Saturday, April 16, 2022

Golongan Marhaen' sebagai pekerja menurut perspektif Islam.

Golongan Marhaen' sebagai pekerja menurut perspektif Islam. 


Apakah yang dimaksudkan Marhaen'


Istilah Marhaen' dizahirkan untuk menyatakan bahawa ada pihak yang perlukan pembelaan, bukan itu saja tapi untuk menyatakan bahawa pihak yang perlukan pembelaan itu perlu bersatu dalam satu kelompok yang dipanggil 'Marhaen'.


Marhaen' itu pada asalanya merujuk kepada nama seorang petani kelas sederhana yang satu ketika dahulu sekitar tahun 1927 sewaktu Soekarno atau 'Bung Karno' berjalan jalan di daerah pertanian 'Bandung Selatan' dan bertemu dengan petani petani disana yang terdiri dari pekerja pekerja dan pemilik pemilik ladang kecil dikawasan itu, lalu ditanya kepada petani itu 'siapa pemilik ladang ini' lalu petani itu menjawab 'Marhaen'. Semenjak dari itu 'Bung Karno' mengunakan perkataan 'Marhaen' itu untuk mengantikan istilah 'Proletar' yang digunakan oleh pengasas fahaman komunis 'Karl Mark' dimana istilah 'Proletar' itu memberi maksud 'Menjual tenaga kerjanya dengan tidak memiliki alat produksi sendiri', yang bertujuan untuk memperjuangkan nasib kaum pekerja. Sedangkan yang perlukan pembelaan bukan saja kaum pekerja sahaja tetapi meliputi semua kaum, dangan itu terciptalah istilah 'Marhaen' itu yang mewakili semua kaum, kaum yang melarat, kaum yang kecil, buruh kecil, petani kecil, pengusaha kecil, nelayan kecil, semuanya kecil dan istilah dan golonggan 'Proletar' itu pun termasuk didalam istilah 'Marhaen' itu. Kata 'Bung karno', sesiapa yang memihak kepada 'Marhaen' adalah seorang 'Marhaenisme', dan katanya lagi siapa yang memahami 'Marhaenisme' adalah seorang yang memahami 'Nasionalisme'.


'Nasionalisme' itu ertinya 'satu ideologi mencipta dan mempertahankan kedaulatan sebuah negara dan mewujudkan satu identiti bersama untuk sekumpulan manusia', bermakna sesiapa yang memperjuangkan ideolagi itu adalah seorang yang dipanggil 'Nasionalis'.


Isu bekerja adalah antara ikhtiar manusia meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna berbanding dengan makhluk-makhluk-Nya. 

Kelebihan dan galakan bekerja sama ada bercucuk tanam, berniaga, sebagai nelayan, guru, tentera, polis dan bekerja di jabatan dan lain-lain lagi. Yang penting dan utamanya ialah, apabila kita bekerja, pastikan kerja tersebut adalah halal dan menepati syariat Islam.

Konsep serta nilai murni pekerjaan juga amat dititiberatkan oleh oleh Islam sehingga terdapat satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah R.Anha, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam telah bersabda:


إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.”


Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (897) dan al-Baihaqi dalam

Syu’ab al-Iman (4929, 4930 dan 4931) tetapi dengan sanad yang berbeza. 


Islam menyeru umatnya untuk bekerja dalam meneruskan kehidupan seharian. Namun demikian penekanan terhadap punca rezeki atau mata pencarian yang halal adalah menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam. Hal ini kerana, setiap apa yang menjadi rezeki atau yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Subhanahuwata'ala di akhirat kelak.


Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ


Maksudnya: “Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.” Riwayat al-Tirmizi (2416)


Galakan untuk berusaha untuk mencari sumber rezeki yang halal juga dapat dilihat berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah adalah bersabda:


مَنْ طلَبَ الدُّنْيَا حلاَلاً اِسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ وَسَعْيًا عَلَى اَهْلهِ وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ. وَمَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلاَلاً مُكَاثِرًا مُفَاخِرًا مُرَائِيًا لَقِىَ اللهَ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانٌ


Maksudnya: “Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri dari berminta-minta, dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya, akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat dengan mukanya bagaikan bulan purnama, dan siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong, akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedang Allah murka padanya.”


Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890), Ahmad (2/436), Ibn Abi Syaibah

dalam al-Musannaf (7/16) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465).


Antara iktibar yang dapat diambil daripada hadis di atas ialah:


Hadis ini menunjukkan bahawa bekerja merupakan perkara yang dituntut. Ini menunjukkan kita perlu berusaha dalam meneruskan kesinambungan hidup.

Dengan modal insan, pekerja dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kreatif, inovatif dan bermutu. Ini kerana dengan tahap disiplin yang tinggi sudah tentu dapat menghasilkan natijah dan perkhidmatan yang cemerlang. Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja dan juga sikap acuh tak acuh atau sambil lewa dalam melaksanakan sebarang tugas yang diamanahkan. Ini kerana, dengan sikap seperti itu kegagalan dan juga kemunduran sudah pasti bertapak dalam kehidupan mereka, bahkan memberi kesan kepada negara untuk mencapai wawasan yang gemilang.

Justeru, beberapa langkah seperti memotivasikan pekerja, melihat contoh dan teladan pekerja yang berjaya di samping semangat dan ruh ‘pekerjaan sebagai satu ibadat’ hendaklah dijadikan motto atau misi oleh pekerja.


Berkenaan dengan hak pekerja yang mesti diberikan oleh majikan pula, antara lain ialah:


Gaji yang telah dijanjikan. Ia hendaklah dibayar mengikut terma perjanjian. Bahasa yang digunakan dalam hadith adalah sebelum peluh kering seperti dalam hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ


Maksudnya: “Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya.”


Riwayat Ibn Majah (2443), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (11988)

dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir (34)


Imam al-Munawi berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja sedangkan tidak ada kekangan untuk segera menyerahkannya. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, ketika para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” (Lihat Faidh al-Qadir, 1/718)


Walaupun begitu penggajian boleh juga berdasarkan kesepakatan antara pekerja dan majikan sama ada dibayar mengikut harian, mingguan atau bulanan. Ada juga dibayar dalam bentuk sekali gus dan ada juga yang mengikut jam. Oleh itu, jika hal seperti ini sudah disepakati, maka ia hendaklah ditunaikan mengikut kesepakatan tersebut. Sesungguhnya Islam sangat menitik beratkan kebajikan seorang pekerja serta memberi peringatan keras terhadap majikan yang menzalimi pekerjanya. Dalam satu hadith qudsi, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam meriwayatkan bahawa Allah Subhanahuwata'la berfirman:


ثَلاَثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ… وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ


Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat… (salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.

Riwayat al-Bukhari (2227) dan Ibn Majah (2442)


Tidak membebankan pekerja di luar kemampuannya sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu melakukan tugas dengan sebaiknya. Jika terpaksa dilakukan, maka bantulah mereka. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Zar R.A, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


وَلاَ تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ، فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ


Maksudnya: “Janganlah kamu membebankan mereka (hamba), dan jika kamu memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka". Riwayat al-Bukhari (30)


Hak untuk berehat atau cuti mengikut persepakatan dan terma perjanjian antara mereka. Oleh itu, jika hal seperti ini sudah disepakati, maka ia hendaklah ditunaikan mengikut kesepakatan serta tidak memungkirinya. Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ


Maksudnya: “Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.”


Riwayat Abu Daud (3594), al-Tirmizi (1352), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra

(11761), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (30) dan al-Daraqutni (96).


Melayani pekerja dengan baik serta tidak bersikap kasar dan zalim sehingga melakukan kekasaran fizikal kepada pekerja. 

Kemudahan kesihatan juga perlu diambil kira melalui Takaful dan sebagainya.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam tidak pernah melakukan kekasaran kepada bawahannya. Saidatina Aisyah R.Anha menceritakan:


مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللهِ شَيْئًا قَطُّ بِيَدِهِ وَلاَ امْرَأَةً وَلاَ خَادِمًا


Maksudnya: “Rasulullah tidak pernah memukul dengan tangannya sedikit pun, tidak kepada wanita dan tidak kepada hamba (pekerja).”

Riwayat Muslim (2328) dan Abu Daud (4786)


Setiap orang juga perlu diberi kefahaman dan terma kerja yang semestinya dilakukan. Kesan darinya amat memberangsangkan. Merasa kebertanggungjawaban merupakan hal yang terpenting apabila seseorang pekerja menggalas tugas dan amanah yang diberikan kepadanya. Dengan cara ini, daripada serendah-rendah pekerja, hingga kepada bos nombor satu akan merasa masing-masing mempunyai peranan serta tanggungjawab. Benarlah firman Allah Subhanahuwata'ala:


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا


Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).

Surah al-Nisa’ ayat 58.


Daripada Samurah, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


أَدِّ الْأَمَانَةَ إِلَى مَنْ ائْتَمَنَكَ، وَلَا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ


Maksudnya: “Tunaikan amanah kepada siapa yang mengamanahkan kepada kamu dan jangan kamu khianat siapa yang mengkhianati kamu.”

Riwayat Ahmad (15424), Al-Tirmizi (1264), dan Abu Daud (3534)


Dalam konteks diberi amanah kepada yang lain jika sekiranya dia sebagai penyelia dan juga pengawal disamping bertanggungjawab atas pelaksanaan amanh tersebut.Maka ia dibolehkan. Namun, sebaliknya jika amanah tersebut diterima dan terus diberikan kepada yang lain tanpa sebarang tanggungjawab dan seliaan daripadanya, maka ia telah mengabaikan amanah. Inilah yang kita bimbangi sebagaimana sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam:


إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ " , قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : " إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ


Maksudnya: “Apabila diabaikan amanah maka tunggulah saat kebinasaan. Lantas sabahat bertanya: “Bagaimana bentuk pengabaiannya wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaan.”

Riwayat al-Bukhari (6496) dan Ibn Hibban (104)


Ibn Battal berkata: Ucapan Nabi ini umum. Makanya Arab Badwi sebagai yang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mahukan syarahannya serta perincian lantas sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam: Apabila urusan diserah kepada yang bukan ahli dan berkelayakan. Jawapan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam umum termasuk padanya pengabaian amanah dan yang semakna dengannya serta tidak mengikut cara yang sebenarnya seperti menjadikan seseorang itu ulama' sedangkan dia jahil ketika kematian ahli ilmu. (Lihat Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn al-Battal, 10/207)


Sunday, April 10, 2022

Leka mencari kesenangan hidup di dunia hingga lupa kesenangan hidup akhirat.

Leka mencari kesenangan hidup di dunia hingga lupa kesenangan hidup akhirat. 


Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat


Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam surah Al-Hasyr ayat 18,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Berdasarkan ayat Al-Qur’an di atas kita diingatkan supaya jangan terlalu leka dalam mencari kesenangan hidup di dunia. Semestinya kita perlu mengutamakan bekalan hidup di akhirat kerana kehidupan akhirat adalah kehidupan yang lebih baik dan kekal abadi


Sesiapa yang menumpukan minatnya kepada kesenangan dunia semata, maka dia akan kehilangan segala habuan kesenangan di akhirat. Allah Subhanahuwata’ala berfirman, 


مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ


Maksudnya:"Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat". Al-Syura ayat 20.


Kehidupan di dunia ini adalah kehidupan yang sementara, manakala kehidupan di akhirat pula adalah kehidupan yang kekal abadi. Oleh itu seorang mukmin wajib mempersiapkan dirinya dengan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bakal untuk menuju kebahagiaan hidup di akhirat kelak.


Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala telah melimpahkan rahmat dan nikmat yang begitu banyak kepada kita sehingga kita tidak akan terhitung banyaknya. Di dalam Al-Qur’an telah menceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah diuji dengan nikmat kekayaan yang melimpah ruah tentang akhirnya telah mengkufuri dan tidak mensyukuri nikmat-nikmat tersebut.


Antara kisah yang diceritakan di dalam Al-Qur’an ialah kisah Qarun. Kisah Qarun disebut oleh Allah dalam "surah Al-Qasas". Qarun adalah seorang yang kaya raya dalam kehidupan dunianya, namun ia sombong dan tidak memikirkan tentang akhiratnya. Lalu ia termasuk dalam golongan orang-orang yang ingkar dan rugi di akhirat. Seharusnya kisah tersebut menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.


إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ


Maksudnya:"Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". Al-Qasas ayat 76.


Menurut beberapa riwayat Qarun adalah salah seorang kerabat nabi Musa. Tidak hanya memiliki banyak harta, Qarun juga termasuk orang yang berilmu. Bahkan dikatakan bahwa dirinya adalah ahli kitab Taurat selain nabi Musa dan Harun.

Ia dijuluki dengan sebutan “Munawir” karena kemerduan suaranya dalam membaca kitab Taurat.


Sebelum kekayaan Qarun melimpah ruah, sebenarnya ia hanyalah seorang lelaki miskin yang tidak mampu menafkahi keluarganya. Bosan dengan keadaan tersebut, lalu Qarun meminta nabi Musa untuk mendoakannya agar Allah Subhanahuwata'ala memberikan harta benda yang banyak. Nabi Musa menyetujuinya tanpa ragu kerana dia tahu bahwa Qarun adalah seorang yang sangat soleh dan pengikut ajaran Ibrahim yang sangat baik.


Allah Subhanahuwata'ala pun mengabulkan doa nabi Musa. Akhirnya, Qarun kemudiannya memiliki ribuan gudang harta yang penuh berisikan emas dan perak. Dikesahkan bahawa setiap kali keluar rumah ia selalu berpakaian mewah didampingi oleh 600 orang pelayan terdiri atas 300 laki-laki dan 300 lagi pelayan perempuan. Bukan hanya itu, ia juga dikelilingi oleh 4.000 pengawal dan diiringi 4000 binatang ternak yang sihat, ditambahi dengan 60 ekor unta yang membawa kunci-kunci gudang kekayaannya.


Namun kisah Qarun dalam Al-Quran berakhir dengan tragis, kerana ia beserta seluruh hartanya tersebut ditenggelamkan oleh Allah Subhanahuwata'ala akibat kesombongan.


فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ


Maksudnya:"Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)". Al-Qasas ayat 81.


Ketahuilah, nikmat dan kekayaan yang dikurniakan di dunia ini patutlah kita syukuri iaitu dengan meningkatkan amal ibadah dan kebajikan serta mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala, umpamanya dengan membelanjakan kekayaan tersebut ke jalan Allah Subhanahuwata’ala seperti mengeluarkan zakat, bersedekah, amal jariah dan lain-lain


Di dalam surah Al-Qasas ayat 77 Allah Subhanahuwata’ala berfirman, 


وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ


Maksudnya:"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan".


Daripada ayat ini kita dapat mengambil beberapa pengajaran iaitu:


Pertama: Carilah pahala negeri akhirat dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah Subhanahuwata’ala kepada kita.


Harta adalah anugerah dari Allah Subhanahuwata’ala, dengan adanya harta itu janganlah sampai kita lupa dan lalai kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan akhirat jua yang kekal abadi. Harta benda yang kita nikmati ini semuanya akan tinggal di dunia sahaja. Oleh itu gunakanlah harta itu untuk tujuan kebahagiaan hidup di akhirat nanti. Berbuat baiklah, nafkahkanlah rezeki yang dianugerahkan Allah Subhanahuwata’ala itu kepada jalan kebajikan.


Kedua: Janganlah kita melupakan bahagian kita daripada kenikmatan dunia.


Ibnu Gharabi memberikan tafsiran ayat tersebut bahawa: ”Jangan lupa bahagian mu di dunia, iaitu harta yang halal”. Tinggallah dalam rumah yang baik, pakailah kenderaan yang selesa dan hiduplah dengan adanya isteri yang solehah, mudah-mudahan dengan semua itu kita akan memperolehi kemudahan dan kebahagian hidup di dunia demi untuk mencapai kebahagiaan akhirat jua.


Ketiga: Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah Subhanahuwata’ala telah berbuat baik kepada kita.


Kebaikan Allah Subhanahuwata’ala kepada kita tidaklah terhitung banyaknya. Sejak dari kita dalam kandungan ibu hinggalah kita dilahirkan ke dunia itu kita tidak mempunyai apa-apa lalu diberikan rezeki berlipat ganda, maka sudah sepatutnya kita berbuat ehsan iaitu berbuat baik.


Firman Allah Subhanahuwata’ala, 


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ


Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Al-Nahl ayat 18


Ehsan kepada Allah Subhanahuwata’ala ialah sebagaimana yang tersebut di dalam hadis Nabi ketika Jibril Alaihi Salam menanyakan kepada Nabi tentang ehsan, iaitu bahawa engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat Allah. Dan meskipun engkau tidak dapat melihatnya, namun dia pasti melihat engkau.


Adapun ehsan kepada sesama manusia ialah hubungan yang baik, berakhlak yang baik, bertutur kata yang baik, berlapang dada, dan berbelas kasihan kepada semua manusia lebih-lebih lagi kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin.


Keempat: Janganlah berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.


Sesungguhnya berbuat kerosakan itu akan merugikan kita sendiri dan orang lain, dan boleh memutuskan hubungan silaturrahim. Antara kerosakan yang dimaksudkan ialah melakukan penganiyaan atau kezaliman seperti menganggu keamanan, menyakiti hati sesama manusia, menipu, mencari keuntungan semata-mata untuk diri sendiri dengan melupakan kerugian orang lain dan sebagainya.


Ingatlah,Allah telah menyatakan bahawa dia tidak menyukai orang yang suka membuat kerosakan di muka bumi kerana balasan Allah pasti akan datang samada cepat ataupun lambat. Ketahuilah apabila hukuman Allah datang, tidak ada seorang pun yang mempunyai daya dan kekuatan untuk menghalangnya.

Friday, April 8, 2022

Satuni golongan Marhaen'

Satuni golongan Marhaen'


Definisi marhaen' menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ; kaum atau rakyat jelata seperti petani, nelayan dan lain-lain.. 


Istilah Marhaen' telah dizahirkan untuk menyatakan bahawa ada pihak yang perlukan pembelaan, bukan itu saja tapi untuk menyatakan bahawa pihak yang perlukan pembelaan itu perlu bersatu dalam satu kelompok yang dipanggil 'Marhaen'.


Marhaen' itu pada asalnya merujuk kepada nama seorang petani kelas sederhana yang satu ketika dahulu sekitar tahun 1927 sewaktu Soekarno atau 'Bung Karno' berjalan jalan di daerah pertanian 'Bandung Selatan' dan bertemu dengan petani petani disana yang terdiri dari pekerja pekerja dan pemilik pemilik ladang kecil dikawasan itu, lalu ditanya kepada petani itu 'siapa pemilik ladang ini' lalu petani itu menjawab 'Marhaen'. Semenjak dari itu 'Bung Karno' mengunakan perkataan 'Marhaen' itu untuk mengantikan istilah 'Proletar' yang digunakan oleh pengasas fahaman komunis 'Karl Mark' dimana istilah 'Proletar' itu memberi maksud 'Menjual tenaga kerjanya dengan tidak memiliki alat produksi sendiri', yang bertujuan untuk memperjuangkan nasib kaum pekerja. Sedangkan yang perlukan pembelaan bukan saja kaum pekerja sahaja tetapi meliputi semua kaum, dangan itu terciptalah istilah 'Marhaen' itu yang mewakili semua kaum, kaum yang melarat, kaum yang kecil, buruh kecil, petani kecil, pengusaha kecil, nelayan kecil, semuanya kecil dan istilah dan golonggan 'Proletar' itu pun termasuk didalam istilah 'Marhaen' itu. Kata 'Bung karno', sesiapa yang memihak kepada 'Marhaen' adalah seorang 'Marhaenisme', dan katanya lagi siapa yang memahami 'Marhaenisme' adalah seorang yang memahami 'Nasionalisme'.


'Nasionalisme' itu ertinya 'satu ideologi mencipta dan mempertahankan kedaulatan sebuah negara dan mewujudkan satu identiti bersama untuk sekumpulan manusia', bermakna sesiapa yang memperjuangkan ideolagi itu adalah seorang yang dipanggil 'Nasionalis'.


Berdasarkan definisi marhaen' menurut Kamus Dewan, maka dapat kita fahami bahawa Allah Subhanahuwata'ala menciptakan manusia dengan kepelbagaian latar belakang bagi tujuan saling mengenali dan melengkapi keperluan masing-masing.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


Maksudnya:"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". Al-Hujurat 13


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


Maksudnya:"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Al-Taubah ayat 71.


Setiap insan harus memiliki sifat peduli sesama manusia agar mereka saling membantu.


Manusia diciptakan Allah Subhanahuwata'ala dalam keadaan lemah. Ia sebagaimana dijelaskan dalam Surah An-Nisa’ ayat 28,


يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا


Maksudnya:"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah".


Dalam satu lagi ayat dalam Surah Ar-Rum, ayat 54, Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ


Maksudnya:"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".


Berdasarkan ayat-ayat itu, bukan bermaksud keadaan lemah menjadi alasan buat manusia tidak melakukan sesuatu.


Apabila menyedari kelemahan, kita akan berusaha mencari sumber kekuatan bagi memperbaiki diri.


Dalam masyarakat, golongan yang sering dikategorikan sebagai orang lemah terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada kesempitan dari segi ekonomi, penderitaan yang menyebabkan tidak mampu bekerja serta tidak berdaya sama ada fizikal atau mental selain ditindas kerana dizalimi.


Golongan itu mungkin terdiri daripada wanita, anak yatim, orang miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).


Bukti Islam menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dapat dilihat berdasarkan teguran Allah kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam di dalam al-Quran Surah Abasa ayat 1-12. Peristiwa tersebut berlaku apabila seorang cacat penglihatan iaitu Abdullah Ibn Umm Maktum datang kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ketika baginda dikelilingi oleh pembesar Quraisy iaitu Utbah bin Rabi’ah dan saudaranya Shaybah Amr bin Hisham atau yang lebih dikenal sebagai Abu Jahl. Selain itu ada juga Umayyah bin Khalaf, dan Walid bin Mughirah (ayah dari Khalid bin Walid si “Pedang Allah”).

Mereka sedang mengikuti ceramah dan penjelasan mengenai Islam. Nabi pula ingin menggunakan peluang tersebut untuk menarik mereka menganut ajaran Islam.


Saat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam berbicara kemudian datanglah Abdullah bin Ummi Maktum meminta Rasul untuk membaca sebuah ayat Al Quran. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, ajari aku apa yang telah Allah ajarkan kepadamu.”


Abdullah bin Ummi Maktum radhiyallahu ‘anhu adalah l sepupu dari Khadijah binti Kuwailid (isteri Rasulullah). Ayahnya bernama Qays bin Sa’id dan ibunya adalah Atikah binti Abdullah. Ibunya dipanggil Ummi Maktum yang artinya “Ibu dari yang Tersembunyi” alasannya kerana dia melahirkan seorang anak yang buta. Abdullah bin Ummi Maktum adalah salah satu orang pertama yang masuk Islam. Dia juga termasuk salah seorang sahabat yang juga mengalami banyak penganiayaan terhadap kaum muslim. Penganiayaan hebat dari kaum Quraisy  membuatkan beliau semakin tekad untuk berpegang dengan agama Allah. 


Golongan lemah itu amat memerlukan perlindungan dan pembelaan agar mereka tidak mengalami penderitaan lebih parah.


Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan agar melindungi kaum yang lemah seperti firman-Nya dalam Surah An-Nisa’, ayat 75,


وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا


Maksudnya:"Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!".


Ahli tafsir menjelaskan, perkataan al-mustad’afin adalah sebagai golongan lemah dan orang yang dianggap tidak berdaya oleh masyarakat.


Manusia tidak boleh hidup sendirian, sebaliknya perlu bersama orang lain seperti keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran tetangga.


Sifat peduli terhadap keperluan dan kesukaran dialami orang lain harus disemai dalam masyarakat melalui keprihatinan dan empati.


Empati bermaksud menghayati situasi sama terhadap kesusahan dialami orang lain yang akan kemudiannya membangkitkan semangat untuk membantu.


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa memberi kemudahan kepada orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat". Riwayat Ibnu Majah(2408)


Pernah suatu hari Rasulullah didatangi oleh satu kumpulan manusia yang sangat miskin. Mereka berkaki ayam, pakaian dan penampilan mereka menggambarkan kesusahan hidup mereka. Sahabat Nabi yang menyaksikan peristiwa ini berkata, 


الْمُنْذِرَ بْنَ جَرِيرٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَدْرِ النَّهَارِ فَجَاءَ قَوْمٌ عُرَاةً حُفَاةً مُتَقَلِّدِي السُّيُوفِ عَامَّتُهُمْ مِنْ مُضَرَ بَلْ كُلُّهُمْ مِنْ مُضَرَ فَتَغَيَّرَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَا رَأَى بِهِمْ مِنْ الْفَاقَةِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ فَأَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ فَأَقَامَ الصَّلَاةَ فَصَلَّى ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ……


Maksudnya:"Mundzir bin Jarir bercerita dari Bapaknya dia berkata, "Kami pernah bersama Nabi ﷺ di siang hari, tiba-tiba datang suatu kaum dalam keadaan telanjang kaki sambil menggantungkan pedang-pedang mereka. kebanyakkan mereka -bahkan seluruhnya- dari kalangan Mudhar. Maka wajah Rasulullah ﷺ pun berubah kerana kemiskinan yang terlihat pada mereka. Kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal untuk mengumandangkan azan, lalu mendirikan solat. Kemudian beliau solat dan setelah itu berkhutbah seraya bersabda,……". Riwayat al-Nasai' (2507)


Begitulah Rasulullah. Pemimpin yang sangat sensitif melihat kesusahan rakyat sehingga dapat dikenali dari riak wajahnya. Rasululllah segera menghimpunkan para sahabat (setelah selesai solat) dan Baginda menyarankan agar golongan susah ini dibantu.


Sikap membantu orang yang kesusahan ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Yahya bin Muaz seorang tokoh sufi kurun ketiga pernah berpesan:


حبك الفقراء من أخلاق المرسلين ، وإيثارك مجالستهم من علامة الصالحين ، وفرارك من صحبتهم من علامة المنافقين


Maksudnya:“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik”. (Ittihaf Sadah al-Muttaqin) 

Bantuan terhadap golongan memerlukan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk sama ada zakat, sedekah, bantuan sosial, perlindungan dan lain-lain.

Wednesday, April 6, 2022

Syirik besar (شرك الأكبر ) dan syirik Kecil (شرك الأصغر)

Syirik besar (شرك الأكبر ) dan syirik Kecil (شرك الأصغر)

Syirik ada dua, pertama menjadikan sesuatu sebagai tandingan bagi Allah Subhanahuwata'ala dan beribadah atau menyembah kepada selain-Nya dan yang kedua menyertai amal dengan riya'.


Dalam kitabnya Al-Kabair, Syeikh Syamsudin Muhammad bin Utsman bin Qaimaz At-Turkmaniy Al-Fariqy Ad Dimasyqiy As-Syafi'iy menyatakan, syirik kepada selain Allah Subhanahuwata'ala itu seperti menyembah kepada berupa batu, pohon, matahari, bulan dan nabi, guru, binatang, dan lain-lain. "Inilah Syirik terbesar(شرك الأكبر )," katanya.


Sebagaimana firman Allah Sunhanahuwata'ala dalam surat Al-Nisa ayat 48 dan 116:  


إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang lain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendak-Nya." 


Dalam surat Luqman ayat 13 Allah Sunhanahuwata'ala berfirman, 


 إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ  


Maksudnya:"Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar".

   

Dan masih banyak lagi ayat yang berhubungan dengan masalah ini.


Barangsiapa yang mempersekutukan Allah Subhanahuwata'ala lalu mati dalam keadaan seperti itu, maka sesungguhnya dia termasuk penghuni neraka.


Seperti halnya seseorang yang beriman kepada Allah lalu mati dalam keadaan seperti itu maka dia termasuk penghuni syurga, walaupun mungkin dia akan diazab di neraka terlebih dahulu kerana dosa yang dilakukan masa hidup dahulu. 


Justeru itu, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasllam mengingatkan umatnya agar berwaspada dan menjauhi syirik besar. Di antaranya adalah hadith riwayat Abu Bakrah RA berikut: 

  

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ


Maksudnya:"dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak maukah aku beritahukan kepada kalian sesuatu yang termasuk dari dosa besar? Kami menjawab, "Tentu wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua." -ketika itu beliau tengah bersandar, kemudian duduk lalu melanjutkan sabdanya, "Perkataan dusta dan kesaksian palsu, perkataan dusta dan kesaksian palsu." Beliau terus saja mengulanginya hingga saya mengira beliau tidak akan berhenti.".Riwayat al-Bukhari (5519)


Riwayat lain dari Abu Hurairah RA  iaitu sebagai berikut, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَأَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصِنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ


dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Hendaklah kalian menghindari tujuh dosa yang membinasakan." Dikatakan kepada beliau, "Apakah tujuh dosa itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan haq, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran, dan menuduh wanita mukminah baik-baik berbuat zina.". Riwayat Muslim(129)


Kategori syirik yang kedua pula adalah menyertai amal dengan riya' atau juga disebut sebagai شرك الأصغر (syirik kecil).  . 


Secara bahasa, riya' adalah istilah yang berasal dari kata الرياءُ yang bermaksud memperlihatkan atau pamer atau menunjuk-nunjuk. Riya' adalah perbuatan memperlihatkan sesuatu, baik barang atau perbuatan baik dengan maksud agar dilihat orang lain dan mendapat pujian. 


Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din:


فحد الرياء هو إرادة العباد بطاعة الله

إحياء علوم الدين  -3 / 290


Maksudnya:  "Riya’ ialah melakukan ketaatan kepada Allah bertujuan untuk mendapat (sanjungan/kedudukan) daripada manusia".


Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari, beliau memberikan takrif riya’:


الرياء بكسر الراء وتخفيف التحتانية والمد وهو مشتق من الرؤية والمراد به إظهار العبادة لقصد رؤية الناس لها فيحمدوا صاحبها والسمعة بضم المهملة وسكون الميم مشتقة من سمع والمراد بها نحو ما في الرياء لكنها تتعلق بحاسة السمع والرياء بحاسة البصر

فتح الباري - ابن حجر - (11 / 336)


Maksud riya’ ialah menzahirkan ibadah bertujuan supaya manusia melihatnya lalu mereka memuji orang yang melakukan ibadah tersebut. Sum`ah pula ialah sama dengan riya’ tetapi ia berkaitan dengan pendengaran, manakala riya’ ia berkaitan dengan penglihatan.


Kata Saidina Ali r.a.: "Bagi orang yang riya’ itu ada tiga tanda. Malas jika berseorangan,  rajin jika bersama orang ramai, dan bertambah amalannya jika dipuji dan berkurangan amalannya jika dikeji".      


Dari takrif riya’ yang telah dipaparkan di atas ternyata bahawa riya’ itu ialah seseorang itu menunjukkan kepada manusia sesuatu ibadah yang dilakukannya supaya mereka memujinya. Perbezaan di antara riya’ dan sum`ah ialah riya’ itu  pada perbuatan, manakala sum`ah itu pada pendengaran. Sebagai contoh: Jika seorang itu mengerjakan sembahyang maka riya’ itu boleh berlaku dalam perbuatan-perbuatan sembahyang, seperti berdiri, rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain. Manakala sum`ah pula boleh berlaku pada bacaan-bacaan yang dibaca dalam sembahyang, seperti membaca fatihah, surah dan lain-lain bacaan.


Dapat difahami bahawa Riya' adalah suatu sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Sukakan perbuatan baiknya dilihat oleh orang lain. Orang yang mempunyai sifat riya' ini, dia suka bila orang lain nampak perbuatan baiknya itu dan orang memuji akan kebaikan yang dilakukannya itu. Padahal tujuan utama dari beramal atau beribadah mesti dilakukan demi mencari redha Allah Subhanahuwata'ala. 


Sebagai contoh, seorang yang bersedekah atau memberi sumbangan yang cukup banyak kepada sesuatu pihak yang memerlukan, ditunjuknya pemberiannya itu kepada orang ramai dengan niat menunjukkan akan kebaikannya di sisi masyarakat, maka seluruh amalan sedekahnya itu tertolak, tidak diterima di sisi Allah sebagai kebaikan atau 'hasanah' (tiada ganjaran pahala). kerana dia telah riya' dalam amalannya itu.


Terdapat sejumlah nas yang menegah  dari sifat riya’ dan sum`ah.                                                                      


Di antaranya firman Allah Subhanahuwata'ala, 


فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِين

 هُمْ يُرَاءُونَ (6) الماعون : 4 - 6


Malsudnya:"Maka, celakalah(nerakalah) bagi mereka yang solat, (yang sifat mereka) itu orang-orang yang lalai dari solatnya,, mereka yang riya’ (dalam solat)". Al-Ma'un 4-6


Mereka yang riya’ dalam solat,  ialah menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai akan solat yang mereka kerjakannya.    


firman Allah Subhanahuwata'ala, 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Maksudnya'"Wahaii orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya" kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". Al-Baqarah ayat 264


Dari nas di atas dapat difahami bahawa orang yang membelanjakan harta dengan menunjuk-nunjuk itu adalah sifat orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat,  dan dari nas al-Quran di atas juga menunjukkan riya’ itu membatalkan pahala sedekah.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam surat Al-Kahfi ayat 110,


فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا 


Maksudnya:"Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya makan hendaklah dia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang/sesuatu pun dalam beribadah kepada Rabbnya."


Maksud dari janganlah dia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya, iaitu hendaklah tidak menyertakan riya' bersama amalnya. 


Allah Subhanahuwata'aka berfirman dalam surat Al-Furqan ayat 23,


 وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا


Maksudnya:"Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan."


Maksudnya adalah amal-amal yang dikerjakan untuk selain mengharapkan wajah Allah, Allah membatalkan pahalanya serta menjadikannya umpama debu yang berterbangan, iaitu debu yang dapat dilihat dari sebelah sisindi mana cahaya matahari masuk melaluinya.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam juga memeringatkan umatnya dalam hadith berikut:  


عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً


Maksudnya:"Dari Mahmud bin Labid bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan dari kalian adalah syirik kecil." Mereka bertanya: Apa itu syirik kecil wahai Rasulullah ﷺ? Rasulullah ﷺ menjawab, "Itu adalah Riya`, Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada mereka pada hari kiamat saat orang-orang diberi balasan atas amal-amal mereka: Temuilah orang-orang yang dulu kau perlihat-lihatkan di dunia lalu lihatlah apakah kalian menemukan balasan di sisi mereka?". Riwayat Ahmad (22523)                  


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


مَكْحُولًا يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو هِنْدٍ الدَّارِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَامَ مَقَامَ رِيَاءٍ وَسُمْعَةٍ رَايَا اللَّهُ تَعَالَى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَسَمَّعَ


Maksudnya:"Makhul berkata; Telah bercerita kepadaku Abu Hind Ad Daari bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa berdiri ditempat riya' dan sum'ah, Allah akan memperlihatkan dan menyiarkan aibnya pada hari kiamat". Ahmad (21290)


Ibn Hajar berkata: Hadith ini menunjukkan bahawa sunat/sebaik-baiknya  melakukan amal soleh secara sembunyi. Walaubagaimanapun kadang-kala sunat/sebaik-baiknya di zahirkan amalan itu, iaitu bagi orang yang menjadi ikutan, supaya orang rami mengikutnya. Ianya dilakukan mengikut keperluan.


Sebagaimana hadith berikut, 


قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو حَازِمِ بْنُ دِينَارٍ أَنَّ رِجَالًا أَتَوْا سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ وَقَدْ امْتَرَوْا فِي الْمِنْبَرِ مِمَّ عُودُهُ فَسَأَلُوهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْرِفُ مِمَّا هُوَ وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ أَوَّلَ يَوْمٍ وُضِعَ وَأَوَّلَ يَوْمٍ جَلَسَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فُلَانَةَ امْرَأَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ قَدْ سَمَّاهَا سَهْلٌ مُرِي غُلَامَكِ النَّجَّارَ أَنْ يَعْمَلَ لِي أَعْوَادًا أَجْلِسُ عَلَيْهِنَّ إِذَا كَلَّمْتُ النَّاسَ فَأَمَرَتْهُ فَعَمِلَهَا مِنْ طَرْفَاءِ الْغَابَةِ ثُمَّ جَاءَ بِهَا فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ بِهَا فَوُضِعَتْ هَا هُنَا ثُمَّ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى عَلَيْهَا وَكَبَّرَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ رَكَعَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ نَزَلَ الْقَهْقَرَى فَسَجَدَ فِي أَصْلِ الْمِنْبَرِ ثُمَّ عَادَ فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لِتَأْتَمُّوا وَلِتَعَلَّمُوا صَلَاتِي


Maksudnya:"……wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku berbuat seperti tadi agar kalian mengikuti dan agar kalian dapat mengambil pelajaran tentang tata cara solatku". Bukhari(866)


Dari nas-nas yang telah dinyatakan, maka jelaslah riya’ dan sum'ah adalah merupakan sifat buruk yang wajib dijauhi oleh setiap Muslim. 



Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...