Thursday, October 31, 2019

Solat Tahiyatul Masjid- Dilarang duduk di dalam Masjid sebelum solat Tahiyatul Masjid.

Solat Tahiyatul Masjid- Dilarang duduk di dalam Masjid sebelum solat Tahiyatul Masjid.

Solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat untuk menghormati masjid. Hakikatnya, Allah ialah tuan rumah kepada masjid. Maka sebagai tanda beradab dengan tuan rumah iaitu Allah, justeru itu disunatkan untuk kita memulakan dengan solat sebelum duduk di dalam masjid.

ِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ بْنَ رِبْعِيٍّ الْأنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ

Dari 'Amru bin Sulaim Az Zuraqiy dia mendengar Abu Qatadah bin Rib'iy Al Anshariy radliallahu 'anhu berkata; Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika seorang dari kalian masuk ke dalam masjid maka janganlah dia duduk sebelum solat dua raka'at". HR Bukhari, 1097.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ النَّاسِ قَالَ فَجَلَسْتُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تَجْلِسَ قَالَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْتُكَ جَالِسًا وَالنَّاسُ جُلُوسٌ قَالَ فَإِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ

Dari Abu Qatadah -salah seorang sahabat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam- katanya; "Aku masuk masjid ketika Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam duduk ditengah kerumuan para sahabat. Abu Qatadah melanjutkan; "Maka aku langsung duduk. Ketika melihatku, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Apa yang menghalangimu untuk melakukan dua rakaat sebelum duduk?" Aku berkata; "Wahai Rasulullah, aku melihat engkau telah duduk dan orang-orang juga duduk. Beliau bersabda: "Jika salah sorang diantara kalian masuk masjid, janganlah ia duduk hingga melakukan dua raka'at." HR Muslim,1167

Hukum sunatnya solat tahiyatul masjid terpakai sekalipun ketika majlis ilmu sedang berlangsung. Bahkan, ketika Rasulullah sedang berkhutbah Jumaat sekalipun, dimakruhkan duduk sebelum melakukan solat kecuali apabila sudah berada di penghujung khutbah.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فَجَلَسَ فَقَالَ لَهُ يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا ثُمَّ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Sulaik Al Ghathafani datang pada hari Jum'at, sementara Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sedang berkhutbah, ia pun duduk, maka beliau pun bertanya padanya: "Wahai Sulaik, bangun dan shalatlah dua raka'at, kerjakanlah dengan ringan." Kemudian beliau bersabda: "Jika salah seorang dari kalian datang pada hari Jum'at, sedangkan Imam sedang berkhutbah, maka hendaklah ia shalat dua raka'at dengan ringan." HR Muslim,1449.

Jika bertembung diantara Solat Sunat Tahiyatul Masjid dengan Solat Sunat Qabliyyah:

Dalam hadith di atas Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam hanya menyebut apabila seseorang itu memasuki masjid, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat sebelum dia duduk. Solat itu dinamakan solat sunat Tahiyatul Masjid. Dalam bahasa yang mudah, ia boleh diertikan sebagai solat selamat datang. Oleh sebab itu, apabila seseorang memasuki masjid lalu terus mengerjalan solat sunat yang lain seperti sunat Qabliyyah atau seperti sunat duha, maka terhasillah baginya Tahiyatul Masjd. Ini boleh kita sebut sebagai "dua dalam satu", walau bagaimanapun, jika ia mempunyai masa yang cukup, maka solat Sunat Tahiyyatul Masjid dan solat Sunat Qabliyyah boleh dikerjakan secara berasingan. Dari segi ganjaran, tentulah yang dibuat secara berasingan itu lebih banyak pahalanya daripada yang digabungkan kerana semakin banyak perbuatan, semakin banyak pahala.

Contoh lain ialah seperti seorang yang masuk ke masjid lalu terus mengikuti solat imamnya tanpa ada kesempatan untuk mengerjakan solat Sunat Tahiyatul Masjid terlebih dahulu, maka terhasil juga baginya Tahiyatul Masjid.

Begitulah kefahaman daripada hadith tersebut, yang membawa pengertian bahawa janganlah seseorang itu terus duduk apabila masuk ke dalam masjid sebelum dia mendirikan solat terlebih dahulu sebagai adab menghormati masjid. Sebarang jenis solat pun in shaa Allah diterima, kerana nama Tahiyatul Masjid itu sendiri bukanlah diberi oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam , sebaliknya dinamakan begitu oleh para ulama. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...