Thursday, October 31, 2019

Hukum trade in emas dan tambah duit.

Hukum trade in emas dan tambah duit. 

Sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Maksudnya: “(Penjualan/pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, apabila ia sama jenisnya, hendaklah sama kadar atau timbangannya dan hendaklah secara lani. Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat pertukaran dua barangan tersebut berlaku secara lani (serahan tangan ke tangan).” HR Muslim:1587

1-Perlu diketahui bahawa emas termasuk barang ribawi. 

Barang ribawi ialah benda yang boleh terjadi riba pada transaksi pertukaran dan jual-belinya.

Ada tiga syarat yang mesti dipatuhi dalam pertukaran emas dengan emas supaya tidak terjadi riba :

[1] Mesti sama berat timbanganya.
[2] Mesti secara tunai, Tidak boleh secara berhutang.
[3] Diserahkan dan diterima dalam satu masa(Lani), maka tidak dibenarkan menangguh masa penyerahan.

Ini berdasarkan kepada hadis :

الذَّهبُ بالذَّهبِ والفضَّةُ بالفِضَّةِ والبُرُّ بالبُرِّ والشعِيرُ بالشعِيرِ والتمْرُ بالتمْرِ والمِلحُ بالمِلحِ مِثْلًا بِمِثْلٍ سوَاءً بِسَواءٍ يدًا بِيَدٍ، فإذَا اخْتَلَفَت هذهِ الأصْنَافُ ، فبيعوا كيفَ شئْتُمْ ، إذَا كانَ يدًا بِيَدٍ.

"Maksudnya: “(Penjualan/pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, apabila ia sama jenisnya, hendaklah sama kadar atau timbangannya dan hendaklah secara lani. Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat pertukaran dua barangan tersebut berlaku secara lani (serahan tangan ke tangan).” HR Muslim:1587

Dalam hadis lain riwayat Muslim, Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda :

فَمَنْ زَادَ، أَوِ اسْتَزَادَ، فَقَدْ أَرْبَى، الْآخِذُ وَالْمُعْطِي فِيهِ سَوَاءٌ.

" Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa riba ".

2. Pertukaran emas dengan emas, 

a)Sekiranya tidak sama berat timbangannya maka berlakulah RIBA AL-FADHL.

Persamaan yang dimaksudkan di sini adalah sama timbangannya walaupun berlainan dari segi kecantikan dan pencanaian. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ مِثْلاً بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Emas dengan emas hendak sama jenis.”HR Muslim,1584

Maksudnya adalah sama dari segi kadar dan bukan dari segi sifat kerana berdasarkan kaedah syarak: “Yang baik dan buruknya adalah sama.”al-Zuhaili, Wahbah. 1996. الفقه الإسلامي وأدلته (terj.) Jld. 4, hlm. 653-654.

b)Manakala jika tidak berlaku saling menerima dalam majlis, maka berlakulah RIBA AL-YAD.

Sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam:

ولاَ تَبِيعُوا مِنْهَا غَائِبًا بِنَاجِزٍ

Maksudnya: “Jangan kamu menjual barangan yang tidak ada dengan barangan yang ada.
Adapun jika tidak tunai, maka berlakulah RIBA NASIAH. HR Bukhari 2177

3. Untuk mengelak daripada berlaku riba dalam pertukaran emas dengan emas adalah melalui cara pembeli menyerahkan emas lama dan penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu tanpa ada bayaran tambahan daripada pembeli kepada penjual.

4. Jika emas baharu lebih mahal daripada emas lama maka tidak boleh dilakukan pertukaran dengan cara membuat penetapan ada bayaran tambahan daripada pembeli kepada penjual. Cara pertukaran begini adalah dilarang oleh agama. Hukumnya adalah haram.

Kata Syekh Wahbah Az,Zuhaily didalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته :

يلاحظ أيضاً أن جيد مال الربا ورديئه سواء، فلا يجوز بيع الجيد بالرديء مما فيه الربا إلا مثلاً بمثل؛ لأن الجودة ساقطة في الأموال الربوية، للقاعدة الشرعية: جيدها ورديئها سواء.

" Perlu diperhatikan juga bahawa harta riba yang elok dan harta riba yang buruk adalah sama. Maka tidak boleh jual harta riba yang elok dengan harta yang buruk melainkan dengan sama banyak, kerana sesungguhnya sifat buruk itu gugur dalam harta-harta ribawiy. Kerana Kaedah syara' " Harta riba yang elok dan yang tidak elok adalah sama".

5. Untuk mengelakan daripada berlaku riba dalam melakukan trade in emas lama dengan emas baru yang lebih mahal harganya, adalah dengan cara si pembeli menjual emasnya dahulu, kemudian, di ambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian si pembeli membeli barang kemas yang baharu itu. Cara ini sebenarnya diajar oleh Nabi Sallahualaihiwasallam kepada sebahagian sahabatnya.

  عن أبي سَعِيدٍ الخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: جَاءَ بِلاَلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «مِنْ أَيْنَ هَذَا؟»، قَالَ بِلاَلٌ: كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيٌّ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، لِنُطْعِمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: «أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ».

" Daripada Abi sa'id Al-Khudri Ra berkata ; Bilal datang kepada Nabi saw dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya ; dari manakah tamar ini ?. Bilal menjawab : kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw , lalu Nabi saw bersabda pada saat itu ; aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini. akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan penjualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil penjualanmu itu."
 HR Bukhari dan Muslim

2 comments:

  1. Ustaz sama ka hukumnya dengan barangan lain , contoh telefon 1000 tukar dengan telefon 600 + tunai 400, adakah ini pun riba, perlukah saya jual dulu telefon 600 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telefon bukan barangan riba. Barangan riba hanyalah emas, perak, dan makanan disisi mazhabnya Syafie.

      Delete

Puasa Ramadhan yang berkualiti (6 langkah)

Puasa Ramadhan yang berkualiti (6 langkah) Puasa Ramadhan adalah ibadah khusus yang akan dinilai secara langsung oleh Allah Subhanahuwata...