Wednesday, February 10, 2021

Dimanakah martabat Manusia?

Dimanakah martabat Manusia? 


Sebagai anak Adam secara umumnya manusia sama sahaja dengan haiwan Dan makhluk hidup yang lain. 


1-Mempunyai fizikal dengan fungsi dan naluri untuk meneruskan perjalanan hidup. Cuma perbezaan utama manusia terletak pada espek penciptaannya sebagai makhluk terbaik, pengetahuan, kesedaran, tujuan tersendiri dan kebudayaan yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain. 


Allah Subhanahuwata'ala menegaskan hal ini, 


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Maksudnya:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Al-Tin ayat 4.


Allah Subhanahuwata'ala menjadikan manusia sebaik-baik kejadian, diberi anggota yang lengkap dan sempurna, makan dengan tangannya, mempunyai keistimewaan dengan ilmu, pemikiran, tutur bicara serta pengurusan kehidupan. Semuanya itu memungkinkan manusia menjadi khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana yang dikehendaki Allah Subhanahuwata'ala. Lihat Tafsir al-Munir jil. 15,hlm. 693.


Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Al-Baqarah ayat 30.


2-Mempunyai kemuliaan sebagaimana yang dinyatakan al-Quran, 


 وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا


Maksudnya:"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka (kami telah memberikan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan) di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan". Al-Isra ayat 70.


3-Mempunyai kemampuan untuk membezakan dan memilih antara yang baik dengan yang jahat berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10


Maksudnya:"Demi jiwa(diri manusia) dan penyempurnaan (ciptaannya-dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (untuk mengenal jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya".Al-Syams ayat 7-10.


4-Mempunyai potensi untuk belajar dan beroleh ilmu pengetahuan sebagaimana isyarat dalam perintah Allah Subhanahuwata'ala, 


اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الْاَكْرَمُۙ .الَّذِيْ عَلَّمَ بِالْقَلَمِۙ.عَلَّمَ الْاِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْۗ


Maksudnya:"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia,Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya". Al-'Alaq ayat 3-5.


5-Bertanggungjawab dan mempunyai kebertanggugjawaban sebagai khalifah Allah Subhanahuwata'ala di muka bumi (Surah al-Baqarah ayat 30). Sebenarnya melalui amalan dan perbuatan masing-masing, kita mendapat hasilnya, sama ada baik atau buruk sebagaimana terdapat pada isyarat Qurani, 


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8


Maksudnya:"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula". Az-Zalzalah ayat 7-8)


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ


Maksudnya:"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan. Al-Anbiya Ayat 47

No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...