Sunday, March 27, 2022

Riya' (Menunjuk-nunjuk)

Riya' (Menunjuk-nunjuk) 

Pekerti mazmumah ialah pekerti tercela menurut pandangan akal dan syariat Islam. Pekerti tercela dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah, ianya merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Sebarang sifat yang tergolong dalam kategori pekerti buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam. Antara sifat mazmumah adalah riya'. 


Secara bahasa, riya' adalah istilah yang berasal dari kata الرياءُ yang bermaksud memperlihatkan atau pamer atau menunjuk-nunjuk. Riya' adalah perbuatan memperlihatkan sesuatu, baik barang atau perbuatan baik dengan maksud agar dilihat orang lain dan mendapat pujian. 


Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din:


فحد الرياء هو إرادة العباد بطاعة الله

إحياء علوم الدين  -3 / 290


Maksudnya:  "Riya’ ialah melakukan ketaatan kepada Allah bertujuan untuk mendapat (sanjungan/kedudukan) daripada manusia".


Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari, beliau memberikan takrif riya’:


الرياء بكسر الراء وتخفيف التحتانية والمد وهو مشتق من الرؤية والمراد به إظهار العبادة لقصد رؤية الناس لها فيحمدوا صاحبها والسمعة بضم المهملة وسكون الميم مشتقة من سمع والمراد بها نحو ما في الرياء لكنها تتعلق بحاسة السمع والرياء بحاسة البصر

فتح الباري - ابن حجر - (11 / 336)


Maksud riya’ ialah menzahirkan ibadah bertujuan supaya manusia melihatnya lalu mereka memuji orang yang melakukan ibadah tersebut. Sum`ah pula ialah sama dengan riya’ tetapi ia berkaitan dengan pendengaran, manakala riya’ ia berkaitan dengan penglihatan.


Kata Saidina Ali r.a.: "Bagi orang yang riya’ itu ada tiga tanda. Malas jika berseorangan,  rajin jika bersama orang ramai, dan bertambah amalannya jika dipuji dan berkurangan amalannya jika dikeji".      


Dari takrif riya’ yang telah dipaparkan di atas ternyata bahawa riya’ itu ialah seseorang itu menunjukkan kepada manusia sesuatu ibadah yang dilakukannya supaya mereka memujinya. Perbezaan di antara riya’ dan sum`ah ialah riya’ itu  pada perbuatan, manakala sum`ah itu pada pendengaran. Sebagai contoh: Jika seorang itu mengerjakan sembahyang maka riya’ itu boleh berlaku dalam perbuatan-perbuatan sembahyang, seperti berdiri, rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain. Manakala sum`ah pula boleh berlaku pada bacaan-bacaan yang dibaca dalam sembahyang, seperti membaca fatihah, surah dan lain-lain bacaan.


Dapat difahami bahawa Riya' adalah suatu sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Sukakan perbuatan baiknya dilihat oleh orang lain. Orang yang mempunyai sifat riya' ini, dia suka bila orang lain nampak perbuatan baiknya itu dan orang memuji akan kebaikan yang dilakukannya itu. Padahal tujuan utama dari beramal atau beribadah mesti dilakukan demi mencari ridha Allah Subhanahuwata'ala. 


Sifat riya' adalah sifat yang buruk Dan tercela. Bahkan sesiapa dari kalangan Muslim yang ada sifat riya' ini maka amalannya akan tertolak sepenuhnya, walaupun dia melakukan kebaikan yang banyak dan kelihatan sempurna.


Contoh, seorang yang bersedekah atau memberi sumbangan yang cukup banyak kepada sesuatu pihak yang memerlukan, ditunjuknya pemberiannya itu kepada orang ramai dengan niat menunjukkan akan kebaikannya di sisi masyarakat, maka seluruh amalan sedekahnya itu tertolak, tidak diterima di sisi Allah sebagai kebaikan atau 'hasanah' (tiada ganjaran pahala). kerana dia telah riya' dalam amalannya itu.


Terdapat banyak nas-nas yang menegah  dari sifat riya’ dan sum`ah.                                                                      


Di antaranya firman Allah Subhanahuwata'ala, 


فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِين

 هُمْ يُرَاءُونَ (6) الماعون : 4 - 6


Malsudnya:"Maka, celakalah(nerakalah) bagi mereka yang solat, (yang sifat mereka) itu orang-orang yang lalai dari solatnya,, mereka yang riya’ (dalam solat)". Al-Ma'un 4-6


Mereka yang riya’ dalam solat,  ialah menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai akan solat yang mereka kerjakannya.    


إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali". Al-Nisa ayat 142


Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُقِيمَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يَؤُمُّ النَّاسَ ثُمَّ آخُذَ شُعَلًا مِنْ نَارٍ فَأُحَرِّقَ عَلَى مَنْ لَا يَخْرُجُ إِلَى الصَّلَاةِ بَعْدُ


Maksudnya:"Abu Hurairah berkata, "Nabi ﷺ bersabda, "Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang Munafik kecuali solat Subuh dan Isya'. Seandainya mereka mengetahui (kebaikan) yang ada pada keduanya tentulah mereka akan mendatanginya walau harus dengan merangkak. Sungguh, aku berkeinginan untuk memerintahkan seorang muazin sehingga solat ditegakkan dan aku perintahkan seseorang untuk memimpin orang-orang solat, lalu aku menyalakan api dan membakar (rumah-rumah) orang yang tidak keluar untuk solat berjamaah (tanpa alasan yang benar)". Bukhari(617)


Larangan riya' melalui firman Allah Subhanahuwata'ala, 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Maksudnya'"Wahaii orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya" kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". Al-Baqarah ayat 264


Dari nas di atas dapat difahami bahawa orang yang membelanjakan harta dengan menunjuk-nunjuk itu adalah sifat orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat,  dan dari nas al-Quran di atas juga menunjukkan riya’ itu membatalkan pahala sedekah.


Larangan riya' berdasarkan Hadith, 


عَنْ سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ جُنْدَبًا يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ أَسْمَعْ أَحَدًا يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيْرَهُ فَدَنَوْتُ مِنْهُ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ


Maksudnya:"Dari Salamah, ia mengatakan; Aku mendengar Jundab berkata, "Nabi ﷺ bersabda" -dan aku tak mendengar seorang pun mengatakan dengan redaksi 'Nabi ﷺ bersabda selain dia-, maka aku dekati dia, dan kudengar dia menuturkan, Nabi ﷺ bersabda; - "Barangsiapa yang memperdengarkan, maka Allah akan memperdengarkan tentangnya, dan barangsiapa yang memperlihatkan (riya’), maka Allah akan memperlihatkan tentangnya". Bukhari(6018)


Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab Fatah al-Bari telah membawakan pendapat ulama-ulama mengenai maksud nas di atas. Di antaranya:


Menurut al-Khattabi: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan tanpa ikhlas, bertujuan untuk dilihat oleh manusia dan diperdengarkan kepada mereka, maka orang itu dibalas di atas yang demikian itu dengan cara Allah memalukannya dan menzahirkan apa yang dia menyembunyikannya. Rujuk:Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fatah al-Bari. 


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


مَكْحُولًا يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو هِنْدٍ الدَّارِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَامَ مَقَامَ رِيَاءٍ وَسُمْعَةٍ رَايَا اللَّهُ تَعَالَى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَسَمَّعَ


Maksudnya:"Makhul berkata; Telah bercerita kepadaku Abu Hind Ad Daari bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa berdiri ditempat riya' dan sum'ah, Allah akan memperlihatkan dan menyiarkan aibnya pada hari kiamat". Ahmad (21290)


Ibn Hajar berkata: Hadith ini menunjukkan bahawa sunat/sebaik-baiknya  melakukan amal soleh secara sembunyi. Walaubagaimanapun kadang-kala sunat/sebaik-baiknya di zahirkan amalan itu, iaitu bagi orang yang menjadi ikutan, supaya orang rami mengikutnya. Ianya dilakukan mengikut keperluan.


Sebagaimana hadith berikut, 


قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو حَازِمِ بْنُ دِينَارٍ أَنَّ رِجَالًا أَتَوْا سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ وَقَدْ امْتَرَوْا فِي الْمِنْبَرِ مِمَّ عُودُهُ فَسَأَلُوهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْرِفُ مِمَّا هُوَ وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ أَوَّلَ يَوْمٍ وُضِعَ وَأَوَّلَ يَوْمٍ جَلَسَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فُلَانَةَ امْرَأَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ قَدْ سَمَّاهَا سَهْلٌ مُرِي غُلَامَكِ النَّجَّارَ أَنْ يَعْمَلَ لِي أَعْوَادًا أَجْلِسُ عَلَيْهِنَّ إِذَا كَلَّمْتُ النَّاسَ فَأَمَرَتْهُ فَعَمِلَهَا مِنْ طَرْفَاءِ الْغَابَةِ ثُمَّ جَاءَ بِهَا فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ بِهَا فَوُضِعَتْ هَا هُنَا ثُمَّ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى عَلَيْهَا وَكَبَّرَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ رَكَعَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ نَزَلَ الْقَهْقَرَى فَسَجَدَ فِي أَصْلِ الْمِنْبَرِ ثُمَّ عَادَ فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لِتَأْتَمُّوا وَلِتَعَلَّمُوا صَلَاتِي


Maksudnya:"……wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku berbuat seperti tadi agar kalian mengikuti dan agar kalian dapat mengambil pelajaran tentang tata cara solatku". Bukhari(866)


Dari nas-nas yang telah dinyatakan, maka jelaslah riya’ dan sum'ah adalah merupakan sifat buruk yang wajib dijauhi oleh setiap Muslim. 

Riya’ juga disebut sebagai شرك الأصغر (syirik kecil). Itu sebabnya riya adalah hal yang perlu dijauhi setiap manusia. Riya adalah perbuatan yang boleh muncul dalam bentuk niat dalam hati atau dalam sebuah perbuatan.

Orang yang melakukan sesuatu amalan ketaatan dengan riya’ atau sum`ah amalan itu ditolak, dan orang itu akan dihumbankan ke dalam neraka. Oleh itu kita wajib melakukan ketaatan kepada Allah sama ada melakukan yang diperintahkan atau meninggalkan yang dilarang, hanya semata-mata kerana Allah Subhanahuwata'ala sahaja selaras dengan firman-Nya, 


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ


Maksudnya:"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. Al-Bayyinah ayat 5.


Dan sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadith qudsi:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنْ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: 'Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan sekutu, barangsiapa melakukan suatu amalan dengan menyekutukan-Ku dengan selain-Ku, Aku meninggalkannya dan sekutunya". Muslim(5300)


Menurut Imam Imam al-Ghazali seperti yang disebut di dalam Ihya’ Ulum al-Din,  bahawa  riya' itu berlaku dengan lima keadaan, 


وتجمعه خمسة أقسام وهي مجامع ما يتزين به العبد للناس وهو البدن والزي والقول والعمل والأتباع والأشياء الخارجة

إحياء علوم الدين -(3 / 290


Bermaksud: Perkara yang diriya’kan itu adalah banyak boleh dihimpunkan kepada lima bahagian iaitu badan, pakaian, perkataan, amalan, dan ramai pengikut atau sebagainya.


Riya’ itu jika diperincikan maka terbahagi kepada beberapa kategori:

                                                                          

Pertama: 

Riya' yang paling buruk ialah riya’ pada keimanan. Ini adalah sifat orang munafiqin. (Kitab al-Zawajir oleh Ibn Hajar al-Haytami) 


Bermaksud menzahirkan keimanan dengan menyembunyikan kekufuran. Pada zahirnya sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi sebenarnya, hatinya tidak meyakini kebenaran apa yang dia lakukan. Pada anggapannya, itu semua hanya sia-sia belaka, dia melakukannya hanya untuk sanjungan masyarakat kepadanya sahaja. 

                                                                                                                                         

Kedua: 

Riya’ pada asas ibadat yang wajib, seperti seorang yang biasanya meninggalkan ibadah jika dia bersendirian, tetapi dia melakukan ibadah itu apabila dia berada di hadapan orang ramai, kerana takut di cela.                                        .                                                                                                                                           

Ketiga:

Riya’ dengan mengerjakan perkara-perkara sunat. Seperti seorang yang membiasakan mengerjakan sembahyang sunat ketika bersendirian, dengan keadaan malas dan tidak suka kepada pahalanya. Dia melakukannya, kerana takut mengurangkannya  atau tidak melakukannya ketika berada di hadapan orang ramai.    

                                                                                                                                   

Kempat:

Riya’ dengan cara melakukan sifat-sifat ibadat, seperti mengelokkannya, memanjangkan rukun-rukunnya, menzahirkan kekhusyukkan padanya dan mengerjakan  segala  perkara-perkara yang berbentuk kesampurnaan atau keutamaan, sedangkan ketika bersendirian hanya mengerjakan perkara-perkara yang wajib sahaja.  Ini semua dilarang kerana mengutamakan/mendahulukan makhluk dari khaliq. (Rujuk al-Zawajir oleh Ibn Hajar al-Haytami) 


Untuk mengubati penyakit riya' ini, ada dua peringkat:


Pertama, mencabut terus batang dan akar umbinya yang dari situ ia akan bercabang. 

Mencabut terus batang dan akar umbinya iaitu rasa suka kepada kedudukan/pangkat dan kemasyhuran (hub al-manzilah wa al-jah). Jika hendak diperjelaskan ia kembali kepada tiga asas iaitu merasai seronok dipuji, menjahui dari kepahitan dikeji dan amat mengharap kepada apa yang ada pada orang lain.


Kedua, menolak apa yang terlintas darinya ketika itu juga.                                                       

Rujuk:

إحياء علوم الدين،3 : 299-302

No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...