Hujan di bumi Arafah 9 Zulhijjah 1440 H
Hujan merupakan salah satu daripada nikmat-nikmat Allah Subhanahuwataala kepada makhluk-Nya. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala:
وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ
al-Syura:28
Maksudnya: “Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan (ingatlah) bahawa Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji.”
Di samping itu juga, doa ketika hujan adalah salah satu keadaan yang mustajab sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi
Sallahualaihiwasallam.
Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:
ثِنْتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ
Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” [Riwayat al-Hakim (2534)] [Hadith ini menurut al-Hakim sanadnya sahih tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]
Daripada Aisyah R.anha berkata, Adapun Rasulullah Sallahualaihiwasallam ketika melihat hujan, Nabi Sallahualaihiwasallam akan berdoa:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” [Riwayat al-Bukhari (1032)]
Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa yang disebutkan di dalam hadith di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. [Lihat: Fath al-Bari, 518/2]
Di dalam al-Quran terdapat dua kalimah yang menunjukkan makna hujan iaitu “المَطَرَ” dan “الغَيْثَ” tetapi kalimah tersebut digunakan mengikut konteksnya.
Menurut Imam Ibn ‘Uyainah bahawa apa yang dinamakan “مَطَرَ” (hujan) di dalam al-Quran adalah menunjukkan kepada azab iaitu mana-mana lafaz atau kalimah “مَطَرَ” (hujan) di dalam al-Quran menunjukkan kepada azab. [Lihat: Fath al-Bari,konteksnya Yang berbeza
Contoh bagi kalimah “المَطَرَ” yang menunjukkan kepada azab adalah berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala:
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
al-‘Araf:84
Maksudnya: “Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Demikian itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.”
Dan “الغَيْثَ” pula digunakan pada konteks rahmat sebagaimana ayat daripada surah al-Syura ayat ke-28.
No comments:
Post a Comment