Makmum yang tidak mengikut aturan saf, luput fadhilat jamaahnya.
Rujuk:
I'anah al-Thalibin, 2/47
Al-Majmu', 4/188
Apabila makmum menyalahi peraturan-prraturan saf yang telah disebutkan, seperti seorang makmum lelaki berdiri di sebelah Kiri imam atau di belakangnya atau sejajar dengan imam atau lebih dari tiga hasta di belakang imam atau membuat saf baru sedangkan saf hadapan masih kosong atau berada seorang diri dalam saf, Maka kesemua ini adalah makruh Dan meluputkan fadhilat jamaahnya.
Maksud luputnya fadhilat jamaah itu ialah pada saf tersebut, bukannya fadhilat semua bahagian solat jamaahnya. Ini kerana pada setiap pergerakan dalam solat dan peraturan-peraturannya apabila didirikan secara berjamaah, maka kesemuanya mempunyai fadhilat jamaah. Oleh itu apabila seseorang berada dalam saf yang jaraknya melebihi tiga hasta dari imam sebagai contoh maka luputlah fadhilat jamaah yang diperolehi pada saf itu, manakala fadhilat jamaah pada lain-lain bahagian solatnya tidak luput.
Dalam hal-hal yang telah disebutkan jika para jamaah melakukan perbuatan yang bercanggah daripada cara yang diterangkan seperti lelaki berdiri di sebelah Kiri imamnya atau di belakangnya atau seorang perempuan berdiri di samping seorang lelaki atau di samping imamnya maka solatnya tidak batal. Ini kerana berdasarkan hadith Ibn Abbas yang menceritakan bahawa pada mulanya beliau berdiri di sebelah kiri Rasulullah sallalahu'alahi wasallam, dimana solatnya itu tidak menjadi batal. Hadithnya berbunyi seperti berikut,
dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma menceritakan,
قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ، فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ، فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ، فَأَخَذَ بِرَأْسِي، فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ
”Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan solat malam, kemudian aku ikut solat bersama beliau. Aku berdiri di sebelah kiri beliau, lalu beliau memegang kepalaku dan memindahkanku ke sebelah kanan beliau.” HR. Bukhari 699, Muslim 763 dan yang lainnya.
Abu Bakrah ra pernah melakukan takbir di belakang saf dan rukuk. Setelah itu beliau berjalan masuk ke dalam saf, lalu Rasulullah sallalahu'alahi wasallam berkata kepadanya, yang bermaksud "Mudah-mudahan Allah menambahkan ketelitian kamu, dan jangan kamu ulangi lagi. Hadithnya berbunyi seperti berikut,
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّهُ انْتَهَى إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ رَاكِعٌ فَرَكَعَ قَبْلَ أَنْ يَصِلَ إِلَى الصَّفِّ (ثُمَّ مَشَي إِلَى الصَّفِّ ) فَذَكَرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا وَلاَ تَعُدْ
Dari Abu Bakrah Radhiyallahu ‘anhu, bahwa dia sampai kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika beliau sedang ruku’, lalu dia ruku’ sebelum sampai ke saf (lalu dia berjalan menuju saf). Kemudian dia menyebutkan hal itu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lantas beliau bersabda, “Semoga Allah menambahkan semangat terhadapmu, dan janganlah engkau ulangi.” HR Bukhari, 783.
No comments:
Post a Comment