Tuesday, January 4, 2022

Suatu zaman yang manusia ketika itu tidak peduli lagi halal atau haram.

Suatu zaman yang manusia ketika itu tidak peduli lagi halal atau haram. 

Umat Islam perlu memastikan setiap perkara yang dilakukan seharian perlu berlandaskan syariat Islam dan memastikan hanya perkara yang halal sahaja dilaksanakan dan menjauhi segala yang diharamkan.


Namun begitu, menjelang hampir kiamat manusia tidak lagi mempedulikan hal ehwal halal dan haram sama ada dalam bentuk makanan atau minuman, harta yang diperoleh, kelakuan dan percakapan.


Hal ini adalah berdasarkan sabda Baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, daripada Abu Hurairah RA, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu dari Nabi ﷺ bersabda, "Sungguh pasti akan datang suatu zaman pada manusia yang ketika itu seseorang tidak peduli lagi tentang apa yang didapatnya apakah dari barang halal ataukah haram". Bukhari(1941)


Hadith di atas memberi isyarat bahawa pemahaman manusia berkaitan halal dan haram semakin lama semakin nipis sehingga setiap perkara yang telah nyata halal atau haram sewenang-wenangnya dilanggar dan diketepikan.


Situasi ini adalah merujuk kepada perilaku manusia di akhir zaman yang tidak memperdulikan soal halal dan haram, samada dari sekecil perkara hingga sebesar perkara. Baik dari soal urusan makan minum hingga kepada soal urusan harta benda. 


Sebagai contoh ketidak pekaan atau ketidak peduliaan umat di akhir zaman kepada soal halal dan haram dalam urusan makan minum, sehingga  ada yang mencuba sesuatu makanan yang ada unsur haram dalamnya. 

Sebagaimana yang telah diketahui umum, binatang yang telah diharamkan secara tetap dari sudut daging, kulit, darah dan semua berkaitan denganya adalah babi.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Al-Baqarah ayat 173.


Memakan makanan yang halal lagi baik adalah satu tuntutan di dalam Islam.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,  


وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ



Maksudnya:"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. (Surah al-Maidah, ayat 88)


Allah Subhanahuwata'ala  menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk, sebagaimana firman-Nya, 


الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Maksudnya:"(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung".  Al-A'raf ayat 157.


Oleh itu, tiada keringanan untuk menggunakan semua unsur berkaitan dengan babi walaupun ada kelebihan yang dinyatakan oleh pihak barat.


Keadaan manusia akhir zaman yang lebih mementingkan sumber kewangan, kekayaan semata-mata tanpa melihat pertimbangan yang sebaik mungkin berdasarkan agama dan moral. Terdapat jenis-jenis pekerjaan dan sumber pendapatan yang haram melibatkan ramai umat Islam yang terlibat antaranya arak.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan".  Al-Maidah ayat 90.


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ الْخَمْرَ وَثَمَنَهَا وَحَرَّمَ الْمَيْتَةَ وَثَمَنَهَا وَحَرَّمَ الْخِنْزِيرَ وَثَمَنَهُ


Maksudnya:"Dari Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamer dan uang penjualannya, mengharamkan bangkai serta uang hasil penjualannya, serta mengharamkan babi dan uang hasil penjualannya". Abu Daud(3024)


Ini dikuatkan lagi dengan hadith Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam melaknat 10 golongan dalam isu arak ini, 


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ


Maksudnya:"Dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah ﷺ melaknat sepuluh orang yang berkenaan dengan khamr; Orang yang memeras, yang meminta diperaskan, peminum, pembawanya, yang dibawakan untuknya, penuangnya, penjual, yang memakan hasilnya, pembelinya dan yang minta dibelikan". Tirmizi(1216)


Justeru Itu, seseorang Mukmin hendaklah dia bertakwa kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak.


Dalam keadaan yang getir, khususnya apabila melibatkan kekurangan wang dan sebagainya, terdapat mereka yang menjadikan maruah diri sebagai taruhan. Perkara ini sedar atau tidak telah berlaku dan turut dilaporkan dalam media arus perdana.


Pekerjaan tersebut adalah seperti pelacur, teman sosial (di kelab malam), penari, penyanyi dan pemain alat muzik di kelab malam (terdapat hidangan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan), bounzer (pengawal keselamatan untuk tempat maksiat), tukang urut untuk berlainan jenis (lelaki mengurut wanita atau wanita mengurut lelaki), menjadi model pakaian atau iklan yang mendedahkan aurat dan menjadi tontonan orang ramai dan mendapat habuan (wang ringgit atau projek) kerana merancang konspirasi bertujuan mengaibkan seseorang Muslim dengan memasang CCTV, membuat video atau mengambil gambar dan sebagainya.


Walaupun apa juga alasanya, sesungguhnya "Matlamat tidak menghalalkan cara"


الغاية لم تبرر الوسيلة


Pernyataan ini bertepatan dengan kaedah feqah yang masyhur iaitu:


الوسائل لها أحكام المقاصد


Maksudnya: Semua wasilah atau cara, baginya berdasarkan hukum yang hendak dicapai


Kaedah ini memberi maksud segala cara atau jalan mempunyai hukum-hukum yang dimaksudkan. Jika sekiranya maksud yang hendak dicapai adalah buruk dan jahat, maka sebarang bentuk cara dan wasilah adalah ditegah. Begitu juga hendaklah difahami sebarang bentuk maksud dan tujuan sekalipun baik tetapi tidak harus digunakan untuk mencapai ke arah itu kecuali dengan cara-cara harus.


Apa-apa yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram seumpamanya.Hal ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ


Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Al-Maidah ayat 2.


Jelas nyata keadaan manusia dalam memahami halal dan haram adalah bertambah buruk apabila rasuah berleluasa sehingga dalam sedar atau tidak seseorang itu telah melakukan rasuah. 


Pengharaman rasuah adalah jelas dalam disebut oleh al-Sunnah. Sebagaimana difahami dari Sabda Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam, 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي


Maksudnya:"Ibnu Abu Dzi`b dari pamannya Al Harits bin 'Abdurrahman dari Abu Salamah dari Abdullah bin Amru ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah melaknat penyuap dan penerima suap". Ibnu Majah (2304)


Pengharaman rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah Subhanahuwata'ala terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah(أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ).


سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ ۚ فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ ۖ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا ۖ وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ


Maksudnya:"Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil". Al-Ma'idah Ayat 42


Selain itu pengharaman riba' juga turut menjadi salah satu pekara yang semakin dilupai oleh ramai manusia. Daripada Jabir RA,  ia berkata, 


عَنْ جَابِرٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَكَاتِبَهُ


Maksudnya:"Dari Jabir berkata; Rasulullah ﷺ melaknat orang yang memakan riba, yang memberi makan dengan harta riba, dua saksinya dan penulisnya". Ahmad (13744)


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Al-Baqarah ayat 278


فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ


Maksudnya:"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Al-Baqarah ayat 279.


Halal dan haram sangat dititikberatkan oleh Islam demi menjaga kesucian jiwa. Jiwa yang suci berasal dari fizikal yang suci dan melahirkan seorang manusia yang boleh berfungsi dengan optimum sesuai dengan fitrah dan amanah yang sudah Allah tetapkan untuk kita.


No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...