Thursday, March 30, 2023

Sikap Muslim terhadap Ramadhan

Sikap Muslim terhadap Ramadhan

Sesungguhnya manusia terbahagi menjadi beberapa jenis, ada yang mencintai amal soleh dan menyibukkan diri dengannya siang dan malam. Dan ada juga yang membenci dan menjauhinya. Ramadhan adalah bulan maghfirah (keampunan), bulan dimana pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Ramadhan adalah lembah yang subur bagi orang Mukmin. 


Dalam menyambut Ramadhan, Muslim terbagi menjadi dua jenis, iaitu:


1. Jenis Pertama : Muslim yang merasa senang dengan kehadiran Ramadhan, kerana dia telah membiasakan diri untuk mengerjakan puasa dan menyiapkan dirinya untuk menanggung beban puasa. Maka, dia tidak merasa berat ketika berpuasa. Bahkan ia akan mencela dirinya jika meninggalkannya. Para salafus soleh sering berpuasa, sehingga meninggalkan makan, minum dan segala perkara yang membatalkan puasa sudah menjadi terbiasa. Barang siapa meninggalkan sesuatu kerana Allah Subhanahuwata'ala, maka Allah Subhanahuwata'ala akan memberikan ganti yang lebih baik darinya. Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ


Maksudnya:"(Kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu". Al-Haqqah ayat 24.


Berkaitan dengan masuknya seseorang itu ke dalam syurga, Allah Subhanahuwata'ala telah menjadikan amal sebagai sebabnya. Lihat Fathul Qadiir 5/340


Dalam ayat yang lain pula  Allah Lihat: Subhanahuwata'ala berfirman,


ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan".An-Nahl : 32


Maka sungguh beruntung orang yang banyak beramal soleh dalam kehidupannya di dunia.


Sebagaimana mereka membiasakan diri untuk berpuasa, mereka juga membiasakan qiyamul lail, yang merupakan penjagaan malam sebagaimana puasa juga merupakan penjagaan siang. Dalam qiyamul lail terdapat kesungguhan jiwa dan konsentrasi peribadatan sehingga boleh mengalahkan syaitan, serta khabar gembira berupa balasan syurga dan keselamatan dari neraka. Qiyamul lail adalah kemuliaan bagi seorang Mukmin dan syi‘ar orang-orang soleh. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ ، فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ ، وَهُوَ قُرْبَةٌ لَكُمْ إِلَى رَبِّكُمْ ، وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ ، وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ


Maksudnya:“Hendaknya kalian mengerjakan qiyamul lail (solat malam) kerana itu merupakan kebiasaan orang-orang sioeh sebelum kalian. Ia merupakan bentuk pendekatan diri kepada Rabb kalian, sebagai penghapus kesalahan dan mencegah perbuatan dosa”. Bukhari (5673)


Mereka menyambut Ramadhan dengan banyak berzikir kepada Allah Subhanahuwata'ala, membaca al-Qur‘ân dengan rutin, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, memberikan sedekah kepada orang-orang fakir dan yang memerlukan dan juga memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa. Kerana dengan memberi makan orang yang berpuasa, akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa. Mereka menyibukkan diri mereka dengan cara berzikir dan mengkhatamkan al-Qur‘ân. Sehingga mereka mendapatkan pahala yang sempurna pada akhir bulan, mendapatkan Lailatul Qadr dan mendapatkan kemenangan dengan pahala dari Allah Subhanahuwata'ala. Mereka berharap mendapatkan ampunan dari berbagai dosa.


Setelah keluar dari Ramadhan, keadaan mereka seperti ketika dilahirkan dari perut ibu mereka. Mereka mendapatkan pahala pada hari edul Fitri. Mereka menyelesaikan Ramadhan dalam keadaan mendapat ampunan. Dan mereka adalah orang-orang yang berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala selama berbulan-bulan agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan ; kerana mereka mengetahui keutamaan bulan itu. Ramadhan merupakan saat-saat kebaikan dan berlomba-lomba dalam mendekatkan diri.


2. Jenis Kedua : Muslim yang merasa berat dengan bulan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan itu menyusahkan. Mereka selalu menghitung jam, hari dan malamnya. Mereka menunggu kepergiannya tanpa kesabaran. Mereka merasa berat dengan Ramadhan kerana mereka pemuja dunia dan kehinaan. Perhatian mereka hanya terkait dengan perut saja. Mereka membenci semua amalan yang menghalangi tuntutan perut mereka. Mereka adalah orang yang meremehkan ketaatan, tidak membiasakan dengan ketaatan dan tidak pula menyukainya.


Yang kita saksikan sekarang adalah ramai orang-orang semacam ini. Apabila Ramadhan telah datang, mereka mulai menyiapkan diri dengan berbagai makanan dan minuman. Menghabiskan malam untuk bersembang-sembang, mengerjakan perbuatan dan permainan serta mengucapkan perkataan yang haram. Barang kali dosa mereka ketika bulan Ramadhan lebih banyak daripada di luar Ramadhan. Malaikat Jibril mendoakan mereka agar dijauhkan dari rahmat Allah Subhanahuwata'a kerana mereka tidak peduli dengan sebab-sebab keampunan yang banyak terdapat di bulan Ramadhan. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam pun mengaminkan doa Jibril Alaihissallam. Ini adalah doa yang pasti dikabulkan oleh Subhanahuwata'a.


Di antara bentuk rahmat Allah Subhanahuwata'a kepada para hamba-Nya adalah bahawa ibadah-ibadah itu bertujuan untuk memperbaiki seorang hamba, membuka pintu-pintu kebaikan, menutup pintu-pintu neraka baginya. Barang siapa yang tidak memperbaiki amalannya, maka amalannya terdapat kekurangan atau mungkin tidak diterima oleh Allah Subhanahuwata'a. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ


Maksudnya:"Berapa banyak orang yang berpuasa yang hanya mendapatkan rasa haus dan dahaga dalam puasanya, dan berapa banyak orang yang mengerjakan qiyamul lail hanya mendapatkan berjaga malam dan rasa lelah saja dalam bangunnya”. Ahmad 2/373 dengan sanad jayyid


Adakah kita melihat keadaan diri kita ketika menyambut Ramadhan membuat kita bahagia dan menggugah untuk ditiru? Adakah kita berlomba-lomba pada bulan itu dengan berbagai amal soleh? Adakah kita memenuhi seruan, “wahai pencari kebaikan kemarilah” dan “wahai pencari keburukan berhentilah?”. Adakah kita  menyambutnya dengan memperbanyak membaca al-Qur`an, berzikir, sedekah, solat dan amalan yang menguntungkan? 

Mudah-mudahan begitulah hendaknya.


Sebagai ingatan! bahawa Ramadhan adalah peluang besar untuk membaca al-Qur‘an, zikir, saling menasihati, solat malam dan istighfar. Ramadhan  juga sebagai kesempatan bagi jiwa untuk bersungguh-sungguh dalam mengekang hawa nafsu, mengenalkan jiwa kepada kewajipannya ; menampakkan hakikatnya serta menghantarkannya kepada Rabbnya, menjaganya dari syahwat dan membentenginya dari musuh serta berusaha mensucikan jiwa. Ramadhan juga bulan derma bagi pemilik harta untuk memberi kemudahan kepada orang yang kesulitan, menghilangkan beban orang yang terhimpit, bersikap dermawan kepada orang-orang fakir dan yang memerlukan. Barangsiapa menyambut Ramadhan dengan mencari pahala Allah Subhanahuwata'ala, maka dia akan beruntung.



No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...