Saturday, November 11, 2023

Bahaya khalwat

Bahaya khalwat

Khalwat yang diharamkan dari sudut syarak ialah: Seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang ajnabi jauh dari pandangan mata manusia.


Hukum berdua-duaan seperti ini adalah diharamkan berdasarkan sebuah hadith:

 

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ ‏


Maksudnya:" Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya". Riwayat Muslim (3112)

 

Kata al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini: Apabila bersendirian seorang lelaki ajnabi dan seorang perempuan ajnabiah tanpa adanya orang ketiga bersama keduanya maka ia (berdua-duaan) adalah haram dengan kesepakatan para Ulama. Lihat Syarah Sahih Muslim (9/109)  


Setelah kita ketahui hukum perbuatan ini, maka fahamlah kita bahawa ia termasuk dalam perbuatan maksiat.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


لا يخلون أحدكم بامرأة فإن الشيطان ثالثهما


Maksudnya:“Janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan seorang wanita karena sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua". Riwayat Ahmad 1/18, Ibnu Hibban [lihat Sahih Ibnu Hibban 1/436], At-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Awshoth 2/184, dan Al-Baihaqi dalam sunannya 7/91. 


ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يخلون بامرأة ليس معها ذو محرم منها فإن ثالثهما الشيطان


Maksudnya:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita tersebut, kerana syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua". Riwayat Ahmad 3/339.


Al-Munawi berkata, “Iaitu syaitan menjadi penengah (orang ketiga) diantara keduanya dengan membisikan mereka (untuk melakukan kemaksiatan) dan menjadikan syahwat mereka berdua bergejolak dan menghilangkan rasa malu dan rasa segan dari keduanya serta menghiasi kemaksiatan hingga nampak indah dihadapan mereka berdua, sehingga akhirnya syaitanpun menyatukan mereka berdua dalam kenistaan (iaitu berzina) atau (minimal) menjatuhkan mereka pada perkara-perkara yang lebih ringan dari zina iaitu perkara-perkara pembukaan dari zina yang hampir-hampir menjatuhkan mereka kepada perzinaan.” (Faidhul Qodir 3/78).


As-Syaukani berkata, “Sebabnya adalah lelaki senang kepada wanita kerana demikanlah ia telah diciptakan memiliki kecondongan kepada wanita, demikian juga kerana sifat yang telah dimilikinya berupa syahwat untuk menikah. Demikian juga wanita senang kepada lelaki kerana sifat-sifat alami dan naluri yang telah tertanam dalam dirinya. Oleh kerana itu syaitan menemukan sarana untuk mengobarkan syahwat yang satu kepada yang lainnya maka terjadilah kemaksiatan". Lihat Nailul Autor 9/231.


Imam An-Nawawi berkata, “…Diharamkannya berkhalwat dengan seorang wanita ajnabiah dan dibolehkannya berkhalwatnya (seorang wanita) dengan mahamnya, dan dua perkara ini merupakan ijma’ (para ulama)". Lihat Al-Minhaj 14/153.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ


Maksudnya:"Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum lelaki daripada finah para wanita". Riwayat Bukhari (5096 dan Muslim (97,98 ).


Abdurrouf Al-Munawi mengomentari hadith ini, “Hal ini dikeranakan seorang wanita tidaklah menyuruh suaminya kecuali kepada perkara-perkara yang buruk, dan tidak memotivasinya kecuali untuk melakukan keburukan, dan bahaya wanita yang paling rendah adalah ia menjadikan suaminya cinta kepada dunia hingga akhirnya binasa dalam dunianya, dan kerosakan apa yang lebih parah dari hal ini, belum lagi wanita adalah sebab timbulnya mabuk asmara dan fitnah-fitnah yang lainnya yang sulit untuk dihitung".


Ibnu Abbas berkata,


لم يكفر من كفر ممن مضى إلا من قبل النساء وكفر من بقي من قبل النساء


Maksudnya:"Tidaklah kafir orang-orang terdahulu kecuali dikeranakan para wanita dan demikian juga dengan orang-orang yang di masa mendatang.”


Suatu masa para raja mengirimkan hadiah-hadiah kepada para ahli fikih maka mereka pun menerima hadiah tersebut, adapun Fudhail ia menolak hadiah tersebut. Isterinya pun berkata kepadanya, “Engkau menolak sepuluh ribu (dinar atau dirham) padahal kita tidak memiliki makanan untuk dimakan pada hari ini?”, Fudhail pun menjawab, “Perumpamaan antara aku dan engkau (wahai isteriku) sebagaimana suatu kaum yang memiliki seekor lembu yang mereka membajak dengan menggunakan lembu tersebut, tatkala lembu tersebut telah tua maka mereka pun menyembelihnya. Demikianlah aku, engkau ingin menyembelihku setelah aku mencapai usia senja, lebih baik engkau mati dalam keadaan lapar sebelum engkau menyembelih Fudhail". Lihat Al-Faidul Qodir 5/436


Sa’id bin Al-Musayyib berkata,


لقد بلغت ثمانين سنة وأنا أخوف ما أخاف على النساء


Maksudnya:"Aku telah mencapai usia delapan puluh tahun dan yang paling aku takutkan adalah para wanita". Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Musonnaf-nya 7/17.


Dari Imron bin Abdillah, Sa’id bin Al-Musayyib berkata,


ما خفت على نفسي شيئا مخافة النساء


Maksudnya:"Tidaklah aku takut pada sesuatu menimpa diriku sebagaimana ketakutanku kepada (fitnah) para wanita".


Para sahabat beliau berkata,


يا أبا محمد إن مثلك لا يريد النساء ولا تريده النساء قال هو ما أقول لكم


Maksudnya:“Wahai Abu Muhammad, orang yang sepertimu tidak menghendaki para wanita dan para wanita pun tidak menghendakinya!”.


Sa’id berkata, “Kenyataannya sebagaimana yang telah aku katakan kepada kalian".Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad dalam At-Tobaqoot Al-Kubro (5/136) 


Telah menyampaikan kepada kami ‘Imron bin ‘Abdillah,” ‘Ato’ berkata,


لو ائتمنت على بيت مال لكنت أمينا ولا آمن نفسي على أمة شوهاء


Maksudnya:"Jika aku diberi kepercayaan untuk menjaga baitul mal (tempat penyimpanan harta kaum muslimin) maka aku akan menjalankan amanah tersebut, namun aku tidak boleh menjamin diriku dari seorang budak wanita yang cantik".


Imam Ad-Dzahabi mengomentari perkataan ‘Ato ini,


صدق رحمه الله ففي الحديث ألا لايخلون رجل بامرأة فإن ثالثهما الشيطان


Maksudnya:"Sungguh benar perkataan ‘Ato’ -semoga Allah merahmati beliau- sebagaimana telah disebutkan dalam hadith, ‘Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kerana syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua". Lihat Siyar A’lam An-Nubala 5/87-88.


Benarlah perkataan Ahmad bin ‘Ashim Al-Anthoki (beliau meninggal tahun 239 H),


من كان بالله أعرف كان منه أخوف


Maksudnya:"Barangsiapa yang lebih mengenal Allah maka ia akan lebih takut kepada Allah". Lihat Al-Bidayah wan Nihayah 10/318, Bugyatut Tolab fi Tarikh Al-Halab 2/750.


Lihatlah para salaf seperti Sa’id bin Al-Musayyib yang tidak pernah dikumandangkan azan selama empat puluh tahun kecuali Sa’id telah berada di masjid. Lihat Tahdzibut Tahdzib 4/87), demikian juga ‘Ato yang Ibnu Juraij berkata tentangnya,


كان المسجد فراش عطاء عشرين سنة وكان من أحسن الناس صلاة


Maksudnya:"Masjid adalah tempat tidur ‘Ato’ selama dua puluh tahun, dan beliau adalah orang yang paling baik solatnya". Lihat Siyar A’lam An-Nubala 5/84, Tahdzibul Kamal 20/80, Tarikh Ibnu ‘Asakir 40/392, Hilyatul Auliya’ 3/310).


Dengan ibadah mereka yang luar biasa tersebut maka mereka lebih mengenali Rabb mereka sehingga mereka lebih takut kepada Allah, takut kalau diri mereka terjerumus ke dalam kemaksiatan. Tidak sebagaimana  dengan sebahagian kaum muslimin yang merasa percaya diri mereka boleh terselamatkan dari fitnah Ini.







No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...