Hari Arafah
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
الْحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''
Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad
Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung. Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah.
Dari ‘Aisyah, ia berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim no. 1348).
Maka berlakunya haji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan telah bertemu dalam hajinya ketika wuquf di Arafah pada hari Jumaat, maka dua perayaan dalam satu hari sepertimana apabila terhimpunnya hari Jumaat dan hari Arafah maka telah turun firman Allah,
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
Maksudnya: ''Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.'' Surah al-Ma'idah :3
Sesungguhnya dengan penyempurnaan nikmat itu adalah dengan tercapainya pengampunan, kerana semua nikmat ini tidak sempurna tanpa pengampunan, sepertimana firman Allah kepada Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam,
لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا
Maksudnya:'' kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada-Mu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus.
(Surah al-Fath: 2)
Allah telah berfirman mengenai wuduk,
وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya:'' Tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.''
Surah al-Ma'idah: 6
Maka telah bersabda Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ,
فَإِنَّ مِنْ تَمَامِ النِّعْمَةِ دُخُولَ الجَنَّةِ وَالفَوْزَ مِنَ النَّارِ
Maksudnya : ''Kesempurnaan nikmat itu ialah apabila kita berjaya melepaskan diri daripada seksaan api neraka dan memasuki syurga.''
Riwayat al-Tirmizi (3257), Abu Syaibah (29356) di dalam al-Musannaf
Ayat ini memperlihatkan sebagaimana diriwayatkan akan keadaan hari Arafah yang merupakan hari pengampunan dan pelepasan daripada api neraka.
No comments:
Post a Comment