Wednesday, November 3, 2021

Petanda dunia akhir zaman orang gemuk yang suka berkhianat.

Petanda dunia akhir zaman orang gemuk yang suka berkhianat.


Di dalam sebuah hadith, Baginda Sallallahu'alaihiwasallam ada menyebutkan tentang orang gemuk yang melakukan khianat petanda dunia akhir zaman,


عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ عِمْرَانُ لَا أَدْرِي أَذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدُ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلَا يُؤْتَمَنُونَ وَيَشْهَدُونَ وَلَا يُسْتَشْهَدُونَ وَيَنْذِرُونَ وَلَا يَفُونَ وَيَظْهَرُ فِيهِمْ السِّمَنُ


Maksudnya:"'Imran bin Hushain radhiallahu'anhuma berkata; Nabi ﷺ bersabda, "Sebaik-baik kalian adalah yang hidup pada zamanku (generasiku) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka (Tabi'in), kemudian orang-orang yang datang setelah mereka(Tabi'ut tabi'in)". 'Imran berkata, "Aku tidak tahu apakah Nabi ﷺ menyebutkan lagi setelah (generasi beliau) dua atau tiga generasi setelahnya". Nabi ﷺ bersabda, "Sesungguhnya setelah kalian akan ada kaum yang suka berkhianat (sehingga) mereka tidak dipercaya, mereka suka bersaksi padahal tidak diminta persaksian mereka, mereka juga suka memberi peringatan padahal tidak diminta berfatwa dan nampak dari ciri mereka orangnya berbadan gemuk-gemuk". Riwayat Bukhari (2457)


Di dalam hadith ini dinyatakan tiga zaman terbaik yang ada. Dikatakan selepas tiga zaman terbaik itu, maka akan muncullah orang-orang yang suka dengan kemewahan dan kenikmatan dunia sehinggakan mereka ini berlebih-lebihan dalam soal makan dan minum.


Hadith ini jelas menyatakan buruk perangai itu termasuk dalam suatu rancangan jahat dan suka melakukan kerosakan di muka bumi. Antara ciri mereka adalah berbadan gemuk dari segi zahir disamping memiliki sifat yang buruk.


Turut dinyatakan di dalam hadislth di atas bahawa mereka yang tidak dijadikan saksi adalah mereka yang tidak dipercayai dan berlaku khianat serta mereka tidak menunaikan janji. Inilah sifat-sifat yang dikeji. Dalam masa yang sama mereka juga berbadan gemuk.


Maka boleh disimpulkan bahawa golongan yang menguasai dunia akhir zaman yakni selepas tiga zaman terbaik, ia bukan semata-mata berbadan gemuk tetapi mereka juga mempunyai akhlak yang buruk.


Mereka yang disebutkan mungkin terdiri dari yang sentiasa ingin mendapatkan ganjaran dunia. Jadi mereka ini yang menikmati hasil usaha yang mereka rancang dan hidup dalam kemewah-mewahan.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ وَقَالَ اقْرَءُوا { فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا 


Riwayat:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu dari Rasulullah ﷺ bersabda, "Sungguh pada hari kiamat akan datang seseorang yang berbadan gemuk namun di sisi Allah timbangannya tidak dapat melebihi berat sayap seekor nyamuk. Bacalah ayat; …فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا Maksudnya; dan kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat, (Al-Kahfi: 105)". Bukhari(4360)


Turut disebut di dalam hadith yang diriwayarkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda "Kemudian datang kaum yang suka menggemukkan badan, mereka bersaksi sebelum diminta bersaksi":


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِي بُعِثْتُ فِيهِمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَقَالَ الثَّالِثَةَ أَمْ لَا ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ يُحِبُّونَ السَّمَانَةَ يَشْهَدُونَ قَبْلَ أَنْ يُسْتَشْهَدُوا


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Sebaik-baik umatku ialah orang-orang yang aku diutus ditengah-tengah mereka, kemudian generasi setelahnya, kemudian generasi setelahnya." Allahu a'lam, apakah beliau mengatakannya hingga tiga kali ataukah tidak?" "Kemudian setelah itu datang satu generasi yang suka menggemukkan badan, dan mereka akan memberi kesaksian sebelum mereka diminta untuk memberi kesaksian". Riwayat Ahmad(6826).


Jelas sekali bahawa hadith  ini juga membawa maksud yang sama dengan hadith pertama. Segala-galanya diceritakan tentang sifat orang yang gemuk. Dalam kebiasaannya, orang gemuk itu seringkali dikaitkan dengan beberapa tabiat yang negatif. 


Petanda dunia akhir zaman adalah mereka yang suka mengemukkan badan, adalah lazimnya difahami bahawa ekoran daripada saiz fizikal yang akan membataskan pergerakannya, orang gemuk ini sifatnya mungkin  susah,kurang aktif dan malas beramal ibadat sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk mempunyai sifat-sifat dan akhlak yang buruk. Selain dari itu pula,jika mereka turut dikaitkan dengan orang lalai, khianat, berpecah belah, membunuh mahupun bermusuh di sana sini.


Namun pun begitu kita tidak menolak keadaan bahawa masih ramai lagi orang-orang obesiti yang masih ada sifat murni di dalam diri mereka. Semuanya itu bergantung kepada hati nurani masing-masing.


Justeru itu, kita tidak boleh mengklasifikasikan orang gemuk sebagai petanda dunia akhir zaman. Jika mereka mempunyai akhlak yang baik, berusaha untuk beribadat walaupun termengah-mengah, malah tiada semua sifat-sifat yang menzalimi serta menganiaya orang, mereka yang gemuk ini tidak tergolong daripada orang disebut dalam hadith di atas. Maka mereka yang gemuk disebabkan oleh faktor genetik tidak termasuk dalam golongan yang dibenci oleh Allah.


Pokok pangkalnya di sini, orang berbadan kurus pun tetapi mengamalkan sikap-sikap yang negatif, membazir, malas beribadat, khianat, maka dia juga tergolong kepada mereka yang dibenci oleh Allah, tanpa pengecualian.

No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...