mematikanmu dan segala maksiat dan kesalahan membinasakanmu. Maka terjagalah dari kelalaianmu, sadarlah dari kelengahanmu. Hari-hari terus berlalu dan lewat. Maka janganlah engkau menjadi orang yang merugi dengan zuhudmu (tidak punya apa-apa) di suurga yang penuh kenikmatan. Segeralah bertaubat dan menyesali terhadap dosa-dosa yang di mana lalu.


Bersegeralah kepada keampunan, Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Maksudnya:"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa". Ali Imran ayat 133.


Tempat bahagia bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Ar-Ra’d Ayat 29,


ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَـَٔابٍ


Maksudnya: Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.


طُوبَىٰ ditafsirkan sebagai pokok besar di dalam syurga.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَشَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ سَنَةٍ وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ { وَظِلٍّ مَمْدُودٍ } وَلَقَابُ قَوْسِ أَحَدِكُمْ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ أَوْ تَغْرُبُ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu  dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Sesungguhnya di syurga ada sebuah pohon yang jika bayangannya ditempuh oleh para pengendara, memerlukan waktu seratus tahun lamanya, bacalah firman Allah jika kamu mahu", (QS al-Waqi'ah ayat 30) yang artinya ("Dan naungan yang terbentang luas"), dan hujung panah seseorang dari kalian di syurga lebih baik daripada tempat matahari terbit atau terbenam". Bukhari (3013)


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, pemimpin umat yang pertama dan terakhir, sedangkan Allah Subhanahuwata’ala telah mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, namun Beliau Sallallahu'alaihiwasallam tidak pernah berhenti bertaubat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan meminta ampunan kepada-Nya beberapa kali setiap hari. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


وَاللهِ إني لأَسْتَغْفِرُ اللهَ وأَتُوبُ إليهِ في اليومِ أَكْثَرَ من سَبْعِينَ مَرَّةً


Maksudnya:"Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali".  Bukhari (6307).


Hendaklah Baginda Sallallahu'alaihiwasallam menjadi suri tauladan dan panutan utama dalam hidup kita. Janganlah seseorang itu menunda taubat, dan tinggalkanlah darimu kata-kata ‘akan‘ dan kata-kata sejenisnya.


Sebagaimana benarnya firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ


Maksudnya:"Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". Ali Imran ayat 185.


Wahai orang yang menyia-nyiakan harinya, sungguh engkau telah menyia-nyiakan kemarin. Engkau telah membunuh dirimu dengan perbuatan maksiat dan dosa, kembalilah kepada Tuhan-mu. Sesalilah kesalahanmu di sisi Allah Subhanahuwata’ala. Tumpahkanlah air mata dalam bertaubat. Rendahkanlah diri kepada Allah Subhanahuwata’ala dan mintalah kengampunan dari-Nya nescaya engkau mendapat-Nya senang denganmu.


Dari Anas Radhiyallahu anhu, ia berkata, ‘Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


للَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ، سَقَطَ عَلَى بَعِيرِهِ، وَقَدْ أَضَلَّهُ فِي أَرْضِ فَلاَةٍ». وفي رواية: «لَلَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ حِينَ يَتُوبُ إِلَيْهِ، مِنْ أَحَدِكُمْ كَانَ عَلَى رَاحِلَتِهِ بِأَرْضِ فَلَاةٍ، فَانْفَلَتَتْ مِنْهُ وَعَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ، فَأَيِسَ مِنْهَا، فَأَتَى شَجَرَةً، فَاضْطَجَعَ فِي ظِلِّهَا، وقَدْ أَيِسَ مِنْ رَاحِلَتِهِ، فَبَيْنَا هُوَ كَذَلِكَ إِذَا هُوَ بِهَا، قَائِمَةً عِنْدَهُ، فَأَخَذَ بِخِطَامِهَا، ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ: اللهُمَّ أَنْتَ عَبْدِي وَأَنَا رَبُّكَ! أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَح


Maksudnya:"“Sungguh Allah Subhanahuwata’ala lebih senang dengan taubat hamba-Nya saat bertaubat kepada-Nya dari seseorang darimu yang berada di atas tunggangannya di padang pasir, lalu tunggangan hilang darinya, sedangkan di atasnya makanan dan minumannya, lalu ia merasa putus asa darinya. lalu ia mendatangi pohon, berbaring di bawah naungannya, sedangkan dia sudah merasa putus asa untuk mendapatkan tunggangannya. Maka saat dia dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba ia (tunggangan) berdiri di sampingnya, ia pun memegang tali kekangnya kemudian berkata kerana sangat gembiranya: Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah rabbmu. Dia salah (berbicara) kerana sangat gembiranya". Bukhari (6309) dan Muslim (2747) dan ini adalah lafaznya.


Wahai hamba Allah Subhanahuwata’ala !

Allah Subhanahuwata’ala merasa senang denganmu saat engkau bertaubat dan kembali kepada-Nya. Sedangkan engkau, siapakah engkau? Engkau adalah seorang hamba yang miskin, hina, lemah yang tidak mempunyai daya dan upaya. Dan Dia, siapakah Dia? Dia adalah Allah Subhanahuwata’ala Raja bagi segala raja, Penguasa langit dan bumi. Di tangan-Nya kerajaan segala sesuatu.


Wahai hamba Allah Subhanahuwata’ala!, janganlah engkau berputus asa dari rahmat Allah Subhanahuwata’ala. Ketahuilah, sesungguhnya bagi Allah Subhanahuwata’ala, tidak ada dosa yang terlalu besar untuk diampuni-Nya. Dan tidak ada seorang hamba berdosa yang datang kepada-Nya kecuali Dia Subhanahuwata’ala akan menerima taubatnya, Dia Maha Luas maaf-Nya, banyak ampunan-Nya, mengampuni dosa dan menerima taubat. Maha Suci Dia. Rahmat-Nya meluasai segala sesuatu.


Dari Anas Radhiyallahu anhu, ia berkata: ‘Aku mendengar Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


قال الله تعالى : يَا ابْنَ آَدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فيك وَلا أُبَالِيْ، يَا ابْنَ آَدَمَ لَو بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ و لا أبالي، يَا ابْنَ آَدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لقِيْتَنِيْ لاَتُشْرِكُ بِيْ شَيْئَاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغفِرَةً


Maksudnya:"Allah Subhanahuwata’ala berfirman, ‘Wahai keturunan Adam, sesungguhnya selalu engkau berdoa dan mengharap kepada-Ku nescaya Aku mengampuni segala dosa yang ada padamu dan Aku tidak perduli. Wahai keturunan Adam, jikalau dosamu mencapai puncak langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku nescaya Aku mengampunimu dan aku tidak perduli. Wahai keturunan Adam, sungguh jika engkau datang dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Aku dalam keadaan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Ku nescaya Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuhnya". Al-Tirmizi


Wahai orang yang Allah Subhanahuwata’ala telah menerima taubatmu kerana meninggalkan solat, janganlah engkau lalai dalam menunaikannya setelah itu.


Wahai orang yang Allah Subhanahuwata’ala telah mengampunimu kerana mendengarkan muzik-muzik, menyaksikan film-film yang merosakan, sinetron-sinetron yang tidak bernilai. Janganlah engkau kembali kepada dosa-dosa besar tersebut dan bencana yang besar.


Wahai orang yang Allah Subhanahuwata’ala telah memberikan nikmat kepadamu dengan meninggalkan menghisap rokok dan yang keji lainnya, janganlah engkau kembali kepadanya di saat yang lain setelah Allah Subhanahuwata’ala menyelamatkanmu dari kejahatannya dan kesan negatifnya yang mengerikan.


Wahai orang yang berpuasa dari yang dihalalkan Allah Subhanahu Subhanahuwata’ala akan tetapi tidak puasa dari memakan riba yang diharamkan Allah Subhanahuwata’ala kepadanya dan memakan harta manusia dengan cara yang batil. Segeralah bertaubat sebelum hilangnya kesempatan.


Sebagai kesimpulan, segala puji bagi Allah Subhanahuwata’ala yang menyampaikan Ramadhan kepada kita, memberi nikmat keampunan bagi sesiapa yang bertaubat dan meminta ampun. Dan kita semua memohon kepada-Nya agar ditetapkan kita di atas kebenaran hingga datang ajal.


Dan kita memohon kepada Allah Subhanahuwata’ala agar selalu memberi rahmat dan kesejahteraan kepada nabi kita Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam, keluarga dan sahabatnya.



Thursday, April 20, 2023

Perlakukan Ramadhan sebagaimana selayaknya

Perlakukan Ramadhan sebagaimana selayaknya

Allah Subhanahuwata'ala telah memuliakan dan memberikan keutamaan kepada kita. Allah telah menganugerahkan berbagai keistimewaan kepada  kita, maka janganlah kita sia-siakan! Diantara keistimewaan dan keutamaan itu adalah kita dianugerahi bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan berbagai kelebihan.  Sebuah kesempatan emas untuk kita berlumba-lumba melakukan berbagai amal kebaikan. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۗ وَمَنْ كَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ


Maksudnya:"(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Al-Baqarah ayat 185.


Dahulu para salafus soleh berdoa memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala selama enam bulan agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Kemudian, bila Ramadhan telah berlalu, mereka kembali memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala supaya amalan mereka pada bulan tersebut diterima oleh Allah Subhanahuwata'ala.


Antara doa mereka ialah,


اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا


Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69)


Wahai kaum Muslimin, hendaklah kita memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala agar kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Jika Ramadhan telah tiba, maka hendaklah kita menyambutnya dengan niat yang benar dan tekad membaja untuk melaksanakan ibadah puasa dan solat malam di dalamnya. Kerana ini adalah kesempatan emas yang belum tentu akan terulang. Berapa ramai kaum Muslim yang memiliki peluang besar untuk meraih kebaikan, mereka berangan-angan dan berharap dipertemukan dengan bulan Ramadhan supaya dapat beribadah pada bulan tersebut, namun sebaliknya, sebelum harapannya terwujud kematian telah mendahuluinya.


Kesihatan dan kekuatan yang Allah Subhanahuwata'ala berikan kepada kita, hendaklah kita pergunakan dengan maksimal, sebelum datang masanya dimana kita tidak dapat lagi berbuat apa-apa.  Kerana berapa ramai orang yang berharap dapat melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam Ramadhan dengan solat, namun sakit yang dideritanya menghalanginya dari keinginan mulia itu. 


Andainya, semasa sihat seseorang itu tidak memanfaatkan masa sihatnya untuk beribadah, maka ketika sakit  dia hanya dapat menyesal, kerana kesempatannya untuk beribadah dia sia-siakan. Sangat berbeza dengan orang yang memunafaatkan masa sihatnya dalam beribadah kepada Allah. Orang seperti ini, meskipun pada masa sakitnya dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi, namun dia masih mendapatkan pahala sebagaimana ibadahnya pada masa sihatnya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا


Maksudnya:"Apabila seorang hamba sakit atau dia melakukan perjalanan, maka dicatat untuknya (pahala kebaikan) seperti kebaikan yang dia lakukan dikala sihat dan mukim (tinggal disuatu tempat).  Al-Bukhari (2774)


Hendaklah kita bersyukur kepada Allah Subhanahuwata'ala yang telah memberikan kita berbagai kenikmatan yang tiada ternilai. Hendaklah kita mempergunakannya dalam ibadah kepada Allah Subhanahuwata'ala , dalam mentaati Allah Subhanahuwata'ala dan Rasul-Nya. Marilah kita memunafaatkan masa sihat kita untuk menghimpun bekal dikala kita tidak mampu lagi menghimpun bekal. Marilah kita manfaatkan waktu luang kita sebelum datang masa sempit kepada kita; masa muda kita sebelum datang masa tua; dan mari kita memanfaatkan masa hidup kita sebelum malaikat pencabut nyawa datang.


Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallah‘alaihiwasallam pernah menasihati seseorang,


اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ


Maksudnya: "Manfaatkanlah/sebutkanlah lima perkara sebelum lima perkara; Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu.Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu.Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu.Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu.Hidupmu sebelum datang matimu".

Al-Hakim dalam Al Mustadroknya 4: 341. Al Hakim mengatakan bahwa hadith ini sahih sesuai syarat Bukhari Muslim namun keduanya tidak mengeluarkannya. Dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim.


Diantara nikmat Allah Subhanahuwata'ala yang wajib kita syukuri adalah kedatang bulan Ramadhan. Kerana bulan ini memiliki berbagai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh bulan-bulan yang lain; Malamnya lebih istimewa bila dibandingkan dengan malam yang lain, begitu juga dengan waktu siangnya. Pada siang bulan Ramadhan, kita diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa. Sedangkan dimalam harinya, kita disunatkan untuk melaksanakan qiyamul lail (terawih). Orang yang menunaikan ibadah puasa dengan dilandasi rasa iman dan keinginan untuk meraih pahala Allah Subhanahuwata'ala , maka Allah akan ampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Maksudnya:"Barangsiapa melakukan ibadah puasa kerana  iman dan mengharapkan pahala dari Allah Subhanahuwata'ala , maka dosanya yang telah lepas terampuni. Bukhari (1901) dan Riwayat Imam Muslim (760).


Begitu juga orang yang melaksanakan solat malam kerana dorongan iman dan keinginan untuk meraih pahala Allah Subhanahuwata'ala.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,

 

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah Subhanahuwata'ala, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. Al-Bukhari (36)


Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kebaikan dan barakah. Pada bulan ini, nilai kebaikan dilipat gandakan, kesalahan-kesalahan diampuni, darajat-darajat diangkat, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup serta  syaitan dibelenggu.


Bulan ini adalah bulan saling mengasihi juga bulan berbuat baik kepada anak yatim dan fakir miskin. Kerana pada bulan ini, kita merasakan bagaimana rasanya menahan lapar dan dahaga. Oleh kerana itu, sambutlah kedatangan bulan itu dengan penuh kebahagiaan dan kerinduan. Hargailah ia sebagaimana semestinya dengan niat ikhlas dan keinginan meraih pahala dari Allah.


Muliakanlah kehadiranya kerana ia adalah tamu agung. Ia datang dan berlalu begitu cepat sebagai hari-hari yang lain. Dia hanya terdiri dari beberapa hari saja.


Hendaklah kita membersihkan jiwa-jiwa kita dari rasa iri dengki! Hendaklah kita juga membersihkan lembaran-lembaran amal kita dengan taubat nasuha agar terhapus semua kesalahan yang pernah kita lakukan.


Marilah kita sambut kedatangan bulan ini dengan jiwa yang suci, lembaran baru yang putih lagi bersih. Janganlah kita membiarkan diri terlena dengan kemilau dunia yang menipu. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تُلْهِكُمْ اَمْوَالُكُمْ وَلَآ اَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللّٰهِ ۚوَمَنْ يَّفْعَلْ ذٰلِكَ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi". Al-Munafiqun ayat 9.


Allah Subhanahuwata'ala Juga berfirman,


اِعْلَمُوْٓا اَنَّمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَّلَهْوٌ وَّزِيْنَةٌ وَّتَفَاخُرٌۢ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِى الْاَمْوَالِ وَالْاَوْلَادِۗ كَمَثَلِ غَيْثٍ اَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهٗ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرٰىهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًاۗ وَفِى الْاٰخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌۙ وَّمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللّٰهِ وَرِضْوَانٌ ۗوَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا مَتَاعُ الْغُرُوْرِ –سَابِقُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاۤءِ وَالْاَرْضِۙ اُعِدَّتْ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا بِاللّٰهِ وَرُسُلِهٖۗ ذٰلِكَ فَضْلُ اللّٰهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَاللّٰهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيْمِ


Maksudnya:"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. dan kehidupan dunia Ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Rabbmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah mempunyai kurnia yang besar". Al-Hadid ayat 20-21.


Dan hendaklah kita senantiasa memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala agar senantiasa diberi hidayah dan taufiq serta di tunjukan jalan yang benar.


Bagi kaum Muslimin tidak ada bulan yang lebih baik dibandingkan dengan bulan Ramadhan, sebaliknya bagi orang-orang munafiq, bulan Ramadhan merupakan bulan terburuk. Sungguh, Allah Subhanahuwata'ala  menuliskan pahala buat kaum Muslimin sebelum memasuki bulan Ramadhan dan menuliskan dosa dan kesengsaraan kaum munafiq sebelum memasuki bulan tersebut. Kerana kaum Muslimin menyiapkan keperluannnya dalam rangka beribadah pada bulan itu, sementara orang-orang munafik sibuk mempersiapkan strategi untuk mencari celah dan menunggu kelengahan kaum Muslimin untuk membongkar aib-aib mereka. Itulah keberuntungan kaum Muslimin dan itulah bentuk kerugian orang munafik.


Maka benarlah sabda Nabi Sallallahu'alaihiwadallam,


أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ


Maksudnya: “Allah Subhanahuwata'ala naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”

Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (8870) & Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya (1884). Sanadnya dho’if kerana terdapatnya Tamim maula Abu Rumanah


Akhirnya,marilah kita senantiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata'ala. Marilah kita agungkan bulan Ramadhan dan kita jaga batasan-batasan yang telah Allah Subhanahuwata'ala tetapkan. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


ذٰلِكَ وَمَنْ يُّعَظِّمْ شَعَاۤىِٕرَ اللّٰهِ فَاِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوْبِ


Maksudnya:"Demikianlah (perintah Allah). dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.Al-Hajj ayat 32.





Muhasabah Diri

Muhasabah Diri Muhasabah diri (daripada perkataan Arab; محاسبة) ialah amalan menilai, menghisab, dan memeriksa kembali diri sendiri, termasu...