Sunday, November 7, 2021

Akhir zaman; Air, Qalam, Arasy dan Fitnah akhir zaman.

Akhir zaman; Air, Qalam, Arasy dan Fitnah akhir zaman.

Umur alam ini yang pastinya sudah cukup lama. Namun berapa lama usia kewujudannya, hanya Allah Subhanahuwata'ala yang mengetahuinya.


Kewujudan Allah Subhanahuwata'ala yang esa lagi Qadim dan lagi Baqa bagi kewujudan-Nya  menciptakan segala makhluk-Nya dan yang terawal dicipta adalah Arasy dan Al-Qalam.


Dalil naqli Allah itu Qadim(bersifat Qidam),


هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu". Al-Hadid ayat 3.


Dalil naqli Allah itu Baqa(bersifat Baqa),


كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ


Maksudnya:"Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Surah al-Rahman ayat 26-27.


Allah Subhanahuwata'ala itu adalah yang Maha Awal ertinya bahawa Allah tidak ada permulaan atau Qadim (bersifat Qidam) bagi wujud-Nya. Jadi wujud atau adanya Allah Ta'ala itu tidak pernah di dahului oleh ketiadaan sebelumnya. Sekiranya Allah itu tidak Qadim(bersifat Qidam) yakni sedia, nescaya adalah Allah itu baharu, dan jika Ia(Allah) itu baharu nescaya berkehendak kepada yang menjadikan atau membaharukan Dia, maka ianya mustahil.


Al-Baqa pula ertinya kekal,sentiasa ada, tiada Akhir. Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Jika tidak Wajib Allah bersifat Baqa nescaya ternafi daripada-Nya bersifat Qidam. Kerana adalah Wujud-Nya pada ketika itu wujud yang harus. Maka yang harus tidak ada Wujud-Nya melainkan baharu.


Al-Qalam adalah pena yang menulis takdir di Luh Mahfuz. Dalam satu hadith, daripada ‘Ubadah bin ash-Shamit r.a, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى الْقَلَمُ ثُمَّ قَالَ اكْتُبْ فَجَرَى فِي تِلْكَ السَّاعَةِ بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ يَا بُنَيَّ إِنْ مِتَّ وَلَسْتَ عَلَى ذَلِكَ دَخَلْتَ النَّارَ


Maksudnya:"Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesuatu yang Allah Tabaraka wa Ta'ala cipta pertama kali adalah الْقَلَمُ (pena), kemudian Allah Ta'ala berfirman, "Tulislah, " maka pada saat itu pula diberlakukan apa saja yang terjadi hingga hari kiamat, wahai anakku jika kamu meninggal dalam keadaan tidak beriman terhadap yang demikian, maka kamu masuk ke dalam neraka". Riwayat Ahmad(21647), Sahih.


Bagaimanapun, dalam hadith lain menunjukkan ketika الْقَلَمُ (pena) menulis ternyata Arasy dan air sudah diciptakan. Ia sebagaimana dalam hadith Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash r.a, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ قَالَ وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ


Maksudnya:"Dari 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash dia berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah telah menentukan takdir bagi semua makhluk lima puluh ribu tahun(50,000) sebelum Allah menciptakan langit dan bumi.' Rasulullah menambahkan: 'Dan arsy Allah itu berada di atas air". Riwayat Muslim(4797)


Walaubagaimanapun rupa bentuk Al-Qalam dan Arasy Allah itu hanya dapat kita saksikan di akhirat nanti.


Bagaimana pula dengan kejadian manusia?


Manusia pertama diciptakan Allah adalah Adam a.s dan Hawa. Kedua-duanya tidak berbin serta berbinti kepada sesiapa pun.


Kita semua yang hidup sekarang adalah umat terakhir bagi nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahuwata'ala iaitu Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam.


Baginda Sallallahu'alaihiwasallam juga adalah penutup kepada semua nabi dan rasul. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا


Maksudnya:"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". Surah al-Ahzab ayat 40)


Kita perlu bersyukur, bertuah dan bangga apabila dipilih Allah Subhanahuwata'ala menjadi umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam.


Percaya kepada apa yang disampaikan Baginda adalah kesempurnaan iman bagi seseorang mukmin. Mungkin ada yang masih sangsi mereka berada di penghujung zaman.


Terdapat berapa buah hadith  Nabi Sallallahu'alaihiwasallam yang dimulakan dengan sebutan-sebutan:


1-Akan tiba satu hari/zaman,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu dari Nabi ﷺ bersabda, "Sungguh pasti akan datang suatu zaman pada manusia yang ketika itu seseorang tidak peduli lagi tentang apa yang didapatnya apakah dari barang halal ataukah haram". Riwayat Bukhari(2083)


2-Menjelang datangnya Hari  Kiamat, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ ثَلَاثُونَ كَذَّابًا


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Menjelang datangnya hari kiamat akan ada tiga puluh orang pendusta". Riwayat Ahmad(10408)


3-Akan terjadi pada umatku,


عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ فِي أُمَّتِي خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَذَلِكَ فِي الْمُكَذِّبِينَ بِالْقَدَرِ


Maksudnya:"Dari Nafi' dari Ibnu 'Umar dari Nabi ﷺ bersabda, "Akan terjadi pada umatku, yaitu kebinasaan. Dan hal itu akan terjadi pada orang-orang yang mengingkari takdir".Riwayat Tirmizi(2079)

semua itu kita menyangka merujuk kepada zaman yang bakal berlaku di hadapan kita ratusan tahun lagi.


Sebenarnya, semua yang dinyatakan itu adalah zaman yang kita hidup pada hari ini. Akhir zaman itu adalah mengenai kisah diri kita.


Kata-kata Nabi Sallallahu'alaihiwasallam itu benar dan ia sedang dan sudah berlaku. Antara peristiwa fitnah akhir zaman yang berlaku kepada umat Islam hari ini adalah penyakit cinta dunia dan takutkan mati.


Ramai umat Islam terperangkap dengan kekayaan harta, pangkat dan wanita sehingga mereka takut kehilangannya.


Bahana penyakit ‘al-wahn’ itu turut menjadikan umat Islam bangga dengan Barat. Malah ada yang menyalahkan agama sendiri kerana dianggap terkebelakang, mundur dan kolot serta berasa malu beramal dengan ajaran Islam.


Sebuah hadith daripada Tsauban, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda 


عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ 


Maksudnya:"Tsauban ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Hampir-hampir bangsa-bangsa memperebutkan kalian (umat Islam), layaknya memperebutkan makanan yang berada di mangkuk." Seorang laki-laki berkata, "Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?" beliau menjawab, "Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak, namun kalian seperti buih di genangan air. Sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kalian, dan akan menanamkan ke dalam hati kalian Al wahn." Seseorang lalu berkata, "Wahai Rasulullah, apa itu Al wahn?" beliau menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."

Riwayat Abu Daud  (4297) dan Ahmad (21363).


Selain itu, ajaran Islam akan menjadi asing atau dianggap tidak sesuai dengan zaman. Asing itu bukan bermakna Islam tidak dikenali, bahkan pengikut umat Islam adalah agama yang mempunyai ramai pengikutnya.


Dalam hadith daripada Ibnu Umar, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بَدَأَ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا كَمَا بَدَأَ وَهُوَ يَأْرِزُ بَيْنَ الْمَسْجِدَيْنِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ فِي جُحْرِهَا


Maksudnya:"Dari Ibnu Umar dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, " Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing seperti semula, ia akan masuk di antara dua masjid sebagaimana ular yang masuk ke dalam lubangnya". Riwayat Muslim(209)


Kita dapat saksikan pada hari ini ada individu atau masyarakat yang mengamalkan ajaran mengikut syariat Islam, sunah dan akhlak Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, namun dipulau dan dipandang serong.


Sedangkan, fahaman liberalisme dan kes perlakuan songsang bertentangan dengan fitrah seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diangkat serta dipertahankan sehinggakan golongan yang memperjuangkan hak itu diberi peruntukan undang-undang.


Ada segelintir umat Islam menyokong dan turut terpengaruh dengan perjuangan golongan itu.


Pada akhir zaman juga menyebabkan ramai orang merasakan diri mereka bijak. Golongan ulama dicerca dan diperlekeh. Golongan berilmu bersifat ego manakala pengikutnya pula begitu taasub.


Golongan ilmuwan juga kerap bertelagah yang tidak langsung mencerminkan ketokohan ilmunya. Tidak seperti golongan ilmuwan terdahulu, mereka sangat menjaga adab ketika berdepan perbezaan pendapat.


Begitu juga, akhir zaman dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan secara beramai-ramai iaitu al-Haraj. Situasi yang dinyatakan itu menepati hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ شَقِيقٍ قَالَ كُنْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبِي مُوسَى فَقَالَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ لَأَيَّامًا يَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ وَيُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ وَيَكْثُرُ فِيهَا الْهَرْجُ وَالْهَرْجُ الْقَتْلُ


Maksudnya:"Dari Syaqiq mengatakan; aku bersama Abdullah dan Abu Musa, keduanya mengatakan; Nabi ﷺ bersabda, "Menjelang kiamat terjadi, terdapat hari-hari yang ketika itu banyak kebodohan, ilmu diangkat, dan banyak alharaj, al-haraj adalah pembunuhan." Riwayat Bukhari (6538).


Pada akhirnya, kita semua nanti akan ‘berpindah’ ke satu tempat yang tiada lagi kematian iaitu ke syurga atau neraka.

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...