Thursday, November 12, 2020

Mahsyar: Al-Quran adalah wahyu dan petunjuk Allah, agar manusia mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Al-Quran adalah Kalamullah Al-Qadim dan bukannya makhluk.

Mahsyar: Al-Quran adalah wahyu dan petunjuk Allah, agar manusia mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Al-Quran adalah Kalamullah Al-Qadim dan bukannya makhluk. 


Al-Quran Kalamullah Al-Qadim adalah wahyu dan tujuan diturunkan adalah sebagai petunjuk untuk manusia menjalani kehidupan di dunia mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh Allah sehingga akhirnya nanti mendapat kebahagiaan di akhirat.Firman Allah Subhahanuwata'ala :


ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ


Maksudnya : “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”


Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut bahawa Al-Quran mengandungi hidayah yang mana ianya menuntun mereka yang mencari kebenaran dan petunjuk. Ianya membawa kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat. (Rujuk Tafsir Al-Maraghi, 1/39)


Sebagai kalamullah Al-Quran juga adalah menjadi mukjizat. Membacanya mendapat pahala dan ganjaran sepertimana yang disebutkan oleh Baginda Nabi Sallahu'alaihiwasallam :


مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ


Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakan ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Riwayat Al-Tirmizi (2910)


Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)


Firman Allah Subhahanuwata'ala, 


قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا


Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad)  “ Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”. Al-Isra’ ayat 88.


Kelebihan Al-Quran pada Hari Kiamat


Di antara kelebihan al-Quran adalah sebagaimana riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya (22976), Ibnu Majah di dalam Sunannya (3781) dan ianya juga dinukilkan oleh Al-Tabarani di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat (5764). Lafaz hadith tersebut ialah :


يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ , فَيَقُولُ : أَنَا الَّذِي أَسْهَرْتُ لَيْلَكَ ، وَأَظْمَأْتُ نَهَارَكَ


Maksudnya : “Al-Quran datang pada hari kiamat kelak seperti seorang lelaki yang kekuningan tubuhnya lalu dia berkata : Akulah yang menyebabkan engkau bangun malam dan menyebabkan engkau dahaga di siang harimu".


Sheikh Syu’aib Al-Arnaut menghukumkan sanad hadith ini sebagai sanad yang hasan. (Rujuk Musnad Ahmad, tahkik Al-Risalah, 38/76). Secara ringkasnya, hadith tersebut adalah hadith yang hasan.


Adapun Al-Quran ia adalah merupakan Kalamullah Al-Qadim. Ia bukannya makhluk sepertimana dakwaan golongan Muktazilah.


Imam Abdul Rauf Al-Munawi menjelaskan bahawa yang datang seperti mana yang disebutkan di dalam hadith ialah pahala yang layak diganjarkan kepada orang yang membaca dan beramal dengannya. (Rujuk Faidh Al-Qadir Fi Syarh Al-Jami’ Al-Saghir, 2/81).


Daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda :


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ


Maksudnya : “ Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya". Riwayat Muslim (1910)


Begitu juga di dalam hadith yang lain menyebut :


يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ حَلِّهِ فَيُلْبَسُ تَاجَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ زِدْهُ فَيُلْبَسُ حُلَّةَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ ارْضَ عَنْهُ فَيَرْضَى عَنْهُ فَيُقَالُ لَهُ اقْرَأْ وَارْقَ وَتُزَادُ بِكُلِّ آيَةٍ حَسَنَةً


Maksudnya : “ Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak. Lalu ia berkata : Wahai Tuhan pakaikanlah (pakaian) kepadanya. Maka orang tersebut dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan,tambahkanlah. Maka orang tersebut dipakaikan dengan pakaian kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata : Wahai Tuhan redhalah terhadapnya. Maka Allah pun redha kepada orang tersebut. Disebut kepadanya : Bacalah Al-Quran dan naiklah.  Maka ditambahkan bagi setiap ayat satu kebaikan”. Riwayat Al-Tirmizi (2839)


Pada asasnya , banyak hadith-hadith lain yang semisal dengan hadith-hadith di atas menceritakan bahawa Al-Quran datang pada hari kiamat dengan pelbagai bentuk.


Para ulama cuba menghuraikan apa yang disebutkan oleh Nabi Sallahu'alaihiwasallam. Di antara yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi. Beliau menyebut :


المُراَدُ أَنَّ ثَوَابَهُما يَأتِي كَغُمَامَتَينِ


“Yang dimaksudkan dengan hadith tersebut adalah pahala dari bacaan Al-Quran datang dalam bentuk awan dan sebagainya.” (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim , 6/90).


Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak dalam berbagai bentuk bukan membawa kepada kefahaman bahawa Al-Quran itu makhluk. Namun yang dimaksudkan adalah syafaat, pahala dan ganjaran hasil dari pembacaan dan beramal dengan Al-Quran. Pahala-pahala itu nanti akan datang pada hari kiamat kelak dengan pelbagai bentuk untuk memberikan syafaat dan perlindungan kepada mereka yang berhak.

Tuesday, November 10, 2020

Mahsyar:Di bawa menyaksikan buku amalan bersama Pemandu/Pengiring dan Penyaksi dalam keadaan Bertekuk Lutut.Dan juga zikir حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ.

Mahsyar:Di bawa menyaksikan buku amalan bersama Pemandu/Pengiring dan Penyaksi dalam keadaan Bertekuk Lutut.Dan juga zikir حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ.


Ditiupkan sangkakala dengan tiupan yang kedua kalinya. Pertama tiupan hancurnya dunia kedua tiupan kebangkitan. Selanjutnya tibalah hari Kiamat yang mengandung banyak azab bagi orang-orang kafir, 


وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمُ الْوَعِيدِ


Maksudnya:"Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman". Qaf ayat 20.


Tafsir Jalalain menyebutkan: وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ (Dan ditiuplah sangkakala) untuk membangkitkan manusia. ذَٰلِكَ (Itulah) yakni hari peniupan itu يَوۡمُ ٱلۡوَعِيدِ (hari terlaksananya ancaman) bagi orang-orang kafir, iaitu mereka akan mengalami siksaan.


Tafsir Ibnu Katsir: Dan firman-Nya lebih lanjut: وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡوَعِيدِ (“Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman.”) pembicaraan tentang peniupan sangkakala, dan tentang peristiwa hari kiamat telah dibahas sebelumnya. Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. bersabda:Dari Abu Said al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


كَيْفَ أُنْعَمُ وَصَاحِبُ الْقَرْنِ قَدِ الْتَقَمَ الْقَرْنَ وَاسْتَمَعَ الإِذْنَ مَتَى يُؤْمَرُ بِالنَّفْخِ فَيَنْفُخُ فَكَأَنَّ ذَلِكَ ثَقُلَ عَلَى أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُمْ قُوْلُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا


Maksudnya:"Bagaimana aku tenteram sementara malaikat Israfil telah menempel pada sangkakala dan menanti izin bila ia diperintahkan untuk meniup, maka diapun meniup”.

Para sahabat bertanya: “Ya Rasulallah, apa yang seharusnya kami katakan?” Beliau bersabda:

“فَقَالَ لَهُمْ قُوْلُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا (Maksudnya:"Katakan: Cukuplah Allah sebagai pelindung kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung)” maka mereka berkata: “حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا (Cukuplah Allah sebagai pelindung kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung)”.Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan..


Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, 


كَيْفَ أَنْعَمُ وَقَدِ الْتَقَمَ صَاحِبُ الْقَرْنِ الْقَرْنَ، وَحَنَى جَبْهَتَهُ، وَأَصْغَى سَمْعَهُ يَنْظُرُ مَتَى يُؤْمَرُ


Maksudnya:"Bagaimana saya boleh bersenang-senang sementara malaikat peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala itu di mulutnya, memiringkan dahinya, pendengarannya konsentrasi, selalu siap siaga bilapun dia akan diperintahkan. Riwayat Ahmad (11039), Turmuzi (3551) dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).


Imam Bukhari juga ada meriwayatkan, 


حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ أُرَاهُ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ عَنْ أَبِي حَصِينٍ عَنْ أَبِي الضُّحَى عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ { حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ } قَالَهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَام حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَقَالَهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَالُوا { إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ }


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami [Ahmad bin Yunus] aku melihatnya berkata; Telah menceritakan kepada kami [Abu Bakr] dari [Abu Hashin] dari [Abu Adl Dluha] dari [Ibnu 'Abbas] حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ adalah ucapan Ibrahim Alaihis Salam ketika di lemparkan ke api. Juga diucapkan oleh Nabi Sallallahu'alaihiwasallam ketika orang-orang kafir berkata; "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ"

Maksudnya:"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". Bukhari (4197)


Barangsiapa yang Allah cukup baginya maka fikirannya tidak tersibukan dengan tipu muslihat(rencana jahat) yang disiapkan oleh para perancang, tidak menggelisahkannya terhadap perkumpulan orang-orang yang selalu menanti-nanti keburukan menimpa kaum muslimin, tidak juga rencana jahat ahli kufur dan orang sesat dan penipu atau orang yang menampakkan perkara yang bertentangan dengan batinnya. Kerananya Allah telah menenangkan Nabi-Nya dan menurunkan firmanNya kepada Nabi :


وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya:"Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin, Al-Anfaal ayat 62.


Yazid bin Hakiim pernah berkata :


ماَ هِبْتُ أحداً قط هَيْبَتِي رجلاً ظلمتُه وأنا أعلم أنه لا ناصر له إلا الله، ويقول : حسبي الله، الله بيني وبينك


Maksudnya:"Tidaklah aku takut kepada seorangpun sebagaimana ketakutanku kepada seseorang yang aku menzaliminya, dan aku tahu bahwasanya tidak ada penolong baginya kecuali Allah. Ia berkata, “حسبي الله” (cukuplah Allah penolongku), ia berkata :”الله بيني وبينك/Antara aku dan engkau ada Allah”


“حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ” membuahkan kepercayaan kepada Allah Subhaanahuwata'ala, dan bersandar kepada-Nya, merasa Allah selalu bersamanya dalam setiap waktu dan setiap keadaan.


Jika seorang hamba telah mengetahui bahwasanya Allah yang mencukupkan rezekinya, mata pencariannya, penjagaan dan keperhatinan, pertolongan dan kejayaan, maka ia hanya akan rasa cukup dengan pertolongan Allah dari pertolongan selain-Nya. Rasulullah sallallahu‘alaihiwasallam  bersabda :


مَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ


Maksudnya:"Barangsiapa yang mencari reda Allah saat manusia tidak suka, maka Allah akan cukupkan dia dari beban manusia. Barangsiapa yang mencari reda manusia namun Allah itu murka, maka Allah akan biarkan dia bergantung pada manusia". Riwayat Tirmizi (2414) dan Ibnu Hibban (276).  


“حَسْبي اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ” membuahkan penyerahan seorang hamba dirinya kepada Allah, berbaik sangka kepada-Nya Subbhaanahuwata'ala, kerana Allah tersifatkan dengan kekuatan yang sempurna, ilmu dan hikmah yang sempurna, dan Allah tidaklah mentakdirkan bagi hamba kecuali yang membawa kemaslahatan bagi sang hamba baik di dunia mahupun akhirat. Allah berfirman :


وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا


Maksudnya:"Dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu. An-Nisaa’ ayat 32.


Ayat yang lengkapnya seperti berikut'


وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا


Maksudnya:"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". An-Nisaa’ ayat 32.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ


Maksudnya:“Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya".Az Zumar ayat 36.


وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا


Maksydnya:“Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu)”. An Nisa’ ayat 6.


Di antara nama Allah adalah ‘الحسيب’. Maksud dari nama tersebut adalah bahawa Allah Maha Mencukupi hamba-Nya dalam urusan dunia dan agamanya yang mereka perlukan. Allahlah yang memudahkan setiap keperluan dan Dialah yang menolak segala yang tidak disukai. Begitu pula maksud nama tersebut adalah Allah menjaga setiap apa yang hamba perbuat, Dialah yang memilih manakah amalan yang rosak, manakah amalan yang baik, lalu Allah yang membalasnya dengan pahala dan siksa.


Sedangkan maksud nama Allah ‘الكافي’ adalah Allah Maha Mencukupi seluruh hamba secara umum mahupun khusus. Mencukupi secara umum maksudnya Allah mencukupi seluruh makhluk, mencukupi, memberi makan dan memberi minum pada mereka. Sedangkan secara khusus, Allah mencukupkan setiap hamba yang bertawakkal, menyandarkan hati pada-Nya. Sebagaimana disebutkan dalam ayat,


وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ 


Maksudnya:“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allâh niscaya Dia akan mencukupkan (segala keperluan)nya” Ath-Thalaq ayat 3


Ertinya: Allah Subhanahuwata'ala akan memberikan kecukupan baginya dalam (segala) urusan agama dan dunianya.


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ juga membuahkan pemantapan tauhid dan tawakkal kepada Allah Subhanahuwata'ala selaku sebagai pencipta. Allah Subhanahuwata'ala berfirman :


وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.. Huud ayat 1230.


Allah berfiman :


رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا


Maksudnya:"(Dialah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. Al-Muzammil ayat 9


Allah juga berfirman :


وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَائِيلَ أَلَّا تَتَّخِذُوا مِنْ دُونِي وَكِيلًا


Maksudnya:"Dan Kami berikan kepada Musa kitab (Taurat) dan Kami jadikan kitab Taurat itu petunjuk bagi Bani Israil (dengan firman): "Janganlah kamu mengambil penolong selain Aku".Al-Isra’ ayat 2.


Ayat yang berikut pula menerangkan bahawa tiap-tiap diri akan datang kepada Tuhannya pada hari Kiamat dengan disertai malaikat pengiring dan malaikat penyaksi atas segala amal perbuatannya ketika hidup di dunia.


وَجَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ


Maksudnya:"Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat penggiring dan seorang malaikat penyaksi. Qaf ayat 21.


Tafsir Jalalain menyebutkan bahawa: وَجَآءَتۡ (Dan datanglah) pada hari itu كُلُّ نَفۡسٍ (tiap-tiap diri) ke tempat mereka dikumpulkan iaitu padang Mahsyar مَّعَهَا سَآئِقٌ (bersama dengan dia penggiringnya) iaitu malaikat yang menggiringnya ke padang Mahsyar وَشَهِيدٌ (dan pemberi saksi) yang akan memberikan kesaksian tentang semua amal perbuatannya, iaitu tangan dan kakinya serta anggota-anggota tubuhnya yang lain. Kemudian pada saat itu dikatakan kepada orang yang kafir:.


Tafsir Ibnu Katsir menyebutkan: Firman-Nya: وَجَآءَتۡ كُلُّ نَفۡسٍ مَّعَهَا سَآئِقٌ وَشَهِيدٌ (“Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengannya seorang Malaikat penggiring dan seorang Malaikat penyaksi.”) iaitu malaikat yang menggiring ke alam Mahsyar dan malaikat yang memberikan kesaksian amal perbuatannya. Demikianlah lahiriyah ayat di atas. Dan itu pula yang menjadi pilihan Ibnu Jarir.


Pada ayat yang lain pula dikhabarkan bahawa semua umat berlutut di atas lutut mereka menunggu apa yang akan terjadi pada mereka, setiap umat dipanggil menuju kitab catatan amal perbuatan mereka yang ditulis oleh para Malaikat penjaga. Pada hari ini sekelian manusia akan mendapat balasan atas kelakuan mereka di dunia, yang baik mahupun yang buruk.  Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut, 


وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً ۚ كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَىٰ إِلَىٰ كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan". Al-Jathiyah ayat 28


Menurut Tafsir Jalalain: وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٍ (Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat) tiap-tiap pemeluk suatu agama جَاثِيَةً (berlutut) mereka berdiri pada lututnya, atau mereka membentuk kumpulan. كُلُّ أُمَّةٍ تُدۡعَىٰٓ إِلَىٰ كِتَٰبِهَا (Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat kitabnya) untuk melihat catatan amalnya, lalu dikatakan kepada mereka, ٱلۡيَوۡمَ تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (“Pada hari ini kalian diberi balasan terhadap apa yang telah kalian kerjakan”) sebagai pembalasannya.


Keadaan ini menunjukkan kerendahan dan rasa malu di hadapan Allah Subhanahuwata'ala. Semua manusia akan duduk berlutut dalam keadaan tangan di atas paha dan menunggu di dalam ketakutan dan kecemasan. Semuanya pula di dalam keadaan berbogel. Iaitu  semua dikembalikan kepada keadaan asal kita.


Mereka yang berdosa akan takut untuk melihat kitab amalan mereka. Ini kerana mereka sudah dapat membayangkan apa yang ada dalam kitab itu bukanlah sesuatu yang baik untuk mereka. Maka, mereka akan cuba melarikan diri daripada kitab amalan, tapi semuanya sudah terlambat. Kerana lari dari kemungkaran maksiat adalah sewaktu di dunia bukannya di Mahsyar. 


Tuesday, November 3, 2020

Mahsyar: Langit terbelah, malaikat berdiri bersaf-saf dan juga keutamaan surah At-Takwir, Al-Infithar dan Al-Insyiqaq:

Mahsyar: Langit terbelah, malaikat berdiri bersaf-saf dan juga keutamaan surah At-Takwir, Al-Infithar dan Al-Insyiqaq:


Dari Ibnu Umar radiallahu'anhuma Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda tentang keutamaan surah At-Takwir, Al-Infithar dan Al-Insyiqaq:


مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ رَأْيُ عَيْنٍ فَلْيَقْرَأْ إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ، وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ، وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ


Maksudnya:"Barangsiapa yang senang memerhatikan (peristiwa-peristiwa yang akan terjadi) pada hari kiamat, hendaknya dia membaca surat At-Takwir, Al-Infithar dan Al-Insyiqaq". Riwayat At-Tirmizi, Ash-Shahihah (1081)


Ukuran kejayaan hidup manusia tidak dinilai di dunia tetapi Allah Subhanahuwata'ala jadikan ukuran nilai sama ada berjaya atau tidak ketika berada di Padang Mahsyar nanti.


Diceritakan oleh al-Muhasibi dalam kitabnya Al-Tawahum wal Ahwal, Allah Subhanahuwata'ala akan mengumpulkan seluruh manusia dan jin di Padang Mahsyar dalam keadaan hina dan tidak ada seorang pun yang bangun berpakaian.


Mereka yang dahulunya mempunyai kedudukan, darjat dan pangkat juga akan menjadi rendah serta hina kerana ia bukan lagi menjadi keutamaan pada ketika itu. Orang jahat datang dengan keadaan tunduk kepalanya dan penuh ketakutan, malah syaitan juga dibawa dalam keadaan sama di Padang Mahsyar nanti.


يَوْمَ يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمْ إِلَىٰ نُصُبٍ يُوفِضُونَ. خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۚ ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ


Maksudnya:"(Iaitu) pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala (sewaktu di dunia), dalam keadaan mereka menekurkan pandangannya (serta) diliputi kehinaan. Itulah hari yang dahulunya diancamkan kepada mereka. Maarij ayat 43-44.


فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَاطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا


Maksudnya:"Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami datangkan mereka ke sekeliling Jahannam dengan berlutut". Maryam 68.


اِذَا السَّمَآءُ انْفَطَرَتۡۙ‏﴿1﴾وَاِذَا الۡكَوَاكِبُ انْتَثَرَتۡۙ‏﴿2﴾وَاِذَا الۡبِحَارُ فُجِّرَتۡۙ‏ ﴿3﴾وَاِذَا الۡقُبُوۡرُ بُعۡثِرَتۡۙ‏﴿4﴾عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَاَخَّرَتۡؕ‏ ﴿5﴾ يٰۤاَيُّهَا الۡاِنۡسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الۡكَرِيۡمِۙ‏ ﴿6﴾الَّذِىۡ خَلَقَكَ فَسَوّٰٮكَ فَعَدَلَـكَۙ‏﴿7﴾فِىۡۤ اَىِّ صُوۡرَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَؕ‏ ﴿8﴾ كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُوۡنَ بِالدِّيۡنِۙ‏﴿9﴾وَاِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحٰـفِظِيۡنَۙ‏ ﴿10﴾ كِرَامًا كَاتِبِيۡنَۙ‏ ﴿11﴾يَعۡلَمُوۡنَ مَا تَفۡعَلُوۡنَ‏﴿12﴾اِنَّ الۡاَبۡرَارَ لَفِىۡ نَعِيۡمٍۚ‏ ﴿13﴾وَاِنَّ الۡفُجَّارَ لَفِىۡ جَحِيۡمٍ ۚۖ‏ ﴿14﴾ يَّصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ الدِّيۡنِ‏﴿15﴾ وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِيۡنَؕ‏﴿16﴾وَمَاۤ اَدۡرٰٮكَ مَا يَوۡمُ الدِّيۡنِۙ‏﴿17﴾ ثُمَّ مَاۤ اَدۡرٰٮكَ مَا يَوۡمُ الدِّيۡنِؕ‏﴿18﴾يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ لِّنَفۡسٍ شَيۡـئًا​ ؕ وَالۡاَمۡرُ يَوۡمَـئِذٍ لِّلَّهِ‏ ﴿19﴾


Maksudnya:"Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan menjadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka. Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan. Dan mereka sekali-kali tidak dapat keluar dari neraka itu. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (Iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah. Al- Infitar ayat 1-19.


Bintang di langit jatuh bertaburan, cahaya matahari dan bulan menjadi pudar seketika, suasana menjadi mendung serta gelap. Kemudian langit akan terbelah dan bunyinya didengari semua makhluk di Padang Mahsyar serta menyebabkan manusia di dalam keadaan kebingungan dan ketakutan. Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاءُ بِالْغَمَامِ وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنْزِيلًا. الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ لِلرَّحْمَٰنِ ۚ وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا. وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا


Maksudnya:"Dan (ingatlah) hari (ketika) langit pecah belah mengeluarkan kabut putih dan diturunkanlah malaikat bergelombang-gelombang.Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir.Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul". Al-Furqan Ayat 25-27.


يَوْمَ تَكُونُ السَّمَاءُ كَالْمُهْلِ. وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ


Malsudnya:"Pada hari ketika langit menjadi seperti tembaga cair, dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan)", Maarij ayat 8-9.


يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ ۚ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ ۚ وَعْدًا عَلَيْنَا ۚ إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ


Maksudnya:"(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya. Al-Anbiya Ayat 104.


Menurut tafsir Ibnu katsir, Allah Subhanahuwata’ala berfirman, inilah kejadian hari Kiamat: يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ (“Iaitu pada hari Kami gulung langit seperti menggulung lembaran-lembaran kertas,”) Al-Bukhari berkata dari Ibnu `Umar, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: 


“قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا مُقَدم بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنِي عَمِّي الْقَاسِمُ بْنُ يَحْيَى، عَنْ عُبَيد اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "إِنَّ اللَّهَ يَقْبِضُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الأرضَين، وَتَكُونُ السموات بِيَمِينِهِ"

Maksudnya:"Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muqaddam ibnu Muhammad, telah menceritakan kepadaku pakcikku Al-Qasim ibnu Yahya, dari Ubaidillah, dari Nafi', dari Ibnu Umar, dari Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam. yang telah bersabda: Sesungguhnya Allah kelak di hari kiamat menggulung bumi, dan begitu pula langit dengan tangan kanan-Nya..” Lafazh ini hanya diriwayatkan oleh al-Bukhari.


Juga sabda Rasululllah Sallahu'alaihiwasallam, 


حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ النُّعْمَانِ شَيْخٌ مِنْ النَّخَعِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ خَطَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ إِلَى اللَّهِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا { كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ } ثُمَّ إِنَّ أَوَّلَ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ أَلَا إِنَّهُ يُجَاءُ بِرِجَالٍ مِنْ أُمَّتِي فَيُؤْخَذُ بِهِمْ ذَاتَ الشِّمَالِ فَأَقُولُ يَا رَبِّ أَصْحَابِي فَيُقَالُ لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ كَمَا قَالَ الْعَبْدُ الصَّالِحُ { وَكُنْتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَا دُمْتُ فِيهِمْ إِلَى قَوْلِهِ شَهِيدٌ } فَيُقَالُ إِنَّ هَؤُلَاءِ لَمْ يَزَالُوا مُرْتَدِّينَ عَلَى أَعْقَابِهِمْ مُنْذُ فَارَقْتَهُمْ


Maksudnya:Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Al Mughirah bin An Nu'man -salah seorang syaikh dari Nakha.- dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam berkhutbah seraya bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian dikumpulkan menuju Allah dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan masih berkulup (belum dikhitan),maksudnya: 'Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti kami tepati; Sesungguhnya Kami-lah yang akan melaksanakannya.' (Al Anbiyaa`: 104) kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya orang pertama yang diberi pakaian pada hari kiamat adalah Ibrahim 'Alaihis Salaam. Ketahuilah, sesungguhnya beberapa orang dari ummatku akan didatangkan lalu mereka diambil ke golongan kiri. Maka aku berkata: 'Wahai Rabb, itu sahabatku.' Dikatakan: 'Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang mereka buat-buat sepeninggalmu.' Lalu aku mengucapkan seperti perkataan seorang hamba saleh: 'Aku menjadi saksi atas mereka selagi aku bersama mereka namun tatkala Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka dan Engkau Maha menyaksikan terhadap segala sesuatu. Jika Engkau siksa mereka maka sesungguhnya mereka adalah hambaMu.' (Al Maa`idah: 117-118) lalu dijawab: Mereka senantiasa kembali ke belakang (murtad) sejak kau tinggalkan mereka". Riwayat Bukhari (4371)


Pada hari itu juga malaikat berdiri bersaf-saf, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 


يَوْمَ يَقُومُ الرُّوحُ وَالْمَلَائِكَةُ صَفًّا ۖ لَا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا


Maksudnya:"Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar. An- Naba ayat 38


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Dan firman Allah: يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ صَفًّا لَّا يَتَكَلَّمُونَ (“Pada hari itu ketika ruh dan para Malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata".

Ahli tafsir berbeza pendapat mengenai apa yang dimaksud dengan الرّوحُ di sini. Sebahagian Ulama’ tafsir seperti asy-Sya’bi, Sa’id bin Jubair, dan adl-Dlahhak berpendapat Ruh itu adalah Malaikat Jibril عليه السلام.. Pendapat ini didasarkan kepada firman Allah: 


نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ. عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ


Maksudnya:"Dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan. 

(asy-Syu’araa’ ayat 193-194). Muqatil bin Hayyan mengungkapkan: “Ar-Ruh yang dimaksud adalah malaikat yang paling mulia dan yang paling dekat dengan Allah sekaligus pengantar wahyu.”


Kenapa disebutkan tentang Malaikat Jibril عليه السلام. sedangkan sudah disebut tentang malaikat-malaikat? Ini kerana sebagai penghormatan kepada Jibril عليه السلام kerana kedudukannya. Jibril عليه السلام disebut secara khusus sebagai menghormatinya kerana kedudukannya yang tinggi di kalangan para malaikat.


Di Mahsyar nanti, para malaikat yang dekat dengan Allah Subhanahuwata'ala pun dalam keadaan tegak berdiri berdaf-saf, mereka tunduk menunggu apa yang Allah Subhanahuwata'ala akan katakan dan beri arahan kepada mereka. Para malaikat pun berdiri bersaf-saf, apatah lagi manusia? Manusia juga akan berdiri bersaf-saf menunggu dalam ketakutan.


لا يَتَكَلَّمونَ إِلّا مَن أَذِنَ لَهُ الرَّحمٰنُ


Maksudnya:"Mereka tidak ada yang berani berkata-kata melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, 


Para malaikat عليهم السلام itu tidak berani untuk bercakap di hadapan Allah Subhanahuwata'ala kerana dalam ketakutan. Kenapa disebut tentang perkara ini? Ini adalah kerana puak Musyrikin Mekah itu selalu menyembah para malaikat . Selain dari menyembah malaikat, mereka juga menyeru kepada para malaikat عليهم السلام itu dan meminta syafaat dari malaikat.


وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ يَقُولُ لِلْمَلَائِكَةِ أَهَٰؤُلَاءِ إِيَّاكُمْ كَانُوا يَعْبُدُونَ. قَالُوا سُبْحَانَكَ أَنْتَ وَلِيُّنَا مِنْ دُونِهِمْ ۖ بَلْ كَانُوا يَعْبُدُونَ الْجِنَّ ۖ أَكْثَرُهُمْ بِهِمْ مُؤْمِنُونَ


Maksudnya:"Dan (ingatlah) hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka semuanya kemudian Allah berfirman kepada malaikat: "Apakah mereka ini dahulu menyembah kamu?".Malaikat-malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami, bukan mereka; bahkan mereka telah menyembah jin; kebanyakan mereka beriman kepada jin itu". Saba ayat 41-42


Ini adalah salah satu dari kesyirikan yang mereka lakukan. Ini kerana mereka berkata malaikat itu adalah anak-anak perempuan Allah Subhanahuwata'ala dan mereka beranggapan jikalau mereka sembah dan puja malaikat, sudah tentu  malaikat itu akan tolong pinta kepada Allah Subhanahuwata'ala agar menyelamatkan mereka yang selalu menyembahnya. Maknanya, Musyrikin Mekah itu berharap para malaikat عليهم السلام itu akan beri syafaat kepada mereka.


وَجَعَلُوا الْمَلَائِكَةَ الَّذِينَ هُمْ عِبَادُ الرَّحْمَٰنِ إِنَاثًا ۚ أَشَهِدُوا خَلْقَهُمْ ۚ سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ


Maksudnya:"Dan mereka menjadikan malaikat-malaikat yang mereka itu adalah hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah sebagai orang-orang perempuan. Apakah mereka menyaksikan penciptaan malaika-malaikat itu? Kelak akan dituliskan persaksian mereka dan mereka akan dimintai pertanggung-jawaban". Az-Zukhruf Ayat 19


Justeru itu,  Allah Subhanahuwata'ala memusnahkan harapan Musyrikin Mekah itu dengan mengatakan yang para malaikat عليهم السلام pun tidak berani berkata apa-apa di Mahsyar nanti. Lalu bagaimana hendak menjadikan malaikat sebagai wakil kepada kaum Musyrikin itu,  jika hendak bercakap pun mereka tidak berani?


Melainkan yang berani berkata-kata adalah mereka yang diberi izin terlebih dahulu oleh Allah Subhanahuwata'ala untuk berkata.




Sunday, November 1, 2020

Mahsyar: Berdiri menunggu

Mahsyar: Berdiri menunggu

Diantara perkara besar yang akan terjadi pada hari kiamat ialah berkumpulnya seluruh makhluk di padang Mahsyar dengan keadaan berdiri untuk menunggu diputuskan perkara yang dulu Yang pernah terjadi diantara mereka, dengan waktu begitu lama dan dalam keadaan yang mencegkam. Allah Subhanahuwata’ala mensifati hari tersebut dengan hari berkumpulnya manusia, seperti yang ada dalam firman-Nya:


وَنُفِخَ فِى الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَمَن فِى الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَآءَ اللَّهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرٰى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنظُرُونَ


Maksudnya:"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing/untuk di hisab). Az-Zumar ayat 68.


أَلَا يَظُنُّ أُولَٰئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ. لِيَوْمٍ عَظِيمٍ. يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan,pada suatu hari yang besar,(iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?". Al-Tatfif ayat 4-6


يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ 


Maksudnya:“(Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam”.  Al-Muthafifin ayat 6.


Al-Hafiz Ibnu Katsir menerangkan keadaan berdirinya mereka pada waktu itu: “Mereka berdiri dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang, dan tidak berkhitan, pada tempat yang sulit, cemas, serta sempit bagi pendosa, seluruhnya meliputi mereka dengan perintah Allah, dan semuanya tidak mampu menolaknya, baik yang kuat mahupun yang lemah.Tafsir Ibnu Katsir 14/281.


Disebutkan di dalam sebuah riwayat daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi Muhammad Salallahu‘alaihiwasallam dalam tafsir firman Allah:


يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

 

Maksudnya:"“(Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam”. Al-Muthafifin ayat 6)


Beliau mengatakan:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «يَقُومُ أَحَدُهُمْ فِى رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ» [أخرجه البخاري و مسلم


Maksudnya:"Salah seorang diantara mereka berdiri dengan peluhnya yang sampai separuh telinganya“. Riwayat Bukhari (6531). Muslim (2862).


Dalam hadith lain, masih riwayat Bukhari dan Muslim dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulallah Salallahu‘alaihiwasallam pernah bersabda:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «يَعْرَقُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يَذْهَبَ عَرَقُهُمْ فِي الْأَرْضِ سَبْعِينَ ذِرَاعًا وَيُلْجِمُهُمْ حَتَّى يَبْلُغَ آذَانَهُمْ» [أخرجه البخاري و مسلم


Maksudnya:"Kelak pada hari kiamat manusia akan berpeluh sampai kiranya kalau dikumpulkan dimuka bumi, peluhnya sampai tujuh puluh hasta. Dan menenggelamkan mereka sampai ke telinganya“. Riwayat Bukhari (6532). Muslim  (2863).


Adapun peluh masing-masing orang itu adalah sesuai dengan tingkatan amal mereka ketika didunia. Berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dari hadithnya Miqdad bin al-Aswad radhiyallahu ‘anhu, dia menceritakan: “Aku pernah mendengar secara langsung dari Rasulallah Salallahu‘alaihiwasallam bersabda:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ ». قَالَ سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ فَوَاللَّهِ مَا أَدْرِى مَا يَعْنِى بِالْمِيلِ أَمَسَافَةَ الأَرْضِ أَمِ الْمِيلَ الَّذِى تُكْتَحَلُ بِهِ الْعَيْنُ. قَالَ « فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِى الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا ». قَالَ وَأَشَارَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِيَدِهِ إِلَى فِيهِ » [أخرجه البخاري و مسلم


Maksudnya:"Matahari akan didekatkan kelak pada hari kiamat kepada makhluk sampai ada diantara mereka yang seukuran satu mil”. Berkata Sulaim bin Amir -salah seorang rawi hadith ini-: “Demi Allah, aku tidak tahu satu mil yang dimaksud, apakah ukuran yang ada didunia, atau mil sejauh mata memandang”.


Dalam lanjutan hadith, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda: Maksudnya:“Dan manusia pada saat itu sesuai dengan kadar amalannya dalam berpeluh. Diantara mereka ada yang sampai (menutupi) mata kaki, ada yang peluhnya sampai kebetis, dan ada diantara mereka yang peluhnya sampai menutupi leher, dan ada yang tenggelam oleh peluhnya sendiri”. Kata salah seorang rawinya: ‘Dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya ke arah mulut’. Riwayat Muslim (2863).


Ibnu Abi Jamrah menjelaskan: ‘Diantara mereka yang paling banyak peluhnya ialah orang-orang kafir lalu setelahnya para pelaku dosa besar dan yang berada dibawahnya. Adapun orang muslim maka mereka jumlahnya sedikit dibanding dengan orang kafir”. Fathul Bari 11/394-395.


Adapun berkenaan syarah hadith diatas al-Hafidh Ibnu Hajar menjelaskan: ‘Bagi siapa yang memperhatikan keadaan yang disebutkan dalam hadith tadi maka dirinya mengetahui betapa besar keadaan yang akan terjadi pada hari kiamat. Sebab api neraka akan menyelimuti negeri mauqif. Matahari akan didekatkan diatas kepala-kepala mereka sejauh satu mil. Lantas bagaimana panasnya keadaan tempat tersebut. ditambah dengan hadith yang menjelaskan keadaan masing-masing orang akan berpeluh sampai ada yang peluhnya sampai tujuh puluh hasta, bersamaan dengan itu dirinya tidak menjumpai tempatnya melainkan hanya sebatas tempat berdirinya. Oleh itu,  bagaimana dengan keadaan mereka bersama peluhnya yang berbeza-beza keadaannya. Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang keluar dari akal fikiran, dan menunjukkan betapa agungnya keadaan pada saat itu, yang mengandungi keimanan kepada hari akhirat. Sedangkan akal tidak mampu untuk menimbang dalam menghukuminya, baik dengan menggunakannya pada jalan perumpamaan, diimiginasikan atau diandaikan dengan kejadian yang biasa dia lihat.


Namun, hal itu hanya perlu satu kata iaitu ‘menerima’ kerana ianya masuk dalam ruang lingkup keimanan dengan perkara ghaib, dan bagi siapa yang tawaquf (abstain) dalam masalah ini maka hal itu menunjukkan tentang kerugian serta diharamkan ilmu baginya. Kerana salah satu faidah dari hadith seperti ini ialah supaya orang yang mendengarnya untuk berhati-hati lalu mengambil sebab yang boleh menyelamatkan dirinya dari keadaan tersebut. Bersegera untuk bertaubat dari dosa, dan kembali kepada Zat Yang Maha Pemurah didalam pertolongan-Nya sebagai sebab yang boleh menyelamatkan, merendah kepada-Nya agar selamat dari negeri kesulitan dan dimasukkan kedalam negeri kemulian dengan sebab kurnia dan anugerah -Nya”. Fathul Bari 11/394-495.


Dan berdiri dalam keadaan seperti ini yang sangat mencekam serta susah bagi manusia, hal ini ditambah lagi dengan keadaan waktu yang sangat lama iaitu selama lima puluh ribu tahun.


Diriwayatkan oleh Thabarani dalam Mu’jamul Kabir sebuah hadith dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: ‘Rasulallah Salallahu‘alaihiwasallam pernah bersabda:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «يجمع الله الأولين والآخرين لميقات يوم معلوم قياما أربعين سنة شاخصة أبصارهم إلى السماء ينتظرون فصل القضاء» [أخرجه الطبراني]


Maksudnya:“Allah akan mengumpulkan dari makhluk pertama hingga terakhir pada hari yang telah ditentukan, mereka berdiri selama empat puluh tahun seraya pandangannya tegak melihat ke langit menunggu Allah untuk memutuskan perkara..”. Riwayat ath-Thabarani 9/357 (9763). 


Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam


يَجْمَعُ اللهُ الأَوَّلِينَ والآخِرِينَ لمِيقاتِ يومٍ معلومٍ، قِيامًا أربعين سَنَةً، شاخِصَةً أبصارُهُم، يَنتَظرون فصْلَ القضاءِ… إلى الأخير الحديث.


Maksudnya:", “Allah akan mengumpulkan dari makhluk pertama hingga terakhir pada hari yang telah ditentukan, mereka berdiri selama empat puluh tahun seraya pandangannya tegak melihat ke langit menunggu Allah untuk memutuskan perkara …” Riwayat Abu Dunya 31, At-Thabarani 9/417, 9763, Darqutni 163.


Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan: “Didalam sebuah hadith dijelaskan bahawa mereka kelak akan berdiri selama tujuh puluh tahun dalam keadaan tidak berbicara sedikitpun. Ada yang mengatakan mereka berdiri selama tiga ratus tahun. Ada lagi yang mengatakan mereka berdiri selama empat ribu tahun, setelah itu baru diputuskan perkara mereka seukuran sepuluh ribu tahun. Allah Subhanahuwata’ala menjelaskan akan hal itu melalui firman-Nya:.


يَوْمَ يَقُومُ الرُّوحُ وَالْمَلَائِكَةُ صَفًّا ۖ لَا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا. ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّ ۖ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا


Maksudnya:"Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar.Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. An-Naba’ ayat 38-39


Dalam hadith lain juga dijelaskan durasi atau jangkamasa zaman pada waktu itu, disebutkan oleh Imam Muslim dari hadithnya Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Rasulallah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلاَ فِضَّةٍ لاَ يُؤَدِّى مِنْهَا حَقَّهَا إِلاَّ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحَ مِنْ نَارٍ فَأُحْمِىَ عَلَيْهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ كُلَّمَا بَرَدَتْ أُعِيدَتْ لَهُ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيُرَى سَبِيلُهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ» [أخرجه مسلم


Maksudnya:“Tidaklah seorang yang mempunyai emas dan perak lalu tidak menunaikan hak keduanya, melainkan kelak pada hari kiamat akan diberikan padanya lempengan logam dari api neraka, lantas dicelupkan kedalam neraka Jahanam, selanjutnya digosokkan pada tulang rusuk, kening serta punggungnya, dan tiap kali menjadi dingin maka dicelupkan lagi, pada hari yang sama dengan lima puluh ribu tahun, (itu terjadi) hingga diputuskan perkara hamba, maka dirinya sudah melihat jalannya, apakah ke syurga atau ke neraka“. Riwayat Muslim (987)


Sedangkan kadar hari dunia berbanding hari akhirat telah disebut oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firman-Nya,


 فِي يَوۡمٖ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٖ


Maksudnya:"Dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun”. Al-Ma’aarij ayat 4.


Ibnu Abi Hatim membawakan sebuah hadith yang sanadnya sampai pada Ibnu Abbas, tentang makna firman Allah ta’ala:


فِي يَوۡمٖ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٖ


Maksudnya:"Dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun”. Al-Ma’aarij ayat 4.


Beliau mengatakan: ‘Iaitu pada hari kiamat”. Sanadnya Sahih sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafidz Ibnu Katsir dalam tafsirnya 14/127.


Disebutkan dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Ibnu Hibban didalam sahihnya dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi Salallahu‘alaihiwasallam pernah bersabda:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «يقوم الناس لرب العالمين مِقْدَارَ نِصْفِ يَوْمٍ من خمسين ألفسنة يَهُونُ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِ كَتَدَلِّي الشَّمْسِ لِلْغُرُوْبِ إِلَى أَنْ تَغْرُبَ» [أخرجه ابن حبان]


Maksudnya:"“Manusia kelak pada hari kiamat akan berdiri yang ukuran setengah harinya sama dengan lima puluh ribu tahun. (Hal itu) akan dimudahkan bagi orang-orang beriman, (bagi mereka waktu) tak ubahnya seperti matahari yang akan tenggelam sampai benar-benar tenggelam”. Riwayat Ibnu Hibban (7289). 


Meskipun rentang waktu tersebut lama, namun terasa sebentar bagi kaum Mukminin, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam dalam sabdanya :


(يَوْمَ يَقُوْمُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِيْنَ) (المطففين 6 ) مِقْدَارَ نِصْفِ يَوْمٍ مِنْ خَمْسِيْنَ أَلْفِ سَنَةٍ فَيَهُوْنُ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِ كَتَدَلِّي الشَّمْسِ لِلْغُرُوْبِ إِلَى أَنْ تَغْرُبَ رواه أبو يعلى بإسناد صحيح وابن حبان في صحيحه 


Maksudnya:"Tentang firman Allah "(Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Rabb semesta alam" al Muthaffifin ayat 6- seukuran setengah hari dari lima puluh ribu tahun. Yang demikian itu (sangatlah) mudah (ringan) bagi orang mukmin, seperti matahari menjelang terbit sampai terbit. Riwayat Abu Ya'la dengan sanad sahih, dan Ibnu Hibaan dalam Sahihnya. Lihat Shahih at Targhib wat-Tarhib, hadith no.3589].


Adalah Nabi Muhammad Salallahu‘alaihiwasallam berlindung kepada Allah Shubhanahuwata’alla dari sempit serta susahnya pada hari tersebut. sebagaimana yang tertera dalam hadith, sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dari hadith Rabi’ah al-Jarasy radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan:


«سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ وَبِمَ كَانَ يَسْتَفْتِحُ قَالَتْ كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا وَيُسَبِّحُ عَشْرًا وَيُهَلِّلُ عَشْرًا وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا وَيَقُولُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي عَشْرًا وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ عَشْرًا» [أخرجه أحمد


Maksudnya:“Aku pernah bertanya kepada Aisyah: ‘Do’a Apakah yang biasa Rasulallah panjatkan pada saat solat malam? Dan dengan bacaan seperti apa biasa beliau membuka do’anya? Maka Aisyah menjawab: “Adalah beliau biasa mengucapkan takbir (الله اكبر) sepuluh kali, tasbih ( سُـبْـحَـانَ ٱلله) sepuluh kali, tahlil(

لا إله إلا الله) sepuluh kali, istighfar(أستغفر الله) sepuluh kali. Kemudian beliau berdo’a: “

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي

"Ya Allah ampunilah diriku, berilah aku petunjuk dan rezki”. Sebanyak sepuluh kali, lalu ditutup dengan do’a: 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada–Mu dari sempitnya pada hari pembalasan”. Sebanyak sepuluh kali”. Riwayat Ahmad 42/37-38 no: 25102.

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...